Sophia baru memulakan sesi persekolahan di asrama. Dia baru tingkatan  1. Oleh kerana belum serasi, Sophia tersedar dari tidur dalam pukul 2 pagi. Bila dah tersedar tu, susah pula nak tidur semula.

Tak tahu kenapa, tiba-tiba Sophia berani. Dia bangun dari tempat tidue dan berjalan keluar dari dorm. Dia pandang ke bawah, pastu pandang blok lain. Lalu aku masuk balik ke dalam dorm. Dia baring sambil berfikir.

IKLAN

Waktu itu, semua kawan-kawan Sophia sudah lena dibuai mimpi. Sophia keluar masuk dorm pun tiada siapa yang sedar. Suasana sangat sunyi, yang ada hanya bunyi kipas buruk yang cukup untuk menyejukkan udara di dalam dorm itu.

Apabila Sophia mahu lelapkan mata, dia terdengar bunyi seperti ada orang tengah berjalan di koridor. Dia buka mata, tapi tidak nampak apa-apa pun. Ngantuk, Sophia sambung tidur.

IKLAN

Sekali lagi Sophia terdengar bunyi orang berjalan dan sekali lagi apabila dia muka mata, dia tidak nampak sesiapa. Dalam beberapa minit kemudian, bunyi itu datang semula. Kali ini, bukan sahaja bunyi kaki, tapi dengar sekali dengan bunyi nafas. Bunyi nafas itu seolah-olah kedengaran tidak berapa jauh dari Sophia, dan ia bergerak semakin dekat dan dekat.  Kali ini badan Sophia terkaku. Sehingga matanya tak berani buka.

Lepas tu, terasa katilnya digoyangkan sambil nafasnya terdengar kuat. Mulut Sophia terus terkumat-kamit membaca doa dan surah-surah yang dia ingat. Masa tu, badan Sophia sudah mula terketar-ketar. Selimut pula dia genggam erat sebab takut hantu itu main tarik selimut dan sergah. Ketika itu, bunyi nafasnya jelas kedengaran di sebelah kaki katilnya. Meremang bulu roma Sophia.

IKLAN

Lama juga katil goyang. Tiba-tiba terhenti. Sophia rasa bersyukur.

Oleh kerana katilnya sudah tidak bergegar lagi, Sophia berani buka mata. Dia nampak siling asrama. Dia pusing ke kiri, kawan-kawannya yang sedang tidur. Dia pusing ke kanan. Sama. Tiada apa-apa yang menakutkan. Sophia pelik, sorang pun tak sedar akan kehadiran hantu itu. Dia sambung semula masuk tidur.

IKLAN

Sophia terasa di kejut kan oleh seseorang. Dia dengan mamai-mamai membuka mata. Apabila dia buka, terkejutnya dia, apabila yang kejut dia seorang hantu perempuan tidak berwajah. Hantu itu tidak bergerak. Hanya memerhati Sophia. Badan Sophia tidak bergerak. Dia tidak tahu nak buat apa.

Hantu tidak bermuka itu bangun dan meninggalkan dorm keluar ke koridor. Sophia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa dia seorang je yang di ganggu. Tak lama kemudian azan subuh. Sophia bangun dan ambil air sembahyang.

Hari berikutnya hantu itu tidak lagi menakutkan Sophia. Tapi Sophia dengar cerita tentang asal usul hantu tidak bermuka itu daripada senior. Rupanya hantu itu adalah bekas pelajar sekolah itu yang kononnya di pukul sehingga rupanya tidak boleh di cam.

Seram ke idok?

Seram Meter: 4 / 5. Meremangmers: 1

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!