Hati Haris dan Sofea gembira bukan main apabila akhirnya mereka mampu memiliki rumah sendiri. Maklumlah usia perkahwinan telah menjangkau tiga tahun dan telah miliki seorang cahaya mata. Sudah tentu, mereka sekeluarga inginkan sebuah rumah sendiri biar pun kecil tetapi bermakna buat keluarga ini.
Selesai urusan pindah hak milik rumah, Haris dan Sofea merancang untuk berpindah ke rumah baru pada bulan Disember. Tambahan pula ketika itu cuti panjang, dapatlah mereka uruskan mengemas secepat mungkin. Aulia, anak mereka seperti gembira dengan persekitaran barunya lebih-lebih lagi ada playground dan swimming pool.
Tambah beruntung ada pengasuh di sebelah rumah yang sudi menjaga Aulia ketika pasangan ini keluar bekerja. Apabila setiap kali menghantar Aulia ke sana, pasti Aulia asyik tersenyum dan ceria malahan dia juga tidak berkira apabila Haris dan Sofea pulang lewat malam, disuruh pula pasangan ini pulang bersihkan diri dahulu barulah ambil Sofea.
Segala-galanya tampak indah sehinggalah suatu hari ketika Haris dan Sofea ingin menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Malam itu mereka tinggalkan Aulia bersama pengasuh kerana ingin keluar makan malam dan menonton wayang larut malam bagi meraikan hari istimewa. Mujurlah pengasuh faham. Dia juga beritahu biar saja Aulia tidur di rumahnya jika dah lewat malam sangat.
Setiap saat yang dilalui malam itu berlaku dengan pantas, setelah menonton wayang pasangan ini bergegas pulang ke rumah. Teringat anak kecil yang ditinggalkan bersama pengasuh. Akibat pulang lewat malam, parkir kereta di ambil orang dan terpaksalah mereka parking agak jauh dari rumah mereka. Menurut penghuni apartment, kawasan tersebut agak keras oleh sebab itu jarang-jarang ada penghuni parkir kereta di situ. Tetapi akibat rasa mengantuk dan letih, Haris letakkan juga kereta di kawasan tersebut.
Setelah memastikan kereta berkunci, mereka jalan beriringan ke kawasan apartmen. Baru tiga langkah, tiba-tiba hon sebuah kereta lama berbunyi. Pasangan ini terkejut lalu serentak berpaling ke arah kereta itu. Kelihatan kereta itu seperti telah lama ditinggalkan tetapi dari jauh sayup kedengaran suara wanita dan anak kecil memohon pertolongan. Biar pun tidak sedap hati, Haris memimpin tangan Sofea untuk melihat keadaan kereta tersebut. Haris mengelilingi kereta tersebut tetapi seakan-akan tiada orang.
Haris cuba menjerit seraya bertanya, “Ada seseiapa di dalam tak?”. Kereta yang pada mulanya diam kaku, mula bergoncang seperti ada seseorang di dalam melepaskan diri. Terperangkap barangkali, getus Haris di dalam hati. Sofea pula mula merayu suaminya agar pulang sahaja dan abaikan apa yang berlaku tetapi Haris langsung tidak mengendahkan.
Haris cuba membuka pintu kereta tetapi berkunci, Haris tekad untuk mengambil batu dan pecahkan cermin kereta. Setelah cermin dipecahkan, suara tadi seakan sepi. Tiada lagi suara jeritan tadi, tiba-tiba angin sepoi bertukar menjadi kuat disertai ngilaian suara yang cukup nyaring.
Haris dan Sofea berlari seakan tidak bernafas. Mereka langsung pulang ke rumah tanpa mengambil Aulia. Keesokkan paginya barulah Aulia diambil dan Haris menceritakan segalanya pada pengasuh mereka. Pengasuh tersebut meminta Sofea dibawa berjumpa ustaz kerana dia demam panas sejak peristiwa itu.
Setelah berjumpa ustaz dan diberi air doa untuk memulihkan semangat, Sofea makin pulih. Jelas ustaz, Sofea terkena gangguan jin apatah lagi ketika itu Sofea datang bulan, sudah tentu badannya sangat lemah. Menurut jiran tetangga, kereta lama tersebut dipercayai telah ditinggalkan penjenayah yang telah membunuh beberapa orang wanita dan itu sebabnya kereta berhantu.
Tuan rumah baru beli rumah ini. Sudah hampir 5 tahun rumah ini tidak ada penghuni. Mungkin sebab harga tu murah, dia beli. Rumah tu memang memerlukan kerja baik pulih yang banyak. Alhamdulillah, rezeki aku, dia pilih syarikat aku untuk projek rumah dia.
Sudah hampir sebulan kami kerja baik pulih rumah itu. Pekerja aku ada lapor rumah tu berhantu. Mereka kata ada dengar orang sedang main piano, suara budak berlari-lari. Kadang-kadang hantu tu baling barang mereka.
Pada mulanya aku tak percaya sebab aku sendiri tak pernah lalui. Ingat kan alasan mereka nak poteng kerja. Tapi dah dua pekerja aku berhenti, mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mereka.
Kami terpaksa bekerja overtime. Kalau tak siap pasang tile malam ni, aku tak dapat siap pada masa yang ditetapkan. Banyak akan tertangguh.
Semasa menyiapkan tiles, salah seorang dari pekerja aku dengar bunyi ketukan. Dia mula panik. Dia merayu untuk kita sambung esok je, tapi aku tak nak. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pecah.
Rupanya dua biji tiles aku pecah. “Siapa buat?” tanya aku. Seorang pun tak mengaku. Aku suruh mereka sambung kerja.
Tak lama kemudian aku dengar bunyi piano. Merdu tapi menyeramkan, eh jap…. mana ada piano dalam rumah ini. Aku mula berasa lain macam. Lagu itu makin kuat. Seperti seseorang sedang membawa piano sambil berlari ke arah aku. Tiba-tiba lagu piano itu berhenti. Aku baru nak rasa lega, datang sebuah jeritan mengilai yang kuat.
Semua perkerja aku lari tinggalkan rumah itu. Tinggal aku seorang. Aku tengok tiles yang hampir siap. Nak lari ke nak siapkan tiles.
Lampu pulak tiba-tiba mati. Black out. Aduh. Memang kena balik la. Aku keluarkan handphone aku dan buka lampu suluh dari apps. Aku terus menghala ke pintu masuk.
Sebelum sempat aku nak keluar, aku di halang oleh sebuah lembaga. Apabila aku suluh muka dia, aku nampak lembaga itu rupa seperti aku. Apa lagi, lari lingkang pukang aku ke pintu keluar.
Keesokkan hari ni aku menelefon tuan rumah. Aku beritahu dia aku tak dapat sambung kerja rumah dia. Aku juga beritahu rumah dia berhantu.
Kisah Seram Kuala Kedah
Kisah seram Kuala Kedah ini berlaku ketika aku baru masuk sekolah menengah. Sekarang aku sudah berumur 36 tahun, jadi boleh bayangkan betapa lamanya kejadian ini berlalu. Namun sampai sekarang aku masih teringat peristiwa pelik dan menakutkan itu.
Ketika itu, aku dan keluarga dalam perjalanan ke Kuala Kedah kerana saudara ayah akan berkahwin dengan orang sana. Dalam kereta ada aku, ayah, ibu, dan juga makcik. Selepas berhenti makan malam dan solat Maghrib, kami meneruskan perjalanan. Kata ayah, ini perhentian terakhir dan selepas itu kami tidak akan berhenti lagi kecuali untuk ke tandas.
Perjalanan Malam ke Kuala Kedah
Jalan waktu malam memang membosankan, lebih-lebih lagi di kawasan hutan dan ladang yang gelap. Aku hampir tertidur sebelum tiba-tiba terjaga apabila ayah seperti terlanggar sesuatu. Wajahnya cemas dan beliau berhenti di bahu jalan. Dari cermin pandang belakang, tiada apa-apa kelihatan.
Ayah menyuruh aku melihat, lalu aku mengajak makcik untuk temankan. Kami keluar dari kereta dengan lampu picit, tetapi jalan tetap kosong. Tiba-tiba makcik menjerit, “Kepala berguling!”. Darahku berderau kerana kepala itu berguling menuju ke arah kami, berhenti tepat dalam suluhan lampu picit.
Kepala Berguling yang Misteri
Aku nampak jelas kepala tersebut – rambutnya masih segar, mukanya pucat, berdarah meleleh. Dalam keadaan panik, makcik menendang kepala itu ke tengah jalan. Sebuah lori yang kebetulan lalu membunyikan hon dan terus melenyek kepala tadi. Aku terkedu, makcik menarik aku masuk semula ke dalam kereta.
Perasaan aku bercampur-baur – terkejut, takut, seram sejuk, menggigil, dan geli. Ayah enggan teruskan perjalanan tanpa kepastian, lalu keluar semula untuk memeriksa. Tidak lama kemudian beliau kembali, tergesa-gesa memandu semula. Sepanjang perjalanan, ayah hanya memasang CD bacaan Al-Quran dan tidak berhenti memandang ke arah cermin sisi.
Rahsia Ayah Tentang Jembalang
Beberapa hari kemudian, ayah akhirnya menceritakan sesuatu. Katanya, tidak jauh dari lokasi itu sebenarnya terdapat kubur lama. Ayah tidak nampak kepala berguling seperti yang kami lihat, tetapi sebaik sahaja beliau naik ke kereta, dia ternampak seekor jembalang bertenggek di bonet belakang. Nasib baik ia tidak mengikut kami lama.
Kisah seram Kuala Kedah ini benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada aku. Apa yang aku nampak dan apa yang ayah lihat seolah-olah dua cerita yang berbeza, tetapi tetap menyeramkan. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya – kepala siapa yang aku nampak berguling malam itu?
Setiap hari ke kerja aku akan mengunakan perkhimatan lrt. Jarak rumah ke lrt tidak jauh. Di sebabkan itu aku jarang mengunakan motor ke kerja. Ya la, masuk KL jam. Walaupun guna motor. Lebih selamat guna lrt.
Satu hari aku terpaksa balik lambat. Tidak pernah selambat ini. Aku terpaksa mengambil tren terakhir untuk balik. Dari KLCC ke Kelana Jaya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit dalam tren.
Tak ramai dalam tren. Aku rasa ada 4 orang termasuk aku.
Seorang-seorang penumpang tinggalkan tren. Sehinggalah aku seorang. Perhentian berikutnya, Dang Wangi, ada seorang perempuan masuk ke dalam tren. Dia berpakaian serba merah. Rambutnya hitam panjang. Aku tak nampak sangat mukanya. Tapi aku boleh nampak mulutnya. Dia seperti memandang aku dan memberi sedikit senyuman.
Pada awalnya aku tak mahu fikir apa-apa pelik. Aku pura-pura sambung tengok handphone aku. Tapi biasalah, apabila perangai lelaki dah keluar, aku nak cuba ngorat perempuan itu. Mana lagi aku dapat peluang macam ni. Sorang-sorang dengan perempuan, macam jodoh. Lagi bila dia senyum kat aku, mesti dia minat.
Aku pun mula langkah aku. Aku bangun dari tempat duduk sambil main handphone. Aku dekati dia. “Hi” sambil duduk sebelah dia. Sekali lagi dia senyum kat aku. Kali ini aku nampak lebih jelas sikit mulutnya. Bibir dia merah.
Aku pun terus tanya, “Awak nak ke mana?” Dia tak jawab. “Bahaya jalan seorang-seorang.” Dia masih senyap. Dalam otak aku fikir main susah nak dapat pulak minah ni.
Aku sambung main handphone. “Awak…” akhirnya dia berkata.
“Nama saya Fuad.” aku balas. “Siapa nama awak?”
“Sudi tak awak teman ke rumah saya?” dia tanya.
Perempuan dah ajak balik, aku sudilah. Jangan lepaskan peluang keemasan. “Boleh je. Awak tinggal kat mana?”
“Tu.” dia jawab. Stesen berikutnya Abdullah Hukum. Alamak, jauh pulak dari rumah aku. Takpela. Ada grab. Aku pun angguk.
Sampai lrt Abdullah Hukum dia tak bangun. “Kata ni stesen awak?” Dia terus diam. Lrt tu mula jalan. Aku jadi pelik. Sebaik dia jalan, perempuan tu bangun. Aku tengok je dia. Dia berjalan ke pintu keluar dan toleh ke arah aku. Dia senyum. Aku terkedu. Tak lama kemudian dia lalu tembus pintu itu dan ghaib.
Satu badan aku meremang. Apa yang aku baru lalui.
Keesokkan harinya aku demam. Sejak hari itu aku trauma naik lrt.