“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah Subhanahu wata’ala terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan,” QS. At Tahrim Ayat 6.
Neraka adalah tempat di janjikan kepada mereka yang murka kepada Allah. Tempat di mana Allah S.W.T. telah sediakan untuk mereka yang akan menerima kepedihan siksanya.
Abu Hurairah r.a. pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam.”
Malaikat Malik di tugaskan untuk menjaga pintu neraka. Azab neraka di geruni oleh Malaikat Malik yang memerhatikan setiap hari. Apatah lagi kita manusia yang tidak boleh bayang kedasyatannya.
Mengikut satu riwayat,
Malaikat Jibrail diutuskan untuk mengambil sebahagian api neraka untuk dihantar kepada Nabi Adam untuk bekalan memasak di dunia. Malaikat Malik bertanya, “Berapa api yang kamu mahu?”
Maka Jibrail menjawab, “sebesar biji kurma.”
Malaikat Malik menjawab, “Wahai Jibril, sekiranya aku berikan kepadamu api neraka sebesar biji kurma, nescaya hancurlah tujuh langit dan tujuh bumi karena panasnya.”
Jibril berkata, “Bagaimana kalau hanya separuhnya saja?”
Malik jawab, “Andai kata apa yang engkau kehendaki itu aku berikan, niscaya tidak akan ada air di langit walau setitis pun dan tak akan tumbuh satu pun tumbuh tumbuhan di bumi.”
Jibril beredar dan menghadap Allah S.W.T. dan berkata, “Ya Tuhanku, seberapa aku harus mengambil api dari neraka?” Allah S.W.T. berfirman ambillah sebesar debu.
Maka Jibril mengambil api sebesar debu, lalu ia menyelamkannya dalam sungai sampai 70 puluh kali. Kemudian ia memberikannya kepada Nabi Adam dan Jibril meletakkannya di atas gunung yang menjulang tinggi, gunung menjadi musnah.
Akhirnya api itu dikembalikan pada tempatnya.
Ads
Ini adalah 7 tingkat neraka mengikut Al-Quran.
Neraka Hawiyah
“Dan barangsiapa yang ringan timbangan (amal baiknya), maka dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas,” Al-Qariah ayat 8 sehingga 11.
Neraka ini terletak paling bawah (dasar), merupakan neraka yang paling dahsyat sisksaannya.
Penghuni: Orang-orang munafik, orang kafir, termasuk juga keluarga Fir’aun.
Neraka Jahim
“Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim,” Al-Maidah ayat 86.
Terletak atas neraka Hawiyah. Tingkat neraka ke-6.
Penghuni: Manusia yang melakukan perbuatan yang dilarang Allah swt, manusia yang bermegah-megah dengan apa yang diperolehinya dan tidak mahu membelanjakan hartanya di jalan Allah swt, manusia yang derhaka pada Allah swt, manusia yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Allah swt dan manusia yang berusaha menentang ayat-ayat Allah swt dan para utusanNya.
Ads
Neraka Saqar
“Di dalam syurga mereka saling bertanya tentang perkara orang-orang yang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab: Kerana kami dahulunya tidak mengerjakan solat, tidak mahu memberi makan terhadap orang-orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat,” Al-Mudtasir ayat 40-46.
Terletak atas neraka Jahim. Tingkat neraka ke-5.
Penghuni: Manusia yang ingkar dalam urusannya kepada Allah S.W.T. dan manusia yang pakar dalam membicarakan perkara-perkara yang bathil.
Neraka Sair
“Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sair,” An-Nisa ayat 10.
Terletak atas neraka Saqar. Tingkat neraka ke ke-4.
Penghuni: Manusia yang mengingkari segala apa yang diturunkan Allah S.W.T., Manusia yang terpedaya dengan kehidupan dunia dan godaan syaitan, Manusia yang tidak mematuhi perintah Allah S.W.T. dan Manusia yang tidak beriman kepada Allah S.W.T. dan RasulNya.
Neraka Hutamah
Ads
“Sebenarnya dia akam dilemparkan ke dalam neraka Hutamah. Tahukah engkau apakah Hutamah itu? Iaitu api neraka yang menyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikat pada tiang yang panjang,” Al-Humazah ayat 4-9.
Terletak atas neraka Sair. Tingkat neraka ke-3.
Penghuni:Manusia yang pekerjaannya suka mengumpat, membawang dan mencaci maki orang lain dan manusia yang mengumpulkan harta dan bersifat bakhil.
Neraka Luza
“Sebab itu Kami memperingatkan kepada kamu dengan neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang-orang yang celaka. Iaitu orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya,” Al-Lail ayat 14-16.
Terletak atas neraka Hutamah. Tingkat neraka ke-2.
Penghuni: Manusia yang mengumpulkan harta-benda lalu menyimpannya. Tiada sedetik di dalam hatinya untuk menyumbang ke jalan Allah S.W.T.
Neraka Jahanam
“Katakanlah kepada orang kafir, ‘Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahanam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya,” Ali Imran ayat 12.
Merupakan pintu neraka yang paling atas (pertama). Di dalamnya berisi umatmu (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam) yang melakukan dosa-dosa besar dan tidak tobat sampai mereka meninggal dunia.
Penghuni: Manusia yang derhaka dan yang suka melakukan kejahatan, manusia kafir, manusia yang suka menimbun dosa, manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah S.W.t, manusia yang menentang ajaran para Rasul dan manusia munafik.
Siti Aminah atau lebih di kenali sebagai Siti Jalang adalah sebuah cerita rakyat di Kota Tinggi, Johor mengisahkan seorang perempuan yang berkahwin dengan 99 lelaki dan kesemua suaminya mati.
Oleh kerana kisah Siti Jalang ini tidak pernah di catat, membuatkan ramai yang ragu-ragu dengan kisahnya tetapi di Kota Tinggi wujudnya makam yang di katakan milik Siti Aminah. Ia di jaga oleh seorang pemilik kilang kayu, sejak itu bisnesnya maju. Sebelum itu, kubur Siti Jalang terbiar. Baru-baru ini sahaja ramai mula kunjung makam Siti Jalang.
Kisah Siti Jalang menjadi hangat di mulut rakyat Malaysia apabila telemovie berjudul ‘Sanggul Beracun’ terbitan Balang Rimbun, di bawah arahan Sabri Yunus. Erra Fazira berlakon sebagai Siti Aminah. Kisahnya Siti Aminah di lahirkan buruk. Tiada siapa mahukan dia. Dia di kutuk oleh semua lelaki. Satu hari, kawan ayahnya sudi kahwin dengan Siti Aminah, tetapi tujuan sebenar kawan ayahnya adalah untuk miliki tanah pusaka mereka. Selepas ayahnya di bunuh, Siti di halau keluar rumah. Dia berjumpa dengan seorang jin yang janji mencantikkan Siti tetapi dia kena bunuh 100 lelaki untuk mengekalkannya. Siti ikut perintah sehingga dia berjumpa dengan Hassan, lelaki Siti yang ke-100. Hassan mempunyai dendamnya tersendiri kerana abang ipar dia di bunuh oleh Siti. Telemovie ini telah menang Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2011.
Pernah juga dengar cerita tentang orang yang mengutuk Siti Aminah di makamnya. Balik dari kunjungan, mereka muntah-muntah dan sakit beberapa hari.
Siti Jalang datang dengan banyak versi, ada juga versi yang mengatakan bahagian sulitnya di tutup dan tiada lelaki boleh asmara dengan Siti sehingga dia jumpa lelaki yang sesuai dengannya. Lalu dia berkahwin dengan 99 lelaki sehingga dia jumpa yang sesuai dengannya. Versi yang lain memberitahu tentang balas dendam Siti kerana ibunya di rogol oleh 99 lelaki. Apabila besar, dia bernekad untuk bunuh setiap lelaki itu. Versi yang paling biasa di dengar adalah Siti di sumpah untuk tidak dapat bersama dengan lelaki sebab perjanjiannya. Apabila ada sahaja lelaki yang ingin berasmara dengannya, kala jengking akan keluar dari tempat sulit Siti dan lelaki itu mati kena racun kala jengking.
Nak ikutkan memang tidak logik cerita Siti Jalang. Tapi itu buatkan dia menarik. Lagenda atau mitos datang dari kisah benar, ia di kembang orang penduduk tempatan. Mungkin Siti seorang perempuan yang nasibnya malang. Pernah berkahwin 3 atau 4 kali. Tapi setiap kali suaminya mati di sebabkan kecelakaan. Mungkin suami terakhir mati sebab kena gigit kala jengking. Kita tidak akan dapat tahu kisah sebenar Siti Jalang tapi kita boleh bayangkan. Itu tarikkan Siti Jalang: Lagenda Kota Tinggi.
Pada tahun 2014, sebuah anak patung misteri telah di jumpai yang mengemparkan penduduk Singapura. Anak patung itu di balut di matanya dengan sehelai kain bertulis ‘Bismillah’. Ia di temui di bawah pokok di Pekan Hougang. Kes ini menjadi buah mulut warga Singapura terutamanya masyarakat melayu di sana. Menurut laporan media semasa, patung itu di ikat mata anak patung itu, berkemungkinan untuk mengkaburkan patung itu pulang ke rumah asalnya. Mungkin seperti kucing yang di potong misainya tidak dapat mencari rumah tuannya.
Patung itu juga di sangkut dengan sekeping nota yang bertulis: Kami mengikat dia kerana ada sebab. Orang bodoh yang membebaskannya. Dia nampak tak gembira. Sesiapa yang membuka ikatannya, harap selamatlah…
Bermacam-macam teori keluar di sosial media. Ada yang mengatakan ‘Patung itu di buang seperti itu kerana pemiliknya nampak ia berjalan-jalan dalam rumah,’ ada juga yang mengatakan ‘anak patung itu akan ubah posisi kepalanya apabila di pandang semula’ dan ‘anak patung itu boleh berkata dalam bahasa Melayu dan mempunyai suara perempuan’.
Ada laporan mengatakan pada hari patung itu di temui, seorang lelaki telah bunuh diri secara mengejut. Lelaki itu di temui tergantung di apartmentnya berdekatan dengan pekan Hougang.
Christie Bastet, mengaku ia patung yang dia jual kepada seorang pembeli dari Singapura. Christie yang tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat, terkejut apabila dia terbaca berita tentang patungnya menjadi viral dalam sosial media.
Pada tahun 2015, anak patung itu di laporkan hilang. Tiada sesiapa yang tahu di mana lokasi anak patung itu sekarang.
Makhluk halus atau jin memang wujud. Jika kita puja sesuatu itu, dengan bantuan makhluk halus atau jin, benda yang tak berjasad, boleh bergerak, seperti ia bernyawa. Adakah patung ini benar-benar di pengaruhi jin atau suatu eksperimen sosial untuk melihat reaksi orang ramai, kita tak akan tahu.
Siapa yang tidak kenal dengan pulau lagenda Langkawi? Pulau yang penuh sejarah uniknya dan lokasi-lokasi menarik, menjadikan Langkawi destinasi pilihan untuk pelancong tidak kira sama ada dari dalam mahupun luar negara. Tapi tahukah anda, di sebalik reputasi Pulau Langkawi sebagai tumpuan pelancongan yang pesat, pulau lagenda itu turut mempunyai kisah misteri yang jarang dibualkan kepada orang luar. Selama seminggu team Meremang telah menjelajah ke seluruh Pulau Langkawi untuk membongkar kisah misteri yang tersembunyi di sebalik pulau lagenda itu.
Apabila google pulau Langkawi, bermacam-macam info tempat destinasi pelancongan, penginapan yang dapat ulasan tinggi, baran-barang ‘duty free’ dan macam-macam lagi maklumat menarik tentang pulau lagenda itu. Tapi apabila kita google tentang Langkawi mistik, Langkawi seram, Langkawi hantu atau apa-apa dunia ghaib berkait dengan Langkawi, tidak banyak maklumat akan keluar.
Mungkin ia di kaburi dengan dunia pelancongan yang pesat. Kami membuat keputusan untuk meneroka dan merasa sendiri alam ghaib yang ada di pulau itu.
Sebuah pulau yang penuh lagendanya, Langkawi mempunyai banyak kisah-kisah menarik. Mahsuri apabila di tikam dengan tombok, mengalir darah putih. Air terjun telaga tujuh pula di kait dengan 7 puteri yang suka tempat itu. Sejarah tamadun Langkasuka dan kaitan dengan negeri Patani. Dengan menjejak sejarah pulau itu sahaja, kita sudah dapat gambaran dunia yang misteri, yang penuh mistiknya. Alangkah terkejutnya apabila kami tiba di sana, bermacam-macam cerita yang kami dapat dari orang penduduk sana.
Langkawi telah membuka hati untuk menceritakan rahsianya kepada kami. Lalu ia menjadi tugas kami untuk menceritakan semula pengalaman kami di sana.