Baru-baru ni kami pergi melancong kat Penang. Kami pergi tiga orang sahaja, Aku, Vee dan Maya. Nak lepas stress. Hotel kami dekat Batu Ferringhi. Kami tiba Penang lebih kurang pukul 4 petang. Selepas check in kami makan malam. Entah apa yang Maya salah makan, dia sakit perut. Kata dia sakit macam nak beranak. Aku tak tahulah bila masa dia beranak, tapi aku tahu dia belum kahwin lagi. Dia merayu untuk bawa ke klinik.
Aku dan Vee dan bingung dah. Kami dah pelan malam ni nak keluar, kalau macam ni memang tak jadi lah pelan kita. Kami pun bawa dia ke klinik. Selepas doktor buat check up, Maya memang di sahkan keracunan makanan.
Setiba di bilik kami, jam dah tunjuk 10.30 malam. Vee tak puas hati, “Kau memang potong stim.” Maya balas, “Benda nak jadi. Apa aku boleh buat. Esok kan ada.” Selepas makan ubat, Maya selubung dalam selimut, “korang nak kuar, kuar la. Apa-apa aku call.”
Apa lagi, orang dah bagi green light. Dengan sepantas kilat aku dan Vee bersiap untuk keluar. “Jaga diri Maya. Apa-apa call. Love you,” kata Vee. “Tak guna punya kawan,” sambil tutup lampu.
Selepas menghiburkan diri, kami pulang ke bilik, Vee kejutkan Maya. Maya terjaga dengan muka mamai. Kata Vee, “Nah. Aku belikan mee goreng. Camana perut kau?” Dengan muka mamai, “Ok dah. Perghhh… dah pukul 3.00 pagi.” Maya ambil mee tu dan makan. Dia sangat lapar. “So… Apa terjadi?” Vee pandang ke aku sambil gelak, “ada orang happy malam ni.” Siut la Vee bocor rahsia. “ceritalah!” sambung Maya.
Tiba-tiba Vee terasa seseorang pegang bahu dia. Dia pun pusing ke belakang. Tiada orang. Aku tengok pelik kat Vee. “kau ada pegang bahu aku?” Aku jawab, “bila masa pulak.” Tak lama kemudian aku terasa seseorang pegang bahu aku. “Aku rasa macam ada orang sentuh bahu akulah.” Maya macam tak hirau. Dia sambung makan.
Tiba-tiba bau busuk. Busuk yang amat busuk. Bau dia seperti bau benda mati. “Apa bau ni?” Maya cakap. “Jangan tegur!” Vee jawab. Ketiga-tiga mereka diam.
Cawan kat bilik mereka tiba-tiba jatuh ke lantai. Kami menjerit terkejut. “Wei. Aku tak sedap hatilah.” kata Vee. Maya yang masih sedang duduk atas katil merasakan katilnya tiba-tiba bergegar. Rasa macam ada orang mengoncang katil. Maya terus bangun dari katil sambil memandang Vee. “Bukan aku goncang. Aku tak bergerak,” jawab Vee.
“Korang pergi mana tadi?” Maya cakap.
“Pergi minum lah.” aku jawab.
“Lepas tu Ayu jalan tepi pantai dengan mamat ni.” Vee sambung.
“Kau ada kutip apa-apa tak kat tepi pantai?” tanya Maya kat aku.
“Ada.” aku jawab sambil tunjuk kulit kerang.
“Kau kena pulang benda tu tempat yang mana kau jumpa.” kata Maya.
“Buat hal betul,” kata Vee.
“Kenapa pulak?” aku tanya. Tiba-tiba cawan hotel di baling ke dinding.
“Ok. Ok. Aku pulang balik.” aku jawab.
Kami pun pergi pulang kulit kerang itu di tempat aku jumpa. Selepas itu kami balik ke hotel. Ketiga-tiga kami baring tak bercakap.
“Aku tak boleh tidur,” Vee beritahu.
“Aku pun,” Maya balas.
“Aku pun,” aku juga balas.
Kisah ini berlaku 2 tahun lepas. Aku menjalani pembedahan di mata. Pembedahan itu berjalan dengan lancar. Mata saya di balut. Jika saya mahu ke tandas, saya perlu tekan locoeng dan jururawat akan bergesa masuk bantu saya.
Apabila tidak dapat lihat, kita jadi peka dengan bunyi sekeliling kita. Untuk memenuhi masa, aku buka radio di handphone.
Satu malam aku terjaga dari tidur. Semasa tu aku dah matikan radio. Aku terasa ingin buang air kecil. Aku menekan loceng. Aku tunggu sambil dengar bunyi aircond. Tidak lama kemudian nurse masuk. Aku tahu nurse masuk sebab bunyi pintu di buka sambil dengar bunyi tapak kaki. Aku beritahu nurse yang aku mahu ke tandas. Nurse tu mengambil tanganku. Aku rasa tak sedap badan. Tangan nurse sejuk. Dia bawa aku ke tandas. Semasa aku buang air kecil, aku terfikir, kenapa nurse tak bersuara? Selalunya nurse yang masuk akan tanya “apa boleh saya bantu?” Itu menjadi rutin mereka. Tapi kali ini lain. Mungkin dia letih kot aku sedapkan hati.
Selepas selesai kerja aku di tandas, aku panggil nurse tu, tapi tak ada orang jawab. Aku panggil-panggil lagi, masih tak ada orang jawab. Aku pun meraba-raba keluar dari tandas. Bayangkan aku hanya boleh guna deria aku. Mata di balut. Di belakang aku dengar bunyi air tandas di depan aku bunyi aircond. Aku masih cuba panggil nurse itu tapi tak ada jawapan. Aku terus meraba ke katil aku. Aku terlanggar almari kecil. Kuat bunyi. Aku terus meraba-raba sehingga sampai ke katil aku. Tapi apabila aku nak panjat naik katil, aku dapat rasakan ada orang sedang baring di atas katilku. Aku terjatuh ke lantai. Hati aku berdebar. Siapa ada atas katil aku. Aku cuba kuatkan diri sekali lagi, Aku bangun dan meraba ke katil aku. Ya, aku dapat rasakan tangan seseorang. Aku pusing dan berjalan laju cuba mencari pintu. Sampai aku terlanggar dinding. Aku terus meraba-raba mencari pintu. Dengan bunyi ‘kriiikkkk’ pintu di buka. Aku memanggil nurse. Seorang nurse datang dengan gesa. Dia tanya apa dia boleh bantu. Aku beritahu “ada orang atas katil saya!” Nurse tu intai kedalam. Dia beritahu aku tiada siapa dekat atas katil saya. “Aku pasti ada orang! Aku dapat rasakan tadi!”. Nurse tu membawa aku ke katil aku semula. Dia suruh aku raba. Tak ada orang atas katil aku. Nurse itu suruh aku tidur. Mungkin aku ngigau. Tak mungkin. Tapi aku ikut arahan nurse itu. Aku minta nurse buka radio di handphoneku.
Malam itu aku tak dapat tidur. Aku berpusing ke kiri, pusing ke kanan. Tiba-tiba radio aku berhenti. Aircond aku seperti mengeluar satu udara yang kuat. Aku merasakan ada orang memerhatiku. Meremang bulu roma ku. Aku panggil “Nurse ke tu”. Tiada orang jawab. Aku cuba menekan loceng tapi aku terlanggar dan loceng itu jatuh ke lantai. Aku ingin capai loceng itu, tiba-tiba aku dapat rasakan ada tangan memegang tangan aku. Aku tarik tangan aku. “Siapa tu?” Tiada jawapan. Tiba-tiba aku merasakan ada orang sedang bernafas di sebelah telinga ku. Aku mengelakkan kepalaku. Aku cuba mencari pintu sekali lagi sambil memanggil nurse.
Aku tak puas hati. Nurse tak jawab. Aku dah tak nampak. Aku dah tak boleh tahan aku buka balut mata aku. Aku terus buka mata. Apabila aku buka je ada seorang lembaga berpakaian nurse di depan mukaku. Aku tahu dia makhluk sebab kakinya tak cecah tanah. Aku pengsan.
Aku terjaga, tapi semasa tu keadaan di sekeliling aku kecoh. Aku tidak boleh buka mata. Sudah di balut semula. Aku di letakkan gas mengantuk. Aku sambung tidur semula.
Keesokkan harinya aku sedar dari tidur. Tanganku di ikat. Mataku di balut. Aku memanggil nurse. Mereka datang bersama doktor. Oleh kerana mata aku belum pulih 100%, aku jadi buta.
Sam dan Vee sudah berkahwin lebih 5 tahun. Mereka bertemu di sebuah setsen bas. Kedua-dua mereka sedang menghala ke tempat yang sama dan menaiki bas yang sama. Sam kuatkan semangat dan menegur Vee. Orang putih kata, “The rest is history”.
Selama 5 tahun itu, mereka masih belum lagi mempunyai cahaya mata. Mereka memutuskan untuk membeli rumah baru. Selama ini mereka tinggal di rumah ayah Vee, tapi di rumah itu, banyak pantang-larang perlu di ikuti. Sam tak selesa walaupun sudah bertahun-tahun di situ. Akhirnya tahun ni, selepas lulus pinjaman semua, mereka berjaya beli rumah.
Rumah ini tak la baru. Malah sudah dua kali tukar pemilik. Tapi rumah ini murah, dua bilik satu bilik air. Harganya baru RM 240 000. Murah dan lokasi dekat dengan Kuala Lumpur. Apabila mereka periksa rumah di sekeliling, harganya cecah RM 350 000 ke Rm 400 000. Mungkin tuan lama mahu lepaskan secepat mungkin. Apa-apa pun mereka bersyukur.
Hari pertama kami masuk, di sebabkan barang-barang sudah ada terkumpul selama lima tahun dan ada juga barang-barang baru beli, rumah itu tidak kosong. Seperti rumah dah lama mereka miliki.
Keesokkan harinya ada seorang makcik, jiran dengan mereka, datang melawat dengan membawa karipap. Vee menjemput dia masuk. Mereka berborak seperti biasa dan menawarkan diri jika perlu apa-apa bantuan. Sebelum makcik itu tinggalkan Vee, dia berkata sesuatu yang membuatkan Vee duduk tak senang. “Maaflah kalau makcik nak beritahu ni. Vee jangan marah pulak. Rumah ini bekas rumah bomoh. Selepas kematiannya, anak-anaknya mahu menjauhkan diri dari bapanya dan menjual rumah ini dengan harga murah. Kalau boleh buatlah sembahyang hajat atau minta ustaz datang tengok-tengok rumah ni. Bukan makcik nak takutkan tapi entah apa si Bakar simpan semasa dia hidup. Jangan ambil hati ya nak.” Vee angguk sebagai tanda tidak ambil hati.
Rumah Bomoh. Rumah Bomoh. Rumah Bomoh. Itu sahaja yang bermain di minda Vee. Apabila Sam balik, dia beritahu apa yang berlaku. Sam menolak dan tak percaya apa yang si Makcik itu beritahu.
Malam itu semasa mereka sedang nyenyak tidur, terdengar bunyi tapak kaki berjalan atas bumbung. Vee terjaga. Dia kejut Sam tapi dia tidur liat. Susah nak bangun. Bunyi itu kedengaran setiap 2 minit. Seperti budak sedang bermain dan berlari. Tiba-tiba sahaja bunyi itu berhenti.
Vee cuba tidur tetapi dia dengar bunyi orang bercakap kat ruang rumah. Bulu roma Vee naik. Dia cuba kejutkan sekali lagi suaminya tapi Sam tidak sedar. Sehinggakan frame di ruang tamu terjatuh. Ia mengeluarkan bunyi yang kuat. Sam terbangun dari tidur. Vee beritahu ada sesuatu di ruang tamu.
Dengan mengunakan cahaya phone, mereka pergi ke ruang tamu. Mereka tak nampak apa-apa. Bayang-bayang hantu pun tak nampak. Tapi frame gambar perkahwinan mereka memang terjatuh. Sam memunggut frame yang jatuh itu.
Sam membawa frame itu ke dapur untuk buang, alangkah terkejutnya apabila Sam nampak seorang budak sedang bertenggek di atas lubang basuh periuk sambil tersenyum. Sam tinggal kan frame itu dan mengajak isterinya masuk tidur.
Keesokkan hari, Sam memanggil budak-budak tafiz dan ustaznya untuk baca sedikit sebanyak di rumahnya. Sejak itu mereka rasa selamat sedikit. Tapi pada hari ke 26, hantu itu muncul menakutkan mereka semula.
Kerjaya dalam industri perfileman kadang-kala kerja sampai lewat pagi. Selagi jadual hari itu tak habis, selagi itu mereka teruskan pengambaran. Lagi seksa sebagai pelakon tambahan. Kadang-kala ‘call time’ mereka pagi, tapi masa pengambaran mereka malam. Mereka terpaksalah tunggu.
Syed Sorgi (nama pena katanya) sudah bergiat dalam industri ini selama 3 tahun. Tidak pernah dapat peluang menjadi lebih dari pelakon tambahan. Tapi dia suka. Katanya kerja dia walaupun penat dan upahnya tak besar tapi itu cita-citanya. Menjadi pelakon.
Syed mendapat kerja sebagai pelakon pembantu untuk sebuah cerita seram. Dalam cerita ini, dia menjadi salah seorang penduduk kampung itu. Adegennya, penduduk kampung sedang marah dengan seorang bomoh ni di katakan telah memalukan nama baik kampung. Mereka ke rumah bomoh untuk membunuhnya.
Dia di beri ‘call time’ pukul 2 petang, tapi sebab pengarah ingin ubah adegen itu kepada malam. Dia dan beberapa pelakon tambahan lain terpaksalah tunggu.
Malam pun tiba. Adegan dia belum lagi bermula. Ramai pelakon tambahan dah terbaring. Ada yang dah tidur. Syed seorang yang ingin tahu. Jadi dia akan sentiasa berdekatan dengan tempat pengambaran.
Semasa mereka sedang merakam satu adegan bersama dengan hantu pontianak, Syed perasan bahawa dia seorang budak perhati di celah-celah semak. Tak terkejut kalau orang kampung berkumpul tengok pengambaran tapi budak ini lain sikit. Dia tak berbaju dan tubuhnya semasa perhati adegan itu tidak bergerak. Syed cuba mendekatinya, apabila budak itu perasan, dia berlari masuk ke dalam semak samun itu.
Tak tahu kenapa Syed macam tertarik pergi ke arah semak samun itu. Syed pun berjalan perlahan-perlahan ke sana. Selepas 10 minit berjalan, Syed tahu dia sudah jauh dari tempat pengambaran tapi dia tidak kisah. Dia masih nak merayau kawasan itu.
Satu bunyi pelik, seperti gabungan bunyi anjing dan manusia. Sukar untuk di jelaskan tapi bunyi itu telah tersedarkan dia dari khayalan. Syed sedar dia sudah jauh ke dalam hutan tapi di depannya mempunya sebuah tasik kecil. Dia sesat. Dia cuba tengok perkhimatan telefon bimbitnya… no line.
Syed pun mencari jalan pulang. Dia merasakan sesuatu sedang mengekorinya. Tambahan pula bunyi benda berjalan dalam semak samun. Kakinya bergerak laju. Matanya hanya pandang ke depan. Tiba-tiba dia dengar bunyi pelik itu di atas kepalanya. Matanya tak boleh kawal dan terus memandang ke atas. Terkejut dia apabila budak yang dia nampak awal tadi sedang bertenggek di atas pokok. Syed boleh nampak dengan jelas. Mukanya kotor. Matanya hitam penuh. Tidak berbaju. Badannya pucat. Sebaik sahaja Syed pandang dia, budak itu melompat dan hilang. Syed berlari ketakutan. Tak berani dia berhenti. Tak berani dia pandang kiri kanan.
Sehingga dia terdengar suara seperti orang bercakap. Dia berhenti. Itu mesti tempat pengambaran. Dia cuba pastikan arah bunyi itu. Tiba-tiba muncul budak itu semula. Syed memerhatikannya. Budak itu memerhatikan Syed. Kaki syed tiba-tiba kaku. Apabila Syed tengok betul-betul, air keluar dari mulutnya. Badannya juga seperti basah. Syed tertanya-tanya siapa sebenarnya budak ini.
Budak itu berlari semula masuk ke dalam hutan. Baru itu Syed rasa dirinya mampu berjalan. Syed berlari ke tempat pengambaran. Penolong pengarahnya memarahinya kerana adegan dia akan mula di rakam. Syed cuba tenangkan otaknya dan melakukan kerjanya.
Selepas habis pengambaran, Syed sempat berjumpa dengan tuan rumah lokasi mereka buat pengambaran. Dia tanya tentang budak yang dia jumpa. Tuan rumah memberitahu bahawa itu adalah anaknya yang telah lepas 2 tahun lepas. Dia seorang budak yang aktif, satu hari tu dia dan kawannya bermain di semak samun tu. Tak tahu bagaimana mereka bercadang merayau sampai tasik kat dalam hutan sana. Dia lemas sebab dia tak tahu berenang. Kawannya pula bukan pandai nak selamatkannya. Semasa tu umurnya baru 10 tahun. Tuan rumah menangis mengenang kisah lalu.