Bila baca tajuk di atas, mesti ramai rasa aku ni mengarut. Tapi ia benar-benar berlaku. Ceritanya bermula semasa kami membuat pengambaran di Pagoh. Seperti biasa, nak jimat, saya menawarkan rumah ayah di atas bukit Dusun Indah. Kalau sesiapa dah baca Siri Dusun Indah, mesti dah tahu kawasan ni memang keras. Banyak benda-benda pelik berlaku di situ.
Ceritanya bermula begini. Kami baru habis pengambaran. Kami dalam perjalanan pulang ke Dusun Indah. Dalam van tu ada aku, pengurus produksi, Make up artist dan runner. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam.
Dalam kawasan Dusun Indah, ada satu selokah yang kereta perlu pusing 180 darjah ke rumah ayah. Kami mengambil agak lama juga nak pusing. Jalan sempit, van besar. Tiba-tiba kami semua terbau sesuatu yang busuk. Aku tak mahu tegur. Sebab aku tahu tempat itu memang keras. Kak Gee (make up artist) tegur sambil bermain candy crushnya, “Apa bau busuk ni?” Ketiga-tiga kami senyap. Kak Gee ni walaupun dah tua, tapi masih lawa. Janda, anak satu. Ramai gak suka ganggu dia. Dia habiskan masanya dengan main game Candy Crush. Semakin laju budak runner tu cuba pusing van. Foward. Reverse. Foward. Reverse. Bau tu makin kuat. “Tak boleh laju lagi ke?” tanya penolong pengurus. “Saya tak nampak kat luar tu. Takut terbabas dalam gaung.” jawab runner.
Akhirnya van dapat pusing. Lega rasanya. Sebaik sahaja nak teruskan jalan, kami dengar kereta kami di hentak kuat. “Apa tu?” kata kak Gee, “Tak nak check ke?” Aku perhati je Kak Gee. Dia senang-senang main game, kami bertiga tengah cuak. Budak runner tengok aku dan penolong pengurus, aku buat signal terus gerak. “kita check kat rumah nanti,” kara penolon pengurus.
Sampai tempat tinggal, kami angkat barang-barang. Saya check kereta, alhamdulillah tak ada kesan hentakkan. Team kami yang lain pun sampai tak lama kemudian.
Oleh kerana kami ramai, ada yang kena mandi kat luar rumah. Salah seorangnya aku. Apabila aku keluar, aku perasan penolong produksi sedang berdiri tepi tandas memerhati ke luar rumah. Aku tegur. Dia buat tak dengar. Situasi tu agak pelik, tapi kerana perut tak selesa, aku terus masuk tandas. Dalam tandas, aku nampak bayang-bayang lalu depan aku. Aku tanya, “Siapa tu?” tiada ada orang jawab. Sekali lagi bayang-bayang lalu depan aku. Siapa pulak main-main dengan aku ni. “Siapa tu?” masih tak ada orang jawab.
Tak lama kemudian aku dengar orang berlari di luar tandas. Aku cepatkan mandi aku.
Selepas selesai mandi dan buang air besar, aku keluar dari bilik air. Penolong produksi tu masih di situ. Dia ke main lari-lari tadi. Oleh kerana takut nak tegur, aku terusmasuk ke dalam.
Terkejut aku apabila nampak penolong produksi sedang menonton tv. Seperti aku cakap, tempat ni keras. Jadi malas nak besar-besarkan cerita. Aku salin baju dan buat pengumuman, “Siapa tak mandi lagi, pergi mandi.” Tiba-tiba dengar Kak Gee menjerit.
Kak Gee tercungap-cunggap keluar dari bilik sambil berkemban. “Kenapa kak Gee?” tanya salah seorang krew. Kak Gee tengok semua orang sedang perhatikan dia, dia rasa tak selesa. Kak Gee panggil Amira, penolongnya, teman dia masuk ke dalam bilik. Tak lama kemudian Kak Gee keluar dengan Amira.
Kak Gee cerita ada hantu main game Candy crush dia. Kami semua gelak. Biar betul. Pandai pulak hantu main game.
Kata kak Gee, “Selepas Amira mandi, aku mandi pulak. Lepas aku mandi, aku lepak main game Candy Crush. Semasa main tu rasa badan sejuk mengiggil. Mula-mula aku buat bodoh. Tak lama kemudian aku rasakan ada seseorang sedang berjalan di belakang aku. Bila toleh, tak nampak ada sesiapa. Tak lama kemudian rasa macam ada orang duduk sebelah aku. Tapi memang tak ada orang. Aku berhenti main game. Aku rasa macam ada orang sedang bernafas tepi aku. Aku cuba buat bodoh dan sambung game aku. Sebaik sahaja aku nak main, game log out sendiri. Aku buka balik candy crush dan tiba-tiba je aku cabar benda tu untuk main. Aku tak tahu kenapa. Apa lagi, game candy crush bergerak sendiri. Itu yang aku lari keluar bilik tu”
“Dari tadi Kak Gee tunjuk hebat. Tempat ni keras Kak Gee. Dia tak ganggu kalau kita tak ganggu dia.” aku jawab. Kak Gee senyap je.
“Kak, cuba tengok belakang Mira.” tanya Mira. Apabila tengok, ada bekas cakar kat badan Mira. Bila masa pulak Mira di cakar. “Ni siapa yang cakar ni Mira?” tanya Kak Gee.
Sebelum sempat dia jawab Mira histeria… (bersambung)
∞
Sudah dua tahun berkahwin, ini kali pertama aku balik raya ke kampung isteri aku di Tapah. Tahun lepas tak sempat beraya, isteri dalam pantang. Untuk mengelak jam, kami buat keputusan balik selepas berbuka puasa. Harapannya semua orang balik siang hari. Realiti, semua berfikir macam aku. Memang jam lah nak ke utara. 2 jam dalam kereta, exit Tanjung Malim pun tak sampai lagi. Anak aku dah mula ragam. Dah tak selesa. Eh ork Eh ork dah berbunyi. Biasalah, muka isteri pun mula stress. Bukan salah aku jalan nak jem. Tapi biasalah, aku juga kena salah oleh isteri. Patut gerak pagi la. itu la. ini la.
Selepas 30 minit mendengar dia membebel, kami pun tiba exit Tanjung Malim. Kami exit dan guna jalan dalam. Okla, moving sikit. Beza dengan highway. Anak pun dah tidur. Isteri main handphone. Aku boleh pandu dengan tenang. Buka lagu raya, baru nak nyanyi, isteri tak bagi, katanya anak tidur. Aku slow balik lagu.
Tak lama kemudian, mata aku mula ngantuk. Tengok di sebelah, isteri aku dah lama tidur. Aku cari tempat rehat. Kena kopi pun cantik. Segarkan mata. Aku jumpa kedai minum. Aku biarkan isteri dan anak dalam kereta. Aku keluar seorang. Kedai ni macam kedai makan kampung biasa, ala… lampu lip lap kat luar kedai. Aku tengok kiri kanan, rupanya aku seorang je kat kedai tu. Kat kaunter seorang lelaki pandang je aku. Aku tunggu dia ambil order, tapi tak beranjak pun dari kaunter. Sekejap lagi seorang anak dara keluar dari belakang. Perghh, cun juga. Perempuan cantik kampung, cun dia lain macam. Tak perlu make up, baju pun biasa-biasa je. Kalau kau tanya aku, compare dengan isteri aku, mestilah isteri aku lagi cun. Jangan salah faham, aku sayang isteri aku. Perempuan ni jadilah time mata ngatuk. ‘Order apa bang’…. Ya Allah. Sejuk hati aku sambil jawab, ‘Kopi’. Dia tanya lagi, ‘Makan?’. Sebenarnya aku dah kenyang, tapi sebab dia, aku order mee goreng. Dia senyum dan masuk dalam. Lelaki kat kaunter tu masuk sekali dalam.
Aku lihat sekeliling, tak ada rumah yang berdekatan. Lain macam kedai ni sebenarnya kalau di fikirkan. Tak lama kemudian perempuan tu bawa keluar kopi dan mee goreng aku. Laju gak. Ya lah, aku seorang sahaja di sini. Perempuan tu tanya aku asal mana. Aku jawab aku orang KL. Tak pasal-pasal dia nak berborak sambil duduk depan aku. Terkejut aku. Mungkin tak ada orang nak borak kot. Aku pandang ke kereta, isteri aku masih tidur. Aku fikir aku bukan buat apa pun borak je. Kami terus borak kosong.
Tak lama kemudian aku minta secawan kopi lagi. Macam berat je nak tinggalkan kedai ni. Aku keep on order tak berhenti. Macam syok borak dengan perempuan tu. Tiba-tiba aku dengar hon kuat. Aku pandang belakang isteri aku dalam kereta hon tak berhenti. Selepas selesai bayar aku terus ke kereta. Isteri aku tak berhenti hon. Aku masuk kereta dan lihat anak aku menangis. Aku pandu sambil marah kat dia sebab tak berhenti hon. Kali ini dia tak melawan. Selalu ada je, nak balas. Dia senyap sepanjang perjalanan.
Kami pun tiba kat kampung. Isteri masih senyap. Dia merajuk kot dengan aku. Aku cuba minta maaf. Tapi dia tak layan.
Keesokkan hari isteri aku duduk sebelah aku. Dengan lemah lembut, dia beritahu semasa dia terjaga dari tidur, dia nampak aku sedang mengcungkil-cungkil sesuatu sambil di perhati oleh seekor mahluk berpakaian putih. Dia takut nak keluar. So, dia terus hon sampai aku sedar. Muka dia lega. Agaknya dia takut nak cakap.
Aku tak tahu nak percaya ke tidak. Rasanya ada kebenaran dalam kata-kata isteri aku. Tapi… entahlah. Sepanjang raya aku terfikir tentang apa terjadi.
Semasa kami nak pulang ke KL, aku nekad untuk lalu jalan sama. Aku berharap sangat kedai makan yang aku singgah itu wujud. Tibanya di kawasan tu memang tak ada langsung kedai makan, malah, hutan belukar kiri kanan. Aku tak tahu apa sebenarnya terjadi tapi itulah kisah yang aku lalui sehari sebelum raya.
∞
Setiap malam minggu, Hakim (15 tahun) dan rakannya akan main bola di tapak permainan berdekatan rumah mereka. Ibu Hakim selalu marah dan melarang tapi Hakim buat tak peduli.
Tidak sengaja, kawannya, Epul tertendang kuat dan bola itu masuk ke dalam semak samun sebelah tempat mereka bermain. Kawasan semak samun itu agak gelap. Mereka memaksa Epul untuk mengambil bola. Epul beranikan diri mencari bola.
Selepas beberapa minit mencari, akhirnya Epul jumpa bola tu di tepi pokok pisang. Hakim ambil bola lalu tendang ke arah kawan-kawannya. Mereka sambung bermain.
Game tamat. Jam dah tunjuk pukul 12 malam. Sorang-sorang balik ke rumah. Tinggal Hakim dan Epul. Mereka sambung borak. Tentang sekolah, tentang kerja sekolah, tentang awek kat sekolah bernama Nina.
Tengah rancak cerita tiba-tiba Epul ternampak jongkang jongket bergerak sendiri. Apabila Hakim pandang, jongkang jongket tu berhenti. “Agak-agakla nak takut kan.” kata Hakim.
“Betul. Jongkang jongkek tu bergerak sendiri. Sumpah” jawab Epul. Mereka sambung borak.
Jongkang jongkek itu bergerak sekali lagi. “Tu…Tu… bergerak.” kata Epul.
Hakim pusing, tidak nampak jongkang jongkek tu bergerak. Muka Hakim bengkek.
Tiba-tiba buai pulak bergerak. Kali ini Hakim nampakt. Kedua-dua mereka terkejut.
Ketika memerhatikan buai itu, telinga Hakim di sentuh. Dia melompat. Epul pun melompat sambil menjerit.
“Apahal dengan kau ni Kim?” tanya Epul.
“Aku terasa seperti ada orang sentuh telinga aku.” jawab Hakim.
Dengan suara takut, Epul ajak balik. Hakim setuju.
Baju je nak beredar, Epul rasa panas kat belakang badannya. Hakim cuba siasat. Dia mengangkat baju kawannya. Dia nampak dua garis cakar di badan Epul. Mereka makin takut. Tiba-tiba mereka nampak dua budak kecil sedang bermain di jongkang jongkek.
Apa lagi kedua-dua mereka berlari ke arah rumah mereka.
Sebelum sempat keluar dari taman, dua budak tu memanggil nama Epul. Tiba-tiba Epul rebah. Hakim berhenti lari. Dia cuba nak angkat kawan dia. Epul menolak Hakim lalu terduduk.
Epul bangun membongkok sambil memandang ke arah Hakim. Dia melepaskan bunyi yang seram. Hakim tak tahu nak buat apa. Handphone pun tak bawa. Epul melepaskan bunyi sekali lagi tapi lebih tinggi.
Tak lama kemudian sebuah kereta lalu. Hakim berlari lalu menahan kereta itu. Rupanya Abang Zuhdi baru balik dari kerja. Hakim memberitahu apa terjadi. Mereka bergesa ke Epul. Abang Zuhdee membaca sesuatu, lalu dia menepuk di belakang badan Epul. Dua tiga kali juga Abang Zuhdi menepuk. Akhirnya Epul rebah.
Epul mula sedar. Badannya masih terkejut. Abang Zuhdi bawa Epul pulang. Abang Zuhdi melarang kami bermain bola malam-malam lagi. Dia dah beritahu management untuk tutup lampu tapak permainan kalau lebih jam 10 malam.
Sejak hari itu, Hakim dan kawannya tak lagi main bola tengah malam.
∞
Pengalaman seram memancing di laut ketika jerebu ini bermula apabila Cikang, Ajit, Apie dan Juma, empat kawan karib yang gemar memancing, berhasrat untuk kembali ke laut selepas sekian lama sibuk mencari rezeki. Mereka sudah lama tidak memegang joran. Akhirnya, mereka menetapkan tarikh keramat, 14 September, untuk melepas rindu dengan aktiviti kegemaran mereka.Rancangan Memancing Bertukar Menjadi Seram
Malangnya, pada tarikh itu Malaysia dilanda jerebu yang teruk. Rakyat dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan seboleh-bolehnya tidak keluar rumah. Ajit agak kecewa kerana dia sudah banyak berbelanja membeli peralatan baru, malah cutinya juga telah diluluskan. Melihat kekecewaan itu, Cikang mencadangkan supaya mereka teruskan rancangan walaupun jerebu masih tebal. Apie dan Juma pada awalnya ragu-ragu, tetapi akhirnya bersetuju.
Mereka pun berlayar menggunakan bot milik pakcik Juma. Suasana jerebu amat pekat, kiri kanan sukar dilihat. Namun semangat mereka lebih kuat daripada kebimbangan.
Pengalaman Seram Memancing di Atas Bot
Selepas 20 minit, Juma menghentikan enjin bot dan mengajak memulakan aktiviti. Hampir dua jam berlalu tanpa seekor ikan pun yang tersangkut. Apie pula terasa mengantuk. Dia membentangkan tilam nipis lalu cuba tidur. Saat dia hampir lelap, dia terasa seperti ada orang berjalan di tepi kakinya, namun apabila membuka mata, tiada siapa. Dia cuba tidur semula tetapi kali ini terasa tilamnya dipijak. Walaupun pelik, dia cuba tidak mempedulikannya. Tidak lama kemudian, bunyi ketukan dinding kapal kedengaran. Apie mula merasa takut lalu bangun mencari kawan-kawannya.
Gangguan Misteri Semakin Jelas
Ketika itu, Ajit tiba-tiba ternampak sesuatu seperti cahaya laser terbang. Cikang menegurnya kerana menganggap ia bukan laser biasa. Suasana semakin tegang apabila mereka semua terdengar suara tangisan dari dalam kapal. Juma cepat mengingatkan agar jangan ditegur. Tangisan itu bersambung dengan bunyi ketukan dinding kapal, malah sebuah cawan jatuh bergolek sendiri ke arah mereka.
Ajit segera membaca ayat suci untuk menenangkan diri. Apie pula cuba memancing kembali bagi mengalih perhatian. Walau cuba berlagak tenang, mereka semua dapat merasakan suasana yang amat menyeramkan.
Penampakan Hantu di Tengah Laut
Tiba-tiba rod Ajit bergerak menandakan ikan pertama berjaya dipancing. Mereka seketika melupakan ketakutan. Namun, Ajit terkejut kerana menyedari sesuatu aneh. Dalam bot itu sepatutnya hanya ada empat orang, tetapi dia ternampak lima orang. Lebih mengejutkan, salah seorang daripadanya menyerupai Juma. Wajah itu terus hilang sambil mengilai dengan kuat. Keadaan bertambah seram dan Cikang mencadangkan agar mereka segera pulang kerana jerebu juga semakin tebal.
Kejadian Hampir Dilanggar Kapal
Belum sempat mereka pulang, tiba-tiba bunyi siren kedengaran. Sebuah kapal besar muncul dari jerebu dan hampir melanggar bot mereka. Mujurlah mereka terselamat. Dengan situasi penuh bahaya, gangguan hantu, dan hasil pancingan yang hampir tiada, mereka akhirnya sepakat untuk kembali ke darat.
Itulah pengalaman seram memancing di laut ketika jerebu yang tidak akan dilupakan oleh mereka berempat. Apa yang mereka lalui menjadi pengajaran bahawa kadang kala keselamatan lebih utama daripada hobi.
∞