Selepas di berhentikan kerja dari kilang percetakan, Daud mendapat perkejaan baru sebagai pegawai keselamatan di sebuah sekolah berdekatan dengan rumahnya.
Sekolah ini lokasinya menarik. Ia di kelilingi oleh tiga perkuburan berlainan pada jarak yang dekat. Kubur orang cina, orang islam dan orang kristian. Jadi sekolah itu sentiasa menjadi tempat-tempat orang terserempak hantu.
Daud sebenarnya bukan lah berani sangat, tapi untuk keluarganya, dia terpaksa. Kerja ni pun sudah berbulan tak ada orang nak. Ada empat pekerja sebagai pengawal keselamatan. Setiap seminggu mereka tukar shift.
Minggu pertama dan kedua shift Daud pagi. Masuk minggu ketiga dia di tugaskan malam bersama seorang lagi pengawal keselamatan bernama Selamat.
Selamat sudah 8 tahun menjadi pengawal keselamatan di sekolah itu. Paling senior. Dia dah nampak macam-macam. Tapi Selamat tidak mahu takutkan Daud. Dia cuba perlahan-lahan sesuaikan diri Daud dengan suasana sekolah itu.
“Ya, sekolah ni berhantu. Tapi kalau kau tak ganggu ia, mereka pun tak ganggu kau.” kata Selamat. “Kau takut dengan Allah je cukup… Kau minat pancing?” Daud angguk kepala. Malam itu mereka borak tentang pancing.
Setiap sejam salah seorang mereka akan membuat pusingan ronda sekolah. Selamat ronda dulu. Sejam lepas tu Daud.
Jam menunjukkan pukul 1. Masa untuk Daud buat rondaan. Alhamdulillah setakat ni tak ada yang menakutkan. Sebelum mula rondanya, Selamat memberi pesanan, “Ingat pada tuhan.”
Dalam kepala Daud kenapa perlu Selamat kata begitu. Ini telah membuat Daud fikir bukan-bukan. Daud pun mula buat rondaan. Dia menghala ke Bangunan B. Sekolah itu mempunyai dua bangunan, setiap bangunan mempunyai 5 tingkat. Di antara bangunan, tempat perhimpunan dan kantin. Dewan dan padang bola belakang Bangunan A. Ia mengambil sekali pusing lebih kurang 20 minit.
Selepas selesai buat rondaan Bangunan B, Daud menghala ke Bangunan A. Dia lalu tempat perhimpunan. Tiba-tiba Daud rasa tak sedap hati. Bendera di perhimpunan berkibar di buai angin. Lampu berkelip-kelip rosak. Dengan lampu suluh di tangan kanan, Daud berjalan.
Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu berjalan di belakangnya. Seperti mengikutnya. Dia pusing kepalannya sambil suluh lampu. Tak ada apa-apa. Sekali lagi dia merasakan sesuatu di belakangnya. Sekali lagi Daud pusing dan suluh lampu. Masih tak ada apa-apa. Daud meneruskan perjalanannya.
Sampainya Bangunan A, salah satu pintu hempas kuat. Daud toleh ke arah pintu itu. Dalam otak Daud mungkin angin kot. Dia naik ke aras 5.
Daud mula berjalan di tingkat 5. Dia merasakan sesuatu yang tak selesa. Setiap bilik dia suluh lampu. Bilik terakhir dia suluh dia lihat seperti ada lembaga putih di dalamnya. Tak puas Daud suluh ke arah lembaga itu. Rupanya kain putih yang di tinggalkan oleh pelajar.
Daud buat rondaan di tingkat empat, tiga, dua dan satu. Tak ada apa-apa pelik berlaku. Daud membuat rondaan di aras bawah bangunan A. Sekali lagi Daud merasakan ada sesuatu di belakangnya. Apabila dia pusing, dia terserempak dengan pocong.
Badannya terikat dengan kain kapan yang berlumpur. Hanya kepala dia sahaja boleh Daud lihat. Pocong itu melompat ke arah Daud. Daud tak fikir apa-apa dah, dia berlari ke arah bilik pengawal. Lampu suluh terjatuh.
Sebelum sempat dia sampai, pocong itu ada di depannya. Daud terjatuh. Pocong itu melompat selangkah demi selangkah ke Daud.
Daud ingat pesanan Selamat. Daud berulang kali berkata sambil tutup mata, “Aku hanya takut kepada Allah, Aku hanya takut kepada Allah.”
Daud mula membaca ayat kursi. Matanya masih tutup. Dia merasakan sesuatu betul-betul di depan mukannya. Daud terus membaca ayat kursi.
Tak lama kemudian, perasaan sesuatu di depan mukannya mula hilang. Dia cuba membuka mata. Pocong itu dah tak ada. Daud bangun dan beranikan diri berlari ke pondok pengawal. Daud tercunggap-cunnggap.
“Kau nampak pocong ke?” tanya Selamat. Daud angguk. Selamat memberikan sesuatu. “Ni air kuatkan semangat kau balik.” Daud minum.
“Tu baru poocong kau nampak. Kau fikirlah masak-masak kalau kau nak sambung kerja kat sini.” kata Selamat.
Daud pun pulang ke rumah. Dia melihat keluarganya. Anaknya sedang tidur manakala isterinya sedang sediakan makanan pagi. “Bagaimana bang kerja semalam?” tanya isterinya. Daud tak jawab. Dia makan sarapan dan masuk tidur.
Malam itu Daud masuk berkerja.
Kisah ini berlaku 2 tahun lepas. Aku menjalani pembedahan di mata. Pembedahan itu berjalan dengan lancar. Mata saya di balut. Jika saya mahu ke tandas, saya perlu tekan locoeng dan jururawat akan bergesa masuk bantu saya.
Apabila tidak dapat lihat, kita jadi peka dengan bunyi sekeliling kita. Untuk memenuhi masa, aku buka radio di handphone.
Satu malam aku terjaga dari tidur. Semasa tu aku dah matikan radio. Aku terasa ingin buang air kecil. Aku menekan loceng. Aku tunggu sambil dengar bunyi aircond. Tidak lama kemudian nurse masuk. Aku tahu nurse masuk sebab bunyi pintu di buka sambil dengar bunyi tapak kaki. Aku beritahu nurse yang aku mahu ke tandas. Nurse tu mengambil tanganku. Aku rasa tak sedap badan. Tangan nurse sejuk. Dia bawa aku ke tandas. Semasa aku buang air kecil, aku terfikir, kenapa nurse tak bersuara? Selalunya nurse yang masuk akan tanya “apa boleh saya bantu?” Itu menjadi rutin mereka. Tapi kali ini lain. Mungkin dia letih kot aku sedapkan hati.
Selepas selesai kerja aku di tandas, aku panggil nurse tu, tapi tak ada orang jawab. Aku panggil-panggil lagi, masih tak ada orang jawab. Aku pun meraba-raba keluar dari tandas. Bayangkan aku hanya boleh guna deria aku. Mata di balut. Di belakang aku dengar bunyi air tandas di depan aku bunyi aircond. Aku masih cuba panggil nurse itu tapi tak ada jawapan. Aku terus meraba ke katil aku. Aku terlanggar almari kecil. Kuat bunyi. Aku terus meraba-raba sehingga sampai ke katil aku. Tapi apabila aku nak panjat naik katil, aku dapat rasakan ada orang sedang baring di atas katilku. Aku terjatuh ke lantai. Hati aku berdebar. Siapa ada atas katil aku. Aku cuba kuatkan diri sekali lagi, Aku bangun dan meraba ke katil aku. Ya, aku dapat rasakan tangan seseorang. Aku pusing dan berjalan laju cuba mencari pintu. Sampai aku terlanggar dinding. Aku terus meraba-raba mencari pintu. Dengan bunyi ‘kriiikkkk’ pintu di buka. Aku memanggil nurse. Seorang nurse datang dengan gesa. Dia tanya apa dia boleh bantu. Aku beritahu “ada orang atas katil saya!” Nurse tu intai kedalam. Dia beritahu aku tiada siapa dekat atas katil saya. “Aku pasti ada orang! Aku dapat rasakan tadi!”. Nurse tu membawa aku ke katil aku semula. Dia suruh aku raba. Tak ada orang atas katil aku. Nurse itu suruh aku tidur. Mungkin aku ngigau. Tak mungkin. Tapi aku ikut arahan nurse itu. Aku minta nurse buka radio di handphoneku.
Malam itu aku tak dapat tidur. Aku berpusing ke kiri, pusing ke kanan. Tiba-tiba radio aku berhenti. Aircond aku seperti mengeluar satu udara yang kuat. Aku merasakan ada orang memerhatiku. Meremang bulu roma ku. Aku panggil “Nurse ke tu”. Tiada orang jawab. Aku cuba menekan loceng tapi aku terlanggar dan loceng itu jatuh ke lantai. Aku ingin capai loceng itu, tiba-tiba aku dapat rasakan ada tangan memegang tangan aku. Aku tarik tangan aku. “Siapa tu?” Tiada jawapan. Tiba-tiba aku merasakan ada orang sedang bernafas di sebelah telinga ku. Aku mengelakkan kepalaku. Aku cuba mencari pintu sekali lagi sambil memanggil nurse.
Aku tak puas hati. Nurse tak jawab. Aku dah tak nampak. Aku dah tak boleh tahan aku buka balut mata aku. Aku terus buka mata. Apabila aku buka je ada seorang lembaga berpakaian nurse di depan mukaku. Aku tahu dia makhluk sebab kakinya tak cecah tanah. Aku pengsan.
Aku terjaga, tapi semasa tu keadaan di sekeliling aku kecoh. Aku tidak boleh buka mata. Sudah di balut semula. Aku di letakkan gas mengantuk. Aku sambung tidur semula.
Keesokkan harinya aku sedar dari tidur. Tanganku di ikat. Mataku di balut. Aku memanggil nurse. Mereka datang bersama doktor. Oleh kerana mata aku belum pulih 100%, aku jadi buta.
Aku teringat lagi sebuah kisah yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Mengisahkan seorang DJ yang mendapat panggilan lebih seram dari biasa. Kisah ini di katakan benar berlaku kerana ia berkait dengan seorang DJ 90an bernama Isma Halil Hamzah. Nama Isma memang terkenal dengan cerita seram pada waktu malam. Ramai juga yang menjadi saksi panggilan itu, maklumlah ia sedang bersiaran live.
Seperti biasa, pendengar akan menelefonnya dan mencerita pengalaman seram mereka. Pada malam itu, seorang lelaki menelefonnya dan ingin mencerita pengalamannya.
Pemanggil itu terus bercerita dia sedang memandu malam di satu lebuhraya bersama isteri, anak, dan kedua-dua orang tuanya. Tapi hanya dia sahaja yang masih belum tidur. Pemanggil tu kata dia dalam keadaan yang sangat mengantuk sambil memandu.
Dalam keadaan yang mengantuk, pemanggil itu memberitahu tiba-tiba ada satu lori yang hanya ada satu lampu yang menyala setentang dengan keretanya lalu melintasi keretanya. Tapi yang hairannya lori tersebut di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori itu muncul beberapa kali dari hadapan hingga lah tiba-tiba dia muncul dari belakang. Pemanggil itu kata, dia mula panik dan takut dengan gangguan lori terbabit. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga dia tidak sedari ada satu lagi lori muncul dihadapannya. Dia elak lalu terbabas masuk ke dalam gaung.
Selapas pemanggil tu mengatakan dia jatuh ke dalam gaung itu, dia mengatakan dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya meninggal dunia, juga anaknya di ikuti isterinya. Akhir sekali dia mengatakan dia juga mati di tempat kejadian. Talian terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil beberapa kali dan ianya tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, semua kembali seperti biasa.
Keesokkan harinya, sebuah artikel di akhbar menceritakan berita mengenai kemalangan di kawasan yang sama berlaku di radio malam semalam. Mangsa yang mati juga serupa dengan gambaran yang di berikan, seorang lelaki dan seorang perempuan, seorang kanak-kanak dan dua orang warga emas. Sesiapa yang mendengar live semalam amat terkejut apabila dapat tahu. DJ Isma juga terkejut. Dia terus mencari rakaman itu. Apabila dia playback, rakaman itu kosong. Seperti tidak pernah berlaku.
“Kamal, dah magrib. Masuk rumah sekarang, nanti kena culik dengan hantu kopek.” Itulah pesanan ibu aku. Banyak lagi pesanan ibu seperti “jangan makan pindah randah nanti kahwin banyak atau jangan potong kuku waktu malam, nanti hantu datang”. Macam-macam. Semasa kecil aku akan patut dengan pesanan-pesanan ibu tapi bila aku masuk remaja, pesanan dia menjadi bunyi yang mengjengkelkan.
“Kamal oi… masuk, nak magrib. Nanti hantu kopek datang” kata ibu.Han
“Merepek je ibu ni.” aku sambung pancing ikan depan rumah.
Beberapa tahun kemudian aku berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Isteri aku cuba pesan seperti mana ibu aku lakukan dulu, tapi aku bantah. “Biarlah dia nak main.”
Satu hari anak aku sedang main kat luar. Magrib tiba. “Saad, masuk. Dah magrib. Tak baik main kat luar.” kata isteri.
Aku yang sedang tonton TV, memarahi isteri aku.
“Dia belum mandi lagi tu bang.” kata isteri.
“Biar la dulu. Bukan dia boleh keluar dari rumah pun, gate kan dah kunci.” aku balas. “Awak pergi mandi dulu.”
Isteri aku pun pergi mandi. Saad terus main di luar. Aku sambung tonton TV.
Tak lama kemudian isteri aku keluar dari bilik. Dia dah siap mandi. “Mana Saad?” isteri aku tanya.
“Kat luar lagi” aku jawab. Isteri aku geleng kepala dan terus mencari Saad. “Ya Allah bang! Mari sini! Cepat!” isteri aku menjerit.
“Apasal kau menjerit?” aku memarahi isteri aku. Apabila aku keluar rumah, terkejut aku melihat anak aku di luar gate bersama makhluk halus berwajah perempuan tua, gemuk dan t*t*knya layut berjuntai ke bawah.
Tiba-tiba aku teringat, ini lah hantu kopek yang ibu selalu pesan. Wujud rupanya hantu ini. Ingatkan selama ni pesanan ibu itu untuk menakut-nakutkan aku untuk masuk rumah.
Saad berada di antara ke dua-dua t*t*k hantu kopek itu. “Ayah, Saad takut.” kata Saad.
“Bang, buat sesuatu!” isteri aku paksa. Aku nak buat apa. Aku sendiri pun tak tahu.
“Nek, tolong pulangkan Saad kepada kami.” kata isteri. Hantu kopek itu senyum. Isteri aku sambung. “Nek nak apa sebagai pertukaran?”
Azan berkumandang. Hantu itu tiba-tiba gelisah. Telinganya panas mendegar ayats suci Al-Quran. Tiba-tiba dia hilang.
Aku terus membuka gate rumah rumah dan tarik Saad masuk ke dalam rumah.
Keesokkan hari aku ke kubur ibu aku. “Ibu. Maafkan Kamal kerana selama ini Kamal tak dengar pesanan ibu.” Aku buka dan baca surah Yasin.