Cerita seram Nilai ini bermula pada satu malam Sabtu. Memandangkan tiada program, Jaja mengajak Kim ke rumah mak saudaranya di Nilai untuk makan malam. Kim setuju.
Mereka sampai di rumah mak saudaranya dalam pukul 7 petang. Mereka sembahyang magrib sebelum menjamu selera. Tanpa disedari, jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Mak saudara Jaja mengajak mereka untuk tidur sahaja di rumahnya, tetapi Kim malu. Lagi pun mereka tidak bawa apa-apa.
Oleh kerana Jaja tidak biasa jalan Nilai, dia menggunakan GPS dan taip Puncak Alam. GPS kata ia ambil sekurang-kurangnya 50 minit. Mereka pun mulakan perjalanan. GPS tidak bawa mereka ke highway, sebaliknya melalui jalan dalam.
Jalan Gelap di Nilai
Tidak lama kemudian, mereka melalui kawasan kiri kanan penuh dengan ladang kelapa sawit. Kerana percaya dengan GPS, kedua-duanya ikut sahaja arahan. GPS memberitahu mereka untuk belok kiri 600 meter dari sekarang. Sampai di simpang itu, mereka perhatikan jalan agak seram kerana tiada lampu langsung.
Kim: Betul ke ni? Jaja: Mana la aku tahu. Kim: Ikut je la.
Ads
Mereka pun lalu jalan itu. Kedua-duanya diam. Jalan sunyi, gelap, hanya lampu highbeam jadi teman. Kim buka surah ruqyah kerana rasa tidak sedap hati.
Minyak Kereta Tinggal Satu Bar
Minyak kereta tinggal satu bar, membuatkan suasana semakin mencemaskan. Beberapa kilometer kemudian, GPS suruh belok kanan. Mereka patuh. Tiba-tiba terlihat sebuah rumah lama terbiar, besar seperti rumah orang kaya tetapi pelik kerana terletak di tengah hutan.
Beberapa minit selepas itu, mereka melalui kawasan tanah perkuburan. Kim kuatkan bacaan surah ruqyah. Tiba-tiba sesuatu melintas di depan kereta. Jaja berhenti mengejut hingga Kim hampir terhumban.
Ads
Kim: Wei, apa kau buat? Jaja: Aku terkejut. Kim: Aku hampir terpelanting!
Lembaga Putih di Tepi Jalan
Kim terlihat sesuatu putih di tepi mata. Baru sahaja mereka mahu tinggalkan kawasan kubur itu, lembaga putih berjalan menghampiri mereka.
Kim: Apa lagi kau tunggu? Gerak la!
Ads
Jaja terus tekan minyak. Dari side mirror, Kim melihat lembaga putih itu makin lama makin jauh. Bulu romanya meremang. Selepas 30 minit melalui jalan seram Nilai, mereka akhirnya nampak kawasan bandar dengan beberapa kenderaan lain di jalan.
Akhirnya Selamat Sampai
Mereka singgah di stesen minyak untuk isi minyak dan bertanya arah ke Puncak Alam. Pekerja stesen minyak memberi arahan ke highway sambil senyum melihat ke dalam kereta.
Jaja dan Kim tiba di rumah pada pukul 1 pagi. Mereka akhirnya ketawa dengan perjalanan yang penuh misteri itu.
Namun tanpa mereka sedari, cerita seram Nilai ini belum berakhir… kerana mereka sebenarnya telah membawa pulang seorang penumpang tambahan.
Misteri budak hutan ini bermula apabila Syed Sorgi, seorang pelakon tambahan yang sudah 3 tahun bergiat dalam industri perfileman, terlibat dalam pengambaran sebuah cerita seram. Walaupun hanya pelakon tambahan, cita-citanya untuk menjadi pelakon membuatkan dia bertahan dengan jadual kerja yang panjang dan meletihkan.
Kerjaya dalam industri perfileman bukan mudah. Selagi jadual hari itu tidak habis, selagi itu pengambaran diteruskan. Lagi mencabar bagi seorang pelakon tambahan. Kadang-kala call time pagi, tetapi pengambaran hanya berlangsung pada malam hari. Mereka terpaksa menunggu berjam-jam sebelum adegan bermula.
Syed pernah diberi call time pukul 2 petang. Namun, kerana pengarah ingin menukar adegan ke waktu malam, dia dan pelakon tambahan lain terpaksalah menunggu lama.
Ketika pengambaran adegan seram bersama pontianak, Syed ternampak seorang budak di celah semak. Tubuhnya pucat, tidak berbaju, dan tidak bergerak. Apabila didekati, budak itu berlari masuk ke dalam semak samun.
Syed yang ingin tahu terus mengekori jejak budak itu. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari lokasi pengambaran. Di hadapannya muncul sebuah tasik kecil. Sunyi dan gelap. Tiba-tiba, satu bunyi pelik seperti gabungan anjing dan manusia mengejutkannya. Telefon bimbitnya langsung tidak ada isyarat.
Syed cuba mencari jalan pulang tetapi merasakan ada sesuatu mengekori. Semasa mendongak ke atas, dia ternampak budak itu bertenggek di atas pokok. Wajahnya kotor, matanya hitam pekat, badannya pucat. Sekelip mata, budak itu melompat dan hilang. Syed berlari ketakutan.
Namun, tidak lama kemudian budak itu muncul lagi. Mukanya basah, air meleleh keluar dari mulut. Tubuhnya seperti baru sahaja keluar dari tasik. Misteri budak hutan itu membuatkan Syed semakin panik.
Selepas selesai pengambaran, Syed bertanya kepada tuan rumah lokasi pengambaran tentang budak tersebut. Dengan linangan air mata, tuan rumah menceritakan kisah sebenar. Budak itu adalah anaknya yang telah meninggal dunia dua tahun lalu. Anak kecil itu lemas di tasik hutan kerana tidak tahu berenang, ketika umurnya baru 10 tahun.
Kini, roh anak itu dipercayai masih menghuni kawasan semak samun dan tasik tersebut. Misteri budak hutan terus menghantui sesiapa yang melintasi kawasan itu.
Baru-baru ni kami pergi melancong kat Penang. Kami pergi tiga orang sahaja, Aku, Vee dan Maya. Nak lepas stress. Hotel kami dekat Batu Ferringhi. Kami tiba Penang lebih kurang pukul 4 petang. Selepas check in kami makan malam. Entah apa yang Maya salah makan, dia sakit perut. Kata dia sakit macam nak beranak. Aku tak tahulah bila masa dia beranak, tapi aku tahu dia belum kahwin lagi. Dia merayu untuk bawa ke klinik.
Aku dan Vee dan bingung dah. Kami dah pelan malam ni nak keluar, kalau macam ni memang tak jadi lah pelan kita. Kami pun bawa dia ke klinik. Selepas doktor buat check up, Maya memang di sahkan keracunan makanan.
Setiba di bilik kami, jam dah tunjuk 10.30 malam. Vee tak puas hati, “Kau memang potong stim.” Maya balas, “Benda nak jadi. Apa aku boleh buat. Esok kan ada.” Selepas makan ubat, Maya selubung dalam selimut, “korang nak kuar, kuar la. Apa-apa aku call.”
Apa lagi, orang dah bagi green light. Dengan sepantas kilat aku dan Vee bersiap untuk keluar. “Jaga diri Maya. Apa-apa call. Love you,” kata Vee. “Tak guna punya kawan,” sambil tutup lampu.
Selepas menghiburkan diri, kami pulang ke bilik, Vee kejutkan Maya. Maya terjaga dengan muka mamai. Kata Vee, “Nah. Aku belikan mee goreng. Camana perut kau?” Dengan muka mamai, “Ok dah. Perghhh… dah pukul 3.00 pagi.” Maya ambil mee tu dan makan. Dia sangat lapar. “So… Apa terjadi?” Vee pandang ke aku sambil gelak, “ada orang happy malam ni.” Siut la Vee bocor rahsia. “ceritalah!” sambung Maya.
Tiba-tiba Vee terasa seseorang pegang bahu dia. Dia pun pusing ke belakang. Tiada orang. Aku tengok pelik kat Vee. “kau ada pegang bahu aku?” Aku jawab, “bila masa pulak.” Tak lama kemudian aku terasa seseorang pegang bahu aku. “Aku rasa macam ada orang sentuh bahu akulah.” Maya macam tak hirau. Dia sambung makan.
Tiba-tiba bau busuk. Busuk yang amat busuk. Bau dia seperti bau benda mati. “Apa bau ni?” Maya cakap. “Jangan tegur!” Vee jawab. Ketiga-tiga mereka diam.
Cawan kat bilik mereka tiba-tiba jatuh ke lantai. Kami menjerit terkejut. “Wei. Aku tak sedap hatilah.” kata Vee. Maya yang masih sedang duduk atas katil merasakan katilnya tiba-tiba bergegar. Rasa macam ada orang mengoncang katil. Maya terus bangun dari katil sambil memandang Vee. “Bukan aku goncang. Aku tak bergerak,” jawab Vee.
“Korang pergi mana tadi?” Maya cakap.
“Pergi minum lah.” aku jawab.
“Lepas tu Ayu jalan tepi pantai dengan mamat ni.” Vee sambung.
“Kau ada kutip apa-apa tak kat tepi pantai?” tanya Maya kat aku.
“Ada.” aku jawab sambil tunjuk kulit kerang.
“Kau kena pulang benda tu tempat yang mana kau jumpa.” kata Maya.
“Buat hal betul,” kata Vee.
“Kenapa pulak?” aku tanya. Tiba-tiba cawan hotel di baling ke dinding.
“Ok. Ok. Aku pulang balik.” aku jawab.
Kami pun pergi pulang kulit kerang itu di tempat aku jumpa. Selepas itu kami balik ke hotel. Ketiga-tiga kami baring tak bercakap.
Tunang tak boleh tidur. Dia ajak video call. Biasalah, belum kahwn, “I rindu u,” Tengah rancak berbork, aku terperasan kat tingkap, ada lembaga berbulu hitam memerhatikan kami.
Pukul 2 pagi, ibu call. Dalam keadaan mamai aku angkat phone. Ibu tanya, “Kau sayang ibu tak?” Aku jawab, “Mestilah”. Ibu pun letak phone. Jap… Ibu aku baru meninggal dunia tujuh hari lepas.
Hani, 6 tahun, suka bermain dengan patung kegemarannya, Fifi. Apa sahaja dia akan buat dengan Fifi. Main masak, berbasikal, gossip dan macam-macam lagi. “Jom Fifi masuk tidur” kata Hani dalam keadaan ngantuk. Fifi kelip mata tanda setuju.
Adi seorang pemandu Grab. Pukul 2malam, dia mengambil seorang lelaki mabuk. Sepanjang perjalanan,lelaki itu sembang masalah dia. Adi terpaksa layan. Sampai di rumah itu, dia berkata, ‘Macha, Thank you… Here, 50 ringgit. Lebih you bagi your son”, sambil pandang tempat duduk depan. Masalahnya, tiada siapa duduk sebelah Adi.
Aku kusyuk sangat main PUBG sampai tak perasan dah pukul 3 pagi. Perut pulak lapar. Aku pergi dapur cari makanan. Selepas kenyang, aku sambung PUBG. Tiba-tiba kat luar rumah aku dengar suara mengilai. Aku berhenti main, buka kuat-kuat ayat ruqyah kat youtube, tutup lampu dan masuk tidur.
Malam ini hanya aku dan adik aku sahaja di rumah. Aku lihat adik aku sedang tonton filem hantu. Setiap kali keluar hantu, aku gelak, “Tak real la dik hantu dia.” “Abang nak real? Tu…” lata adik aku sambil tunjuk lembaga berpakaian putih join kami tengok tv.
Lan tak sabar nak jumpa Mina. Setelah sekian lama Lan mengejar, akhirnya Mina setuju keluar dating dengannya. Malam ini Lan dah plan malam sangat romantik. Dalam perjalanan ke rumah Mina, ada satu kemalangan berlaku. Seorang mati. Lan lalu sebelah mayat itu, dia nampak muka dia terbaring di jalanraya.
Aku main face swap dengan anak aku. Apps ni membolehkan kami bertukar muka. Setiap kali di swap, kami gelak besar. Tiba-tiba muka anak aku di swap dengan lembaga putih yang sembunyi belakang kami. Aku berhenti gelak.
Orang kata bila masuk hutan, mulut jangan celupar. Member ni suka berlawak. Kami hiking dari pukul 12 malam. Nak kejar matahari terbit. Tengah-tengah hiking, dia berlawak, “ada hantu tak, kat bukit ni?”Tak lama kemudian, ada makhluk ghaib ikut belakang.
Pukul 5.30 pagi aku dapat panggilan dari ayah. “Dah sembahyang?” tanya dia. Pelik, tak kan tu je dia nak tanya. “Kau jangan risau tentang majlis perkahwinan, ayah dah uruskan semua. “Dia sambung, “ayah nak minta maaf tak dapat hadir majls kahwin kau. Ayah ada hal.” Bengkek, akul letakphone. Tak lama kemudian, ibu call beritahua ayah baru meninggal dunia di hospital Selayang. Dia dalam bilik pembedahan sejak pukul 3 pagi.
Pukul 1 pagi. Aku sedang pandu kereta di highway plus. Aku baru lepas rnr Pagoh. Tiba-tiba aku rasa kereta aku berat. Kereta yang lalu sebelah aku tak berhenti hon. Aku pun berhenti di tepi highway, cuba nak cari apa masalah kereta aku. Apabila aku keluar,ada pontianak tumpang atas kereta aku.
Koleksi Cerita Pendek (26 Jun – 14 Ogos)
Aku dan Tam baru balik dari memancing. Seekon pun tak dapat, tak ada rezeki la kot. Isteri aku perhati dari bilik aku masuk rumah. Sebaik sahaja masuk bilik, dia tanya pergi pancing ke pergi berhibur. Apasal pulak dia tanya macam tu. Sambung isteri aku, “Siapa perempuan kat kereta tadi?” Perempuan?
Selepas tidurkan anak, aku sambung kerja aku. Aku bekerja sebagai penulis skrip. Kali ini aku buat skrip komedi. Tapi peliknya, aku bertemu cerita seram. Sedang aku menulis, permainan ‘baby doll’ anak aku tiba-tiba gelak sendiri.
Hujan turun dengan lebat. Di sambut dengan guruh. jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku berpusing-pusing atas katil cuba nak tidur. Tiba-tiba lampu blackout. Aku berjalan mencari suis utama. Selepas hidupkan semula, aku pulang ke katil, selimutkan diri, tutup mata nak tidur. Tiba-tiba aku rasa ada orang memeluk aku. Pusing badan, terkejut aku apabila ada hantu berupa nenek tua di sebelah aku.
Anak aku umur 2 tahun lebih, cakap pun baru beberapa patah. Kalau nak suruh tidur, mesti dia menangis. Satu malam, apabila masa untuk tidur, dia mengamuk. Perkataan pertama keluar dari mulutnya, “Takut”. Aku tanya takut apa? Dia tunjuk ruang tepi bucu.
Dalam perjalanan balik kampung untuk sambut raya, aku ternampak kelibat orang kat belakang seat. Aku tengok rear mirror, rupanya ada seorang lelaki bermuka hancur tumpang kereta aku. “Awak nampak motor saya?” tanya lelaki itu.
Aku dah beritahu, jangan bawa anak keluar magrib. Di bawa juga nak tunjuk lembu korban. Malam tu anak tak berhenti pandang dinding sambil menangis. Kan aku dah beritahu.
Aku dalam perjalanan menghantar makanan. GPS hantar aku ke sebuah rumah terbiar. Aku call pengirm, dia suruh aku tunggu kat situ. Lelaki itu muncul tak lama kemudian. Selepas settle pembaaran dia pun beredar. Masalahnya dia berjalan menuju ke rumah terbiar dan hilang tiba-tiba. Aku start enjin moto dan terus pecut.
Aku dalam perjalanan pulang ke KL. Kawan kar sebelah dah lama berdengkur. Mata dah mula mengantuk. Aku pandu pun tak stabil, ke kiri, ke kanan. Tak lama kemudian kawan aku terjaga dan menjerit. Dia ingat kita hampir langgar pokok, tapi sebenarnya aku park kereta bawah pokok. Dia gelak dan pandang kirinya. Dia menjerit kali kedua, ada hantu berbadan kurus, bermuka pucat sedang memerhatikan kita sambil senyum. Rasanya dah berapa lama dia perhati kita?
Aku suka dengar misteri jam 12 bersama KC. Setiap malam aku buka podcast tu. Malam ini aku tinggal seorang. KC sedang cerita tentang seorang lelaki yang duduk seorang diri di rumah sambil dengar podcastnya dan ternampak hantu depan mukanya. lelaki itu nama Zam. Eh, itu nama aku… Tak mungkin. Aku angkat kepala dan memang ada hantu depan muka aku.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.