Tidak lama lagi aku akan jadi bapa. Perasaan aku kabur. Takut. Riang. Gembira. Gelisah. Aku tak tahu apa yang patut aku rasa, apa-apa pun aku bersyukur. Orang tua aku beritahu menjadi bapa ni satu tanggungjawab yang besar. Mungkin kita boleh bayangkan, tapi selagi tak laluinya, kau tak akan tahu.

Hari di nanti-nantikan telah tiba.  Aku menunggu di luar wad kerana hospital ini tidak benarkan suami masuk. Berdebar-debar. Aku tak boleh duduk diam. Sekejap duduk, kadang-kala berjalan-jalan. Sempat juga aku memerhatikan suasana hospital. Kebanyakkan mereka ni seperti aku. Menunggu anaknya lahir. Aku sempat juga berborak dengan salah seorang bakal ayah di situ, dia beritahu dah 8 tahun dia kahwin, Alhamdulillah baru sekarang dia dapat rezeki.

Penat menunggu, aku tertidur. Dah hampir 8 jam menunggu. Lelaki yang 8 tahun tak ada anak tu pun dah selesai. Dia dan keluarga lalu depan aku dan menunjukkan anaknya. Comelnya. Dia mengucap terima kasih lalu mereka pun beredar.

IKLAN

Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Aku cuba membuang perasaan itu. Tapi ia menyelubungi diriku. Tak lama kemudian namaku di panggil. Aku melangkah ke arah jururawat. Senyuman dia seperti memberitahu sesuatu. Seperti ada berita buruk. Kenapa perlu fikir bukan-bukan. Hari ini sepatutnya hari paling bahagia untukku.

“Salleh bin Mat Ghani?” jururawat itu tanya.

“Ya saya” aku jawab.

Kami pun berjalan perlahan-lahan ke tempat bersalin. Seorang doktor sedang menunggu di depan bilik. “Encik Salleh. Maafkan kami. Isteri awak meninggal dunia di sebabkan komplikasi yang tidak dapat di elakkan.”

Aku bingung. Apa maksud isteri aku meninggal dunia. Aku menolak doktor dan terus mencari isteriku. Dia terbaring sambil senyum tapi tidak bernyawa. “Sayang. Bangun.” Aku tidak dapat menahan kesedihan ku. Air mataku mengalir. “Sayang. Jangan tinggalkan aku… Apa jadi dengan anak aku?”

Doktor jawab, “Anak kamu selamat di lahirkan.”

Dari jauh aku lihat seorang jururawat menuju ke aku dengan membawa sesuatu di tangan. Dia menyerahkan anak aku. Aku tak tahu nak kata apa. “Ni anak kita sayang. Tak kan awak nak tinggalkan saya pada saat ini.”

IKLAN

Hari berlalu. Isteriku sudah dikebumikan. Aku masih teragak-agak menjaga Danial. Setiap malam selepas tidurkan Danial, aku menyebut nama isteriku. “Sayang. Saya tak kuat. Saya perlukan awak.”

Keesokkan harinya berlaku perkara sama. “Sayang. Aku doa sangat kau di sebelah ku membesarkan anak kita”.

Ia berulang hari demi hari sehingga ia menjadi rutin. “Sayang. Tengok anak kita. Dia senyum.”

Apabila kita sebut berulang kali, mungkin ia seperti doa. Tak tahu la. Tapi satu malam itu, isteri aku kembali.

Satu malam, selepas tidurkan Danial, aku buka internet. Tak tahu kenapa, aku search benda-benda mistik. Aku terlintas satu lagu panggil Lingsir Wengi. Aku search kat youtube. Terjumpa lagu tu.

Aku pun mainkan lagu itu. Walaupun di katakan boleh memanggil pontianak, entahlah. Aku tak percaya sangat tapi apabila aku dengar lagu itu, ia menenangkan aku. Malam itu aku main lagu Lingsir Wengi berulang kali sambil memikirkan isteriku.

Semasa lagu itu di mainkan, keadaan dalam bilik itu tiba-tiba rasa aneh. Tak tahu bagaimana nak terangkan, tapi keadaan sekeliling berubah. Aku menjenguk Danial. Dia sedang selesa tidur. Aku senyum, “Sayang, anak kita sedang nyenyak. I miss you.”

IKLAN

Beberapa saat kemudian, dari jauh, sepi-sepi aku dengar perkataan yang lama aku tak dengar di ucapkan kepada ku, “sayang…”

Cara sebutannya, lembut persis isteri aku. Aku memandang ke kiri ke kanan. Tak ada sesiapa. Suara yang sepi-sepi itu menjadi kuat sikit, “Sayang…”

Aku bermimpi ke? Isteri aku dah mati. Tapi aku dengar suaranya memanggil aku.

Tiba-tiba Danial terjaga, dia teriak. Aku cuba pujuk Danial sambil tepuk bontotnya. Sebaik sahaja aku toleh ke belakang, aku lihat seorang wanita berupakan isteriku tapi mukanya pucat, berambut hitam, matanya merah sambil memakai baju putih memerhatiku. Mahkluk itu membuka mulutnya, “Sayang…”

Sophia? Tak mungkin. Isteri aku, Sophia. Mahkluk itu sambung, “Sayang… itu anak kita ke? Boleh saya tengok.”

Aku seperti kaku memerhatikan isteriku di depan mataku sehinggakan aku biar Danial teriak.

IKLAN

“Bagi sayang tengok anak kita,” Mahkluk itu berka berkata. Aku menyerahkan kepadanya. Danial masih tidak berhenti menangis.

“Dia dah lama tak jumpa ibunya. Saya dah lama tak jumpa isteri saya. I miss you so much.” kata aku.

Tak. Itu bukan isteri aku. Isteri aku dah mati. “siapa kau?” sambil rampas Danial.

“Saya Sophia la sayang. Isteri awak. Awak yang panggil saya. Awak kata awak perlukan saya.”

“Kau bukan isteri aku.” aku jawab.

Tiba-tiba Sophia menganas. “Kau seru aku! Kau kata kau perlukan aku! Aku pulang kerana kau!”

Mukanya berubah seram. Matanya keluar cacing. Tangannya penuh dengan tanah. Rambutnya kusut. “Aku pulang kerana Danial. Dia memerlukan aku. Tolong sayang”

Sophia pusing badannya. Dia cuba tunjukkan lubang di belakang lehernya. “Marilah kita jadi keluarga semula.”

Aku meletakkan Danial di katilnya dan mengambil paku. Ya, aku memang perlukan Sophia. Dengan sekali ketuk, pontianak itu berubah kepada Sophia yang aku kenal. Melihat wajahnya seperti melihat untuk pertama kali di kampus bertahun-tahun dulu. Aku jatuh cinta semula.

Seram ke idok?

Seram Meter: 5 / 5. Meremangmers: 3

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!