Mat Yo nama samaran yang di berikan kepada orang kampung. Seorang lurus bendul. Dalam bahasa kasar, dia tak betul sikit.
Ibu bapa Mat Yo meninggal dunia semasa dia kecil lagi. Dia di jaga oleh neneknya. Beberapa bulan lepas, neneknya jatuh dalam bilik air. Sejak tu badannya lumpuh. Mat Yo terpaksa menjaga neneknya yang tersadai di katil. Nasib ada Kak Sabariah.
Kak Sabariah kesian dengan keadaan mereka, setiap hari dia akan sediakan makanan untuk Mat Yo dan neneknya. Oleh kerana terhutang budi, Mat Yo akan bantu Kak Sabariah di warungnya.
Mat Yo dan neneknya sangat rapat. Neneknya sangat sayang dengan Mat Yo, satu-satunya cucu dia. Mereka kadang-kadang akan berborak sampai kedua-dua mereka tertidur sendiri. Mat Yo selalu tanya tentang sejarah neneknya. Kehidupan neneknya sangat menarik. Dia pernah menang pertandingan menyanyi dan menjadi terkenal sebagai penyanyi majlis dari Muar ke Batu Pahat.
Satu malam, Mat Yo pulang ke rumah. Kak Sabariah dah bungkus makanan malam untuk mereka. “Nek, Mat balik ni” kata Mat.
Tiada orang respon. Mat terus ke dapur dah hidangkan makanan untuk neneknya. “Kak Sabariah masak keli hari ni. Nek mesti lapar.” sambung Mat Yo. Tapi tak ada orang respon.
Tiba-tiba dia dengar tapak kaki dari ruang tamu. Apabila dia pusing kepala, Mat Yo terkejut melihat neneknya berjalan. “Nenek dah boleh jalan?.” kata Mat Yo. Nenek tak respon.
Nenek duduk di kerusi. Dia langsung tak perhatikan Mat Yo. Setiap langkah nenek agak pelik. Cara dia makan juga pelik. Dia mengengam sepenuh nasi di tangannya dan tanpa kunyah dia terus telan nasi itu. “Tadi penghulu bagi Mat duit.”kata Mat sambil tunjuk duit RM 10. “Esok Mat nak beli moto dengan duit ni” sambung Mat. Nenek masih tak respon.
Ads
Selepas makan nenek Jalan ke ruang tamu. “Nenek tak nak mandi?” Nenek dia tak respon.
Apabila selesai basuh pinggan dan mandi, dia pergi ke ruang tamu. Nenek sudah masuk tidur. Mat Yo pun buka tilamnya dan tidur di sebelah katil nenek. “Nek. Nek. Sambunglah cerita Nenek dengan lelaki tu.” kata Mat Yo. Tiada respon. Mat Yo pun tutup mata. “Selamat malam” sambung Mat Yo.
Sudah seminggu berlalu. Situasi yang sama berlaku tiap-tiap hari. Ia buat Mat Yo muram. “Mat. Kenapa dengan kau?” tanya kak Sabariah.
“Sejak boleh jalan ni, nenek pelik” kata Mat.
Ads
“Nenek boleh jalan? Kenapa tak beritahu” kata kak Sabariah.
“Saya tanya dia tak jawab. Mandi pun tak nak. Busuk rumah kak.” jawab Mat.
“Lepas kedai tutup kita ke rumah kau,” kata kak Sabariah.
Lepas kedai tutup, Mereka terus ke rumah Mat. Dari luar lagi, kak Sabariah dah bau busuk rumah itu. Apabila masuk, bau itu makin kuat.”Nek. Mat balik. Kak Sabariah pun ada.” kata Mat. Tiada respon.
Ads
Mat Yo ke dapur manakala Kak Sabariah ke ruang tamu. “Mat! Sini Mat!” menjerit kak Sabariah.
Dia bergesa lari ke ruang tamu, “kenapa kak!” tanya Mat.
“Nenek awak dah meninggal dunia!” kata kak Sabariah.
Mat Yo terus memeluk neneknya dan menangis. “Bangun nek. Bangun. Jangan tinggalkan Mat seorang diri.”
Sabariah menelefon hospital. Tak lama kemudian, ambulan sampai.
Hospital memberitahu bahawa nenek telah meninggal hampit seminggu.
Kalau nenek dah seminggu meninggal dunia, Siapa yang Mat Yo nampak setiap malam tu?
Malam Jumaat Kliwon merupakan malam yang penuh energi magis dalam budaya masyarakat Jawa. Sejak turun-temurun, malam ini diyakini sebagai waktu yang keramat, di mana berbagai ritual mistik dan tradisi spiritual dijalankan. Dalam kepercayaan Jawa, malam tersebut bukan hanya dianggap menyeramkan, tetapi juga memiliki nilai spiritual yang mendalam.
Makna Malam Jumaat Kliwon dalam Kalender Jawa
Dalam kalender Jawa atau primbon, terdapat hanya lima hari iaitu Legi, Pahing, Pon, Wage, dan Kliwon. Apabila Khamis malam Jumaat bertemu dengan Wage malam Kliwon, maka itulah yang disebut sebagai Malam Jumaat Kliwon. Malam ini dianggap sangat keramat dan istimewa dalam tradisi masyarakat Jawa.
Kepercayaan Kematian
Salah satu kepercayaan masyarakat Jawa ialah apabila seseorang meninggal pada Malam Jumaat Kliwon, ia dianggap sebagai tanda kebaikan. Bukan sahaja di mata orang Jawa, malah juga dalam pandangan sebahagian umat Muslim. Orang yang meninggal pada malam tersebut seringkali dianggap sebagai insan yang baik.
Menurut tradisi, jenazah yang meninggal pada malam ini akan dijaga selama 40 hari. Penjagaan ini dilakukan untuk menghindari pencurian anggota tubuh oleh pihak tertentu yang menggunakannya bagi amalan ilmu hitam.
Tradisi Penyambutan Roh
Kepercayaan lain yang masih dipegang ialah bahawa roh orang yang meninggal diberi kesempatan untuk pulang ke rumah pada Malam Jumaat Kliwon. Oleh itu, masyarakat Jawa akan melakukan upacara yang disebut ‘penyambutan’, iaitu dengan menyediakan sajian makanan kegemaran si arwah semasa hidupnya.
Puasa dan Ritual Spiritual
Antara tradisi spiritual yang sering dilakukan adalah puasa 40 hari yang mesti dimulai pada Malam Jumaat Kliwon. Amalan ini diyakini mampu memperkuat spiritual seseorang dan memberikan ketenangan batin.
Malam Keramat dan Pantang Larang
Bagi masyarakat Jawa, anak-anak kecil biasanya tidak dibenarkan keluar rumah pada Malam Jumaat Kliwon. Mereka percaya malam tersebut adalah saat makhluk halus berkeliaran. Walau dianggap menyeramkan, hakikatnya ia tetap dilihat sebagai malam yang penuh keberkahan dan keramat.
Kesimpulan
Kepercayaan terhadap Malam Jumaat Kliwon masih kuat diamalkan sehingga kini. Ia bukan sahaja membawa unsur mistik, tetapi juga melambangkan hubungan erat masyarakat Jawa dengan nilai spiritual, tradisi, dan warisan leluhur mereka.
Pada tahun 2014, sebuah anak patung misteri telah di jumpai yang mengemparkan penduduk Singapura. Anak patung itu di balut di matanya dengan sehelai kain bertulis ‘Bismillah’. Ia di temui di bawah pokok di Pekan Hougang. Kes ini menjadi buah mulut warga Singapura terutamanya masyarakat melayu di sana. Menurut laporan media semasa, patung itu di ikat mata anak patung itu, berkemungkinan untuk mengkaburkan patung itu pulang ke rumah asalnya. Mungkin seperti kucing yang di potong misainya tidak dapat mencari rumah tuannya.
Patung itu juga di sangkut dengan sekeping nota yang bertulis: Kami mengikat dia kerana ada sebab. Orang bodoh yang membebaskannya. Dia nampak tak gembira. Sesiapa yang membuka ikatannya, harap selamatlah…
Bermacam-macam teori keluar di sosial media. Ada yang mengatakan ‘Patung itu di buang seperti itu kerana pemiliknya nampak ia berjalan-jalan dalam rumah,’ ada juga yang mengatakan ‘anak patung itu akan ubah posisi kepalanya apabila di pandang semula’ dan ‘anak patung itu boleh berkata dalam bahasa Melayu dan mempunyai suara perempuan’.
Ada laporan mengatakan pada hari patung itu di temui, seorang lelaki telah bunuh diri secara mengejut. Lelaki itu di temui tergantung di apartmentnya berdekatan dengan pekan Hougang.
Christie Bastet, mengaku ia patung yang dia jual kepada seorang pembeli dari Singapura. Christie yang tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat, terkejut apabila dia terbaca berita tentang patungnya menjadi viral dalam sosial media.
Pada tahun 2015, anak patung itu di laporkan hilang. Tiada sesiapa yang tahu di mana lokasi anak patung itu sekarang.
Makhluk halus atau jin memang wujud. Jika kita puja sesuatu itu, dengan bantuan makhluk halus atau jin, benda yang tak berjasad, boleh bergerak, seperti ia bernyawa. Adakah patung ini benar-benar di pengaruhi jin atau suatu eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai, kita tak akan tahu.
Penduduk nusantara memanggilnya ‘Burung Cederawasih’, kaum cina memanggilnya ‘Pheonix’, negara Europah memanggilnya ‘Bird of Paradise’.
Burung Cederawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Parasisaeidae susunan Passeriformes. Ia hanya boleh di dapati di kawasan Irian Jaya atau di kenali sebagai Papua, Indonesia.
Ramai yang percaya asal usul burung ini datang dari kayangan dan ia mempunyai kuasa magis. Orang yang arif mengenai burung ini mengatakan ia selalu berdamping dengan para wali Allah.
Kepercayaan ini bermula dengan kitab kuno, Hikayat Tajul Muluk. Sebahagian kandungan kitab itu menyatakan bahawa: “Burung cenderawasih asalnya dari kayangan. Amat jarang orang yang menemuinya kerana ia tiada di bumi. Kalau ia terbang rendah ke bumi, itu tandanya hayat burung itu akan berakhir kerana ia mati bila menjejakkan kaki ke tanah. Bangkai burung itu tidak reput kerana ia hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Selain itu, setiap inci tubuhnya termasuk perut dan bulu mempunyai keistimewaan. Ia ada khasiat dalam perubatan.”
Sahibul Hikayat juga menceritakan bahawa apabila bulu burung Cederawasih gugur di bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata (zamrud hijau) yang berharga.
Kecantikan burung ini juga membantu mengukuhkan kepercayaan mereka. Rupa fizikal yang segak dengan warna bulu pelepah yang keemasan, di tambah dengan bulu-bulu lembut yang berjurai. Seperti di ukir dari syurga.
Magisnya datang apabila seseorang memakai bulunya di kepala dan dibawa pergi ke mana-mana. Mereka percaya bulu tersebut akan memberi kuasa pengasih dan penunduk kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung Cenderawasih juga di katakan dapat menjadi pelaris dan membantu memberi kesihatan yang baik kepada pemiliknya. Bahkan boleh menaikkan nafsu kepada pasangan jika meletakkan burung itu di bilik tidur.
Justeru, harga seekor burung Cenderawasih yang telah di awet boleh mencecah dari RM1500 – RM10 000. Juga di laporkan harga sehelai bulu burung itu boleh mencecah RM800. Sebotol minyak pengasih bulu burung itu dijual pada harga RM77 sebotol.
Di Papua pula, orang tempatan akan memburu burung Cederawasih untuk upacara mereka.
Kebenaran Burung Cederawasih ini datang dari kayangan masih tidak boleh di buktikan. Namun keunikan burung Cederawasih akan sentiasa memberi magis kepadanya.