Malam Jumaat Kliwon merupakan malam yang penuh energi magis dalam budaya masyarakat Jawa. Sejak turun-temurun, malam ini diyakini sebagai waktu yang keramat, di mana berbagai ritual mistik dan tradisi spiritual dijalankan. Dalam kepercayaan Jawa, malam tersebut bukan hanya dianggap menyeramkan, tetapi juga memiliki nilai spiritual yang mendalam.
Makna Malam Jumaat Kliwon dalam Kalender Jawa
Dalam kalender Jawa atau primbon, terdapat hanya lima hari iaitu Legi, Pahing, Pon, Wage, dan Kliwon. Apabila Khamis malam Jumaat bertemu dengan Wage malam Kliwon, maka itulah yang disebut sebagai Malam Jumaat Kliwon. Malam ini dianggap sangat keramat dan istimewa dalam tradisi masyarakat Jawa.
Kepercayaan Kematian
Salah satu kepercayaan masyarakat Jawa ialah apabila seseorang meninggal pada Malam Jumaat Kliwon, ia dianggap sebagai tanda kebaikan. Bukan sahaja di mata orang Jawa, malah juga dalam pandangan sebahagian umat Muslim. Orang yang meninggal pada malam tersebut seringkali dianggap sebagai insan yang baik.
Ads
Menurut tradisi, jenazah yang meninggal pada malam ini akan dijaga selama 40 hari. Penjagaan ini dilakukan untuk menghindari pencurian anggota tubuh oleh pihak tertentu yang menggunakannya bagi amalan ilmu hitam.
Tradisi Penyambutan Roh
Kepercayaan lain yang masih dipegang ialah bahawa roh orang yang meninggal diberi kesempatan untuk pulang ke rumah pada Malam Jumaat Kliwon. Oleh itu, masyarakat Jawa akan melakukan upacara yang disebut ‘penyambutan’, iaitu dengan menyediakan sajian makanan kegemaran si arwah semasa hidupnya.
Ads
Puasa dan Ritual Spiritual
Antara tradisi spiritual yang sering dilakukan adalah puasa 40 hari yang mesti dimulai pada Malam Jumaat Kliwon. Amalan ini diyakini mampu memperkuat spiritual seseorang dan memberikan ketenangan batin.
Ads
Malam Keramat dan Pantang Larang
Bagi masyarakat Jawa, anak-anak kecil biasanya tidak dibenarkan keluar rumah pada Malam Jumaat Kliwon. Mereka percaya malam tersebut adalah saat makhluk halus berkeliaran. Walau dianggap menyeramkan, hakikatnya ia tetap dilihat sebagai malam yang penuh keberkahan dan keramat.
Kesimpulan
Kepercayaan terhadap Malam Jumaat Kliwon masih kuat diamalkan sehingga kini. Ia bukan sahaja membawa unsur mistik, tetapi juga melambangkan hubungan erat masyarakat Jawa dengan nilai spiritual, tradisi, dan warisan leluhur mereka.
Admin pertama kali dengar tentang Dybbuk Box ini apabila terserempak dengan seorang Youtuber bernama Prince Meed. Dia seorang Malaysian yang beli kotak itu untuk youtube channelnya. Dia ada keluar dua episod tentang pengalamannya membuka kotak itu. Apa dia lalui agak seram, Admin percaya dia tidak menipu dan kotak itu memang laknat.
Apa itu Dybbuk Box?
Sebuah kotak laknat yang kamu boleh beli di Ebay. Katanya ia dari Negara Chile.
Apa yang pelik tentang kotak itu?
Sebenarnya tak ada la pelik apa, untuk membukannya agak susah kerana kotaknya telah di wax dengan lilin.
Apa di dalamnya?
Setiap kotak ia berlainan. Ada yang dapat telur busuk. Ada juga yang dapat sepasang kasut bayi. Ada juga yang paku yang di balut dengan tali.
Apa yang buat Dybbuk Box ini berhantu?
Setiap orang yang membukanya akan terus di ganggu. Dari ketukkan di dinding ke gambar di dinding jatuh ke lantai. Ada juga yang kata apabila sentuh kotak ini, kamu akan di laknat. Seperti terjadi kepada Post Malone. Selepas sentuh kotak itu, dia di uji dengan malapetaka demi malapetaka. Kapal terbang dia rosak. Eksiden. Macam-macam lagi.
Berapa harganya?
Harganya berlainan juga. dari RM 50 hingga RM 200. Mungkin lagi mahal seseorang itu beli, lagi kuat sihirnya.
Konklusi?
Kita tahu bahawa setiap makhluk ghaib boleh di simpan atau di tangkap melalui objek yang tertutup. Tidak terkejut dengan cara kotak itu di wax, bahawa dalam itu ada makhluk ghaib. Kalau suruh admin order satu… Memang tak la!
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah Subhanahu wata’ala terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan,” (QS. At Tahrim Ayat 6).
Neraka adalah tempat yang dijanjikan kepada mereka yang murka kepada Allah. Tempat di mana Allah S.W.T. telah sediakan untuk mereka yang akan menerima kepedihan siksanya.
Abu Hurairah r.a. pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam.”
Malaikat Malik ditugaskan untuk menjaga pintu neraka. Azab neraka begitu menggerunkan sehingga malaikat pun takut akan kedahsyatannya, apatah lagi manusia yang lemah dan penuh dosa.
Mengikut satu riwayat, Malaikat Jibrail diutuskan untuk mengambil sebahagian api neraka untuk dihantar kepada Nabi Adam sebagai bekalan memasak di dunia. Namun, api sebesar biji kurma pun boleh menghancurkan tujuh langit dan tujuh bumi kerana panasnya. Akhirnya, Allah S.W.T. memerintahkan Jibrail mengambil api sebesar debu sahaja, itulah yang menjadi api di dunia ini.
“Dan barangsiapa yang ringan timbangan (amal baiknya), maka dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas,” (Al-Qariah ayat 8-11).
Tingkat paling bawah neraka, paling dahsyat siksanya. Penghuni: orang munafik, orang kafir, termasuk keluarga Fir’aun.
“Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim,” (Al-Maidah ayat 86).
Terletak atas neraka Hawiyah, tingkat ke-6. Penghuni: mereka yang bermegah-megah, derhaka kepada Allah, kafir, dan mendustakan ayat-Nya.
“Di dalam syurga mereka saling bertanya tentang perkara orang-orang yang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab: Kerana kami dahulunya tidak mengerjakan solat, tidak mahu memberi makan terhadap orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan, kami mendustakan hari kiamat,” (Al-Mudatsir ayat 40-46).
Terletak atas Jahim, tingkat ke-5. Penghuni: orang yang meninggalkan solat, tidak bersedekah, serta mendustakan hari akhirat.
“Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sair,” (An-Nisa ayat 10).
Terletak atas Saqar, tingkat ke-4. Penghuni: mereka yang makan harta anak yatim, terpedaya dunia, ingkar pada perintah Allah dan Rasul.
“Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah. Tahukah engkau apakah Hutamah itu? Iaitu api neraka yang menyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikat pada tiang yang panjang,” (Al-Humazah ayat 4-9).
Terletak atas Sair, tingkat ke-3. Penghuni: pengumpat, pencaci, pembawang, pengumpul harta dan bakhil.
“Sebab itu Kami memperingatkan kepada kamu dengan neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang-orang yang celaka. Iaitu orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya,” (Al-Lail ayat 14-16).
Terletak atas Hutamah, tingkat ke-2. Penghuni: mereka yang menimbun harta tanpa mahu menyumbang di jalan Allah.
“Katakanlah kepada orang kafir, ‘Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahanam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya,” (Ali Imran ayat 12).
Pintu neraka paling atas. Penghuni: manusia yang derhaka, kafir, penentang ajaran Rasul, penimbun dosa dan nikmat, serta golongan munafik.
Pernahkah anda dengar tentang makhluk bernama Al Hin? Ia di katakan wujud berjuta tahun sebelum Nabi Adam. Al Hin di katakan mempunyai sifat sama seperti manusia, cuma bezanya mereka mempunyai sayap di belakang badan mereka.
Pertama kali saya dengar tentang Al Hin apabila kawan sekerja memberitahu tentang kewujudannya. Dia memberitahu tentang satu artikel dia baca mengenai seorang Ustaz yang bertemu dengan makhluk Al Hin.
Artikel mengenai Al Hin
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat. Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuhlah penyakitnya.
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan.
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii…hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal je..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak.
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak.
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba.
Pesakit: Ermm..wanginya… lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni?
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ke?
Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?
Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la. Setakat minyak wangi, apalah sangat.
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya.
Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang berlagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanyalah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.
Saya: Ish…tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ke?
Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.
Saya: Hah…sembah Allah tapi bukan Islam? Agama apa kamu ni?
Pesakit: Agama Monoteisme.
Saya: Agama apa tu?
Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah…Tak sekolah ke?
*Terkena jugak RIDAM.
Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni! Kang..
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang je..
Pesakit: Aku tak tipu lah…Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari..
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya.
Saya: Poppy? Makhluk apa tu?
Pesakit: Wahai hamba Allah…banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.
Saya: Ceritakan…aku nak tahu.
Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi. Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.
Kemudian dia menangis teresak-esak.
Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari. Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut.
Saya: Kalau begitu, betulkah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?
Seraya itu dia mengangguk.
Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk. Kami hidup berpuak-puak. Aku dari puak Poppy. Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa.
Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu.
Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?
Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah.
Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku, macam mana pulak tu?
Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu. Bukan semua tau aku suka manusia. Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.
Saya: Tak payah la…aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan?
Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.
Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab kenapa kamu duduk dengan budak ni?
Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut.
Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?
Pesakit: Maaf..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan?
Saya: Memanglah.. tapi agama akhir zamankan Islam. Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni? Agama yang disuruh dan dijamin Allah.
Pesakit: Aku tahu, tapi aku bukan dari Jin dan Manusia. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran.
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang. Aku tidak pernah menduakan Allah.
*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya.
Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapa budak ni. Kamu tak rasa kesian ke?
Pesakit: Kesian juga. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi.
Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai?
Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat.
Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.
Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni. Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku, boleh?
Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama). Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu. Kenapa?
Pesakit: Ada tak bapa budak ni cerita perangai pelik anaknya ni masa sakit tadi?
Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ke?
Pesakit: Yelah…kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?
Saya: Aah…kenapa?
Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu. Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam. Puak kami mana pakai Kalendar masihi.
Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.
Pesakit: Sabarlah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku. Dah lama sangat aku hidup. Sunyi betul hidup aku. Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat.
Saya: Ooo…macam tu..Berapa dah umur kamu?
Pesakit: Sikit je..baru 4 juta 130 ribu tahun.
Saya: Mak aiiii…lamanya kau hidup.
Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.
Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak. Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni. Boleh?
Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?
Saya: Boleh tak aku tengok kamu. Rasa nak tengok je diri kamu tu.
Pesakit: Boleh dengan izin Allah…kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur. Minta pada Allah nak tengok aku. Bukan aku yang izin..Allah yang izin. Sekarang, boleh aku keluar?
Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.
Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain.
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah. Pesakit pulang selepas itu.
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya.
Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap. Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi.
Ustaz Azhar Idrus juga pernah menyebut tentang makhluk Al Hin dalam ceramahnya.
“Makhluk yang sebelum daripada turun Nabi Adam ke bumi ini, ‘Wahai malaikat Aku nak jadikan makhluk manusia ini menjadi khalifah pula di bumi ini’. Masa itu tidak ada lagi manusia di bumi. Maka malaikat jawab, ‘Ya Allah adakah sekali lagi Engkau akan jadikan pemimpin di dunia itu orang-orang yang melakukan kemusnahan dan membunuh-bunuh’, maksudnya Al-Hin tadi, golongan Jin yang duduk sebelum nabi Adam. Dalam kitab hadis ada sebut: ‘Bila di turunkan Adam ke bumi dihalau jin-jin jahat ini di laut dan di bukit-bukit’. Dalam kitab Askar Nawawi, Imam Nawawi pula sebut: ‘Kalau kamu pergi ke laut dan di bukit-bukit, maka membacalah begini, Ya Allah, aku berlindung dengan kalimah-kalimah mu yang sangat sempurna daripada segala makhluk-makhluk mu yang jahat.”
Kemusnahan Al Hin
Kerana Ego dan nafsu mereka, makhluk Al Hin berperang dengan sesamanya demi rebut wilayah dan kuasa. Mereka mempunyai teknologi yang maju dan boleh cipta senjata lebih hebat dari kita. Dengan teknologi itu mereka memusnahkan dunia. Akibat itu, mereka di hukum Allah S.W.T. Hukumannya ialah mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat.
Kita patut ambil pengajaran dengan kisah makhluk Al Hin. Keangkuhan kita dengan ajaran Allah sama seperti apa yang berlaku dengan mereka. Kita belum lambat. Bertaubatlah. Nescaya kita belum lagi di laknat oleh Allah S.W.T.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.