Ramai tegur berat aku dah naik. Aku pun perasan. Dulu, masa zaman sekolah, aku aktif sukan. Badminton. Rugbi. Berat badan masa tu baru 72 kg. Sekarang, dah masuk Univerisiti ni, berat badan aku dah naik 87 kg. 15 kg dalam masa setahun. Banyak sangat makan jajan.
Dengan semangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan, aku memutuskan untuk mendaki bukit. Selalunya orang akan berjogging dulu, cari stamina, tapi aku bukan seperti orang biasa… kononnya.
Berdekatan rumah aku ada bukit. Zaman sekolah dulu memang selalu je mendaki di situ. Dah lebih setahun tak jejak. Dengar cerita dah ada pangking atas tu. Dengan semangat berkobar, aku mula mendaki.
Orang degil macam aku memang cari nahas. Sebaik sampai di puncak, kaki aku mula kejang. Tak boleh berjalan, aku rehatkan kakiku kat pangking baru. Ada lah beberapa orang pendaki cuba bantu, tapi aku tolak dengan cara paling sopan sekali, “saya ok bang.”
Matahari pun hampir terbenam. Kaki ku rasa dah cukup rehat untuk turun semula. Tak mahu lah duduk dalam hutan ni sampai gelap, aku bergesa turun ke bawah. Sebaik sahaja sampai di parkir kereta, azan berkumandang.
Di bilik, aku terbaring keletihan sambil memandang dinding siling aku. Tak lama kemudian, makku ketuk pintu, “Tak ada orang kat rumah. Ayah dan mak pergi wedding. Makanan ada kat dapur tu.”
Aku hanya balas dengan bunyi “Hmmm…”.
“Dah malam dah. Pergi mandi!” kata mak aku.
Malas nak mandi aku terus ke dapar. Dalam perjalananku ke dapur, aku perasan beranda di rumah aku terbuka luas. Aku sangkakan ayah dan mak belum bertolak lagi. Aku pun menutup pintu beranda sambil memanggil keluarga, “Mak! Ayah!” Tiada ada orang jawab.
Mungkin mereka lupa tutup kot. Aku pun ambil makanan yang di tinggalkan oleh mak dan bawa ke ruang tamu sambil menonton ulangan Maharaja Lawak Mega. Tiba-tiba pintu bilik ayah dan mak di ketuk. “Ayah! Mak!” Sekali lagi tiada orang jawab.
Tak nak fikir bukan-bukan aku sambil tonton Maharaja Lawak. Tiba-tiba pintu bilik ayah ibu ku diketuk.
Tok…Tok…Tok…
“Siapa tu?” buniyi tu berhenti. Mood aku pontong. Hilang selera makan. Baru angkat je makanan dari meja, meja tu bergerak. Berlari aku dari situ. Rasanya aku tak sentuh pun meja tu.
Aku bergegas ke paip dapur, basuh tangan dan cuci pinggan. Semasa aku basuh pinggan, aku merasakan sesuatu sedang perhatikan diri ku dari belakang. Apabila aku toleh, tak ada sesiapa. Keadaan menjadi lebih seram apabila pintu tandas pula di ketuk.
Tok…Tok…Tok…
Aku berani kan diri. Aku cuba buka pintu tandas itu. Perlahan-lahan aku berjalan ke tandas. Sebelum sampai, bunyi itu berhenti. Tiba-tiba aku dengar bunyi kaki di seret. Tapi aku tak nampak apa-apa. Hanya bunyi. Makin dekat, makin kuat bunyi. Bunyi itu betul-betul dekat dengan aku. Tapi aku masih tak nampak apa-apa. Makhluk ghaib itu tiba-tiba mengilai. Baru aku sedar, ia di atas siling. Aku perlahan-lahan angkat kepala, sebuah lembaga hitam seperti bayang-bayang, matanya merah memerhati aku. Ia mengilai untuk kali terakhir dan lesap.
Tak lama kemudian ayah dan mak pulang. Mak lihat aku tercengang di lantai dapur. “Kau apasal tak mandi lagi? Dah pukul berapa ni?”
Aku buat seperti tak ada benda berlaku. Aku ambil tuala dan pergi mandi.
Aku pasti makhluk ghaib ni ikut aku balik dari mendaki tadi. Pada mulanya aku tak bersenyap. Tapi ia berulang setiap kali aku seorang di rumah. Tak tahan, aku beritahu kat ayahku. Dia panggil kawan ustaznya untuk menghalau makhluk ghaib itu.
Ayu seorang gadis yang lemah lembut dan kini sedang menuntut di sebuah IPT. Dia disenangi ramai kerana personalitinya. Di kolej, ketika tahun kedua Ayu tinggal sebilik bersama tiga orang rakan lain termasuk Iqa. Di kalangan tiga rakannya itu, Ayu rapat dengan Iqa walau pun berlainan jurusan dan merupakan junior tahun satu. Sebenarnya Ayu kasihan padanya yang tidak ramai kawan dan seolah-olah dipulaukan orang lain.
Iqa seorang gadis yang pendiam dan banyak menyendiri. Mungkin sebab itu dia tak ramai kawan di kolej. Setiap minggu dia akan pulang ke rumah keluarganya yang hanya satu jam perjalanan dari kolej. Sering kali dia mengajak Ayu balik bersamanya namun belum berpeluang. Bukan tak sudi tapi ada saja halangan apatah lagi Ayu aktif di kolej. Hujung minggu pun biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Pernah dia mengajak Iqa turut serta tapi ditolak. Katanya tak minat. Sedangkan bagi Ayu, untuk mendapat tempat di kolej pada semester seterusnya, seseorang pelajar itu kena aktif.
Pada cuti semester, akhirnya Ayu terima tawaran Iqa untuk pulang bersamanya. Ayu di sambut dengan gembira oleh keluarga Iqa. Di rumah itu duduknya ayah, ibu dan nenek Iqa. Nenek Iqa tak banyak cakap. Dia sentiasa senyum dan duduk di kerusinya. Dia seperti berminat sangat dengan Ayu. Mungkin dia jarang jumpa tetamu.
Malam itu kami makan semeja tapi neneknya tak join mereka. Apabila di ajak Ayu, dia gerakkan tangannya macam suruh Ayu makan dulu. Iqa bawa makanan dan air lalu diletakkan di sebelah nenek. Ayu pun makan bersama keluarga Iqa. Mereka tanyalah macam-macam tentang Ayu.
Selepas Iqa habis makan, dia kutip pinggan dan mangkuk nenek sekali. Nenek ajak ayu duduk di sebelahnya. Dia memegang-memegang badan ayu sambil tersenyum. Iqa panggil Ayu masuk ke bilik. Ayu tinggalkan nenek itu. Ayu tanya tentang nenek tapi Iqa macam nak tak nak jawab.
Malam itu, Ayu tak boleh tidur. Macam ada sesuatu menghalangnya untuk tidur Iqa di sebelahnya dah tidur nyenyak. Ayu terus berpusing ke kiri ke kanan. Tiba-tiba dia terdengar namanya di panggil. Bunyinya seperti suara Iqa tapi Iqa di sebelah Ayu. Pelik dia rasa. Sekali lagi Ayu dengar suara itu panggil namanya. Seram sejuk rasa dirinya. Mengingatkan pesan maknya, Ayu tidak jawab bila dengar suara. Dia ambil bantal dan tutup mukanya.
Sejak hari itu, Ayu sering mendengar bisikan di telinganya sehingga membuatkan dia takut, lebih-lebih lagi ketika hendak tidur. Tambah pelik, Iqa juga tidak muncul selepas Ayu tidur rumahnya. Sebaik tamat peperiksaan semester, Ayu pulang ke kampung. Di rumah Ayu masih diganggu dengan bisikan itu.
Satu malam dia kuatkan diri dan cuba tahu kenapa dia di ganggu, apabila namanya di panggil, dia kuatkan diri untuk menyahut. Kemudian muncul muka seorang perempuan rupa seperti nenek Iqa. Tapi apa yang lain mengenai lembaga ini, mukanya pucat.
Lembaga itu menghampiri Ayu sambil memanggil namanya. Ayu terdiam kaku di katilnya. Lembaga itu memeluk kaki Ayu sambil memanggil namanya. Ayu kuatkan semangat dan bertanya hajat lembaga itu. Satu je perkataan keluar dari mulut lembaga itu… Tuan.
Akibat tidak tahan, Ayu berterus terang dengan mak dan ayahnya. Mereka bawa Ayu berjumpa dengan seorang ustaz di kampung mereka. Menurut ustaz itu, Ayu sebenarnya cuba ‘dirisik’ oleh sesuatu untuk dijadikan tuan barunya. Terkejut Ayu. Menerusi beberapa ‘hint’ yang diberikan oleh ustaz, ayu dapat agak sesuatu yang berlaku ketika dia di rumah Iqa.
Selepas diselidik, Iqa meninggal dunia beberapa hari selepas Ayu datang ke rumahnya kerana menghidap kanser. Rupanya nenek yang dia jumpa di rumah Iqa adalah saka Iqa. Biasanya jika saka tidak bertuan, dia akan mengacau. Iqa terima lembaga itu sebagai tuan.
Hari yang sangat penat. Aku pulang ke rumah dengan keletihan. Makan malam pun belum lagi. Setibanya aku di depan rumah, ada sebuah kurier di selitkan di pagar rumahku. Bila pulak aku ada pesan apa-apa kurier. Aku pun melihat butiran di kurier itu, memang alamat rumah aku. Nama pun atas nama aku. Malas nak fikir, aku bawa masuk ke dalam rumah.
Aku meletakkan kurier itu di atas meja lalu pergi mandi. Selepas segar, aku masak pula sebungkus maggi sebagai makanan malam aku. Dengan semangkuk maggi, secawan air sirap, aku hidupkan astro sambil mencari cerita yang menarik. Avenger: Infinity Wars sedang bermain. Apa lagi, itulah cerita yang menemaniku makan malam.
Jam menunjukkan pukul 11.30. Cerita di tv baru habis. Ingatkan mahu masuk tidur, tapi mata aku tertarik dengan kurier itu. Ia memanggil. Aku mengambil kurier itu dan letak di depanku. Sekali lagi aku periksa butiran. Tiada perubahan. Memang alamat dan nama aku. Aku pun membuka bungkusan perlahan-lahan.
Di dalam nya ada sebuah kotak. Ia bukan sebarang kotak. Buruk. Usang. Busuk. Di balut pula dengan sebuah kain yang penuh dengan simbol-simbol. Curiga, aku pun buka kotak itu. Ia keluar bau yang sangat hanyir. Aku hampir muntah apabila hidunya. Di dalamnya ada sebatang paku di gulung dengan tali dan sebuah kotak kecil yang telah di paku. Tak puas hati, aku pun membuka kotak kecil itu. Di dalamnya ada seekor anak burung yang telah mati. Aku berlari ke tandas. Muntah. Rupanya bau hanyir tu datang dari burung itu.
Celak@ mana bergurau kasar sebegini. Ini dah lebih-lebih. Dia ingat satu lawak ke?Â
Apa akan kau buat kalau dapat kotak sebegini, kau pun akan maki. Aku melangkah keluar dari tandas sambil menuntup lampu. Tiba-tiba air di shower terbuka dengan sendirinya. Aku berhenti, buka lampu semula dan perhati tandas aku. Tiada sesiapa tapi bagaimana ia terbuka sendiri. Aku tutupnya semula. Senasa sedang tutup, aku merasakan sesuatu lalu tepi ku. Tak suka dengan perasaan ini, aku keluar, ambil sampah hitam, bungkus semua barang-barang dalam kurier tadi. Baru ingin membawa sampah itu keluar dari rumah, plastik hitam itu koyak seperti seseorang mengoyakkannya guna pisau. Bertarabuk barang tadi.
Keadaan menjadi lagi teruk apabila aku dengar bunyi orang menghenak dinding. Barang-barang seperti cermin dan gambar jatuh. Jantung aku berdebar-debar. Badan meremang. Sekali lagi aku bungkus barang-barang itu dan buang di luar rumah.
Aku terbehenti sekejap. Sekarang ni aku di luar rumahku. Benda tu di dalam. Patutkah aku lari ke rumah sesiapa dulu atau hadap semula mahkluk ghaib tu dalam rumah.
Aku baru perasan, Aku lari sekarang, tak guna juga. Handphone, dompet. kunci kereta. Semua masih di dalam rumah. Selepas 10 minit menghadap rumahku, aku berlari masuk, capai semua barang yang di perlu dan berlari semula ke pintu luar. Tapi kali ini, pintu aku kunci.
Aku cuba bukanya, kunci yang selalu di guna juga tak boleh masuk ke dalma lubang. Tak ada cara lain, aku tendang, tarik, tumbuk, apa-apa cara aku cuba. Tak terbuka juga. Tiba-tiba TV aku di jatuh dari dinding. Berkecai.
Dalam otak aku, ada satu je option. Aku akan cuba telefon kawanku untuk datang selamatkan ku. Telefon berdering. Tak ada orang angkat. Aku whatsapp meminta dia bantu aku. Selepas itu aku buka surah Yasin. Aku baring di tepi pintu masuk. Menunggu kawan ku datang selamatkan aku.
Keesokkan harinya, apabila Gus datang, dia melihat aku terbaring di lantai dan keadaan rumah bersepah. Dia kejutkan aku. Apabila lihat muka member, aku dah tak fikir apa-apa selain meninggalkan tempat ini.
Ia mengambil tiga hari untuk aku beranikan diri masuk semula ke rumah aku.
Isteri aku meninggal beberapa minggu lepas. Kemalangan. Aku ada 3 orang anak. Dua laki. Satu perempuan. Yang perempuan tu baru 3 tahun. Apabila aku cerita apa terjadi dekat ibunya, yang dua laki itu faham, mereka dah besar sikit. Boleh berfikir. Tapi anak yang terakhir, perempuan tu selalu cari ibunya.
Sejak kematian isteri, aku terpaksa hantar ke rumah ibu ku yang duduk tidak jauh dari aku. Isteri aku memang tak kerja. Dia lah yang uruskan anak-anak aku. Tapi di sebabkan dia sudah tak ada, ibu aku jadi penganti.
Setiap pagi aku kejut nak bawa ke rumah ibu aku, anak aku yang perempuan, Aishah akan sentiasa mencari ibunya. Dia akan menangis. Memanggil-manggil nama ibu. Nak tidur pun sama. Dia menangis, “Nak ibu. Nak ibu”.
Saya tak boleh tahan, saya mencari seorang pakar yang boleh kuatkan semangat anak aku. Kawan aku temukan aku dengan seorang bernama Mahbub. Dia beritahu dia boleh bantu tapi dengan cara tradisional. Saya ok je kalau ia boleh kuatkan semangat anak saya.
Kami ke rumah dia. Dia baca sesuatu ke arah botol kecil. Dia beri kepada saya dan letak didalam bilik mana anak saya tidur. Mahbub suruh botol ini di letak bertentangan arah kiblat. Saya ikut sahaja. Keesokkan hari nya Aishah tidak menangis lagi. Aku bersyukur kegembiraan. Hari kedua pun sama dan hari seterusnya.
Hari ke 100 kematian isteri aku, kami adakan majlis tahlil. Selepas selesai majlis itu, aku, adik dan ibu mengemas rumah. Anak-anak aku dah mula ngantuk. Aku suruh mereka naik dan masuk tidur. Aku angkat Aishah dan tidurkan dia. Aku turun semula dan bantu kemas. Selepas selesai, jam pun tak tunjuk pukul 1, adik aku bawa pulang ibu. Aku pun nak masuk tidur, di luar pintu aku dengar anak aku sedang bercakap, “ibu, kenapa ibu tinggalkan Aishah… Aishah rindukan ibu.” Aku buka pintu dan melihat anak aku sedang berpaut di tepi tingkap seperti bercakap dengan seseorang. Aku terkejut. Aku panggil anak aku. “Aishah… Aishah cakap dengan siapa tu? Mari kat ayah”. Aishah jawab, “Ayah, ibu la kat tingkap.” Masya Allah. Aku terus ke Aishah dan lihat memang ada lembaga serupa muka isteri aku. Meremang aku tengok. Aku tarik Aishah, kejutkan kedua-dua anak aku dan kami pergi ke rumah ibu aku. Aishah menangis, “Nak ibu. Nak ibu.” Sepanjang perjalanan.
Ibu aku tanya, “kau ada buat apa-apa pelik tak?” Aku terangkan aku jumpa dengan seorang lelaki bernama Mahbub yang bantu beri sesuatu kepada ku untuk kuatkan semangat Aishah. Selepas selidik rupanya aku dapat tahu ia bukan penawar untuk kuatkan semangat tapi sebenarnya ia untuk memanggil makhluk yang menerupai isteri untuk anak aku melepaskan rindu dengan ibunya. Aishah setiap malam, semasa aku tidur, akan berborak dengan makhluk itu.
Bersambung…