“Sini ke kak?” Lis tanya.
“Ya. Sini tempatnya.” kak Sab jawab.
“Seram la kawasan ni. Kenapa kena waktu malam?” Lis sambung.
“Aku tak nak orang nampak. Kalau pergi siang-siang nanti orang nampak. Aku tak nak barang ni lagi.” kak Sab jawab.
Ini berlaku 8 tahun lepas. Semasa tu umur Lis baru 16 tahun. Kak iparnya, kak Sab pula semasa tu umur 27 tahun.
Lis dan kak Sab sangat rapat walaupun umur mereka agak jauh. Ke mana sahaja Kak Sab pergi, Lis mesti ikut. So semasa Kak Sab minta tolong teman, Lis setuju.
Lis tak tahu apa yang kakak ipanya nak buang atau apa yang terjadi. Dia masih budak mentah. Walaupun mereka rapat, tapi kak Sab tak adalah merosakkan adik saudara dia. Ada benda-benda yang dia tak tunjuk kat Lis.
Mereka dua ke belakang kereta dan membuka bonet. Di dalam bonet ada plastik beg besar. Kak Sab mengangkat beg itu, tangan kanan dia pegang atas beg dan tangan kiri dia pegang bawah beg. “Tolong tutup.” kak Sab mengarah. Lis tutup bonet.
“Sekarang aku baca sesuatu sampai pokok sana tu. Kau jangan cakap dengan aku.” Kak Sab beritahu Lis.
“Takut la kak, akak nak buat apa ni kak?” Lis tanya.
“Kalau takut kau tunggu kat kereta,” Kak Sab jawab.
Kak Sab pun mula berjalan. Lis ikut belakang. Setiap langkah kak Sab ambil, mulutnya baca sesuatu. Tak tahu apa yang di baca, tapi Lis boleh nampak mulutnya bergerak.
Setibanya ke pokok itu, sebatang pokok yang gemuk dan banyak dahan-dahan bercabang, Lis nampak ada bungkusan warna hitam, kuning, batung berhala, lilin dan macam-macam. “tempat apa ni kak?” Lis tanya.
Kak Sab tengok Lis dengan muka bengkek. Kak Sab sambung baca. Dia keluarkan sebuah bekas yang di buat dari tanah liat dari plastik. “Aku tak nak kau lagi. Sini la tempat baru kau.” kata kak Sab.
Dia mengangkat bekas tersebut dan meletakkan di atas tanah, tiba-tiba ia pecah. “Aduh. Camana boleh pecah. Aku tak tekan. Camana boleh pecah!” kak Sab sedang risau.
“Kenapa kak. Apa terjadi?” Lis tak faham apa yang berlaku.
“Bekas pecah Lis. Bekas ni tak sepatutnya pecah. Kata pecah dia akan ikut balik. Lis. Camana ni Lis” kata kak Sab.
Kak Sab tenangkan diri. Dia ambil telefon dan menelefon seseorang. “Wak… Ni Sab… Sabrina… Ya perempuan tu… Bekas tu pecah Wak… Tak. Saya tak hentak… Ok Wak… Saya tunggu…” kata kak Sab.
“Apa terjadi kak?” tanya Lis.
“Kita kena tunggu Wak datang. Jom balik kereta.” kata kak Sab.
Lis masih tak faham apa yang berlaku. Dia ikut sahaja. Lis dan kak Sab berjalan menuju ke kereta. Tak lama kemudian mereka dengar suara orang meminta tolong. “Kak” kata Lis.
“Jangan tegur. Jalan je.” jawab kak Sab. Mereka jalan lebih pantas. Suara meminta tolong itu datang dari belakang mereka. Suaranya semakin kuat. Bulu roma Lis meremang.
Mereka masuk ke dalam kereta dan kunci pintu. Kak Sab buka cd surah-surah. Dari jauh Lis boleh nampak seperti rupa badan seorang perempuan tunggu di bawah pokok itu. “Lis.” kata kak Sab sambil Lis pandang dia. “Terima kasih la teman kakak. Satu hari nanti kakak ceritakan apa yang berlaku.” Lis pusing semula ke arah pokok itu, perempuan itu tak ada.
Tak lama kemudian, Wak sampai bersama kawannya. Dia ajak Lis ke pokok itu. “Ni kes berat ni. Ia tak mahu tinggalkan kau,” kata Wak.
“Camana Wak. Aku tak nak ia lagi.” kata kak Sab.
“Tak apa. Kita cuba lagi,” kata Wak.
Selepas percubaan kali kedua, Wak berjaya tangkap dan kali ini, bekas baru itu tak pecah.
Kak Sab gembira. Mereka pun berjalan pulang ke kereta. Kak Sab tanya, “Wak. Apa terjadi kalau ada orang terpecahkan bekas itu?”
“Dia pecahkan akan jadi tuan baru makhluk itu.” kata Wak.
∞
Ini berlaku 10 tahun dahulu. Syam dan isterinya, Ira, tinggal di kampung. Semasa itu Ira berbadan dua. Sudah 7 bulan dia mengandung.
Kejadian ini berlaku semasa perjalanan mereka pulang dari rumah saudara. Rumah kami tak jauh. Dalam 10 minit kalau berjalan kaki. Syam ada motor. Malangnya malam itu motor Syam buat hal. Sebenarnya tak cadang pun lepak lama tapi sebab syok bercerita, mereka lupa jam dah hampir pukul 11 malam. Saudara Syam menawarkan diri untuk hantar tapi mereka tolak. Katanya bukan jauh sangat rumah.
Dalam perjalanan ke rumah, Ira menegur, “Bang, kat belakang tu ada cahaya”. Saya tanya cahaya apa. Ira terangkan bahawa sejak masuk jalan besar tadi, ada cahaya putih mengikuti mereka. Lalu Syam pusing kepala. Memang ada. Cahaya itu sedang bertebangan di atas sebuah pohon. Ira semakin takut. Dia dah lah mengandung. Takut ada apa-apa terjadi dengan bayi dalam perut. Syam beritahu isterinya untuk tunggu di sini. Ira tak mahu. Syam suruh Ira percaya dia. Ira pun ikut arahan.
Kata orang kalau nak lihat benda-benda ghaib, kita mesti berjalan tiga langkah, lalu pusing dan kangkang kaki. Selepas itu bongkokkan badan dan lihat dari celah kaki. Lalu, Syam melangkah… Satu…. Dua… Tiga… kemudian dia pusing dan kangkang kakinya. Dia bongkok dan melihat cahaya itu dari celah kaki. Terkejut dia apabila dapat tahu bahawa cahaya itu sebenarnya hantu penanggal. Dengan lidah yang panjang, hampir terkena bumi, matanya terbeliak, Ususnya tergantung dekat atas pohon sambil pandang tajam ke arah Ira.
Syam dengan perlahan-lahan menuju ke Ira, peluk dia dan memaksa Ira untuk berlari. Sambil lari baca ayat kursi. Ira mula panik. Syam cuba tenangkan Ira. Syam mengingatkan Ira untuk baca ayat kursi.
Kedua-dua mereka lari. Sambil lari sambil baca ayat kursi. Syam kesian dengan isterinya tapi dia terpaksa lari. Akhirnya mereka sampai ke rumah. Syam menoleh ke kiri ke kanan, cahaya itu dah hilang. Alhamdulillah, syukur. Syam lihat isterinya. Dia bawa isterinya masuk ke rumah dan berikan dia air kosong. Syam menelefon ustaz untuk bantu kuatkan semangat isterinya. Tak lama kemudian ustaz pun sampai. Dia beri air tangkal kepada Syam dan Ira.
Dua bulan kemudian, Ira melahirkan cahaya mata pertama mereka. Seorang budak lelaki. Syam tidak dapat menahan kegembiraannya. Dia menangis melihat anaknya itu. Syam sudah bergelar ayah.
∞
Jalan Bentong Gua Musang sering menjadi laluan utama orang Kelantan pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur. Biasanya perjalanan mengambil masa 6-7 jam, namun ketika musim perayaan ia boleh memakan masa sehingga 12-13 jam. Bagi kami orang Kelantan, kesesakan jalan ini sudah menjadi tradisi setiap kali pulang ke kampung.Ketika menjelang perayaan Deepavali, walaupun bukan majoriti diraikan oleh orang Kelantan, ramai juga mengambil kesempatan untuk pulang. Aku membuat keputusan untuk balik dua hari awal dan pada waktu malam. Kiraan aku tepat, waktu itu kereta masih minima di highway.
Perjalanan Malam di Jalan Bentong Gua Musang
Aku bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam bersama isteri dan dua anak aku. Saya memandu kereta Proton Gen 2, dan cuaca malam itu baik tanpa kabus atau hujan. Tak lama kemudian, anak-anak aku mula tidur lena di kerusi belakang.
Namun, apabila memasuki kawasan Bentong, suasana mula berubah. Jalan menjadi sunyi. Isteri aku juga tertidur, meninggalkan aku seorang diri melawan rasa mengantuk. Lengang terlalu lama. Tidak ada kereta selama lebih 15 minit. Hanya lori-lori besar yang berhenti di tepi jalan menemani perjalanan aku. Hati mula rasa menyesal kerana memilih untuk pulang waktu malam.
Rehat Sebentar di Gua Musang
Akhirnya aku sampai ke Gua Musang dan berhenti di RnR untuk merehatkan badan. Isteri terjaga dan ke tandas, sementara aku menjaga anak-anak. Setelah itu, kami kembali meneruskan perjalanan. Namun suasana semakin mencabar.
Kabus Tebal di Felda Paloh
Di kawasan Felda Paloh, bulu roma aku tiba-tiba meremang. Jalan yang lurus naik turun bukit kini diselubungi kabus tebal, memaksa aku memandu perlahan. Ketika itu aku mula terasa kereta seperti berat. Aku menoleh ke cermin pandang belakang dan terlihat kaki terjuntai melayang-layang di bonet kereta. Jelas kelihatan kaki itu terhoyong-hayang, membuatkan aku benar-benar terkejut.
Aku terus memasang CD bacaan Al-Quran dan membacanya dengan suara perlahan. Mulut tidak berhenti berzikir, berharap gangguan itu segera hilang. Namun, kelibat itu muncul kembali. Kali ini di tepi jalan raya. Sosok berkain putih dengan mata merah memandang tajam ke arah aku. Jantung berdegup kencang, tangan mula berpeluh.
Detik Cemas di Jalan Bentong Gua Musang
Aku hilang kawalan emosi. Aku tekan minyak dan memecut walaupun kabus menebal. Isteri aku terjaga dan memarahi aku kerana memecut laju. Jika sahaja dia tahu apa yang aku nampak sebentar tadi. Sepanjang jalan, aku hanya mampu berdoa agar selamat sampai ke kampung halaman.
Alhamdulillah, akhirnya aku tiba di rumah jam 6 pagi dengan selamat. Namun, itulah kali terakhir aku memandu waktu malam melalui jalan Bentong Gua Musang. Pengalaman seram itu benar-benar meninggalkan kesan yang tidak akan aku lupakan.
∞
Ayu seorang gadis yang lemah lembut dan kini sedang menuntut di sebuah IPT. Dia disenangi ramai kerana personalitinya. Di kolej, ketika tahun kedua Ayu tinggal sebilik bersama tiga orang rakan lain termasuk Iqa. Di kalangan tiga rakannya itu, Ayu rapat dengan Iqa walau pun berlainan jurusan dan merupakan junior tahun satu. Sebenarnya Ayu kasihan padanya yang tidak ramai kawan dan seolah-olah dipulaukan orang lain.
Iqa seorang gadis yang pendiam dan banyak menyendiri. Mungkin sebab itu dia tak ramai kawan di kolej. Setiap minggu dia akan pulang ke rumah keluarganya yang hanya satu jam perjalanan dari kolej. Sering kali dia mengajak Ayu balik bersamanya namun belum berpeluang. Bukan tak sudi tapi ada saja halangan apatah lagi Ayu aktif di kolej. Hujung minggu pun biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Pernah dia mengajak Iqa turut serta tapi ditolak. Katanya tak minat. Sedangkan bagi Ayu, untuk mendapat tempat di kolej pada semester seterusnya, seseorang pelajar itu kena aktif.
Pada cuti semester, akhirnya Ayu terima tawaran Iqa untuk pulang bersamanya. Ayu di sambut dengan gembira oleh keluarga Iqa. Di rumah itu duduknya ayah, ibu dan nenek Iqa. Nenek Iqa tak banyak cakap. Dia sentiasa senyum dan duduk di kerusinya. Dia seperti berminat sangat dengan Ayu. Mungkin dia jarang jumpa tetamu.
Malam itu kami makan semeja tapi neneknya tak join mereka. Apabila di ajak Ayu, dia gerakkan tangannya macam suruh Ayu makan dulu. Iqa bawa makanan dan air lalu diletakkan di sebelah nenek. Ayu pun makan bersama keluarga Iqa. Mereka tanyalah macam-macam tentang Ayu.
Selepas Iqa habis makan, dia kutip pinggan dan mangkuk nenek sekali. Nenek ajak ayu duduk di sebelahnya. Dia memegang-memegang badan ayu sambil tersenyum. Iqa panggil Ayu masuk ke bilik. Ayu tinggalkan nenek itu. Ayu tanya tentang nenek tapi Iqa macam nak tak nak jawab.
Malam itu, Ayu tak boleh tidur. Macam ada sesuatu menghalangnya untuk tidur Iqa di sebelahnya dah tidur nyenyak. Ayu terus berpusing ke kiri ke kanan. Tiba-tiba dia terdengar namanya di panggil. Bunyinya seperti suara Iqa tapi Iqa di sebelah Ayu. Pelik dia rasa. Sekali lagi Ayu dengar suara itu panggil namanya. Seram sejuk rasa dirinya. Mengingatkan pesan maknya, Ayu tidak jawab bila dengar suara. Dia ambil bantal dan tutup mukanya.
Sejak hari itu, Ayu sering mendengar bisikan di telinganya sehingga membuatkan dia takut, lebih-lebih lagi ketika hendak tidur. Tambah pelik, Iqa juga tidak muncul selepas Ayu tidur rumahnya. Sebaik tamat peperiksaan semester, Ayu pulang ke kampung. Di rumah Ayu masih diganggu dengan bisikan itu.
Satu malam dia kuatkan diri dan cuba tahu kenapa dia di ganggu, apabila namanya di panggil, dia kuatkan diri untuk menyahut. Kemudian muncul muka seorang perempuan rupa seperti nenek Iqa. Tapi apa yang lain mengenai lembaga ini, mukanya pucat.
Lembaga itu menghampiri Ayu sambil memanggil namanya. Ayu terdiam kaku di katilnya. Lembaga itu memeluk kaki Ayu sambil memanggil namanya. Ayu kuatkan semangat dan bertanya hajat lembaga itu. Satu je perkataan keluar dari mulut lembaga itu… Tuan.
Akibat tidak tahan, Ayu berterus terang dengan mak dan ayahnya. Mereka bawa Ayu berjumpa dengan seorang ustaz di kampung mereka. Menurut ustaz itu, Ayu sebenarnya cuba ‘dirisik’ oleh sesuatu untuk dijadikan tuan barunya. Terkejut Ayu. Menerusi beberapa ‘hint’ yang diberikan oleh ustaz, ayu dapat agak sesuatu yang berlaku ketika dia di rumah Iqa.
Selepas diselidik, Iqa meninggal dunia beberapa hari selepas Ayu datang ke rumahnya kerana menghidap kanser. Rupanya nenek yang dia jumpa di rumah Iqa adalah saka Iqa. Biasanya jika saka tidak bertuan, dia akan mengacau. Iqa terima lembaga itu sebagai tuan.
∞