Kisah ini berlaku lebih dari 20 tahun. Munirah baru berpindah ke Temerloh. Dapat kerja di sini. Dia membawa ibunya berpindah sekali. Ibu Munirah, mengidap penyakit Dimentia. Banyak benda dia lupa.
Satu malam ibu mengetuk bilik Munirah. Dia jawab tak bertanya:
Munirah: Ada apa ibu?
Ibu: Ibu nak ke tandas
Munirah: Pergilah. ibu kan tahu
Ibu: tapi, kat dapur ada orang.
Munirah: Mengarutlah mak. Jom mak.
Munirah buka lampu dapur. Dia pun bawa mak ke bilik air. Ibu bejalan di belakang Munirah. Ibu pun masuk ke dalam bilik air, dia pesan kat:-
Munirah: Muni tunggu jap ia. Teman ibu minum air.
Munirah pun tunggu Ibunya. Selepas buang air kecil, ibu ambil air dan minum. Matanya memandang kiri kanan. Selepas selesai dia ke Munirah dan berbisik, jangan padam lampu dapur. Munirah pun angguk. Dia bawa mak tidur semula ke biliknya.
Ia sering berlaku. Tiap malam ibu akan kejutkan Munirah dan memberitahu ada orang di dapur. Pada mulanya Munirah ingat ia sebab penyakit Dimentia.
Sehingga satu hari, apabila Munirah sedang menonton tv dengan ibunya di ruang tamu, Munirah tertoleh sesaat ke dapur, seperti nampak lembaga putih, tapi apabila toleh semula ia tak ada. Munirah cuba proses apa yang terjadi.
Ibu: Muni nampak apa?
Munirah: Tak ada apa-apa.
Ibu: Jangan bohong. Mak nampak dia sedang tengok dan Munirah tertoleh kan?
Munirah: Ish… Jangan mengarut. Dah-dah la tu ibu.
Ibu: Tapi…
Munirah: Dah!
Selepas habis cerita, mereka masuk tidur. Malam itu Munirah dengar ibunya memanggil nama dia sambil ketuk pintu.
Ibu: Munirah…
Munirah: Kejap ibu…
Dia pun buka pintu tapi tiada sesiapa. Apabila dia toleh ke dapur dia seperti nampak kelibat ibunya.
Munirah: Ibu! Kenapa masuk dapur tak buka lampu!
Munirah buka lampu tapi ibunya tak ada. Tiada siapa kat dapur. Ibunya keluar dari bilik. Terkejut Munirah.
Munirah: Bila ibu…
Ibu: Nampak kan?
Munirah: nampak
Sebaik sahaja Munirah cakap dia nampak, lembaga itu muncul. Dia sedang cangkung di atas meja memerhatikan Munirah dan ibunya. Lembaga itu merangkak ke hujung meja. Dengan mata tajam, lembaga itu memandang Munirah. Munirah pengsan.
Munirah sedar dah pukul 7 pagi. Ibunya telah angkat Munirah masuk ke dalam bilik. Dia baring sebelah Munirah. Dia rasa kesal kerana tak percayakan ibunya. Munirah meminta bantuan bomoh untuk menghalaunya.
Justina berkerja mengunakan perkhimatan KTM berdekatan rumahnya. Ke KTM dari rumah dia, ada dua jalan, satu jalan track melalui taman, lampu kiri kanan di mana ia mengambil masa 10 minit manakala satu jalan yang melalui kebun sebelah taman hanya mengambil masa 3 minit. Masalah jalan tu tidak berlampu.
Setiap pagi, apabila pergi kerja, Justina akan mengunakan jalan pendek, iaitu melalui kebun, tapi apabila malam, Justina akan mengunakan jalan track.
Satu hari Justina balik kerja seperti biasa. Dia sampai ke stesennya dalam pukul 8.15 pm. Justina sedang rushing balik rumah nak tengok Impiana pukul 9 kat Astro Ria. Apabila keluar dari stesen keretaapi, dia nampak seorang perempuan sedang berjalan mengunakan jalan shortcut. Oleh kerana ada orang lain guna jalan tu, Justina ikut perempuan itu. Kalau ada teman, berani je guna jalan tu.
Beberapa langkah berjalan, tiba-tiba perempuan yang Justina ikut itu hilang. Justina memandang belakang, tak kan dia nak patah balik. Justina memandang ke depan. Dia pun mula berjalan.
Justina lalu di tepi pokok pisang. Justina nampak sebuah kain putih kat pokok pisang itu. Kain itu bergerak ke atas seperti disiJustina tidak sengaja mendongak. Justin memerhati dari hujung kain hingga ke badan seekor pontianak yang sedang bertengkek di atas pokok pisang. Pontianak itu sedang memerhati kan Justina. Betambah seram apabila pontianak itu gerakkan kepalanya dan senyum memerhatikan Justina.
Justina terus pandang ke bawah. Dia berjalan dengan laju. Di atas kepalannya, dia dapat rasa pontianak itu sedang terbang mengekori dia. Di tambah pula, kadang kala pontianak itu mengilai.
Justina rasa sangat jauh untuk sampai ke kawasan rumah pangsapurinya. Dia berhenti. Tercunggap. Dia dapat rasa pontianak itu masih di atas.
Tiba-tiba dia merasakan pontianak itu dah tak ada. Dia mengintai, betul, pontianak itu sudah hilang. Justina mengambil keputusan untuk berlari ke rumahnya.
Dia berlari sehingga sampai kawasan rumah pangsapurinya. Rasa lega yang teramat. Gembiranya dia melihat rumahnya. Dia pun berjalan ke rumahnya.
Sampainya depan rumahnya, dia memerhati ke belakang, tiada sesiapa. Dia pun masuk ke dalam rumah, kunci pintu, buka tv dan siap sedia nak mandi. Di pintu bilik mandi, Justina nampak kain putih berjuntai. Justina tak sedap hati. Apbila dia pandang atas, sangkaan dia betul, pontianak itu ikut dia balik.
Wan dan Nani tinggal berdua di sebuah apartment yang mereka sewa. Kadang-kala Nani terpaksa bekerja hingga lewat malam. Wan seorang penakut. Apabila Nani pulang kerja lewat, Wan akan gelisah. Dia akan buka lagu K-Pop kegemarannya untuk hilangkan ketakutan.
Minggu ini Nani tidak balik ke rumah untuk beberapa hari. Wan terpaksa memberanikan diri tinggal seorang. Pada siang hari Wan tidak takut tetapi apabila menjelang senja, hatinya mula berdebar.
Pelbagai senario yang bermain dalam fikirannya. Wan mengambil keputusan membuka semua lampu di dalam dan di luar rumah serta akan ke bilik tidur walaupun belum terasa mengantuk.
Mungkin juga sebab perasaan takut, apa sahaja bunyi yang didengari akan membuatkan Wan berasa tidak senang duduk. Bunyi orang berjalan, berlari mahupun menutup pintu membuatkan hatinya kecut dan berdebar-debar.
Keesokan harinya perkara pelik mula berlaku. Dia seakan mendengar bunyi kaki dihentak dengan kuat dari atas siling rumah. Wan tidak menghiraukan bunyi itu kerana sangka mungkin datang dari rumah jirannya, tetapi bunyi itu membuatkan Wan tidak dapat tidur.
Nani telah balik daripada urusan kerjanya di luar daerah. Lega hati Wan. Wan tegur Nani tetapi Nani buat bodoh.
Mungkin Nani letih, teka Wan dalam hatinya. Sekali lagi dia cuba tegur Nani, namun tetap tidak dijawab. Sebaliknya Nani hanya menundukkan wajah dan diam.
Wan rasa sakit hati. Dia pun beredar dan bersiap-siap untuk keluar. Sekali lagi dia memanggil Nani. Dia ingin ajak Nani join dia sekali.
Muka Pucat Lesi
Dia cari Nani tapi tak jumpa. Wan terus menuju ke bilik Nani. Dia mengetuk pintu bilik tetapi tidak ada jawapan. Akhirnya pintu bilik Nani terbuka sendiri. Biliknya gelap dan tidak terusik. Kelibat Nani pun tak ada.
Jenuh Wan mencari temannya itu di sekeliling rumah. Akhirnya Wan mengambil keputusan menelefon Nani.
Nani hairan kenapa Wan tanya dirinya di mana. Wan pula hairan kenapa Nani beranggapan sebegitu. Tidakkah Nani yang baru pulang ke rumah? Kenapa dia pula hairan jika Wan mencarinya?
Bertambah hairan Nani apabila mendengar cerita Wan itu kerana dia belum lagi habis kerja. Masih di luar daerah. Apa pula yang Wan merepek itu?
Mendengarkan penjelasan Nani itu, wajah Wan terus berubah pucat lesi. Terus dia terfikir, siapakah yang sebenarnya berada di ruang tamu rumah mereka? Kecut perut Wan mengingatkan senario tersebut.
Tanpa berlengah Wan terus keluar rumah. Nani yang kehairanan mengambil keputusan untuk terus balik. Mereka mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam rumah dan hanya tidur di hotel.
Esoknya mereka beranikan diri masuk ke dalam rumah. Itu pun apabila abang Nani teman. Nasihat abang Nani agar selepas ini rajin-rajinlah membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi melindungi diri. Paling kurang pun pasanglah ayat-ayat Al-Quran sebagai penyeri suasana rumah ketika dalam keadaan sunyi.
Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.
Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.
Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?
Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.
Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”
Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.
Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”
Tak lama kemudia dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.
Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”
Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.
Ghaffar pengsan.
Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.