Ramai yang kenal dengan cerita Mahsuri yang di perturunkan sejak beberapa generasi di Langkawi. Sehinggakan makam Mahsuri menjadi tempat tumpuan pelancong. Tetapi ada satu cerita yang tidak di ketahui orang ramai termasuk penduduk Langkawi sendiri. Kewujudan seekor haiwan raksasa di Langkawi, pada zaman silam.

Sebelum kedatangan Islam ke Kedah, sebut sebuah kisah tentang seekor Ular Besar (saktimuna laut) yang menjaga perairan air Langkawi Kuno. Tempat sarangnya di Pulau Langkawi.

Seorang pegawai tentera British, Sherard Osborne, telah mencatatkan kisah pelik itu dan telah di muatnaik dalam buku Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society (Kerajaan Melayu di Kedah: Agama, Perdagangan dan Masyarakat).

Mengikut beliau, yang mendapat cerita ini dari orang tempatan sendiri, Raja baru akan mengorbankan seorang puteri daripada kalangan kerabat diraja kepada Ular Besar itu jika inign menaik takhta di negeri Kedah. Raja juga perlu melakukan pengorbanan yang sama jika berlaku peperangan di kerajaan itu.

IKLAN

Sebagai tanda balasan, Ular Besar akan menjaga keselamatan kerajaan Kedah daripada ancaman angkatan laut musuh. Ular Besar itu tidak akan menelan orang-orang Kedah. Ular Besar itu akan menjadikan rakyat Siam, Mergui dan haiwan-haiwan lain sebagai makanannya.

Apabila kedatangan Islam di Kedah, upacara pengorbanan itu di berhentikan. Ular Besar telah mengamuk. Baginya, kerajaan Kedah telah memungkiri janji. Rakyat Kedah telah menjadi mangsa kepada kemarahan Ular Besar itu. Ia menjadi huru-hara. Tiada siapa tahu cara untuk menghalang Ular Besar.

Seorang ulama dari negara Arab telah datang ke negeri Kedah. Dia beritahu Allah S.W.T. telah menghantar dia di sini untuk membantu penduduk tempatan dengan masalah ular itu. Ulama itu tanpa membuang masa, mengambil air sembahyang, memakai serban hijau, menjunjung Al Quran atas kepalanya, beliau ke tempat tinggal ular itu. Lalu dia sembahyang dan membaca doa supaya Ular Besar berkenaan mati atau diusir dari kawasan itu. Belum sempat apa-apa, Ular itu telah menelannya.

IKLAN

Sesuatu tidak di duga terjadi. Ular Besar mengalami kesakitan yang kuat sebaik sahaja dia menelen ulama itu. Badan ular merota-rota. Ekornya membidas dengan tidak tentu arah. Dalam keadaan sakit, Ular Besar itu pulang ke gunung-ganang, tempat kediamannya di Pulau Langkawi. Sejak itu, Ular Besar lesap dan tidak lagi menganggu penduduk di sana.

Kisah ular besar hilang dalam kemodenan pulau pelancongan itu. Mungkin salah satu sebab kisah Ular Besar ini tidak di perkatakan sekarang kerana kemasukkan Islam. Apabila penduduk tempatan, bukan sahaja di Langkawi, memeluk Islam, banyak kepercayaan khurafat mula di tolak termasuk cerita-ceritanya. Kisah mengorbankan seorang puteri mungkin di anggap tidak bertamadun dan di larang Islam, lalu untuk tidak mengaitkan diri dengannya adalah melupakan kisah itu.

IKLAN

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/node/59752

http://bagoih.blogspot.com/2012/12/lagenda-tua-pulau-langkawi.html

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI