Duduk di pangsapuri kau akan kenal jiran-jiran kau. Din Rambo, seorang lelaki yang suka pakai vast tanpa apa-apa baju di dalamnya, duduk sebelah kiri rumah aku. Dia seorang pemandu bas dan isterinya bekerja sebagai jururawat. Lee Jawa, duduk sebelah kanan rumah aku, seorang lelaki cina yang suka makan asam pedas. Boleh kata tiap-tiap hari kami boleh bau lauk asam pedas. Lee bekerja sebagai pomen. Isterinya suri rumah. Juli, Celine dan Wawa, tiga anak dara duduk depan rumah aku. Mereka ni datang dari Sabah dan bekerja di kilang. Kadang-kala mereka ni lupa nak tutup tingkap, jadi… Tak payah sambunglah. Seperti aku cakap, duduk di pangsapuri kau akan kenal jiran-jiran kau.

Lupa nak kenalkan. Nama aku Remy. Kerja sebagai admin di sebuah sekolah. Mempunyai seorang isteri yang aku amat sayang bernama Rozita. Jangan salah faham, dia bukan che wan, dia Rozita Yusof, badan 83kg, muka tembam, tak berkerja, sentiasa membebel. Selepas beranak, badannya tak turun-turun. Tapi camana comelnya dia, aku tetap sayang isteri aku.

Aku juga mempunyai dua anak kembar. Upin dan Ipin. Sebenarnya nama mereka Mohd Ziyad Harith bin Mohd Rahim dan Mohd Ziyad Husin bin Mohd Rahim. Senang untuk orang ingat, aku kenalkan mereka dengan nama Upin dan Ipin.

Ok. Ceritanya berlaku beberapa minggu lepas. Aku dan jiran-jiran aku di ganggu pocong.

Ia mula seperti malam biasa, aku baru balik kerja. Hari ini balik lambat sikit. Isteri aku sedang buat Yoga. Aku ajak dia makan, “Tak boleh B. I kan diet.” katanya.

Dah berbulan aku tengok dia diet, tapi tak kurus-kurus juga. Jadi aku pergi ke dapur. Hari ini isteri aku masak ikan goreng dan telur kicap. “B, awak masak ikan goreng dan telur kicap je eh?”

“Ya la B. Saya penat la. Jaga anak awak. Basuh baju. Sidai baju. Basuk berak anak awak. Tidurkan petang. Buat susu. Macam-macam. Awak tak kesian kat saya ke? Awak tahu komplain je.” kata isteriku.

IKLAN

Panjang betul jawapannya. Aku tanya je mana la tahu dia ada simpan makanan lain. Intai kat tong sampah ada bekas KFC. Mana lah tahu ada simpan sikit KFC untuk aku. “Upin dan Ipin dah makan?” aku tanya.

“Dah B. U ingat i ibu macam mana. Tak kan la i biarkan anak i tak makan. Cuci berak pun i yang buat.” jawab isteriku.

Aku pun bawa makanan ke ruang tamu. Upin dan Ipin sedang menonton tv. Aku tanya mereka, “Sedap makan KFC.”

“Sedap. Daddy.” kedua-dua mereka jawab.

Selepas selesai makan, aku bersihkan diri.

IKLAN

Perut dan kenang, Badan dah bersih, aku main dengan anak aku. Isteri aku baru settle yoga dia. “B. I mandi dulu. U mainlah dengan anak tu. Bila lagi masa nak main dengan dia orang. Karang dia tak sayang u kang baru tahu.”

Tak tahu la isteri aku nampak apa, tapi aku rasa aku sedang main dengan mereka. Dia pun masuk ke tandas.

Tak lama kemudian aku dengar tiga anak dara depan rumah, baru balik kerja. Aku buat-buat keluar hisap rokok. Seperti biasa aku di sambut dengan mesra. “Dah makan abang Remy.” kata Juli. “Hi Abang Remy” kata Celine. “Bila nak belanja kami makan abang Remy” kata Wawa.

“Tunggu kakak kau berhenti diet baru boleh belanja makan,” aku jawab. Mereka gelak. Din Rambo pun keluar dari rumahnya. “Remy.” katanya.

IKLAN

Din menghidupkan rokoknya. “Vast baru ke?” aku tanya dia.

Din jawab,”Ya cantikkan.” Aku angguk je.

Isteri aku dah habis mandi. Aku pun ingin masuk ke dalam rumah, tiba-tiba aku dengar jeritan dari rumah anak dara tu. Aku dan Din mengetuk pintu mereka. Lee Jawa pun keluar dari rumahnya. “Apa terjadi” tanya Lee. Aku tengok balik ke rumah aku dan lihat isteri aku sedang intai dari tingkap.

Tak lama kemudian, ketiga-tiga mereka berlari keluar dari rumah dalam keadaan takut. “Kenapa? Kenapa?” aku tanya.

Celine jawab… “Pocong.! Ada pocong dalam rumah kami!”

[BERSAMBUNG]

Dekat seeNI keras, sebab tu MEREMANG habis!
Jom download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI