Saka merujuk kepada sejenis makhluk halus yang di perlihara bagi tujuan mempertahankan diri, membantu dan memusnahkan musuh. Makhluk halus seperti Hantu Raya, Saka Harimau, Pelesit, Toyol dan macam-macam lagi adalah saka dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tujuan mereka berlainan tapi motif mereka sama, mengikut perintah tuannya.
Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Mereka di jammu acak seperti telur, ayam panggang atau pulut kuning, mengikut perjanjian mereka dengan tuannya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Walaupun saka di gunakan untuk kerja harian seperti bertani dan memburu, tapi ia masih salah di sisi Islam.
“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)
Ads
Apabila di kalangan manusia menyeru untuk berdamping dengan makhluk halus, perbuatan itu telah mengembirakan Syaitan, kerana sememangnya mereka sudah sesat dan telah mempersekutukan Allah S.W.T. Ia telah jatuh syirik dan syirik adalah perbuatan yang termasuk di dalam dosa-dosa besar.
Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau paling keji memijak al-Quran.
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)
Ads
Saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk di buangnya.
Seperti di sebut di atas, Saka perlu di warisi. Jika tuan mati dan tiada pewaris, Saka boleh mengamuk dan mengacau keluarga dan jiran tertangga.
Ads
Ketika hendak mati, tuan saka akan menghadapi seksaan amat perit kerana roh sukar keluar daripada jasad lalu terseksa sehingga akhir nafasnya. Apabila tuannya sudah mati tetapi saka yang dimilikinya tidak mahu meninggalkan tuannya, keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya. Tuan saka itu kelihatan seolah-olah bernyawa dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah mati.
Dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum, setitik darah yang diambil dari jari kelingking tangan kiri kemudian dititikkan berhampiran lubang, sebatang rokok daun, sekepal pulut kuning dan nasi. Lalu baca mentera di bawah:
Hei si hantu raya Jembalang angin Aku tahu asalmu Engkau dari bulu hidung Nabi Adam Makanan engkau telur ayam Mari engkau Mari makan benda-benda ini. Hei si hantu raya Mari kau bersahabat Mari menjaga diriku Engkau taat perintahku Ikut segala perintahku. Hei si hantu raya Menyerupa engkau serupa aku Menyerupa engkau dalam diriku Jangan engkau langgar perintahku Jikalau engkau engkar Aku panah engkau Dengan panah berpanah Panah sakti Panah rajuma
Lakukan selama tiga hari berturut-turut. Berjaya atau tidak, ia di tentukan pada malam terakhir. Hantu Raya akan muncul dan makan jamuan yang telah di hidangkan. Ketika itulah di buatnya perjanjian dengan makhluk itu untuk taat setia dengan tuannya dan ia akan di balas dengan hidangan makanan.
Pada mulanya, dia akan rasa sejuk pada ibu jari kaki, lalu meresap ke seluruh badan. Lalu sudah terjalin hubungan dengan makhluk itu dan tuannya.
Untuk mengenakan seseorang mengunakan Hantu Raya, baca mentera di bawah:
Hei anakku si hantu raya Engkau rasuk si anu (dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya) Engkau makan hati perut dia Jikalau engkau tidak pergi Rasuk, makan hati perut dia Aku sumpah engkau Derhaka engkau pada Allah Derhaka engkau pada Muhammad Derhaka engkau kepada aku.
Untuk melindung tuannya, baca mentera di bawah:
Hei anakku si hantu raya Engkau bersiap-siap Aku nak berjalan Ataslah engkaulah menjaga diriku Jangan engkau derhaka kepada aku Derhaka engkau pada Muhammad Derhaka engkau kepada Allah
Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka kerana riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya. (Surat An-Nisa Ayat 38).
Hantu Polong adalah belaan (selalunya lelaki) makhluk halus bertujuan untuk memudaratkan musuh. Ia akan di simpan dalam botol mulut panjang.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol itu. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.
Polong perlu makan. Makanan ia adalah darah. Dengan mengiris sedikit tangan pemuja dan memberi polong memakan darah di jarinya, Polong akan anggap pemuja itu tuannya. Polong itu akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong adalah sejenis makhluk halus yang boleh dipelihara. Maka, ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya sendiri. Jika tuannya mati,Polong itu perlu diwariskan kepada seseorang. Sekiranya tuannya meninggal sebelum sempat mencari pengganti, Polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pada kebiasaannya, polong akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali melalui kesan lebam pada mayat dan darah yang keluar melalui mulut mayat tersebut.
Selain untuk menyakiti musuh, hantu polong juga dikatakan boleh digunakan untuk menyelewengkan wang dari mangsa. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar. Tuan polong akan mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.
Dengan mengambil seguni pasir dan lemparkan di tempat sunyi untuk melalaikan polong lalu menghindarikannya. Dari segi perubatan Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin termasuklah polong.
Polong boleh di paksa memberi nama tuannya. Dengan mengunakan lada hitam, pengamal akan menggentel bahagian badan mangsa dengan doa.
Dalam perubatan tradisi melayu, polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu. Itu akan menyebabkan polong yang berada di dalam badan mangsa kesakitan.
Pocong atau di kenali sebagai hantu bungkus adalah hantu atau makhluk ghaib yang di katakan satu badannya di ikat dengan kain kafan. Mengikut ajaran Islam, apabila seorang itu meninggal dunia, ia akan di bungkus dengan kain kafan. Lalu wujudnya kepercayaan iaitu pocong asal dari orang yang meninggal dunia. Sewaktu dimakamkan, tali poncong mereka masih terikat. Mereka kembali sebagai hantu untuk meminta pertolongan membuka ikatan itu.
Pada waktu azan magrib atau setelah kita selesai sembahyang, adalah masa ia nampakkan dirinya. Pocong mula muncul tepat di tengah-tengah pusar kuburnya, di mana asap akan keluar lalu menjadi mahkluk kecil yang lompat dari tengah kuburnya ke arah kakinya, kemudian dia melompat lagi ke arah kepalanya, kali ini menjadi makhluk yang sedang seperti bayi. Kemudian dia melompat lagi ke arah sisi di sebelah baratnya dan sempurnalah sosok hantu pocong ini. Setelah itu dia berjalan mengelilingi kuburnya sekali. Walaupun kaki pocong di ikat, ia masih boleh berjalan seperti biasa.
Wajah pocong kelihatan seperti tengkorak, sudah tidak berdaging di mukannya. Keningnya sudah tiada. Berbola matanya seperti hampir terkeluar. Kadang-kadang boleh nampak ulat di celah-celah matanya.
Selalunya pocong akan muncul ketika hujan gerimis. Ia datang dengan membawa bau hanyir. Pocong suka duduk di tempat sunyi, lembab, sungai yang kotor dan kawasan yang mempunyai pokok pisang.
Pocong akan di gunakan untuk menjaga tempat, selalunya kawasan-kawasan terlarang. Pocong juga di gunakan sebagai penglaris kedai makan. Kadang-kadang kedai yang makanan tak seberapa tapi berduyun-duyun orang datang mungkin guna penglaris. Bagaimana pocong bantu warung itu? Dengan meludah ke dalam makanan yang di saji, ia akan buat pelanggan merasakan makanannya lebih lazat dari biasa.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.