Hana baru lepas keluar bersama tunangnya. Mereka telah mengluangkan masa di sebuah restaurant di Citta Mall sambil menonton sebuah filem dari Indonesia bertajuk Makmum. Hana suka menonton atau membaca cerita seram.
Tunangnya menghantar Hana di luar gate apartmentnya. Semasa Hana berjalan menuju ke rumahnya, dia perasan di sebuah pohon, ada anak patung yang pelik. Hana tertarik dengan anak patung itu. Hana mendekati anak patung itu. Anak patung ini tubuh badannya sempurna, dua kaki, dua tangan, tapi di badannya, sellotape di lilit dengan gambar wajah seseorang perempuan. Untuk orang lain mungkin melihat patung itu, agak menyeramkan, tapi untuk Hana, ia sesuatu yang menarik minat dia. Lalu Hana mengeluarkan handphonenya dan mengambil gambar.
Di dalam rumahnya, Hana sedang bersiap sedia untuk mandi, tunangnya whatsapp.
‘Sayang. I baru sampai rumah. Rindu.’ -tunang
‘I rindu u juga.’ -Hana
‘Yang. tadi i nak naik, i jumpa anak patung pelik. Nak tengok?’-Hana
‘Seram tak? Hantarlah’ -tunang
Hana sent gambar tu kat tunangnya.
‘I mandi dulu. Nanti kita sambung. Love u.’ -Hana
Hana mandi tanpa sedar yang tunangnya sedang kelam kabut cuba hubungnya. Dia tak dengar whatsapp masuk tanpa berhenti. Apabila dia tak dapat whatsapp dari Hana, dia cuba call. Tapi tak angkat. Tunangnya mula risau.
Hana keluar dari tandas. Dia nampak kelibat ibunya masuk ke dalam bilik. Dalam hatinya, belum tidur lagi mak aku ni.
Dia baru perasan handphone berbunyi, Hana angkat phone. “Sayang. Buang gambar patung tu. U dah buang gambar tu?”
Hana konfius, “Kenapa kena buang. Tak faham.”
“Gambar dan patung tu cara orang memuja orang yang dah mati. Siapa ada gambarnya boleh memanggil jin berupa orang yang mati tu” kata tunangnya.
“Yang jangan takut-takut kan I” kata Hana.
“Betul sayang, buang sekarang” kata tunangnya.
“Ok. Ok.” Hana terus letak handphone. Baru sahaja Hana nak letak phone, dia rasa ada sesuatu di belakangnya. Apabila dia pusing, perempuan dalam gambar sedang memerhatinya. Hana berlari ke bilik Maknya, “Mak! Mak!”
Apabila dia masuk Maknya tak ada. Baru dia ingat Maknya tidur rumah kakaknya malam. Nak main dengan cucu.
Perempuan tu menyeret kakinya mencari Hana.
Hana cari gambar yang dia ambil dan terus delete. Bunyi seret tu berhenti. Hana perlahan-lahan keluar dari bilik. Perempuan tu dah tak ada.
Hana telefon tunangnya dan minta berborak sampai tertidur.
Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.
Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.
Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?
Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.
Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”
Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.
Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”
Tak lama kemudia dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.
Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”
Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.
Ghaffar pengsan.
Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.
Hati Haris dan Sofea gembira bukan main apabila akhirnya mereka mampu memiliki rumah sendiri. Maklumlah usia perkahwinan telah menjangkau tiga tahun dan telah miliki seorang cahaya mata. Sudah tentu, mereka sekeluarga inginkan sebuah rumah sendiri biar pun kecil tetapi bermakna buat keluarga ini.
Selesai urusan pindah hak milik rumah, Haris dan Sofea merancang untuk berpindah ke rumah baru pada bulan Disember. Tambahan pula ketika itu cuti panjang, dapatlah mereka uruskan mengemas secepat mungkin. Aulia, anak mereka seperti gembira dengan persekitaran barunya lebih-lebih lagi ada playground dan swimming pool.
Tambah beruntung ada pengasuh di sebelah rumah yang sudi menjaga Aulia ketika pasangan ini keluar bekerja. Apabila setiap kali menghantar Aulia ke sana, pasti Aulia asyik tersenyum dan ceria malahan dia juga tidak berkira apabila Haris dan Sofea pulang lewat malam, disuruh pula pasangan ini pulang bersihkan diri dahulu barulah ambil Sofea.
Segala-galanya tampak indah sehinggalah suatu hari ketika Haris dan Sofea ingin menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Malam itu mereka tinggalkan Aulia bersama pengasuh kerana ingin keluar makan malam dan menonton wayang larut malam bagi meraikan hari istimewa. Mujurlah pengasuh faham. Dia juga beritahu biar saja Aulia tidur di rumahnya jika dah lewat malam sangat.
Setiap saat yang dilalui malam itu berlaku dengan pantas, setelah menonton wayang pasangan ini bergegas pulang ke rumah. Teringat anak kecil yang ditinggalkan bersama pengasuh. Akibat pulang lewat malam, parkir kereta di ambil orang dan terpaksalah mereka parking agak jauh dari rumah mereka. Menurut penghuni apartment, kawasan tersebut agak keras oleh sebab itu jarang-jarang ada penghuni parkir kereta di situ. Tetapi akibat rasa mengantuk dan letih, Haris letakkan juga kereta di kawasan tersebut.
Setelah memastikan kereta berkunci, mereka jalan beriringan ke kawasan apartmen. Baru tiga langkah, tiba-tiba hon sebuah kereta lama berbunyi. Pasangan ini terkejut lalu serentak berpaling ke arah kereta itu. Kelihatan kereta itu seperti telah lama ditinggalkan tetapi dari jauh sayup kedengaran suara wanita dan anak kecil memohon pertolongan. Biar pun tidak sedap hati, Haris memimpin tangan Sofea untuk melihat keadaan kereta tersebut. Haris mengelilingi kereta tersebut tetapi seakan-akan tiada orang.
Haris cuba menjerit seraya bertanya, “Ada seseiapa di dalam tak?”. Kereta yang pada mulanya diam kaku, mula bergoncang seperti ada seseorang di dalam melepaskan diri. Terperangkap barangkali, getus Haris di dalam hati. Sofea pula mula merayu suaminya agar pulang sahaja dan abaikan apa yang berlaku tetapi Haris langsung tidak mengendahkan.
Haris cuba membuka pintu kereta tetapi berkunci, Haris tekad untuk mengambil batu dan pecahkan cermin kereta. Setelah cermin dipecahkan, suara tadi seakan sepi. Tiada lagi suara jeritan tadi, tiba-tiba angin sepoi bertukar menjadi kuat disertai ngilaian suara yang cukup nyaring.
Haris dan Sofea berlari seakan tidak bernafas. Mereka langsung pulang ke rumah tanpa mengambil Aulia. Keesokkan paginya barulah Aulia diambil dan Haris menceritakan segalanya pada pengasuh mereka. Pengasuh tersebut meminta Sofea dibawa berjumpa ustaz kerana dia demam panas sejak peristiwa itu.
Setelah berjumpa ustaz dan diberi air doa untuk memulihkan semangat, Sofea makin pulih. Jelas ustaz, Sofea terkena gangguan jin apatah lagi ketika itu Sofea datang bulan, sudah tentu badannya sangat lemah. Menurut jiran tetangga, kereta lama tersebut dipercayai telah ditinggalkan penjenayah yang telah membunuh beberapa orang wanita dan itu sebabnya kereta berhantu.
Kisah ini berlaku semasa aku umur baru masuk sekolah menegah. Tak ingat umur berapa, dah lama sangat. Sekarang aku dah berumur 36 tahun. Boleh bayangkan berapa lama gap umur tu. Ok. Balik kepada cerita.
Aku dan keluarga aku dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Saudara ayah nak kahwin dengan orang sana. Jadi kami sekeluarga dalam perjalanan ke sana. Dalam kereta tu ada aku, ayah, ibu dan makcik aku.
Lepas berhenti makan malam dan solat maghrib, perjalanan kami diteruskan. Kata ayah ini perhentian terakhir kita, tiada singgah mana-mana tempat kecuali tandas. Kami ikut je arahan ayah. Kami pun keluar dari highway ke jalan biasa.
Jalan waktu malam sudah tentu membosankan lebih-lebih lagi di kawasan hutan dan ladang. Tak menarik dan gelap. Aku mula ngantuk tapi terjaga apabila ayah terlanggar sesuatu. Aku tengok abah rasa cemas. Abah kata mungkin dia terlanggar sesuatu. Kami berhenti di bahu jalan. Dari cermin pandang belakang abah tak nampak apa-apa.
Ayah suruh aku tengok. Aku ajak Makcik aku teman sekali. Kami berdua pun keluar dari kereta. Kami tak nampak apa-apa disebabkan kegelapan malam bahkan disuluh dengan lampu picit pun memang kosong jalan tersebut.
Tiba-tiba saja Makcik aku menjerit, “Kepala berguling!”. Berderau darah aku serta merta. Kepala berguling itu berguling menuju ke kami. Ia berhenti tepat pada suluhan lampu picit. Sebaik je berhenti, aku nampak ia jelas kepala itu. Rambutnya masih segar. Mukanya sudah pucat. Berdarah meleleh di kepala. Dengan tidak sangka, makcik aku menendang kepala itu ke tengah jalan. Sebuah lori yang lalu disitu membuka lampu tinggi dan membunyikan hon lalu melenyek kepala tadi. Terkedu aku. Makcik menarik aku masuk balik dalam kereta.
Aku tak tahu apa terjadi tapi bermacam-macam perasaan aku rasa. Terkejut, takut, seram sejuk, menggigil, geli semua lah. Makcik beritahu apa yang berlaku. Dia suruh ayah teruskan perjalanan tapi ayah tak nak. Sebaliknya ayah dengan berani keluar dari kereta dan menyuluh semula ke jalan. Hatinya bimbang jika benar dia dan lori tadi melanggar sesuatu. Kami resah gelisah dalam kereta. Tak lama kemudian ayah masuk semula. Ayah seperti tergesa-gesa pandu terus. Ibu cuba tanya apa berlaku, ayah senyap sahaja. Dia memasang cd surah Al Quran sepanjang perjalanan ke Kuala Kedah. Matanya tak habis-habis memandang tepi cermin.
Ayah simpan rahsia malam itu sampai lah kami berjumpa semula makcik. Ayah memberitahu bahawa tak jauh dari tempat kita berhenti tu ada kubur lama. Dia tak nampak kepala atau mayat yang di katakan, tapi sebaik sahaja dia naik kereta, dia nampak ada seekor jembalang bertenggek belakang bonet kereta kita. Katanya lagi nasib tak lama.
Kejadian itu masih menghantui aku sampai sekarang, sebab apa yang ayah nampak dengan apa yang kami lalui, seperti dua cerita berlainan. Aku masih ingin tahu kepala siapa yang aku nampak beberapa tahun lepas.