Setiap malam minggu, Hakim (15 tahun) dan rakannya akan main bola di tapak permainan berdekatan rumah mereka. Ibu Hakim selalu marah dan melarang tapi Hakim buat tak peduli.
Tidak sengaja, kawannya, Epul tertendang kuat dan bola itu masuk ke dalam semak samun sebelah tempat mereka bermain. Kawasan semak samun itu agak gelap. Mereka memaksa Epul untuk mengambil bola. Epul beranikan diri mencari bola.
Selepas beberapa minit mencari, akhirnya Epul jumpa bola tu di tepi pokok pisang. Hakim ambil bola lalu tendang ke arah kawan-kawannya. Mereka sambung bermain.
Game tamat. Jam dah tunjuk pukul 12 malam. Sorang-sorang balik ke rumah. Tinggal Hakim dan Epul. Mereka sambung borak. Tentang sekolah, tentang kerja sekolah, tentang awek kat sekolah bernama Nina.
Tengah rancak cerita tiba-tiba Epul ternampak jongkang jongket bergerak sendiri. Apabila Hakim pandang, jongkang jongket tu berhenti. “Agak-agakla nak takut kan.” kata Hakim.
“Betul. Jongkang jongkek tu bergerak sendiri. Sumpah” jawab Epul. Mereka sambung borak.
Jongkang jongkek itu bergerak sekali lagi. “Tu…Tu… bergerak.” kata Epul.
Hakim pusing, tidak nampak jongkang jongkek tu bergerak. Muka Hakim bengkek.
Tiba-tiba buai pulak bergerak. Kali ini Hakim nampakt. Kedua-dua mereka terkejut.
Ketika memerhatikan buai itu, telinga Hakim di sentuh. Dia melompat. Epul pun melompat sambil menjerit.
“Apahal dengan kau ni Kim?” tanya Epul.
“Aku terasa seperti ada orang sentuh telinga aku.” jawab Hakim.
Dengan suara takut, Epul ajak balik. Hakim setuju.
Baju je nak beredar, Epul rasa panas kat belakang badannya. Hakim cuba siasat. Dia mengangkat baju kawannya. Dia nampak dua garis cakar di badan Epul. Mereka makin takut. Tiba-tiba mereka nampak dua budak kecil sedang bermain di jongkang jongkek.
Apa lagi kedua-dua mereka berlari ke arah rumah mereka.
Sebelum sempat keluar dari taman, dua budak tu memanggil nama Epul. Tiba-tiba Epul rebah. Hakim berhenti lari. Dia cuba nak angkat kawan dia. Epul menolak Hakim lalu terduduk.
Epul bangun membongkok sambil memandang ke arah Hakim. Dia melepaskan bunyi yang seram. Hakim tak tahu nak buat apa. Handphone pun tak bawa. Epul melepaskan bunyi sekali lagi tapi lebih tinggi.
Tak lama kemudian sebuah kereta lalu. Hakim berlari lalu menahan kereta itu. Rupanya Abang Zuhdi baru balik dari kerja. Hakim memberitahu apa terjadi. Mereka bergesa ke Epul. Abang Zuhdee membaca sesuatu, lalu dia menepuk di belakang badan Epul. Dua tiga kali juga Abang Zuhdi menepuk. Akhirnya Epul rebah.
Epul mula sedar. Badannya masih terkejut. Abang Zuhdi bawa Epul pulang. Abang Zuhdi melarang kami bermain bola malam-malam lagi. Dia dah beritahu management untuk tutup lampu tapak permainan kalau lebih jam 10 malam.
Sejak hari itu, Hakim dan kawannya tak lagi main bola tengah malam.
Wan dan Nani tinggal berdua di sebuah apartment yang mereka sewa. Kadang-kala Nani terpaksa bekerja hingga lewat malam. Wan seorang penakut. Apabila Nani pulang kerja lewat, Wan akan gelisah. Dia akan buka lagu K-Pop kegemarannya untuk hilangkan ketakutan.
Minggu ini Nani tidak balik ke rumah untuk beberapa hari. Wan terpaksa memberanikan diri tinggal seorang. Pada siang hari Wan tidak takut tetapi apabila menjelang senja, hatinya mula berdebar.
Pelbagai senario yang bermain dalam fikirannya. Wan mengambil keputusan membuka semua lampu di dalam dan di luar rumah serta akan ke bilik tidur walaupun belum terasa mengantuk.
Mungkin juga sebab perasaan takut, apa sahaja bunyi yang didengari akan membuatkan Wan berasa tidak senang duduk. Bunyi orang berjalan, berlari mahupun menutup pintu membuatkan hatinya kecut dan berdebar-debar.
Keesokan harinya perkara pelik mula berlaku. Dia seakan mendengar bunyi kaki dihentak dengan kuat dari atas siling rumah. Wan tidak menghiraukan bunyi itu kerana sangka mungkin datang dari rumah jirannya, tetapi bunyi itu membuatkan Wan tidak dapat tidur.
Nani telah balik daripada urusan kerjanya di luar daerah. Lega hati Wan. Wan tegur Nani tetapi Nani buat bodoh.
Mungkin Nani letih, teka Wan dalam hatinya. Sekali lagi dia cuba tegur Nani, namun tetap tidak dijawab. Sebaliknya Nani hanya menundukkan wajah dan diam.
Wan rasa sakit hati. Dia pun beredar dan bersiap-siap untuk keluar. Sekali lagi dia memanggil Nani. Dia ingin ajak Nani join dia sekali.
Muka Pucat Lesi
Dia cari Nani tapi tak jumpa. Wan terus menuju ke bilik Nani. Dia mengetuk pintu bilik tetapi tidak ada jawapan. Akhirnya pintu bilik Nani terbuka sendiri. Biliknya gelap dan tidak terusik. Kelibat Nani pun tak ada.
Jenuh Wan mencari temannya itu di sekeliling rumah. Akhirnya Wan mengambil keputusan menelefon Nani.
Nani hairan kenapa Wan tanya dirinya di mana. Wan pula hairan kenapa Nani beranggapan sebegitu. Tidakkah Nani yang baru pulang ke rumah? Kenapa dia pula hairan jika Wan mencarinya?
Bertambah hairan Nani apabila mendengar cerita Wan itu kerana dia belum lagi habis kerja. Masih di luar daerah. Apa pula yang Wan merepek itu?
Mendengarkan penjelasan Nani itu, wajah Wan terus berubah pucat lesi. Terus dia terfikir, siapakah yang sebenarnya berada di ruang tamu rumah mereka? Kecut perut Wan mengingatkan senario tersebut.
Tanpa berlengah Wan terus keluar rumah. Nani yang kehairanan mengambil keputusan untuk terus balik. Mereka mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam rumah dan hanya tidur di hotel.
Esoknya mereka beranikan diri masuk ke dalam rumah. Itu pun apabila abang Nani teman. Nasihat abang Nani agar selepas ini rajin-rajinlah membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi melindungi diri. Paling kurang pun pasanglah ayat-ayat Al-Quran sebagai penyeri suasana rumah ketika dalam keadaan sunyi.
Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.
Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.
Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?
Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.
Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”
Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.
Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”
Tak lama kemudia dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.
Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”
Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.
Ghaffar pengsan.
Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.
Aku belikan anak aku yang berumur 6 tahun, pencil warna dan kertas lukis. Tiap-tiap hari dia lukis apa dia nampak. Satu hari aku suruh dia lukis keluarga kita, dia lukis gambar ayah dia, ibu dia, dirinya sendiri dan seorang budak perempuan. Aku tanya siapa ni, dia kata itu kawannya sambil tunjuk di kawasan permainannya.
Beberapa bulan lepas, kami sekeluarga terlibat dengan satu kemalangan. Isteri aku meninggal dunia. Tinggalkan aku dan anak aku. 2 October menandakan hari kelahiran anak aku. Kami tetap sambut hari jadinya walaupun sedih. Aku ambil beberapa gambar semasa dia sedang potong kek. Apabila aku lihat semula gambar tu, aku terkejut melihatm muka isteri aku dalam gambar itu.
Dah seminggu tak basuh baju. Malam ni Siti kena basuh juga. Ajak roomate yang lain, semua dah basuh. Siti pun ke bilik basuh baju seorang diri, nasib ada orang lain sedang basuh. Mereka pun mula borak. Sambil borak baju Siti terjatuh ke lantai. Siti tunduk untuk mengambilnya dan ternampak kaki kawan tu tak cecah lantai. Siti dengan takut kata, “Awak, saya gerak dulu.” Kawan tu pun jawab, “Nak balik ke… dah tau?” sambil menjeling seram kat Siti.
Zira tersedar dari tidur. Dia tidak boleh gerakkan badannya. Zira sedar dia kena tindih. Dia cuba menjerit tapi tak bermaya. Air matanya mengalir. Di tepi pandangan, dia boleh lihat lembaga hitam bermata merah sedang bertengkek di atas badannya. Begitulah keadaan Zira selama 15-20 minit.
Mandi kat hotel sampai berwap satu bilik air. Cermin pun berkabus. Kerana terlupa berus gigi dalam beg, aku keluar sekejap dari bilik air. Apabila aku masuk semula, ada kesan tapak tangan di cermin. Aku travel seorang.
Ali ada penyakit tidur berjalan. Minggu lepas aku bawa Ali tidur di kampung aku. Member kahwin dengan orang kampung sebelah, jimat kos, kami tidur kampung aku. Esok pagi tengok, Ali tak ada. Rupanya dia tidur berjalan sampai kubur… 3km dari kampung.
Pernah ke menginap di sebuah rumah yang terbahagi dua. Satu bahagian dapur dan tandas, satu lagi bahagian bilik tidur dan ruang tamu. Rumah tu di bahagi oleh sebuah lorong yang di katakan jalan orang bunian. Satu malam, semasa aku nak terkencing, aku membuka pintu dan ternampak 3 bayang-bayang putih sedang lalu jalan itu. Tak berani nak ke tandas, aku tahan air kecil sampai esok pagi.
Kawan call. Dia kata ada masalah pernafasan dan nak pergi hospital. Aku bawa dia. Sementara tunggu, aku berjalan-jalan. Sampainya di sebuah lif, aku nampak ada seorang budak sedang tunggu lif. Aku pun tegur, apabila dia pusing, setengah mukanya hancur. Seperti di langgar kereta. Sebelum pintu lif buka dia hilang dari pandangan ku. Takut sangat, aku terus balik tinggalkan kawanku kat hospital sendirian.
Aku tonton tv sampai tertidur. Apabila terjaga tv sedang main cerita hantu. Aku pun tutup tv nak masuk bilik tidur, tapi selepas beberapa langkah, tv tu on sendiri. Imej di tv itu adalah diri aku sendiri. Aku dalam tv memandang aku sambil senyum.
Ada seorang kawan, dia jual batu pengasih. Batu tu sebesar penumbuk. Harganya murah, rm 10 je. Dia bagi jaminan, kalau perempuan tu tak kejar, dia akan pulang duit plus extra rm 10 lagi (RM 20). Tapi dengan syarat, Batu tu kena baling dekat kepala perempuan yang dia minat.
Aku baru balik dari lepak dengan kawan. Ibu mengintai aku masuk dalam rumah. Keesokkan hari semasa aku sarapan, dia tanya, “Mana kawan kau?” Aku jawab, “Kawan mana pulak ni?””Semalam ibu nampak kau masuk ke rumah bersama kawan,” jawab ibu. Aku balik seorang.