Wan dan Nani tinggal berdua di sebuah apartment yang mereka sewa. Kadang-kala Nani terpaksa bekerja hingga lewat malam. Wan seorang penakut. Apabila Nani pulang kerja lewat, Wan akan gelisah. Dia akan buka lagu K-Pop kegemarannya untuk hilangkan ketakutan.

Minggu ini Nani tidak balik ke rumah untuk beberapa hari. Wan terpaksa memberanikan diri tinggal seorang. Pada siang hari Wan tidak takut tetapi apabila menjelang senja, hatinya mula berdebar.

IKLAN

Pelbagai senario yang bermain dalam fikirannya. Wan mengambil keputusan membuka semua lampu di dalam dan di luar rumah serta akan ke bilik tidur walaupun belum terasa mengantuk.

Mungkin juga sebab perasaan takut, apa sahaja bunyi yang didengari akan membuatkan Wan berasa tidak senang duduk. Bunyi orang berjalan, berlari mahupun menutup pintu membuatkan hatinya kecut dan berdebar-debar.

Keesokan harinya perkara pelik mula berlaku. Dia seakan mendengar bunyi kaki dihentak dengan kuat dari atas siling rumah. Wan tidak menghiraukan bunyi itu kerana sangka mungkin datang dari rumah jirannya, tetapi bunyi itu membuatkan Wan tidak dapat tidur.

Nani telah balik daripada urusan kerjanya di luar daerah. Lega hati Wan. Wan tegur Nani tetapi Nani buat bodoh.

IKLAN

Mungkin Nani letih, teka Wan dalam hatinya. Sekali lagi dia cuba tegur Nani, namun tetap tidak dijawab. Sebaliknya Nani hanya menundukkan wajah dan diam.

Wan rasa sakit hati. Dia pun beredar dan bersiap-siap untuk keluar. Sekali lagi dia memanggil Nani. Dia ingin ajak Nani join dia sekali.

Muka Pucat Lesi

IKLAN

Dia cari Nani tapi tak jumpa. Wan terus menuju ke bilik Nani. Dia mengetuk pintu bilik tetapi tidak ada jawapan. Akhirnya pintu bilik Nani terbuka sendiri. Biliknya gelap dan tidak terusik. Kelibat Nani pun tak ada.

Jenuh Wan mencari temannya itu di sekeliling rumah. Akhirnya Wan mengambil keputusan menelefon Nani.

Nani hairan kenapa Wan tanya dirinya di mana. Wan pula hairan kenapa Nani beranggapan sebegitu. Tidakkah Nani yang baru pulang ke rumah? Kenapa dia pula hairan jika Wan mencarinya?

IKLAN

Bertambah hairan Nani apabila mendengar cerita Wan itu kerana dia belum lagi habis kerja. Masih di luar daerah. Apa pula yang Wan merepek itu?

Mendengarkan penjelasan Nani itu, wajah Wan terus berubah pucat lesi. Terus dia terfikir, siapakah yang sebenarnya berada di ruang tamu rumah mereka? Kecut perut Wan mengingatkan senario tersebut.

Tanpa berlengah Wan terus keluar rumah. Nani yang kehairanan mengambil keputusan untuk terus balik. Mereka mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam rumah dan hanya tidur di hotel.

Esoknya mereka beranikan diri masuk ke dalam rumah. Itu pun apabila abang Nani teman. Nasihat abang Nani agar selepas ini rajin-rajinlah membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi melindungi diri. Paling kurang pun pasanglah ayat-ayat Al-Quran sebagai penyeri suasana rumah ketika dalam keadaan sunyi.

Seram ke idok?

Seram Meter: 3.5 / 5. Meremangmers: 4

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!