Selepas Nazri buang almari klasik itu, dia harap keadaan di rumah itu akan berubah pulih. Salah sangkaannya.
Malam itu Nazri masuk tidur anaknya seperti biasa. Dia akan bacakan buku untuk mereka. Malam itu Alina terjaga. Dia mencari kawannya di bilik belakang. Tapi dia tak jumpa. Dia pulang semula ke biliknya. Lembaga itu sedang menunggu Alina di biliknya. Tapi kali ini dia seperti marah sambil perhati Alisya. Alina tanya, “awak ok?” Lembaga itu tidak berkata. Dia hanya memerhatikan Alisya. Alina, “Jom main.” Tiba-tiba Alisya terbangun. Sebaik sahaja dia buka mata, dia nampak lembaga itu depan mukanya. Dia menjerit.
Nazri dan Ain dengar jeritan itu. Dia berlari ke dalam bilik anak mereka. Alisya sudah di rasuk oleh lembaga itu. Alina pulak sedang menangis, “itu kakak saya! itu kakak saya!” Ain terus memeluk Alina. Alina sambung, “ibu. tolong kakak, ibu. Ayah.” Nazri memerhatikan Alisya. Dia sedang mencangkung tepi katil sambil memerhati kakinya. Nazri berkata, “Alisya… sayang… Alisya sini.”
Alina memberitahu, “itu bukan kakak ayah.” Alisya angkat kepalanya. Matanya berkeliaran. tiba-tiba matanya memandang tegak ke Nazri. Alisya bersuara, tapi suaranya kasar, “Siapa kau untuk halau aku dari tempat ini? Aku dah menetap di sini lebih lama dari keluarga kau. Aku tak pernah usik kau.” Suara Alisya telah meremangkan bulu roma Nazri. Dia suruh ain dan Alina keluar. Dia juga suruh Ain menelefon ustaz.
“Alisya… sayang… Ini ayah. Mari kat ayah nak.” kata Nazri sambil mata air mengalir.
Alisya melompat-lompat atas katil. Dia tidak layan suara Nazri.
“Ayah tak boleh tengok cinta ayah begini… Ayah sayang anak ayah”. Walaupun takut dia kuatkan semangat untuk anaknya.
Alisya tiba-tiba berhenti. Dia memerhatikan Nazri, lalu sambung lompat.
Semasa Ain menelefon seorang ustaz, Alina mengintai biliknya dari luar pintu. Alisya nampak dan terus berlari menghala ke Alina. Dia seperti mengajak Alisya bermain sekali dengannya. Alina berlari balik ke ibunya, Nazri sempat tutup pintu. Nazri marah isterinya, “Janganlah bagi Alina ke sini”.
Alisya memerhati Nazri seperti marah tidak benarkan dia keluar main. Tak lama kemudian dia mula menari. Gerak langkah tariannya seperti persembahan tradisional. Air mata Nazri tak berhenti mengalir.
Tidak lama kemudian Ustaz Idrus sampai. Dia masuk bilik itu meminta Nazri pegang anaknya di katil. Ustaz Idrus mencubit hujung ibu jari Alisya. “Sakitkan? Kenapa kau rasuk budak ini?” tanya ustaz Idrus. “Sakitla bodoh! Dia yang langgar pantang larang. Dia buang tempat tinggal aku. Ustaz Idrus tanya apa yang di buangnya. Nazri jawb, “Almari”.
Dengan bacaan ayat Ruqyah dan cubitan itu, Alisya mula meronta.”Lepaskan aku! Lepaskan aku!” Dia cuba menolak Nazri tapi Nazri pegang badan Alisya sekuat yang boleh. Ustaz sambung baca. Alisya tetap meronta. Kata Ustaz Idrus, “aku akan sediakan tempat baru untuk kau. Dia meminta Nazri keluar dan biarkan dia dan lembaga berbincang.
Nazri pun keluar dari bilik. Dia melihat Ain sedang menangis. Alina sedang pujukkan ibunya. Aku tak boleh tahan lagi aku pun terus menangis.
Nazri kata, “Saya tak sanggup, saya tak sanggup lihat Alisya begitu. Saya lemah” Ain memeluk Nazri. Alina juga peluk ayahnya, “Ayah, jangan menangis. Alina ok. Alisya pun akan ok”. Terharu Nazri sambil memeluk Alina.
Tak lama kemudian Ustaz Idrus keluar. Kami semua bangun. Ustaz memberitahu Alisya sedang tidur kepenatan. Makhluk itu dah setuju untuk keluar dari badan Alisya. Dengan restu tak ada makhluk halus ganggu lagi.
Walaupun dah dapat jaminan, tapi Nazri dan keluarga masih tak dapat duduk di rumah itu. Teringat-ingat tentang peristiwa yang berlaku. Nazri mencari rumah baru. Kecil dan mahal sikit tak apa.
Rumah bomoh sering dikaitkan dengan kisah misteri dan gangguan. Inilah yang dilalui oleh Sam dan Vee, pasangan suami isteri yang sudah berkahwin lebih 5 tahun. Mereka bertemu di sebuah stesen bas, menaiki bas yang sama, dan dari situlah bermula kisah cinta mereka. Namun, rumah baru yang dibeli membawa pengalaman seram yang tidak mereka jangka.Pindah ke Rumah Baru
Selama lima tahun perkahwinan, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Tinggal di rumah ayah Vee penuh dengan pantang-larang membuatkan Sam kurang selesa. Setelah pinjaman lulus, akhirnya mereka berjaya membeli rumah sendiri. Walaupun rumah bomoh ini bukanlah rumah baru, dengan dua bilik dan satu bilik air, harganya hanya RM240,000 jauh lebih murah berbanding rumah sekitar yang mencecah RM350,000 hingga RM400,000. Mereka rasa bersyukur kerana berjaya memiliki kediaman sendiri.
Pertemuan Dengan Jiran Baru
Hari kedua, seorang makcik jiran datang membawa karipap. Dalam perbualan mesra itu, makcik sempat memberi pesanan yang membuatkan Vee resah. Katanya, rumah itu bekas rumah bomoh yang sudah meninggal. Anaknya menjual rumah tersebut kerana tidak mahu lagi dikaitkan dengan bapanya. Dia menasihatkan supaya Sam dan Vee mengadakan sembahyang hajat atau memanggil ustaz untuk membersihkan rumah itu.
Kejadian Seram Bermula
Malam pertama, ketika tidur, Vee terdengar bunyi tapak kaki berlari di atas bumbung. Setiap dua minit bunyi itu kedengaran, seolah-olah kanak-kanak sedang bermain. Tiba-tiba bunyi berhenti, tetapi tidak lama kemudian Vee mendengar suara orang bercakap di ruang tamu. Bulu romanya meremang. Sam sukar dikejutkan, hanya selepas bingkai gambar perkahwinan jatuh, barulah dia terbangun.
Mereka berdua menyuluh dengan lampu telefon ke ruang tamu. Tiada apa yang kelihatan, namun bingkai gambar benar-benar jatuh. Ketika Sam membawa bingkai itu ke dapur, dia terkejut melihat seorang budak duduk bertenggek di atas sinki sambil tersenyum. Sam segera meninggalkan bingkai itu dan mengajak Vee kembali masuk tidur.
Usaha Membersihkan Rumah Bomoh
Keesokan harinya, Sam memanggil ustaz bersama pelajar tahfiz untuk membaca doa dan ayat suci di seluruh rumah. Selepas itu, mereka merasa sedikit selamat dan tenang. Namun, pada hari ke-26, gangguan rumah bomoh itu muncul kembali. Bayangan kanak-kanak yang menakutkan itu terus menghantui mereka.
Kesimpulan
Kisah Sam dan Vee ini memberi pengajaran bahawa membeli rumah murah kadangkala ada sebab tersembunyi. Rumah bomoh yang kelihatan tenang di luar, menyimpan sejarah misteri yang mengganggu penghuninya. Sama ada percaya atau tidak, setiap rumah mempunyai kisahnya sendiri.
Aku teringat lagi sebuah kisah yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Mengisahkan seorang DJ yang mendapat panggilan lebih seram dari biasa. Kisah ini di katakan benar berlaku kerana ia berkait dengan seorang DJ 90an bernama Isma Halil Hamzah. Nama Isma memang terkenal dengan cerita seram pada waktu malam. Ramai juga yang menjadi saksi panggilan itu, maklumlah ia sedang bersiaran live.
Seperti biasa, pendengar akan menelefonnya dan mencerita pengalaman seram mereka. Pada malam itu, seorang lelaki menelefonnya dan ingin mencerita pengalamannya.
Pemanggil itu terus bercerita dia sedang memandu malam di satu lebuhraya bersama isteri, anak, dan kedua-dua orang tuanya. Tapi hanya dia sahaja yang masih belum tidur. Pemanggil tu kata dia dalam keadaan yang sangat mengantuk sambil memandu.
Dalam keadaan yang mengantuk, pemanggil itu memberitahu tiba-tiba ada satu lori yang hanya ada satu lampu yang menyala setentang dengan keretanya lalu melintasi keretanya. Tapi yang hairannya lori tersebut di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori itu muncul beberapa kali dari hadapan hingga lah tiba-tiba dia muncul dari belakang. Pemanggil itu kata, dia mula panik dan takut dengan gangguan lori terbabit. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga dia tidak sedari ada satu lagi lori muncul dihadapannya. Dia elak lalu terbabas masuk ke dalam gaung.
Selapas pemanggil tu mengatakan dia jatuh ke dalam gaung itu, dia mengatakan dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya meninggal dunia, juga anaknya di ikuti isterinya. Akhir sekali dia mengatakan dia juga mati di tempat kejadian. Talian terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil beberapa kali dan ianya tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, semua kembali seperti biasa.
Keesokkan harinya, sebuah artikel di akhbar menceritakan berita mengenai kemalangan di kawasan yang sama berlaku di radio malam semalam. Mangsa yang mati juga serupa dengan gambaran yang di berikan, seorang lelaki dan seorang perempuan, seorang kanak-kanak dan dua orang warga emas. Sesiapa yang mendengar live semalam amat terkejut apabila dapat tahu. DJ Isma juga terkejut. Dia terus mencari rakaman itu. Apabila dia playback, rakaman itu kosong. Seperti tidak pernah berlaku.
Penggali kubur bukan sekadar pekerjaan biasa, ia memerlukan keikhlasan hati. Begitulah yang dikongsikan oleh Pak Jaafar, seorang lelaki berusia 48 tahun yang sudah 31 tahun menabur bakti dalam bidang ini. Katanya, kerja mengorek lubang kubur perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengeluh.Bermula sejak kecil, Pak Jaafar tidak pernah mengenal ayahnya. Selepas kematian ayah, ibunya tinggal bersama atuk. Walaupun ramai yang melamarnya, ibunya menolak dengan tenang. Hidup mereka sederhana, malah rumah keluarga Pak Jaafar terletak bersebelahan tanah perkuburan. Dari situlah dia mula rapat dengan penggali kubur terdahulu dan akhirnya memilih untuk menjadikannya kerjaya.
Pengalaman Pelik Sebagai Penggali Kubur
Lima tahun lalu, satu peristiwa aneh berlaku. Awal pagi, seorang lelaki datang berjumpa Pak Jaafar. Dia memberitahu kemungkinan ada jenazah yang akan dikebumikan pada petang nanti dan meminta agar Pak Jaafar bersiap sedia. Bagi Pak Jaafar, perkara ini luar biasa kerana jarang ada orang membuat tempahan sebelum si mati benar-benar meninggal dunia. Tidak mahu berjanji, beliau hanya menyuruh lelaki itu hubunginya semula jika benar ada pengebumian.
Tengah hari itu, Pak Jaafar singgah di warung kegemarannya. Rakan-rakan sedang asyik bermain dam. Sambil memesan kopi, beliau sempat berbual dan ketawa dengan mereka.
Namun menjelang petang, berita kematian benar-benar sampai. Mereka segera menghubungi Pak Jaafar untuk menyediakan liang lahad. Tanpa berlengah, beliau meninggalkan kawan-kawannya lalu menuju ke kubur.
Kejutan di Tanah Perkuburan
Seperti biasa, Pak Jaafar menggali lubang sambil menunggu van jenazah tiba. Saat van itu sampai, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati jenazah yang dibawa adalah lelaki yang menemuinya pada waktu pagi tadi. Beberapa kali Pak Jaafar menggosok matanya, masih tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Tidak puas hati, beliau mencari keluarga arwah untuk menjelaskan hal tersebut dengan penuh hormat. Namun, anak ipar arwah memberitahu bahawa pada pagi itu bapanya masih terlantar tenat di hospital dan dia sendiri berada di sisi sambil membaca surah Yasin. Baginya, cerita Pak Jaafar tidak masuk akal. Dia meminta agar perkara ini tidak diperbesarkan. Pak Jaafar akhirnya meminta maaf dan akur.
Keinsafan Seorang Penggali Kubur
Biarpun begitu, dalam hati kecilnya, Pak Jaafar tetap yakin dengan apa yang dia lihat. Baginya, kejadian pelik itu bukan mustahil kerana Allah S.W.T Maha Berkuasa. Dengan izin-Nya, apa sahaja boleh berlaku. Peristiwa ini tidak pernah menjadi halangan dalam kerjayanya sebagai seorang penggali kubur, malah semakin meneguhkan keyakinannya bahawa setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan.