Ini peristiwa seram yang di sampaikan oleh kawan semasa dia kena jaga isterinya di hospital.

Ia berlaku dua bulan lepas. Satu hari badan isterinya panas dan tak bermaya. Apabila dia bawa ke klinik, mereka suruh bawa ke hospital sebab dia suspek kena denggi. Di hospital, mereka ambil darah untuk buat ujian dan memang betul, dia mengidap penyakit denggi.

Hospital ini membenarkan seorang ahli keluarga untuk teman jadi Nabil mengambil kesempatan itu untuk menjaga isterinya. Nasib baik mereka belum ada anak lagi.

Jam menunjukkan pukul 1130 malam. Isterinya sedang berehat. Nabil nak turun bawah hisap rokok sekejap. Tangannya tak berhenti main PUBG. Semasa dia lalu depan kaunter jururawat, dia terlanggar kerusi. Nasib bunyinya tak kuat tapi semua jururawat yang ada kat kaunter itu berhenti bergerak dan kepala mereka berpusing ke arah Nabil. Tak lama kemudian, mereka gelak. Ketua jururawat minta mereka perlahankan suara. Nabil meminta maaf.

Sampainya di lif, dengan tangan memegang handphone, dia tekan butang di lif. Katanya dia pasti dia tekan tingkat G, tapi yang buka tingkat LG.

Kalau ke G, kamu akan pergi ke lobi, LG ke bilik mayat.

IKLAN

Kerana terlalu taksub dengan PUBG, dia berada di tingkat LG pun tak perasan. Nabil berjalan sehingga dia sampai ke bilik mayat. Masa tu dia baru sedar dia berada di salah tingkat. Nabil patah balik ke arah dia datang. Dia rasa dia sudah jalan arah yang betul, tapi dia sampai ke bilik mayat semula. Dia cuba sekali lagi dan masih sampai di bilik mayat yang sama. Empat kali dia cuba. Empat kali berakhir di bilik mayat.

Akhirnya Nabil memutuskan untuk guna tangga kecemasan. Sebaik dia buka, Nabil dengar tapak kaki seperti seseorang sedang turun tangga. “Hello…?” kata Nabil.

Tiada orang jawab. Bunyi tapak kaki pun hilang. Seram sejuk dirinya rasa. Baru sahaja nak naik tangga, bunyi pula cakaran di dinding. Tak jadi nak naik.

IKLAN

Nabil terpinga-pinga di depan pintu kecemasan. Tak tahu nak berjalan ke arah mana. Tiba-tiba ternampak benda hitam melintas dengan laju. Nabil berjalan ke arah bertentangan. Tiba-tiba rasa seram sejuk di belakang badan. Meremang bulu roma. Bila toleh ke belakang, tiada apa-apa.

Tak lama kemudian, Nabil dengar orang bunyi roda bergerak. Sayup-sayup dia dengar. Nabil terhenti langkahnya. Bunyi itu makin kuat, makin dekat. Semakin gelisah dibuatnya.

Muncul seorang lelaki yang sedang menolak katil orang mayat. Di atas katil itu, tertutup sesuatu dengan selimut. Dia menolak ke arah Nabil.

IKLAN

Nabil ragu-ragu, antara lelaki yang tolak itu manusia atau bukan. Lelaki itu lalu sebelah seperti Nabil tidak wujud. Nabil tak berani menegur. Semasa dia di sebelah Nabil, dia percaya dia nampak di bawah selimut itu bergerak. Sebaik sahaja lelaki itu di belakangnya, Nabil belari ke depan.

Suara itu makin lama, makin hilang. Dia lari sampai ke lif dengan tidak sengaja. Dia tekan aras dua balik ke wad di mana isterinya berada. Oleh kerana takut sangat, dia tak jadi hisap rokok dan berhenti main PUBG.

Keesokkan harinya, isterinya bertambah pulih, Nabil pula jatuh sakit.

 

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI