Hari yang sangat penat. Aku pulang ke rumah dengan keletihan. Makan malam pun belum lagi. Setibanya aku di depan rumah, ada sebuah kurier di selitkan di pagar rumahku. Bila pula aku ada pesan apa-apa kurier? Aku pun melihat butiran di kurier itu, memang alamat rumah aku. Nama pun atas nama aku. Malas nak fikir, aku bawa masuk ke dalam rumah. Aku meletakkan kurier itu di atas meja lalu pergi mandi. Selepas segar, aku masak pula sebungkus maggi sebagai makanan malam aku. Dengan semangkuk maggi, secawan air sirap, aku hidupkan astro sambil mencari cerita yang menarik. Avenger: Infinity Wars sedang bermain. Apa lagi, itulah cerita yang menemaniku makan malam. Jam menunjukkan pukul 11.30. Cerita di tv baru habis. Ingatkan mahu masuk tidur, tapi mata aku tertarik dengan
kotak misteri itu. Ia seolah-olah memanggil. Aku mengambil kurier itu dan letak di depanku. Sekali lagi aku periksa butiran. Tiada perubahan. Memang alamat dan nama aku. Aku pun membuka bungkusan perlahan-lahan. Di dalamnya ada sebuah kotak buruk. Usang. Busuk. Ia dibalut dengan kain penuh simbol pelik. Curiga, aku buka kotak itu. Bau hanyir keluar menusuk hidung. Aku hampir muntah. Di dalamnya ada sebatang paku digulung dengan tali dan sebuah kotak kecil yang dipaku. Aku buka kotak kecil itu—dan di dalamnya ada seekor anak
burung mati. Aku berlari ke tandas, muntah. Rupanya bau hanyir datang dari bangkai burung itu. Celak@ mana bergurau kasar sebegini. Ini dah lebih-lebih. Dia ingat satu lawak ke? Apa akan kau buat kalau dapat kotak sebegini? Aku pun maki dalam hati. Selepas itu, aku keluar dari tandas sambil menutup lampu. Tiba-tiba air shower terbuka dengan sendiri. Aku berhenti, buka lampu semula. Tiada sesiapa. Aku tutup semula, tetapi terasa sesuatu lalu tepi aku. Bulu roma terus meremang. Aku segera bungkus semua barang dalam plastik hitam. Baru ingin bawa keluar, plastik koyak seperti diguris pisau. Barang terburai. Bunyi hentakan di dinding mula kedengaran, cermin dan gambar jatuh. Jantung aku berdegup kencang. Sekali lagi aku bungkus dan campak keluar rumah. Sekarang aku di luar rumah, benda itu di dalam. Patutkah aku lari ke rumah orang atau hadap makhluk ghaib itu? Aku baru teringat—handphone, dompet, kunci kereta masih di dalam. Aku tunggu 10 minit, kemudian nekad masuk semula. Aku capai barang-barang penting, tapi pintu terkunci. Kunci aku tak muat dalam lubang. Aku tendang, tarik, tumbuk—langsung tak terbuka. Tiba-tiba TV jatuh dari dinding, berkecai. Aku cuba telefon kawan, tapi tiada jawapan. Aku WhatsApp minta dia segera datang. Dalam ketakutan, aku buka surah Yasin dan baring di tepi pintu sambil menunggu. Keesokan harinya, Gus datang. Dia lihat aku terbaring di lantai dengan rumah bersepah. Dia kejutkan aku. Bila nampak muka dia, aku dah tak fikir apa-apa selain mahu tinggalkan rumah itu. Ambil masa tiga hari sebelum aku berani masuk semula.
Kotak Misteri dan Burung Mati: Petanda Seram
Kotak misteri berisi burung mati bukanlah benda biasa. Simbol-simbol pelik, bau hanyir, dan gangguan aneh yang berlaku selepas membukanya membuat aku percaya ada sesuatu yang lebih daripada sekadar gurauan kasar. Kisah ini menjadi pengalaman paling menakutkan dalam hidup aku.