Cerita Seram Nilai: Perjalanan Malam Jaja dan Kim yang Misteri

Share
Cerita seram Nilai ini bermula pada satu malam Sabtu. Memandangkan tiada program, Jaja mengajak Kim ke rumah mak saudaranya di Nilai untuk makan malam. Kim setuju.

Mereka sampai di rumah mak saudaranya dalam pukul 7 petang. Mereka sembahyang magrib sebelum menjamu selera. Tanpa disedari, jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Mak saudara Jaja mengajak mereka untuk tidur sahaja di rumahnya, tetapi Kim malu. Lagi pun mereka tidak bawa apa-apa.

Oleh kerana Jaja tidak biasa jalan Nilai, dia menggunakan GPS dan taip Puncak Alam. GPS kata ia ambil sekurang-kurangnya 50 minit. Mereka pun mulakan perjalanan. GPS tidak bawa mereka ke highway, sebaliknya melalui jalan dalam.

Jalan Gelap di Nilai

Tidak lama kemudian, mereka melalui kawasan kiri kanan penuh dengan ladang kelapa sawit. Kerana percaya dengan GPS, kedua-duanya ikut sahaja arahan. GPS memberitahu mereka untuk belok kiri 600 meter dari sekarang. Sampai di simpang itu, mereka perhatikan jalan agak seram kerana tiada lampu langsung.

Kim: Betul ke ni?
Jaja: Mana la aku tahu.
Kim: Ikut je la.

Mereka pun lalu jalan itu. Kedua-duanya diam. Jalan sunyi, gelap, hanya lampu highbeam jadi teman. Kim buka surah ruqyah kerana rasa tidak sedap hati.

Minyak Kereta Tinggal Satu Bar

Minyak kereta tinggal satu bar, membuatkan suasana semakin mencemaskan. Beberapa kilometer kemudian, GPS suruh belok kanan. Mereka patuh. Tiba-tiba terlihat sebuah rumah lama terbiar, besar seperti rumah orang kaya tetapi pelik kerana terletak di tengah hutan.

Beberapa minit selepas itu, mereka melalui kawasan tanah perkuburan. Kim kuatkan bacaan surah ruqyah. Tiba-tiba sesuatu melintas di depan kereta. Jaja berhenti mengejut hingga Kim hampir terhumban.

Kim: Wei, apa kau buat?
Jaja: Aku terkejut.
Kim: Aku hampir terpelanting!

Lembaga Putih di Tepi Jalan

Kim terlihat sesuatu putih di tepi mata. Baru sahaja mereka mahu tinggalkan kawasan kubur itu, lembaga putih berjalan menghampiri mereka.

Kim: Apa lagi kau tunggu? Gerak la!

Jaja terus tekan minyak. Dari side mirror, Kim melihat lembaga putih itu makin lama makin jauh. Bulu romanya meremang. Selepas 30 minit melalui jalan seram Nilai, mereka akhirnya nampak kawasan bandar dengan beberapa kenderaan lain di jalan.

Akhirnya Selamat Sampai

Mereka singgah di stesen minyak untuk isi minyak dan bertanya arah ke Puncak Alam. Pekerja stesen minyak memberi arahan ke highway sambil senyum melihat ke dalam kereta.

Jaja dan Kim tiba di rumah pada pukul 1 pagi. Mereka akhirnya ketawa dengan perjalanan yang penuh misteri itu.

Namun tanpa mereka sedari, cerita seram Nilai ini belum berakhir… kerana mereka sebenarnya telah membawa pulang seorang penumpang tambahan.

Published by
Jon