Jalan Bentong Gua Musang sering menjadi laluan utama orang Kelantan pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur. Biasanya perjalanan mengambil masa 6-7 jam, namun ketika musim perayaan ia boleh memakan masa sehingga 12-13 jam. Bagi kami orang Kelantan, kesesakan jalan ini sudah menjadi tradisi setiap kali pulang ke kampung.
Ketika menjelang perayaan Deepavali, walaupun bukan majoriti diraikan oleh orang Kelantan, ramai juga mengambil kesempatan untuk pulang. Aku membuat keputusan untuk balik dua hari awal dan pada waktu malam. Kiraan aku tepat, waktu itu kereta masih minima di highway.
Perjalanan Malam di Jalan Bentong Gua Musang
Aku bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam bersama isteri dan dua anak aku. Saya memandu kereta Proton Gen 2, dan cuaca malam itu baik tanpa kabus atau hujan. Tak lama kemudian, anak-anak aku mula tidur lena di kerusi belakang.
Ads
Namun, apabila memasuki kawasan Bentong, suasana mula berubah. Jalan menjadi sunyi. Isteri aku juga tertidur, meninggalkan aku seorang diri melawan rasa mengantuk. Lengang terlalu lama. Tidak ada kereta selama lebih 15 minit. Hanya lori-lori besar yang berhenti di tepi jalan menemani perjalanan aku. Hati mula rasa menyesal kerana memilih untuk pulang waktu malam.
Rehat Sebentar di Gua Musang
Akhirnya aku sampai ke Gua Musang dan berhenti di RnR untuk merehatkan badan. Isteri terjaga dan ke tandas, sementara aku menjaga anak-anak. Setelah itu, kami kembali meneruskan perjalanan. Namun suasana semakin mencabar.
Ads
Kabus Tebal di Felda Paloh
Di kawasan Felda Paloh, bulu roma aku tiba-tiba meremang. Jalan yang lurus naik turun bukit kini diselubungi kabus tebal, memaksa aku memandu perlahan. Ketika itu aku mula terasa kereta seperti berat. Aku menoleh ke cermin pandang belakang dan terlihat kaki terjuntai melayang-layang di bonet kereta. Jelas kelihatan kaki itu terhoyong-hayang, membuatkan aku benar-benar terkejut.
Aku terus memasang CD bacaan Al-Quran dan membacanya dengan suara perlahan. Mulut tidak berhenti berzikir, berharap gangguan itu segera hilang. Namun, kelibat itu muncul kembali. Kali ini di tepi jalan raya. Sosok berkain putih dengan mata merah memandang tajam ke arah aku. Jantung berdegup kencang, tangan mula berpeluh.
Ads
Detik Cemas di Jalan Bentong Gua Musang
Aku hilang kawalan emosi. Aku tekan minyak dan memecut walaupun kabus menebal. Isteri aku terjaga dan memarahi aku kerana memecut laju. Jika sahaja dia tahu apa yang aku nampak sebentar tadi. Sepanjang jalan, aku hanya mampu berdoa agar selamat sampai ke kampung halaman.
Alhamdulillah, akhirnya aku tiba di rumah jam 6 pagi dengan selamat. Namun, itulah kali terakhir aku memandu waktu malam melalui jalan Bentong Gua Musang. Pengalaman seram itu benar-benar meninggalkan kesan yang tidak akan aku lupakan.
Itu mesej pertama yang Sakura baca sebaik bangun dari tidur. Mesej itu datang daripada tunangnya, Zak. Dia pelik dengan mesej tersebut. Cepat-cepat Sakura periksa call log, memang betul, pukul 2 pagi Zak ada menelefonnya dan ada seseorang yang angkat. Tetapi siapa sebenarnya lelaki itu?
Sakura memang jenis tidur mati. Susah untuk dia bangun walaupun dengan jam loceng. Hanya jeritan kuat atau kekerasan fizikal sahaja mampu mengejutkannya. Jadi tidak pelik apabila dia langsung tidak sedar telefon berbunyi tengah malam itu.
Dia cuba menghubungi Zak semula, tetapi tidak dijawab. Mungkin Zak keletihan, fikir Sakura. Lalu dia hanya meninggalkan mesej ringkas.
‘Selamat pagi sayang. Lelaki mana pula yang angkat? Tak faham. Call I balik ASAP.’
Pagi itu, perasaan Sakura tidak selesa. Dia cuba menonton televisyen untuk mengalihkan fikiran, tetapi setiap beberapa minit dia akan memeriksa telefonnya. Dalam masa yang sama, ayahnya baru keluar dari bilik untuk melakukan breeze walk seperti kebiasaannya.
“Ayah, semalam ayah ada masuk bilik adik ke?” tanya Sakura.
“Macam mana ayah nak masuk kalau setiap masa berkunci? Nak ikut ayah jalan?” jawab ayahnya.
“Next time la Ayah,” balas Sakura ringkas.
Pukul 10 lebih, Zak akhirnya menelefon. Dengan pantas Sakura menjawab.
“Sayang!” kata Sakura sambil berjalan ke biliknya.
“Cepatnya angkat. I pun tak sempat bangun lagi,” kata Zak.
“Siapa yang angkat semalam?” tanya Sakura dengan cemas.
“Mana lah I tahu. Ayah you kot?” jawab Zak.
“Dah tanya, bukan ayah,” balas Sakura.
“Cousin U?” tanya Zak lagi.
“Cousin apa? Rumah ni cuma ada mak, ayah dan I. U prank I kan?”
“Buat apa I nak prank. I call semalam sebab Halim ajak lunch. Tapi peliknya, kali kedua I call ada orang lelaki yang angkat. Mula-mula hanya dengar nafas kuat. Bila I tanya siapa, dia tak jawab. Sampai I tanya lagi, baru dia kata ‘Sakura tidur’ dengan suara serak dan ngaring. Lepas tu terus letak.” jelas Zak panjang lebar.
Sakura meremang mendengar cerita itu. “Dan awak tak suspect mungkin perompak atau orang jahat? Kalau jadi apa-apa dengan I macam mana?” marahnya.
Zak cuba menenangkan, “I ingatkan ayah atau saudara U. Mana lah I tahu benda lain.”
“So siapa sebenarnya angkat telefon semalam?” tanya Zak lagi.
Sakura hanya mampu menjawab, “Tak tahu sayang. Meremang I dengar cerita U ni.”
Sakura tiba-tiba mengalami serangan panik. Nafasnya jadi sesak, badannya menggigil. Hampir 10 minit Zak cuba menenangkannya melalui telefon. Selepas keadaan kembali reda, Sakura terus menceritakan kejadian itu kepada keluarganya.
Ayahnya segera menghubungi seorang kawan yang mahir dalam hal-hal mistik. Menurut rakannya, ada seseorang yang menyukai Sakura. Lelaki itu menghantar saka untuk memiliki Sakura. Mujurlah setakat ini, makhluk itu belum berani menyentuh Sakura secara fizikal. Namun, dia perlu ada perlindungan segera.
Keluarga Sakura akhirnya sepakat untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. Misteri panggilan misteri pukul 2 pagi itu menjadi tanda permulaan kepada gangguan yang lebih menyeramkan dalam hidupnya.
Panggilan misteri pukul 2 pagi itu mungkin hanya permulaan. Tetapi bagi Sakura, ia telah meninggalkan trauma mendalam. Malam itu, dia belajar satu perkara – kadang-kadang bunyi telefon berdering boleh membawa rahsia gelap yang tidak terjangka.
Cerita seram sering menjadi bahan bualan kerana ia penuh dengan misteri dan pengalaman menakutkan. Berikut adalah kompilasi kisah seram yang dikongsi oleh pelbagai individu. Ada yang berlaku di hotel, di jalan raya, malah ketika bersiar-siar di tempat percutian.
Oleh kerana jerebu teruk, aku membuat keputusan untuk keringkan baju kat dobi. Aku sampai dobi jam 11 malam. Masa tu dobi kosong. Aku pun masukkan baju aku dalam mesin pengering. 32 minit nak kena tunggu mesin siap. Di samar-samar jerebu aku nampak seorang wanita sedang berjalan masuk ke dalam kedai dobi. Dia duduk seperti menunggu bajunya kering. Tapi dalam kedai tu mesin yang aku guna saja beroperasi. Apabila aku tengok dia, wanita itu bagi satu senyuman yang menakutkan. Selepas selesai, aku pun tinggalkan dobi, wanita tu masih duduk di situ.
Aku duduk di sebuah boutique hotel di Langkawi. Banyak patung-patung dijadikan deco di hotel itu. Aku pulang ke hotel dan melihat hotel dah gelap. Ialah dah pukul 2 pagi. Aku pun berjalan ke bilik aku. Tak tahu perasaan ke apa, tapi aku rasa patung-patung tu sedang memerhati aku. Belakang leherku meremang. Sebaik sahaja aku masuk bilik, aku dengar orang sedang bercakap di luar bilik. Sepanjang aku berjalan ke bilik, aku tak nampak sesiapa pun berlegar di hotel.
Aku sampai ke Langkawi sudah malam. Aku tunjuk kat pemandu teksi lokasi penginapan aku. Dia tanya, macam ragu-ragu, betul ke hotel aku kat situ. Aku jawab “Ya”. Selepas check in semua, aku pun masuk tidur. Lawa tempat ni. Bilik aku menghadap pantai lagi. Tapi pelik, sunyi sungguh suasananya. Macam aku seorang tetamunya. Keesokkan hari selepas bangun, terkejut aku melihat penginapan aku sebenarnya hotel terbiar. Soalannya, siapa check in aku semalam?
Sedang buat Facebook live jual flavor untuk vape, tiba-tiba di belakang langsir aku dengar perempuan menangis. Masalahnya aku duduk di tingkat 21.
Aku kerja sebagai kaunter Hotel di Langkawi. Sedang buat kerja, aku nampak kelibat orang masuk dalam kedai cenderamata. Aku pun tinggalkan kerja aku dan masuk dalam kedai cenderamata, nak layan pelanggan tu. Seramnya, tak ada orang dalam kedai.
Nak elak jam kat highway plus, aku lalu jalan lama. Jalan tu sunyi. Tak berlampu. Kabus pulak tu. Tiba-tiba aku nampak seorang budak tengah berdiri di tengah jalan. Aku tunggu pergerakkan darinya, tapi budak tu hanya berdiri membelakangkan aku. Tak nak ambil risiko, aku pusing kereta cari jalan lain.
Pernah sampai Belum? Lawa tempatnya. Kiri kanan hijau. Sunyi. Tenang. Memang tempat wajib bercuti. Satu malam tu aku sedang lepak memandang kehijauan Alam sekitar. Tiba-tiba member aku tegur, “Ada orang main laser la.” Aku balas, “Oi. Kat hutan mana ada orang main laser!” Selepas berfikir segenap, kami sedar benda yang bergerak seperti laser tu mungkin makhluk halus. Kami masuk bilik, tak keluar sampai pagi.
Sebaik sahaja di parkir apartment, aku tidur dalam kereta. Penat sangat. Aku terjaga lebih kurang pukul 2 pagi. Aku pun matikan enjin dan berjalan ke lif apartment aku. Apabila aku dalam lif, ada seorang lelaki tua masuk sekali. Aku tekan tingkat 7. Aku tanya pakcik tu nak gi tingkat berapa. Dia senyum je. Di antara tingkat 3A dan 5, dia berjalan dan terus tembus pintu lif.
Kami tinggalkan rumah sebab isteri sedang pantang kat rumah ibunya. Selepas habis pantang, kami balik. Rasanya dah lebih 40 hari kami tinggalkan rumah tu kosong. Sejak balik anak tal berhenti menangis. Satu malam tu, kami di kejutkan dengan tangisan anak. Di belakang badannya ada tiga garis cakar. Keesokkan hari aku panggil ustaz.
Aku di tugaskan menjaga kostum di Nights of Fright. Setiap malam aku akan sediakan 4 kostum pontianak, 5 kostum toyol dan 7 kostum pocong. Malam ni, selepas semua bermake up, aku buat pengiraan semula… 4 pontianak, 5 toyol dan 8 pocong. Mana datang pulak extra 1 pocong ni?
Dalam perjalanan pulang, Aku nampak dua ekor makhluk ghaib berwajah anjing tapi cara dia berlari seperti monyet. Mereka sedang mengekori kereta aku. Makhluk itu mengilai membuatkan aku lebih takut. Tak nak fikir banyak, aku tekan minyak sekuat yang boleh.
Setengah dari hidup aku sebagai nelayan adalah di laut. Itulah rezeki aku. Malam ini seperti malam-malam sebelumnya, kami ke laut. Tepat pukul 12, sesuatu pelik berlaku. Di belakang bot kami, kelihatan seperti seorang perempuan sedang berdiri memandang ke laut. Kami semua tak berani tegur, biarkan ia berdiri tanpa di ganggu.
Aku sedang tunggu teksi di sebuah bas stesen. Time tu pukul 11 malam. Datang seorang pakcik ni. Dia duduk sebelah aku. Dia sedang hisap rokok. Dia tegur aku, aku pun pandang muka dia. Tiba-tiba dia hembus asap kat muka aku. Tahu-tahu je pakcik itu dah hilang. Dompet, handphone dan duit aku hilang sekali.
Ini cerita semasa zaman semua orang main pokemon go. Member aku sorang gila game tu. Setiap malam dia akan keluar dan tangkap pokemon. Satu malam tu, dia jalan-jalam kawasan cheras dan jumpa satu pokestop kat sebatang pokok pisang. Tak tahu kenapa pokok tu istimewa sangat tapi dia bukan sahaja jumpa pokemon, dia jumpa pontianak juga. Nak tangkap ke nak lari?
Hari ni selasa, maksudnya malam ni ada perlawanan Champions League. Pukul 3 pagi aku bangun. Aku pun turun ke bawah nak buka tv, terkejut apabila nampak satu lembaga hitam sedang duduk di sofa. Terus tak jadi nak tengok. Aku patah balik masuk bilik, kunci pintu, buka surah yasin dan paksa tidur.
Setiap cerita seram ini mengingatkan kita bahawa dunia penuh dengan misteri yang tidak dapat dijelaskan. Adakah ia benar atau sekadar ilusi, hanya mereka yang mengalaminya tahu jawapannya.
Aku bekerja part time sebagai cleaner di sebuah pejabat berdekatan rumah. Shift aku waktu malam, jadi tidaklah mengganggu waktu kuliah. Biasanya waktu itu pejabat sudah sunyi. Sebagai cleaner baru, aku dilatih oleh seniorku yang aku panggil Pak Atan.
Ketika aku bersihkan bilik rehat, tiba-tiba terdengar suara perempuan menjerit. Terkejut aku, sebab malam begitu sepatutnya tiada orang lagi. Aku keluar dari bilik dan berjalan ke arah jeritan itu.
Suara itu berubah menjadi tangisan, datang dari tandas perempuan. Aku ketuk pintu tandas sambil bertanya, “Ada sesiapa di dalam?” Tiada jawapan, tetapi tangisan makin kuat. Aku risau lalu masuk. Pelik, tiada orang di dalam tandas walaupun suara masih jelas.
Di dalam tandas ada tiga bilik. Aku buka pintu satu demi satu. Pintu pertama kosong, pintu kedua kosong. Tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu jatuh di bilik ketiga. Aku cuak tapi beranikan diri untuk buka pintu perlahan-lahan.
Terkejut aku bila nampak seorang wanita terbaring, tangannya dikerat di urat. Darah banyak keluar. Aku syak wanita ini cuba bunuh diri. Aku terus keluar dan menjerit minta tolong. Pak Atan dan beberapa pekerja lain bergegas masuk bersama aku.
Anehnya, bila kami masuk, tiada seorang pun di dalam. Semua kosong. Mereka menuduh aku membuat prank. Aku cuba yakinkan mereka tapi hanya Pak Atan yang percaya.
Pak Atan kemudian bawa aku keluar dari pejabat. Dia bercerita, “Pak Atan dah lama kerja di sini. Sebelum syarikat ini ambil alih, pejabat ini pernah melalui skandal besar. Seorang pekerja wanita bunuh diri kerana diganggu bosnya dengan sexual harassment.”
“Perempuan itu baru masuk kerja, baru habis belajar. Dia tak tahan lagi bila diganggu, akhirnya dia bunuh diri di sini. Kes itu tidak pernah dihebohkan. Syarikat jual pejabat ini dan pindah tempat lain. Bos itu masih bebas, masih kerja di syarikat lain.”
Aku terdiam. Rupa-rupanya kisah seram pejabat yang aku alami malam itu ada kaitan dengan tragedi lama yang masih menghantui bangunan tersebut.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.