Khalid dan Safura baru berkahwin. Seminggu lepas itu, mereka terbang ke Krabi untuk merayai perkahwinan mereka. Mereka duduk di sebuah hotel baru di Krabi. 4 star. Harganya pun berpatutan. Apabila reception tahu mereka baru berkahwin, katil mereka telah di taburkan bunga dan sebuah hamper buah. Layanan hotel ni memang A.
Petang itu mereka bercadang untuk berjalan-jalan depan hotel. Bermacam-macam aktiviti ada depan hotel. Orang jual baju, orang jual makanan, tempat urut badan, perkhimatan tour dan macam-macam lagi. Safura selalu dengar tentang pancake Krabi, itulah benda pertama dia cari.
Malam itu, Khalid telah menempah dengan spa hotel untuk Safura mendapat urutan badan. Selepas makan, mereka pulang. Safura di bawa ke bilik khas untuk di urut. Khalid pulak balik ke bilik sementara menunggu Safura.
Sementara menunggu Safura pulang. Khalid menutup lampu utama dan hanya buka lampu tepi katil. Dengan bilik yang selesa, aircond yang sejuk, katil yang empuk, di tambah pula dengan badan letih, matanya mula terkebil-kebil. Tak lama kemudian, Khalid tertidur.
Khalid tersedar apabila dengar pintu bilik terbuka. “Sayang,” kata Khalid dalam keadaan mamai. “Bagaimana massage? OK tak.” Tak ada respon. Khalid rasa badannya di belai. Dia senyum.
Belaian tangan itu berhenti, Khalid pusing, dia lihat kelibat Safura masuk ke dalam tandas. Khalid pun bangun dari tidur. Dia membuka siaran tv. Khalid buka siaran muay thai. Mata Khalid fokus dengan pertandingan itu.
15 minit berlalu. Safura tak keluar lagi dari bilik air. Kata Khalid, “Sayang. Awak ok ke?” Tiada respon.
Sekali lagi Khalid tanya, “Sayang?”
Khalid pun bangun dari tempat tidur dan mengetuk bilik air. “Sayang? Sayang?” Masih tak ada respon. Khalid buka pintu dan mengintai ke dalam bilik air. Tiada orang dalam bilik air. Khalid berasa pelik, “Sayang. Jangan main-main. Mana awak?”
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nama Safura keluar di screen handphone. Khalid angkat, “Sawadeekap (sambil gelak). I kat kedai pancake depan hotel ni. U nak tak?” tanya Safura.
“Eh. Bila U keluar dari bilik?” tanya Khalid.
“Bila pulak I balik bilik? I baru lepas massage. Best gila massage dia. U kena try,” kata Safura.
Khalid bingung. “So u nak apa? Pancake nutella?” sambung Safura.
“Eh takpe. I dah kenyang. Cepat balik.” kata Khalid.
“Ok. Love u.” jawab Safura.
Khalid duduk di katilnya sambil berfikir, ‘siapa yang belai aku tadi? Aku bermimpi ke?’
Safura sampai bawa pancake, dia tak berhenti cerita tentang pengalaman dia kena urut tadi, Khalid pula tak berhenti fikir apa terjadi dengan dia. “U Ok?” tanya Safura.
“Ok. Penat je kot.” jawab Khalid.
Khalid tidak mahu beritahu Safura apa terjadi, dia tidak mahu merosakkan honeymoon mereka.
Setiap hari ke kerja aku akan mengunakan perkhimatan lrt. Jarak rumah ke lrt tidak jauh. Di sebabkan itu aku jarang mengunakan motor ke kerja. Ya la, masuk KL jam. Walaupun guna motor. Lebih selamat guna lrt.
Satu hari aku terpaksa balik lambat. Tidak pernah selambat ini. Aku terpaksa mengambil tren terakhir untuk balik. Dari KLCC ke Kelana Jaya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit dalam tren.
Tak ramai dalam tren. Aku rasa ada 4 orang termasuk aku.
Seorang-seorang penumpang tinggalkan tren. Sehinggalah aku seorang. Perhentian berikutnya, Dang Wangi, ada seorang perempuan masuk ke dalam tren. Dia berpakaian serba merah. Rambutnya hitam panjang. Aku tak nampak sangat mukanya. Tapi aku boleh nampak mulutnya. Dia seperti memandang aku dan memberi sedikit senyuman.
Pada awalnya aku tak mahu fikir apa-apa pelik. Aku pura-pura sambung tengok handphone aku. Tapi biasalah, apabila perangai lelaki dah keluar, aku nak cuba ngorat perempuan itu. Mana lagi aku dapat peluang macam ni. Sorang-sorang dengan perempuan, macam jodoh. Lagi bila dia senyum kat aku, mesti dia minat.
Aku pun mula langkah aku. Aku bangun dari tempat duduk sambil main handphone. Aku dekati dia. “Hi” sambil duduk sebelah dia. Sekali lagi dia senyum kat aku. Kali ini aku nampak lebih jelas sikit mulutnya. Bibir dia merah.
Aku pun terus tanya, “Awak nak ke mana?” Dia tak jawab. “Bahaya jalan seorang-seorang.” Dia masih senyap. Dalam otak aku fikir main susah nak dapat pulak minah ni.
Aku sambung main handphone. “Awak…” akhirnya dia berkata.
“Nama saya Fuad.” aku balas. “Siapa nama awak?”
“Sudi tak awak teman ke rumah saya?” dia tanya.
Perempuan dah ajak balik, aku sudilah. Jangan lepaskan peluang keemasan. “Boleh je. Awak tinggal kat mana?”
“Tu.” dia jawab. Stesen berikutnya Abdullah Hukum. Alamak, jauh pulak dari rumah aku. Takpela. Ada grab. Aku pun angguk.
Sampai lrt Abdullah Hukum dia tak bangun. “Kata ni stesen awak?” Dia terus diam. Lrt tu mula jalan. Aku jadi pelik. Sebaik dia jalan, perempuan tu bangun. Aku tengok je dia. Dia berjalan ke pintu keluar dan toleh ke arah aku. Dia senyum. Aku terkedu. Tak lama kemudian dia lalu tembus pintu itu dan ghaib.
Satu badan aku meremang. Apa yang aku baru lalui.
Keesokkan harinya aku demam. Sejak hari itu aku trauma naik lrt.
Cerita seram pendek sering membuatkan kita meremang bulu roma kerana ia dekat dengan pengalaman harian. Berikut adalah kompilasi beberapa kisah seram yang dikongsikan, penuh misteri dan kejutan.Cerita Seram Pendek: Lukisan Misteri Anak
Aku belikan anak aku yang berumur 6 tahun, pencil warna dan kertas lukis. Tiap-tiap hari dia lukis apa dia nampak. Satu hari aku suruh dia lukis keluarga kita, dia lukis gambar ayah dia, ibu dia, dirinya sendiri dan seorang budak perempuan. Aku tanya siapa ni, dia kata itu kawannya sambil tunjuk di kawasan permainannya.
Beberapa bulan lepas, kami sekeluarga terlibat dengan satu kemalangan. Isteri aku meninggal dunia. Tinggalkan aku dan anak aku. 2 October menandakan hari kelahiran anak aku. Kami tetap sambut hari jadinya walaupun sedih. Aku ambil beberapa gambar semasa dia sedang potong kek. Apabila aku lihat semula gambar tu, aku terkejut melihat muka isteri aku dalam gambar itu.
Cerita Seram Pendek: Bilik Basuh Yang Menakutkan
Dah seminggu tak basuh baju. Malam ni Siti kena basuh juga. Ajak roomate yang lain, semua dah basuh. Siti pun ke bilik basuh baju seorang diri, nasib ada orang lain sedang basuh. Mereka pun mula borak. Sambil borak baju Siti terjatuh ke lantai. Siti tunduk untuk mengambilnya dan ternampak kaki kawan tu tak cecah lantai. Siti dengan takut kata, “Awak, saya gerak dulu.” Kawan tu pun jawab, “Nak balik ke… dah tau?” sambil menjeling seram kat Siti.
Cerita Seram Pendek: Ditindih Lembaga Hitam
Zira tersedar dari tidur. Dia tidak boleh gerakkan badannya. Zira sedar dia kena tindih. Dia cuba menjerit tapi tak bermaya. Air matanya mengalir. Di tepi pandangan, dia boleh lihat lembaga hitam bermata merah sedang bertengkek di atas badannya. Begitulah keadaan Zira selama 15-20 minit.
Cerita Seram Pendek: Tapak Tangan Misteri di Cermin Hotel
Mandi kat hotel sampai berwap satu bilik air. Cermin pun berkabus. Kerana terlupa berus gigi dalam beg, aku keluar sekejap dari bilik air. Apabila aku masuk semula, ada kesan tapak tangan di cermin. Aku travel seorang.
Cerita Seram Pendek: Ali Tidur Berjalan Sampai Kubur
Ali ada penyakit tidur berjalan. Minggu lepas aku bawa Ali tidur di kampung aku. Member kahwin dengan orang kampung sebelah, jimat kos, kami tidur kampung aku. Esok pagi tengok, Ali tak ada. Rupanya dia tidur berjalan sampai kubur… 3km dari kampung.
Cerita Seram Pendek: Jalan Orang Bunian
Pernah ke menginap di sebuah rumah yang terbahagi dua. Satu bahagian dapur dan tandas, satu lagi bahagian bilik tidur dan ruang tamu. Rumah tu di bahagi oleh sebuah lorong yang di katakan jalan orang bunian. Satu malam, semasa aku nak terkencing, aku membuka pintu dan ternampak 3 bayang-bayang putih sedang lalu jalan itu. Tak berani nak ke tandas, aku tahan air kecil sampai esok pagi.
Cerita Seram Pendek: Budak Di Hospital
Kawan call. Dia kata ada masalah pernafasan dan nak pergi hospital. Aku bawa dia. Sementara tunggu, aku berjalan-jalan. Sampainya di sebuah lif, aku nampak ada seorang budak sedang tunggu lif. Aku pun tegur, apabila dia pusing, setengah mukanya hancur. Seperti di langgar kereta. Sebelum pintu lif buka dia hilang dari pandangan ku. Takut sangat, aku terus balik tinggalkan kawanku kat hospital sendirian.
Cerita Seram Pendek: Imej Seram di Televisyen
Aku tonton tv sampai tertidur. Apabila terjaga tv sedang main cerita hantu. Aku pun tutup tv nak masuk bilik tidur, tapi selepas beberapa langkah, tv tu on sendiri. Imej di tv itu adalah diri aku sendiri. Aku dalam tv memandang aku sambil senyum.
Cerita Seram Pendek: Batu Pengasih Misteri
Ada seorang kawan, dia jual batu pengasih. Batu tu sebesar penumbuk. Harganya murah, rm 10 je. Dia bagi jaminan, kalau perempuan tu tak kejar, dia akan pulang duit plus extra rm 10 lagi (RM 20). Tapi dengan syarat, Batu tu kena baling dekat kepala perempuan yang dia minat.
Cerita Seram Pendek: Bayangan Kawan Yang Tidak Wujud
Aku baru balik dari lepak dengan kawan. Ibu mengintai aku masuk dalam rumah. Keesokkan hari semasa aku sarapan, dia tanya, “Mana kawan kau?” Aku jawab, “Kawan mana pulak ni?” “Semalam ibu nampak kau masuk ke rumah bersama kawan,” jawab ibu. Aku balik seorang.
Itulah beberapa cerita seram pendek yang menyeramkan. Adakah anda pernah mengalami kejadian misteri seperti ini?
Selepas kematian suaminya, Hamadi, Aisyah mula menyepikan diri. Dia tidak keluar dari biliknya. Makan pun tak nak. Sudah hampir empat bulan Aisyah begini dan ini merisaukan ibubapanya.
Pada satu hari, Aisyah kuat kan semangat dan buang barang-barang Hamidi. Perbuatan itu telah mengembirakan keluarga Aisyah. Ia tanda dia sudah mula terima hakikat. Dalam banyak-banyak barang dia buang, Aisyah juga buang sebuah beg kecil berwarna kuning. Di dalam tu ada macam-macam benda pelik yang Aisyah tak tahu motif dia simpan.
Malam itu ibubapa Aisyah terpaksa menghadiri majlis perkahwinan kawan mereka. Berat hati ibunya tinggal anaknya yang sedang berkabung. Ayahnya cuba tenangkan hati isterinya. “Aisyah dah mula move on. Insya Allah, dia ok seorang diri.”
“Harap begitu,” kata ibunya yang sedang bersiap.
Mereka pun meninggalkan Aisyah seorang diri. Aisyah kaut nasi dan lauk. Selera ya mula pulih. Sambil makan sambil menonton TV.
Tiba-tiba hujan lebat. Bunyi guruh boleh kedengaran. Siaran yang dia sedang tengok tergendala. Aisyah merasa sesuatu memerhatikannya. Dia pandang ke kiri ke kanan. Apabila dia toleh kiri semula, sesuatu lalu di sebelah kanannya. Mata Aisyah terus menoleh semula ke kanan. Tiada apa-apa. Bunyi guruh menambah ketakutan Aisyah.
Hati Aisyah berdebar-debar. Jam menunjukkan pukul 10. Dalam hati Aisyah harap ibubapanya dah pulang.
Aisyah membawa pinggannya ke dapur. Ada sesuatu bau yan hanyir. Tong sampahnya terbalik. Sampah-sampahnya bertaburan. Aisyah kutip sampah itu. Sekali lagi bunyi guruh. Aisyah makin berdebar.
Tiba-tiba pinggan yang dia sedang makan, jatuh pecah ke lantai. Aisyah terkejut. Dia menelefon ibubapanya. Mereka beritahu mereka dalam perjalanan pulang.
Aisyah dengar suara bisikan. Lembu je. Suara itu seperti memanggil nama dia. “Aisyah… Aisyah…”. Ada sesuatu pelik tentang bisikan tu. Seperti pernah dia dengar. “Aisyah… Aisyah…”. Tak salah. Suara seperti suaminya. “Aisyah… Aisyah…” Meremang Aisyah.
Aisyahh berjalan ke biliknya. Dia membuka pintu biliknya. Apa yang dia nampak agak megejutkan, ada satu lembaga hantu Rupa suaminya. “Aisyah…”.
Aisyah terduduk. Lembaga itu hilang. Dia muncul semula, kali ini dia mucul di sebelah telinga kanan Aisyah.
Aisyah bangun dan lari ke pintu. Ibu bapa Aisyah pulang tepat pada masanya. Bapa Aisyah sempat lihat lembaga itu. “Itu bukan suami kau, itu adakah saka dia.”
Ayah Aisyah menelefon kawannya seorang ustaz yang pakar menangkap hantu sebegini.
Tak lama kemudian Ustaz tu sampai. Dia tak habiskan masa dan terus baca sesuatu. Tak lama kemudian saka itu di tangkap.
Selepas selesai kerjanya, Ustaz itu balik. “Saya balik dulu Haji.” sambil angkat tangan.