Penduduk nusantara memanggilnya ‘Burung Cederawasih’, kaum cina memanggilnya ‘Pheonix’, negara Europah memanggilnya ‘Bird of Paradise’.
Burung Cederawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Parasisaeidae susunan Passeriformes. Ia hanya boleh di dapati di kawasan Irian Jaya atau di kenali sebagai Papua, Indonesia.
Ramai yang percaya asal usul burung ini datang dari kayangan dan ia mempunyai kuasa magis. Orang yang arif mengenai burung ini mengatakan ia selalu berdamping dengan para wali Allah.
Kepercayaan ini bermula dengan kitab kuno, Hikayat Tajul Muluk. Sebahagian kandungan kitab itu menyatakan bahawa: “Burung cenderawasih asalnya dari kayangan. Amat jarang orang yang menemuinya kerana ia tiada di bumi. Kalau ia terbang rendah ke bumi, itu tandanya hayat burung itu akan berakhir kerana ia mati bila menjejakkan kaki ke tanah. Bangkai burung itu tidak reput kerana ia hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Selain itu, setiap inci tubuhnya termasuk perut dan bulu mempunyai keistimewaan. Ia ada khasiat dalam perubatan.”
Ads
Sahibul Hikayat juga menceritakan bahawa apabila bulu burung Cederawasih gugur di bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata (zamrud hijau) yang berharga.
Kecantikan burung ini juga membantu mengukuhkan kepercayaan mereka. Rupa fizikal yang segak dengan warna bulu pelepah yang keemasan, di tambah dengan bulu-bulu lembut yang berjurai. Seperti di ukir dari syurga.
Ads
Magisnya datang apabila seseorang memakai bulunya di kepala dan dibawa pergi ke mana-mana. Mereka percaya bulu tersebut akan memberi kuasa pengasih dan penunduk kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung Cenderawasih juga di katakan dapat menjadi pelaris dan membantu memberi kesihatan yang baik kepada pemiliknya. Bahkan boleh menaikkan nafsu kepada pasangan jika meletakkan burung itu di bilik tidur.
Ads
Justeru, harga seekor burung Cenderawasih yang telah di awet boleh mencecah dari RM1500 – RM10 000. Juga di laporkan harga sehelai bulu burung itu boleh mencecah RM800. Sebotol minyak pengasih bulu burung itu dijual pada harga RM77 sebotol.
Di Papua pula, orang tempatan akan memburu burung Cederawasih untuk upacara mereka.
Kebenaran Burung Cederawasih ini datang dari kayangan masih tidak boleh di buktikan. Namun keunikan burung Cederawasih akan sentiasa memberi magis kepadanya.
Masyarakat Toraja di Sulawesi Selatan, Indonesia mempunyai pandangan unik tentang kematian. Bagi mereka, kematian bukanlah sesuatu yang menakutkan, tetapi sebahagian daripada kehidupan. Penghormatan kepada si mati dilakukan dengan penuh perhatian untuk membantu perjalanan roh mereka ke puya (akhirat).
Siapakah Masyarakat Toraja?
Masyarakat Toraja adalah penduduk asli di wilayah selatan Sulawesi, kawasan bergunung dengan iklim tropika. Sehingga kedatangan Belanda, mereka hampir tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Walaupun majoriti kini beragama Kristian, mereka masih berpegang kepada kepercayaan animisme dan menghormati nenek moyang mereka yang dipercayai turun dari syurga.
Menjaga Si Mati
Sebelum dikebumikan, mayat akan dijaga di rumah dan dianggap sebagai Makula (orang sakit). Dulu, tubuh dibalut dengan selimut, dijaga dengan api membara serta cecair herba. Kini, mayat dipelihara menggunakan suntikan formalin. Mayat diletakkan di bilik khas menghadap selatan kerana masyarakat Toraja percaya arah itu menuju syurga. Inilah salah satu tradisi istimewa masyarakat Toraja.
Pengkebumian Toraja: Rambu Solo
Rambu Solo ialah upacara pengkebumian besar-besaran yang melibatkan seluruh kampung. Ia diadakan pada bulan Ogos atau September dan boleh berlangsung selama beberapa hari hingga berminggu-minggu. Dalam upacara ini, ada doa, tarian, nyanyian, korban kerbau, dan perlawanan kerbau. Lebih banyak kerbau yang dikorbankan, semakin cepat roh si mati dipercayai menuju ke puya.
Makam di Tebing dan Tau Tau
Mayat biasanya dibawa ke makam di tebing yang boleh mencapai setinggi 100 kaki. Semakin tinggi makamnya, semakin tinggi status sosialnya. Di hadapan makam, diletakkan Tau Tau iaitu ukiran kayu atau bambu menyerupai si mati. Untuk bayi pula, mereka dimakamkan di dalam batang pokok berongga yang ditutup dengan pintu gentian sawit. Ini melambangkan kembalinya roh bayi kepada alam semula jadi.
Ma’nane: Pengebumian Kedua
Salah satu tradisi luar biasa masyarakat Toraja ialah Ma’nane atau “pengebumian kedua”. Mayat dikeluarkan dari kubur, dibersihkan, dipakaikan pakaian baru, dan diraikan bersama keluarga. Generasi muda berpeluang berhubung dengan nenek moyang mereka, bahkan ada yang bergambar atau merokok bersama mayat. Amalan ini mengingatkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada komuniti yang terus bersambung dari generasi ke generasi.
Kesimpulan
Tradisi masyarakat Toraja bukan sekadar ritual kematian, tetapi simbol ikatan kekeluargaan, penghormatan nenek moyang, dan keyakinan rohani. Keunikan ini menjadikan budaya Toraja sebagai salah satu warisan dunia yang menakjubkan.
Pengkebumian Toraja adalah antara tradisi paling unik di dunia.
Benarkah haiwan peliharaan dapat lihat makhluk ghaib? Setengah orang percaya bahawa haiwan peliharaan memiliki indra keenam, yang membuat mereka boleh nampak makhluk ghaib. Haiwan juga di percayai dapat merasakan sesuatu bencana akan berlaku. Kejadian seperti berpuluribuan ikan akan berenang ke pantai atau berpuluh-puluh ribu burung bertebangan di langit untuk memberi amaran tentang tsunami atau bencana alam lain.
Ini adalah tanda-tanda haiwan boleh melihat makhluk ghaib.
MEMBUAT BISING SEPERTI TERNAMPAK SESUATU
Apabila haiwan perliharaan ternampak sesuatu yang mata kita tak nampak, pada awalnya mereka akan membuat bising. Anjing akan menyalak, ayam akan berkokok di malam hari, kucing akan mengilai sambil mengeraskan badannya. Tanda-tanda ini menunjukkan kehadiran makhluk ghaib di rumah.
MENGIKUT SESUATU GHAIB
Apabila haiwan perliharaan ternampak sesuatu itu dengan jelas, ia akan tertarik untuk mengejar makhluk ghaib itu. Seperti anjing yang sedang baring, tiba-tiba bangun dan mengejar sesuatu.
BERGULING-GULING DI LANTAI
Selalunya anjing akan tiba-tiba berguling seakan-akan sedang bermain dengan seseorang tetapi tidak ada orang berdekatannya. Hati-hati, mungkin dia sedang bermain dengan hantu.
CUBA SEMBUNYI DI BELAKANG TUANNYA
Haiwan perliharaan juga mempunyai perasaan takut. Apabila tiba-tiba telinga kucing dan anjing terkatup tanpa sebab, bererti ia sedang takut dengan sesuatu yang dia lihat. Lalu ia akan sembunyi di belakang tuannya.
Siti Aminah atau lebih di kenali sebagai Siti Jalang adalah sebuah cerita rakyat di Kota Tinggi, Johor mengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan 99 lelaki dan kesemua suaminya mati.
Oleh kerana kisah Siti Jalang ini tidak pernah di catat, membuatkan ramai yang ragu-ragu dengan kisahnya tetapi di Kota Tinggi wujudnya makam yang di katakan milik Siti Aminah. Ia di jaga oleh seorang pemilik kilang kayu, sejak itu bisnesnya maju. Sebelum itu, kubur Siti Jalang terbiar. Baru-baru ini sahaja ramai mula kunjung makam Siti Jalang.
Kisah Siti Jalang menjadi hangat di mulut rakyat Malaysia apabila telemovie berjudul ‘Sanggul Beracun’ terbitan Balang Rimbun, di bawah arahan Sabri Yunus. Erra Fazira berlakon sebagai Siti Aminah. Kisahnya Siti Aminah di lahirkan buruk. Tiada siapa mahukan dia. Dia di kutuk oleh semua lelaki. Satu hari, kawan ayahnya sudi kahwin dengan Siti Aminah, tetapi tujuan sebenar kawan ayahnya adalah untuk miliki tanah pusaka mereka. Selepas ayahnya di bunuh, Siti di halau keluar rumah. Dia berjumpa dengan seorang jin yang janji mencantikkan Siti tetapi dia kena bunuh 100 lelaki untuk mengekalkannya. Siti ikut perintah sehingga dia berjumpa dengan Hassan, lelaki Siti yang ke-100. Hassan mempunyai dendamnya tersendiri kerana abang ipar dia di bunuh oleh Siti. Telemovie ini telah menang Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2011.
Pernah juga dengar cerita tentang orang yang mengutuk Siti Aminah di makamnya. Balik dari kunjungan, mereka muntah-muntah dan sakit beberapa hari.
Siti Jalang datang dengan banyak versi, ada juga versi yang mengatakan bahagian sulitnya di tutup dan tiada lelaki boleh asmara dengan Siti sehingga dia jumpa lelaki yang sesuai dengannya. Lalu dia berkahwin dengan 99 lelaki sehingga dia jumpa yang sesuai dengannya. Versi yang lain memberitahu tentang balas dendam Siti kerana ibunya di rogol oleh 99 lelaki. Apabila besar, dia bernekad untuk bunuh setiap lelaki itu. Versi yang paling biasa di dengar adalah Siti di sumpah untuk tidak dapat bersama dengan lelaki sebab perjanjiannya. Apabila ada sahaja lelaki yang ingin berasmara dengannya, kala jengking akan keluar dari tempat sulit Siti dan lelaki itu mati kena racun kala jengking.
Nak ikutkan memang tidak logik cerita Siti Jalang. Tapi itu buatkan dia menarik. Lagenda atau mitos datang dari kisah benar, ia di kembang orang penduduk tempatan. Mungkin Siti seorang perempuan yang nasibnya malang. Pernah berkahwin 3 atau 4 kali. Tapi setiap kali suaminya mati di sebabkan kecelakaan. Mungkin suami terakhir mati sebab kena gigit kala jengking. Kita tidak akan dapat tahu kisah sebenar Siti Jalang tapi kita boleh bayangkan. Itu tarikkan Siti Jalang: Lagenda Kota Tinggi.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.