Aku ingat lagi, lebih 30 tahun lalu, aku bekerja di penjara pudu. Kami, pengawai penjara dah lama tahu bahawa penjara ini tak lama lagi akan bertukar menjadi tempat pameran untuk orang ramai. Walaupun sudah di swastakan, tapi pameran itu masih di selia oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Malam itu aku di tugaskan menjaga di kawasan sel terakhir. Di dalam itu ada banduan akhir yang telah di jatuhkan hukum gantung sampai mati keesokkan harinya. Setahu aku dia telah membunuh dua adik beradik mengunakan ilmu hitam. Aku tak tahu sangat ceritanya tapi aku tahu malam itu malam paling seram aku pernah lalui di penjara pudu.

IKLAN

Aku masuk seperti biasa. Berborak dulu dengan Amir dan Balan sebelum memulakan tugas. Tak silap aku kami berborak tentang bola. Time tu Selangor masih kuat lagi.

Lepas baik punya borak, aku pun buka carta, tertulis kat situ, aku di tugas memberi makanan kepada banduan akhir. Selalunya banduan akhir ni tak nak makan, tak ada selera, tapi dia ni lain.

Aku bawa makanan kuey teow pilihan dia. Perjalanan ke sel akhir itu agak jauh, nak ke sana kena lalu satu lorong panjang yang kiri dan kanannya adalah sel. Banduan di penjara pudu sudah berkurangan, oleh itu banyak sel-sel kosong.

IKLAN

Aku pun berjalan dengan kuey teow di belah kanan, aku menuju ke sel akhir. Suatu ketika dulu, sel ini boleh dengar bermacam-macam bunyi. Sekarang ia sunyi. Tiada jeritan. Tiada tangisan. Sekali sekala boleh dengar bunyi cicak. Itu sahaja.

Sampainya aku di sel akhir, aku lihat banduan akhir senang termenung memandang ke dinding. Semasa tu aku tak fikir, mungkin itu cara dia menyesal. Aku pun panggil, “banduan akhir!” berulang-ulang kali aku panggilnya. Tiada respon. Sebab terlalu marah, aku membaling polisterin yang isi kuey tiow itu. “Tu makanan kau. Suka hati kau nak makan ke tak.”

Baru sahaja aku nak tinggalkan dia, banduan itu menoleh ke arah dan memberi sebuah senyuman yang sangat menakutkan. Sehingga sekarang aku ingat lagi senyuman itu.

Aku bergegas tinggalkan banduan akhir. Semasa aku berjalan pulang, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Seperti ada angin tiup celah-celah leher aku. Satu badan aku meremang. Tak lama kemudian ia bermula.

Aku mula-mula dengar jeritan yang kuat. Tak mungkin banduan akhir yang menjerit sebab ia datang dari depan aku. Kemudian aku dengar suara orang sedang menangis. Sayup-sayup bunyinya. Kaki aku mula gerak dua kali lebih laju. Tangisan itu semakin lama semakin kuat. Kemudian dengar pula suara orang bercakap. Bermacam-macam bunyi suara tiba-tiba muncul. Aku dah tak berjalan time tu, aku terus berlari.

Sampainya ke sel terawal, aku perasan ada seorang lembaga sedang berdiri. Aku tak nampak mukanya. “Balan? Amir?” Aku pun mendekatinya. “Siapa tu?”

Aku cuba sentuh lembaga itu, tiba-tiba ia ghaib. Aku berlari ke bilik pusat. Amir dan Balan berada di situ. Dia melihat muka pucat aku. Kami, pegawai tahu penjara pudu ni kadang-kadang berhantu. Kita kena kuat kan diri sahaja.

Balan suruh aku rehat dulu. Nanti dah baik pulih, sambung kerja. Aku pun rehat sampai tertidur dekat sofa.

Banduan akhir muncul dalam mimpi aku. Kali ini aku dalam sel. Dia di luar. Senyum. Bunyi ular boleh di dengar. Lembaga hitam muncul dari belakang aku. Dengan kukunya, dia mencakar aku berkali-kali.

Aku terjaga dari tidur selepas Amir kejutkan. Dia lihat aku sedang tidur dalam keadaan keadaan gelisah. Aku cuba tenangkan badan ku. Amir menegur aku yang badan aku penuh darah. Tiba-tiba aku berasa pedih di seluruh badanku. Apabila aku buka, badan aku penuh dengan cakaran.

Seram ke idok?

Seram Meter: 2.6 / 5. Meremangmers: 21

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!