Orang kata tak bagus gantung gambar-gambar yang cukup sifat. Rezeki tak masuk pun susah. Malaikat nak masuk pun susah.
Itu teguran orang apabila masuk ke rumah aku. Tapi aku tak boleh kawal, ia seperti nafsu yang tak boleh kawal mengumpulnya. Gambar potrait telah menjadi penghias rumah saya sejak saya pindah rumah 2 tahun lepas. Aku tak percaya dengan teguran itu. Aku merasakan ia satu benda yang merepek. Gambar adalah gambar, apa kena mengena rezeki.
Satu hari aku terserempak dengan satu gambar potrait yang memukau hatiku. Seorang perempuan sedang menunggu sesuatu, tak tahu apa dia tunggu, suaminya, kasihnya atau menunggu cinta. Potrait seperti bercakap kepada ku. Aku kena ada gambar ni di rumah aku.
Kedai itu beritahu bahawa harganya rm 700. Kat situ juga aku bayar. Tak kisah la ia Rm 70 atau Rm 7000, gambar secantik itu mesti ada dalam koleksi ku. Tuan kedai itu pesan kepada aku, gambar ini bukan sebarang gambar, ia senang merajuk. Ia kena jadi pemaisuri dalam hidup kau. Sekali lagi aku rasa dunia ni dah gila. Aku tak faham langsung apa dia cakap.
Aku pun gantung gambar ini di rumah aku. Lama aku pandang gambar. Menghayati setiap sudut lukisan itu. “Abang. Ini lukisannya?” isteri aku, Hawa, baru balik dari boutique-nya.
“Iye Wa, cantik kan?” sambil memeluk isteri aku. Wa angguk setuju. Aku pun cium dahi isteriku.
Malam itu hujan turun lebat. Aku tersedar sebab guruh kuat. Aku keluar dari bilik aku untuk menikmati sebatang rokok. Aku berjalan lalu koleksi lukisan aku. Sekali lagi guruh boleh di dengar. Bulu di belakang leher aku tiba-tiba naik. Tak tahu kenapa. Aku rasa seperti di perhatikan.
Aku pun nyalakan rokok aku sambil memerhati handphone. Aku scroll twitter sambil hisap rokok.
Tak lama kemudian aku perasan kelibat isteri aku masuk ke dapur. “Wa?” aku panggil. Senyap. “Apasal tak buka lampu?” aku sambung. Senyap.
Aku pun bangun dan mencari isteri aku di dapur. Tak ada orang. Sekali lagi bunyi guruh kedengaran.
Aku habiskan rokok aku sambil pandang ke lukisan yang aku beli. Ada sesuatu lain tentang gambar itu. Tak tahu apa. Mungkin cara dia pandang atau mungkin cara dia senyum. Aku memerhatikan gambar itu, cuba mencari perbezaan. Tiba-tiba, ia kelip mata. Terkejut aku. Aku bergesa balik ke bilik aku.
Tak mungkin. Tak mungkin ia bergerak. Otak aku cuba proses. Tiba-tiba nama aku di panggil, “Kamal… Kamal…”
Di pintu masuk, aku boleh nampak rupa tubuh seorang perempuan. “Kamal… Kamal…”
Aku tak percaya apa aku lihat dan dengar. Tak mungkin ia hidup. Ia hanya sebuah lukisan. “Kamal… Kamal…” Perempuan panggil sambil dengar guruh sebagai latar belakang bunyi. Takut. Pelik. Macam-macam perasaan sedang bermain dalam otakku.
Tidak lama kemudian, aku boleh dengar azan dari masjid dengan rumah ku. Alhamdulillah, benda yang menghantui aku tiba-tiba hilang. Tiada lagi panggilan namaku. Tiada lagi bentuk tubuh perempuan di pintu.
Isteri aku terjaga untuk sembahyang subuh. Aku pun bangun, masuk ke bilik air, ambil wudhu. Isteri aku senyum tanpa ketahui apa terjadi.
Keesokkan harinya aku jual semua koleksi gambar aku.
Ini adalah sebuah cerita seram hospital yang disampaikan oleh seorang kawan bernama Nabil semasa dia menjaga isterinya di wad hospital. Peristiwa ini berlaku dua bulan lepas dan sehingga kini masih segar di ingatannya.Awal Cerita
Suatu hari, badan isterinya panas dan tidak bermaya. Apabila dibawa ke klinik, doktor menyarankan supaya segera ke hospital kerana disyaki denggi. Selepas ujian darah, terbukti isterinya menghidap penyakit itu. Nabil memutuskan untuk menemani isterinya kerana hospital membenarkan seorang ahli keluarga menjaga pesakit.
Kejadian Seram Bermula
Pada jam 11:30 malam, isterinya sedang berehat. Nabil berhasrat turun bawah untuk merokok sambil bermain PUBG di telefon. Semasa melalui kaunter jururawat, dia terlanggar kerusi. Semua jururawat di kaunter serentak menoleh dengan wajah pelik lalu ketawa perlahan. Nabil meminta maaf dan terus berjalan menuju lif.
Tersalah Tingkat
Di lif, dia pasti menekan tingkat G (lobi), tetapi yang terbuka adalah tingkat LG – iaitu menuju ke bilik mayat. Disebabkan terlalu fokus dengan permainan, Nabil tidak menyedari dan berjalan sehingga betul-betul sampai di hadapan bilik mayat.
Dia cuba berpatah balik, namun anehnya empat kali dia cuba, empat kali juga dia kembali ke bilik mayat yang sama. Rasa seram mula menjalar di tubuhnya.
Bunyi Misteri di Tangga Kecemasan
Nabil akhirnya nekad menggunakan tangga kecemasan. Saat pintu dibuka, kedengaran bunyi tapak kaki menuruni tangga. Dia menyapa “Hello…?” tetapi tiada jawapan. Bunyi itu lenyap begitu sahaja. Belum sempat dia naik, muncul bunyi cakaran di dinding membuatkan bulu romanya meremang.
Di depannya, satu kelibat hitam melintas pantas. Jantung Nabil berdegup kencang. Beliau cuba menenangkan diri tetapi rasa seram semakin kuat apabila terdengar bunyi roda bergerak sayup-sayup dari jauh, makin lama makin dekat.
Pertemuan Dengan Lelaki Misteri
Muncul seorang lelaki menolak katil mayat yang ditutupi kain putih. Lelaki itu seolah-olah tidak menyedari kehadiran Nabil. Saat katil itu berlalu di sisinya, Nabil yakin dia melihat sesuatu bergerak di bawah kain selimut tersebut. Dia kaku, lalu berlari sekuat hati ke arah lif.
Selamat Kembali ke Wad
Akhirnya Nabil berjaya menekan butang lif dan kembali ke tingkat dua, ke wad isterinya. Kerana terlalu takut, hasrat untuk merokok dan bermain PUBG terbatal. Malam itu dia hanya duduk di sisi isterinya sehingga pagi.
Penutup Cerita Seram Hospital
Keesokan harinya, isterinya menunjukkan tanda-tanda pulih. Namun anehnya, Nabil pula jatuh sakit. Cerita seram hospital ini bukan sekadar pengalaman mistik, tetapi juga peringatan untuk kita sentiasa berhati-hati di tempat yang penuh misteri.
Jalan Bentong Gua Musang sering menjadi laluan utama orang Kelantan pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur. Biasanya perjalanan mengambil masa 6-7 jam, namun ketika musim perayaan ia boleh memakan masa sehingga 12-13 jam. Bagi kami orang Kelantan, kesesakan jalan ini sudah menjadi tradisi setiap kali pulang ke kampung.Ketika menjelang perayaan Deepavali, walaupun bukan majoriti diraikan oleh orang Kelantan, ramai juga mengambil kesempatan untuk pulang. Aku membuat keputusan untuk balik dua hari awal dan pada waktu malam. Kiraan aku tepat, waktu itu kereta masih minima di highway.
Perjalanan Malam di Jalan Bentong Gua Musang
Aku bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam bersama isteri dan dua anak aku. Saya memandu kereta Proton Gen 2, dan cuaca malam itu baik tanpa kabus atau hujan. Tak lama kemudian, anak-anak aku mula tidur lena di kerusi belakang.
Namun, apabila memasuki kawasan Bentong, suasana mula berubah. Jalan menjadi sunyi. Isteri aku juga tertidur, meninggalkan aku seorang diri melawan rasa mengantuk. Lengang terlalu lama. Tidak ada kereta selama lebih 15 minit. Hanya lori-lori besar yang berhenti di tepi jalan menemani perjalanan aku. Hati mula rasa menyesal kerana memilih untuk pulang waktu malam.
Rehat Sebentar di Gua Musang
Akhirnya aku sampai ke Gua Musang dan berhenti di RnR untuk merehatkan badan. Isteri terjaga dan ke tandas, sementara aku menjaga anak-anak. Setelah itu, kami kembali meneruskan perjalanan. Namun suasana semakin mencabar.
Kabus Tebal di Felda Paloh
Di kawasan Felda Paloh, bulu roma aku tiba-tiba meremang. Jalan yang lurus naik turun bukit kini diselubungi kabus tebal, memaksa aku memandu perlahan. Ketika itu aku mula terasa kereta seperti berat. Aku menoleh ke cermin pandang belakang dan terlihat kaki terjuntai melayang-layang di bonet kereta. Jelas kelihatan kaki itu terhoyong-hayang, membuatkan aku benar-benar terkejut.
Aku terus memasang CD bacaan Al-Quran dan membacanya dengan suara perlahan. Mulut tidak berhenti berzikir, berharap gangguan itu segera hilang. Namun, kelibat itu muncul kembali. Kali ini di tepi jalan raya. Sosok berkain putih dengan mata merah memandang tajam ke arah aku. Jantung berdegup kencang, tangan mula berpeluh.
Detik Cemas di Jalan Bentong Gua Musang
Aku hilang kawalan emosi. Aku tekan minyak dan memecut walaupun kabus menebal. Isteri aku terjaga dan memarahi aku kerana memecut laju. Jika sahaja dia tahu apa yang aku nampak sebentar tadi. Sepanjang jalan, aku hanya mampu berdoa agar selamat sampai ke kampung halaman.
Alhamdulillah, akhirnya aku tiba di rumah jam 6 pagi dengan selamat. Namun, itulah kali terakhir aku memandu waktu malam melalui jalan Bentong Gua Musang. Pengalaman seram itu benar-benar meninggalkan kesan yang tidak akan aku lupakan.
Aku teringat lagi sebuah kisah yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Mengisahkan seorang DJ yang mendapat panggilan lebih seram dari biasa. Kisah ini di katakan benar berlaku kerana ia berkait dengan seorang DJ 90an bernama Isma Halil Hamzah. Nama Isma memang terkenal dengan cerita seram pada waktu malam. Ramai juga yang menjadi saksi panggilan itu, maklumlah ia sedang bersiaran live.
Seperti biasa, pendengar akan menelefonnya dan mencerita pengalaman seram mereka. Pada malam itu, seorang lelaki menelefonnya dan ingin mencerita pengalamannya.
Pemanggil itu terus bercerita dia sedang memandu malam di satu lebuhraya bersama isteri, anak, dan kedua-dua orang tuanya. Tapi hanya dia sahaja yang masih belum tidur. Pemanggil tu kata dia dalam keadaan yang sangat mengantuk sambil memandu.
Dalam keadaan yang mengantuk, pemanggil itu memberitahu tiba-tiba ada satu lori yang hanya ada satu lampu yang menyala setentang dengan keretanya lalu melintasi keretanya. Tapi yang hairannya lori tersebut di lorong yang songsang di lebuh raya. Lori itu muncul beberapa kali dari hadapan hingga lah tiba-tiba dia muncul dari belakang. Pemanggil itu kata, dia mula panik dan takut dengan gangguan lori terbabit. Dia asyik menumpukan perhatian pada lori dibelakang sehingga dia tidak sedari ada satu lagi lori muncul dihadapannya. Dia elak lalu terbabas masuk ke dalam gaung.
Selapas pemanggil tu mengatakan dia jatuh ke dalam gaung itu, dia mengatakan dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya meninggal dunia, juga anaknya di ikuti isterinya. Akhir sekali dia mengatakan dia juga mati di tempat kejadian. Talian terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil beberapa kali dan ianya tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, semua kembali seperti biasa.
Keesokkan harinya, sebuah artikel di akhbar menceritakan berita mengenai kemalangan di kawasan yang sama berlaku di radio malam semalam. Mangsa yang mati juga serupa dengan gambaran yang di berikan, seorang lelaki dan seorang perempuan, seorang kanak-kanak dan dua orang warga emas. Sesiapa yang mendengar live semalam amat terkejut apabila dapat tahu. DJ Isma juga terkejut. Dia terus mencari rakaman itu. Apabila dia playback, rakaman itu kosong. Seperti tidak pernah berlaku.