Setiap hari ke kerja aku akan mengunakan perkhimatan lrt. Jarak rumah ke lrt tidak jauh. Di sebabkan itu aku jarang mengunakan motor ke kerja. Ya la, masuk KL jam. Walaupun guna motor. Lebih selamat guna lrt.
Satu hari aku terpaksa balik lambat. Tidak pernah selambat ini. Aku terpaksa mengambil tren terakhir untuk balik. Dari KLCC ke Kelana Jaya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit dalam tren.
Tak ramai dalam tren. Aku rasa ada 4 orang termasuk aku.
Seorang-seorang penumpang tinggalkan tren. Sehinggalah aku seorang. Perhentian berikutnya, Dang Wangi, ada seorang perempuan masuk ke dalam tren. Dia berpakaian serba merah. Rambutnya hitam panjang. Aku tak nampak sangat mukanya. Tapi aku boleh nampak mulutnya. Dia seperti memandang aku dan memberi sedikit senyuman.
Pada awalnya aku tak mahu fikir apa-apa pelik. Aku pura-pura sambung tengok handphone aku. Tapi biasalah, apabila perangai lelaki dah keluar, aku nak cuba ngorat perempuan itu. Mana lagi aku dapat peluang macam ni. Sorang-sorang dengan perempuan, macam jodoh. Lagi bila dia senyum kat aku, mesti dia minat.
Ads
Aku pun mula langkah aku. Aku bangun dari tempat duduk sambil main handphone. Aku dekati dia. “Hi” sambil duduk sebelah dia. Sekali lagi dia senyum kat aku. Kali ini aku nampak lebih jelas sikit mulutnya. Bibir dia merah.
Aku pun terus tanya, “Awak nak ke mana?” Dia tak jawab. “Bahaya jalan seorang-seorang.” Dia masih senyap. Dalam otak aku fikir main susah nak dapat pulak minah ni.
Aku sambung main handphone. “Awak…” akhirnya dia berkata.
Ads
“Nama saya Fuad.” aku balas. “Siapa nama awak?”
“Sudi tak awak teman ke rumah saya?” dia tanya.
Perempuan dah ajak balik, aku sudilah. Jangan lepaskan peluang keemasan. “Boleh je. Awak tinggal kat mana?”
Ads
“Tu.” dia jawab. Stesen berikutnya Abdullah Hukum. Alamak, jauh pulak dari rumah aku. Takpela. Ada grab. Aku pun angguk.
Sampai lrt Abdullah Hukum dia tak bangun. “Kata ni stesen awak?” Dia terus diam. Lrt tu mula jalan. Aku jadi pelik. Sebaik dia jalan, perempuan tu bangun. Aku tengok je dia. Dia berjalan ke pintu keluar dan toleh ke arah aku. Dia senyum. Aku terkedu. Tak lama kemudian dia lalu tembus pintu itu dan ghaib.
Satu badan aku meremang. Apa yang aku baru lalui.
Keesokkan harinya aku demam. Sejak hari itu aku trauma naik lrt.
Member aku call dan tanya apa khabar? Aku jawab, Alhamdulillah. Aku ajak dia lepak mamak, kita dah lama tak cerita kedai kopi. Dia beritahu yang aku kena cari teman pengganti kerena dia sudah pejamkan mata. Tak lama kemudian group whatsapp aku jadi havoc dengan berita kematian Jezzabelle.
Balik kampung time raya mesti ramai-ramai tidur di ruang yang sama. Kadang-kadang ampai tak cukup tempat. Satu malam aku tidur sebelah dinding, paling tepi sekali. Aku terjaga malam, aku perasan ada tubuh badan di antara aku dan dinding. Aku beranikan diri nak tahu siapa. Bila tengok, rupa ia seperti Ali, saudara aku yang telah meninggal dunia 8 bulan lepas.
Semalam aku tonton perlawanan bola Barcelona lawan Real Betis. Minit ke 40, isteri aku keluar dari bilik dan duduk sebelah aku. Isteri aku bukan minat sangat tengok bola. Dia takut kot. Aku lebih fokus kat tv daripada dia. Apabila separuh masa pertama habis, aku toleh ke kiri, isteri aku dah tak ada.
Isteri aku beranak tapi oleh sebab komplikasi, anak kami meninggal dunia dua hari selepas di lahirkan. Allah sahaja tahu kesedihan yang kami lalui. isteri mula menjauuhkan diri dengan aku. Satu hari aku terbangun, isteri sedang duduk di sofa, “Jangan bising, I tengah susukan anak kita,” kata isteri. Aku mendekatinya dan lihat dia sedang memeluk mayat anak kami.
Penat sangat aku tertidur di opis. Apabila aku bangun, semua orang dah balik. Lampu kat kawasan aku je yang tak tutup. Aku pun kemas barang, nak pulang. Tiba-tiba kerusi di belakang tempat aku bergerak. Apa lagi , kelam-kabut aku keluar opis. Sampai je di kereta, baru perasan aku tertinggal kunci.
Semalam aku lupa beli rokok. So, selepas isteri dan anak aku tidur, aku keluar pergi 7e. Balik di rumah aku nampa anak aku sedang main kat playground dia. Aku naik ke atas bawa anak aku sekali. Semasa aku masuk bilik, aku lihat isteri dan anak aku sedang tidur nyenyak. Aku tengok kat tangan aku, anak yang aku bawa tad, dah tak ada.
Aku tersedar dari sebuah mimpi yang ngeri. Dalam mimpi tu aku dikejar pocong. Aku berlari sepanjang jalan yang kosong. Tiada kereta. Tiada lampu. Hanya jalan sempit yang kosong. Apabila pocong tu hampir dekat, aku terjaga. Aku bangun dari katil dan terus ke tandas untuk basuh kaki. Apabila aku keluar dari tandas, pocong dalam mimpi tu sedang menunggu aku luar pintu.
Koleksi Cerita Pendek (15 Ogos – 31 Ogos)
Orang tua kata, waktu malam jangan nyanyi semasa mandi. Nanti hantu datang. Shima tak percaya sangat pantang larang orang tua. Satu hari , selepas balik kerja, Shima mandi sambil menyanyi lagu Cindai oleh Dato Siti. Tengah syok menyanyi, di bahagian korus lagu itu, adas suara menyanyi sekali dengannya. Shima duduk seorang diri.
Tempat pukul 12 malam, handphone aku berbunyi tapi tak ada nombor. Pada mulanya aku was-was nak angkat. Selepas tiga kali, aku angkat. Suara perempuan tua menyanyi lagu, ‘nenek,nenek, si bongkok tua. siang malam asyik terjaga…’ sebelum habis lagu tu, aku tamatkan panggilan. Tak lama kemudian, aku dengar lagu datang dari bilik anakku. Apabila aku buka, terkejut lihat seorang nenek sedang tidurkan anak aku dengan lagu, ‘nenek, nenek’.
Best kan scroll social media. Dapat tahu gossip terbaru, kawan gi holiday mana, gambar makan, minum, kucing… macam-macam. Tapi apaterjadi kalau tiba-tiba scroll, kau nampak gambar diri sendiri dan sebelah kau ada hantu sedang teman.
Pak Mat penjual roti. Dia akan menronda kawasan rumah dengan motornya. Jam dah tunjuk pukul 8.30 malam. Pak Mat belum habis buat rondaannya. Dia masuk ke kawasan rumah terakhir. Pak Mat di tahan oleh seorang lelaki tua depan rumahnya. Lelaki itu nak sebuku roti. Selepas selesai, Pak Mat beredar dari situ. Apabila dia check kat rumah, duit keuntungan Pak Mat kurang RM2.50. Keesokkan harinya apabila Pak Mat lalu rumah yang sama, dia nampak rumah itu dah lama terbiar.
Aku bekerja sebagai seorang pegawal keselamatan di sebuah sekolah. Semasa aku bekerja, ada sebuah motosikal lalu depan sekolah, di belakang seatnya, ada pocong tumpang dia.
Anak kau suka ambil gambar guna handphone aku. Gambar dia ambil boleh tahan walaupun kadang-kadang bergegar sikit. Satu hari, di sebuah kedai makan yang famous, anak aku terambil gambar pocong di kaunter makanan. Sekarang aku baru tahu kenapa kedai ni ramai sangat orang datang.
Ayah membuat keputusan untuk membina satu lagi rumah di tepi kebun untuk keluarga aku. Selepas siap, kami pun pindah. Petang itu ada seorang makcik datang melawat, “Wah, cantik rumah”. Makcik tu beritahu dia duduk tak jauh dari sini. Tak nak nampak kurang ajar, kami pelawa makan petang. Selepas borak, dia pun pulang. Peliknya, arah dia pulang adalah melalui kebun sebelah rumah. Mungkin jalan tu jalan shortcut ke rumahnya. Mungkinlah.
Malang tak berbau apabila kereta Fuad rosak tepi jalan Karak. Fuad suruh isterinya, Mi tunggu di dalam manakala dia check apa yang rosak. Mi tidak mahu pandang kiri kanan, dia hanya main handphonenya. Tiba-tiba, Mi dengar satu bunyi yang kuat, seperti benda terhempas, datang dari atas bumbung. Mi buat tak tak tahu. Selepas 20 minit, ada ketukan dari luar kereta. Dua orang polis mengarah Mi keluar dari kereta. Polis itu tunjuk sesuatu atas bumbung. Terekejut Mi apabila dia dapati mayat suaminya atas bumbung itu.
Malam Merdeka pergi keluar dengan awek tengok firework. Di tengah-tengah orang ramai kami terpisah. Nak call, line teruk. Balik ke kereta tengok dia tunggu kat kereta. Kami masuk kereta, hantar dia balik rumah. Dalam perjalanan telefon berdering. Number awek aku. Aku angkat dia kata dia masih kat tempat firework. Jadi siapa pulak yang duduk sebelah aku ni?
Apa perasaan kau setiap kali ingin tidur, ada bisikan suara seakan suara nenek datang menjengah ke telinga kau. Bukan semalam tetapi tiap-tiap malam. Itulah yang dialami sendiri oleh Wawa.
Wawa, penuntut tahun dua di sebuah universiti tempatan di utara tanah air. Dia beruntung kerana namanya tersenarai untuk tinggal di asrama. Jadi, dia bakal ditemani oleh adik junior untuk satu semester pengajian kali ini.
Bulan pertama, kedua dan ketiga, semuanya berjalan dengan lancar. Wawa sibuk dengan kuliah dan tugasan manakala Ayu, roommatenya pun sama mengikuti kelas dan menyiapkan tugasan. Mereka hanya sempat berbual pada waktu malam, itu pun tidak lama sebab masing-masing mengantuk dan esok ada kelas pagi.
Suatu hari, Wawa tidur agak lewat. Dia tidak dapat melelapkan mata. Puas di pusing kiri dan kanan tetap tidak mahu tidur. Dia lihat Ayu agak lena di buai mimpi. Entah macam mana, ketika dia tidur-tidur ayam, tiba-tiba Wawa terdengar suara seperti seorang nenek, sayup-sayup memanggilnya.
Bila namanya dipanggil, terus Wawa bingkas bangun dan tengok sekeliling. Sunyi sepi. Dia baring dan sekali lagi bila ingin terlelap, terdengar namanya…Wawa!..wawa!…dipanggil. Diperhatikan keadaan sekeliling masih sama, sunyi.
Tidak mahu namanya dipanggil berterusan, Wawa terus menekap bantal di telinga. Tetapi suara itu terus panggil namanya… Wawa! Wawa!. Wawa buat tak tahu. Setiap jam 4 am suara itu berhenti. Barulah, dia dapat tidur. Tiap-tiap malam nenek itu akan ganggu Wawa dan pembelajaran Wawa semakin merosot. Wawa tidak mahu Ayu tahu apa yang berlaku. Biarlah dia sorang je yang rasa.
Satu malam, Wawa baru lepas sembahyang. Malam ini Ayu tak boleh sembahyang kerana datang bulan. Selepas sembahyang, mereka berborak-borak. Dah lama mereka tak lepak bersama. Mereka berborak sehingga terlupa jam sudah tunjuk pukul 1am.
Tiba-tiba Wawa terdengar namanya dipanggil. Dia terdiam. Ayu perhati wajah Wawa yang berubah, muka dia pucat seperti dalam ketakutan. Ayu mula risau. Sebenarnya Wawa seorang sahaja yang dapat dengar suara nenek tu. Wawa tanya, “kau dengar suara tu?” Ayu jawab, “suara apa?” Wawa senyum dah suruh Ayu ignore kan sahaja persoalan tadi.
Suara nenek tu makin kuat. Wawa!… Wawa!. Sekali pintas, dia ternampak kelibat nenek tua lalu belakang Ayu. Perasaannya bertambah takut. Ayu pusing kepalanya dan bertanya apa yang Wawa nampak. Wawa masih cuba berselindung dari Ayu tapi kali ini nenek itu bukan sahaja berbisik malah munculkan dirinya. “Wawa!… Wawa!…”
Ayu bertanya, “suara siapa tu?” Terkejut Wawa apabila Ayu bertanya begitu. “Kau dengar ke?” “Ya aku dengar. Suara siapa tu?” Meremang bulu roma Ayu. Mereka berpura-pura tidur bersebelahan. Mereka harap nenek itu tak ganggu mereka.
‘Wawa!… Wawa!…’ suara nenek itu. ‘sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek tu masuk ke dalam biliik mereka. Bajunya putih. Rambutnya serabai. Panjang ke kaki. Bongkok. ‘Wawa!… Wawa!… Sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek itu datang dekat dengan mereka. Ketakutan menyelubungi mereka. Nenek itu menghampiri telinga. Dia berbisik, ‘Ingat lagi nenek?’ Nenek pun hilang.
Wawa pelik. Siapa nenek ini. Dia pusing dan pandang ke arah Ayu. Ayu buka mata. Matanya memandang atas seperti di sawan. Wawa cuba kejutkan Ayu tapi dia tak respon. Ayu bangun berdiri, pandang kat Wawa dan nyanyi, “cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang juga nenek ku cari, siapa kena dia yang menjadi.”
Ayu jatuh lalu pengsan.
Keesokannya Ayu sedar. Dia sudah berada di hospital. Dia mencari Wawa. Kawan-kawan lain kata Wawa hilang. Mereka tak tahu Wawa kat mana. Ceritanya “pagi tadi kami nak sembahyang, nak ajak korang. Tapi apa yang kami nampak Ayu dah terbaring pengsan dan Wawa tak tahu ke mana.
Sampai sekarang, Wawa masih hilang. Keluarganya juga tidak tahu apa terjadi dengan dia. Ada khabar angin mengatakan dia terlalu stres sampai lari diri. Tapi Ayu rasa dia tahu. Nenek itu orang bunian. Dia datang untuk merisik Wawa kahwin dengan cucunya. Mungkin Wawa berjanji sesuatu yang dia tak dapat elakkan. Ayu rindu kawan dia. Semoga satu hari dia dapat jumpa dengan kawannya semula.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.