Aku dapat berita yang atuk aku dah nazak. Kami di minta berkumpul di kampung. Kebanyakan orang tua dah sampai kampung petang tadi. Ada juga beberapa saudara aku dah balik kampung. Aku dan Din antara yang belum gerak lagi, jadi kami di minta ambil sorang lagi saudara kami, Aina. Dia duduk di salah sebuah asrama di Melaka.
Din ni mulut dia agak celupar sikit, sebelum berjalan tu aku pesan dengan Din untuk jaga mulut dia. Setiap kali kami bersama, Aina akan cerita seram tentang asrama dia.
Oleh kerana last minit, kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 11. Tunggu Din habis kerja. Orang tua pulak tak habis-habis telefon aku. Ain pun dah Bengkek. Apabila aku ambil Din, dia boleh kata relax, sampai nya kita. “Bukan masalah sampai, atuk dah nazak” aku jawab.
Kami tiba area asrama tu lebih kurang pukul 12. Semasa masuk dalam kawasan asrama tu, agak sedikit kabus. Mungkin baru lepas hujan. Kabus tu membuat asrama tu seram. Aku tengok sebelah, Din sedang tidur. Geram pulak aku dengan Din. Aku kejut dia dengan mamai dia melihat kawasan asrama tu. “Kita dah sampai. Aina tunggu kat Block E.” aku beritahu Din.
Semasa kami dalam perjalanan ke Block E, aku terperasan ada seorang budak lelaki sedang berdiri di belakang vending machine. Aku tak nak tegur, ya lah, lelaki tu berdiri tak buat apa-apa kat belakang vending lepas tu pulak, jam dah tunjuk pukul 12 lebih. Tak pelik ke. Din dengan mulut celupar dia tegur, “apasal budak tu Bersiri belakang vending machine”. Bongoknya Din. Kenapa la pergi tegur. Aku buat-buat tak dengar.
Kami pun tiba Block E. Batang hidung Aina tak nampak. Aku pun call dia marah-marah. Dia marah aku balik. Ingat dia nak tunggu bawah sorang-sorang lewat malam macam ni. Betul juga Aina cakap tu. Kami pun tunggu Aina depan Block E.
Tak lama kemudian kami dengan bunyi kucing. Tapi Bunyinya pelik. Macam bayi menangis. Susah nak explain, tapi itulah bunyi yang kami dengar. Kami tak berani keluar dari kereta.
Bunyi tu berhenti di ganti pulak dengan Bunyi seorang perempuan mengilai. Seekor kucing hitam berlari depan kereta kami. Tak tahu lah apa yang ia nampak. Din pun tak berani nak tegur.
Tiba-tiba kami dengar Bunyi seperti sesuatu sedang memanjat kereta. Aku tak berani nak tengok tapi Din intai melalui cermin tengah. “aku nampak kaki orang panjat kereta kita” kata Din.
“Mulut kau tak boleh tutup ke!” aku mengamuk.
Din terdiam. Keadaan berubah senyap. Terlalu senyap. Bunyi yang kami dengar atas bumbung kereta juga berhenti. Aku tak suka keadaan begini. Mata aku mula pandang kiri kanan.
Tiba-tiba kami dengar bunyi yang kuat belah pintu Din. Apabila Din pusing, dia nampak muka seorang perempuan sedang melekat di dinding. Din menjerit macam perempuan. Aku pun pandang, rupanya Aina sedang takut kan kami. Dia gelak tak berhenti. Din marah. Aku join gelak.
Aina masuk kereta sambil sambung gelak. “Dah la tu.” Din bengkek.
Kami pun gerak balik ke kampung. Dalam perjalanan keluar, kami pun lalu vending machine yang sama tapi kali ini lelaki itu dah tak ada. Entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati. Apabila aku pandang cermin tengah, aku nampak seorang lelaki sedang duduk sebelah Aina.
Cerita ini berlaku 10 tahun lepas. Sehingga hari ini aku tak pernah beritahu Aina atau Din ada hantu tumpang kita balik kampung.
Ini berlaku 10 tahun dahulu. Syam dan isterinya, Ira, tinggal di kampung. Semasa itu Ira berbadan dua. Sudah 7 bulan dia mengandung.
Kejadian ini berlaku semasa perjalanan mereka pulang dari rumah saudara. Rumah kami tak jauh. Dalam 10 minit kalau berjalan kaki. Syam ada motor. Malangnya malam itu motor Syam buat hal. Sebenarnya tak cadang pun lepak lama tapi sebab syok bercerita, mereka lupa jam dah hampir pukul 11 malam. Saudara Syam menawarkan diri untuk hantar tapi mereka tolak. Katanya bukan jauh sangat rumah.
Dalam perjalanan ke rumah, Ira menegur, “Bang, kat belakang tu ada cahaya”. Saya tanya cahaya apa. Ira terangkan bahawa sejak masuk jalan besar tadi, ada cahaya putih mengikuti mereka. Lalu Syam pusing kepala. Memang ada. Cahaya itu sedang bertebangan di atas sebuah pohon. Ira semakin takut. Dia dah lah mengandung. Takut ada apa-apa terjadi dengan bayi dalam perut. Syam beritahu isterinya untuk tunggu di sini. Ira tak mahu. Syam suruh Ira percaya dia. Ira pun ikut arahan.
Kata orang kalau nak lihat benda-benda ghaib, kita mesti berjalan tiga langkah, lalu pusing dan kangkang kaki. Selepas itu bongkokkan badan dan lihat dari celah kaki. Lalu, Syam melangkah… Satu…. Dua… Tiga… kemudian dia pusing dan kangkang kakinya. Dia bongkok dan melihat cahaya itu dari celah kaki. Terkejut dia apabila dapat tahu bahawa cahaya itu sebenarnya hantu penanggal. Dengan lidah yang panjang, hampir terkena bumi, matanya terbeliak, Ususnya tergantung dekat atas pohon sambil pandang tajam ke arah Ira.
Syam dengan perlahan-lahan menuju ke Ira, peluk dia dan memaksa Ira untuk berlari. Sambil lari baca ayat kursi. Ira mula panik. Syam cuba tenangkan Ira. Syam mengingatkan Ira untuk baca ayat kursi.
Kedua-dua mereka lari. Sambil lari sambil baca ayat kursi. Syam kesian dengan isterinya tapi dia terpaksa lari. Akhirnya mereka sampai ke rumah. Syam menoleh ke kiri ke kanan, cahaya itu dah hilang. Alhamdulillah, syukur. Syam lihat isterinya. Dia bawa isterinya masuk ke rumah dan berikan dia air kosong. Syam menelefon ustaz untuk bantu kuatkan semangat isterinya. Tak lama kemudian ustaz pun sampai. Dia beri air tangkal kepada Syam dan Ira.
Dua bulan kemudian, Ira melahirkan cahaya mata pertama mereka. Seorang budak lelaki. Syam tidak dapat menahan kegembiraannya. Dia menangis melihat anaknya itu. Syam sudah bergelar ayah.
Selepas kematian suaminya, Hamadi, Aisyah mula menyepikan diri. Dia tidak keluar dari biliknya. Makan pun tak nak. Sudah hampir empat bulan Aisyah begini dan ini merisaukan ibubapanya.
Pada satu hari, Aisyah kuat kan semangat dan buang barang-barang Hamidi. Perbuatan itu telah mengembirakan keluarga Aisyah. Ia tanda dia sudah mula terima hakikat. Dalam banyak-banyak barang dia buang, Aisyah juga buang sebuah beg kecil berwarna kuning. Di dalam tu ada macam-macam benda pelik yang Aisyah tak tahu motif dia simpan.
Malam itu ibubapa Aisyah terpaksa menghadiri majlis perkahwinan kawan mereka. Berat hati ibunya tinggal anaknya yang sedang berkabung. Ayahnya cuba tenangkan hati isterinya. “Aisyah dah mula move on. Insya Allah, dia ok seorang diri.”
“Harap begitu,” kata ibunya yang sedang bersiap.
Mereka pun meninggalkan Aisyah seorang diri. Aisyah kaut nasi dan lauk. Selera ya mula pulih. Sambil makan sambil menonton TV.
Tiba-tiba hujan lebat. Bunyi guruh boleh kedengaran. Siaran yang dia sedang tengok tergendala. Aisyah merasa sesuatu memerhatikannya. Dia pandang ke kiri ke kanan. Apabila dia toleh kiri semula, sesuatu lalu di sebelah kanannya. Mata Aisyah terus menoleh semula ke kanan. Tiada apa-apa. Bunyi guruh menambah ketakutan Aisyah.
Hati Aisyah berdebar-debar. Jam menunjukkan pukul 10. Dalam hati Aisyah harap ibubapanya dah pulang.
Aisyah membawa pinggannya ke dapur. Ada sesuatu bau yan hanyir. Tong sampahnya terbalik. Sampah-sampahnya bertaburan. Aisyah kutip sampah itu. Sekali lagi bunyi guruh. Aisyah makin berdebar.
Tiba-tiba pinggan yang dia sedang makan, jatuh pecah ke lantai. Aisyah terkejut. Dia menelefon ibubapanya. Mereka beritahu mereka dalam perjalanan pulang.
Aisyah dengar suara bisikan. Lembu je. Suara itu seperti memanggil nama dia. “Aisyah… Aisyah…”. Ada sesuatu pelik tentang bisikan tu. Seperti pernah dia dengar. “Aisyah… Aisyah…”. Tak salah. Suara seperti suaminya. “Aisyah… Aisyah…” Meremang Aisyah.
Aisyahh berjalan ke biliknya. Dia membuka pintu biliknya. Apa yang dia nampak agak megejutkan, ada satu lembaga hantu Rupa suaminya. “Aisyah…”.
Aisyah terduduk. Lembaga itu hilang. Dia muncul semula, kali ini dia mucul di sebelah telinga kanan Aisyah.
Aisyah bangun dan lari ke pintu. Ibu bapa Aisyah pulang tepat pada masanya. Bapa Aisyah sempat lihat lembaga itu. “Itu bukan suami kau, itu adakah saka dia.”
Ayah Aisyah menelefon kawannya seorang ustaz yang pakar menangkap hantu sebegini.
Tak lama kemudian Ustaz tu sampai. Dia tak habiskan masa dan terus baca sesuatu. Tak lama kemudian saka itu di tangkap.
Selepas selesai kerjanya, Ustaz itu balik. “Saya balik dulu Haji.” sambil angkat tangan.
Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.
Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.
Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?
Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.
Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”
Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.
Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”
Tak lama kemudia dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.
Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”
Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.
Ghaffar pengsan.
Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.