Hari yang sangat penat. Aku pulang ke rumah dengan keletihan. Makan malam pun belum lagi. Setibanya aku di depan rumah, ada sebuah kurier di selitkan di pagar rumahku. Bila pula aku ada pesan apa-apa kurier? Aku pun melihat butiran di kurier itu, memang alamat rumah aku. Nama pun atas nama aku. Malas nak fikir, aku bawa masuk ke dalam rumah.Aku meletakkan kurier itu di atas meja lalu pergi mandi. Selepas segar, aku masak pula sebungkus maggi sebagai makanan malam aku. Dengan semangkuk maggi, secawan air sirap, aku hidupkan astro sambil mencari cerita yang menarik. Avenger: Infinity Wars sedang bermain. Apa lagi, itulah cerita yang menemaniku makan malam.Jam menunjukkan pukul 11.30. Cerita di tv baru habis. Ingatkan mahu masuk tidur, tapi mata aku tertarik dengan kotak misteri itu. Ia seolah-olah memanggil. Aku mengambil kurier itu dan letak di depanku. Sekali lagi aku periksa butiran. Tiada perubahan. Memang alamat dan nama aku. Aku pun membuka bungkusan perlahan-lahan.Di dalamnya ada sebuah kotak buruk. Usang. Busuk. Ia dibalut dengan kain penuh simbol pelik. Curiga, aku buka kotak itu. Bau hanyir keluar menusuk hidung. Aku hampir muntah. Di dalamnya ada sebatang paku digulung dengan tali dan sebuah kotak kecil yang dipaku. Aku buka kotak kecil itu—dan di dalamnya ada seekor anak burung mati. Aku berlari ke tandas, muntah. Rupanya bau hanyir datang dari bangkai burung itu.Celak@ mana bergurau kasar sebegini. Ini dah lebih-lebih. Dia ingat satu lawak ke? Apa akan kau buat kalau dapat kotak sebegini? Aku pun maki dalam hati. Selepas itu, aku keluar dari tandas sambil menutup lampu. Tiba-tiba air shower terbuka dengan sendiri. Aku berhenti, buka lampu semula. Tiada sesiapa. Aku tutup semula, tetapi terasa sesuatu lalu tepi aku. Bulu roma terus meremang.Aku segera bungkus semua barang dalam plastik hitam. Baru ingin bawa keluar, plastik koyak seperti diguris pisau. Barang terburai. Bunyi hentakan di dinding mula kedengaran, cermin dan gambar jatuh. Jantung aku berdegup kencang. Sekali lagi aku bungkus dan campak keluar rumah.Sekarang aku di luar rumah, benda itu di dalam. Patutkah aku lari ke rumah orang atau hadap makhluk ghaib itu? Aku baru teringat—handphone, dompet, kunci kereta masih di dalam. Aku tunggu 10 minit, kemudian nekad masuk semula. Aku capai barang-barang penting, tapi pintu terkunci. Kunci aku tak muat dalam lubang. Aku tendang, tarik, tumbuk—langsung tak terbuka. Tiba-tiba TV jatuh dari dinding, berkecai.Aku cuba telefon kawan, tapi tiada jawapan. Aku WhatsApp minta dia segera datang. Dalam ketakutan, aku buka surah Yasin dan baring di tepi pintu sambil menunggu.Keesokan harinya, Gus datang. Dia lihat aku terbaring di lantai dengan rumah bersepah. Dia kejutkan aku. Bila nampak muka dia, aku dah tak fikir apa-apa selain mahu tinggalkan rumah itu. Ambil masa tiga hari sebelum aku berani masuk semula.
Kotak Misteri dan Burung Mati: Petanda Seram
Kotak misteri berisi burung mati bukanlah benda biasa. Simbol-simbol pelik, bau hanyir, dan gangguan aneh yang berlaku selepas membukanya membuat aku percaya ada sesuatu yang lebih daripada sekadar gurauan kasar. Kisah ini menjadi pengalaman paling menakutkan dalam hidup aku.
Aku ingat selepas aku buang Vicky, semua akan pulih. Aku silap. Aku tak sangka dia akan pulang.
Sebelum anak aku bangun, aku kumpul semua anak patungnya dan buang jauh dari rumah. Aku sempat bawa balik sarapan lagi. Apabila aku balik rumah, anak aku tak berhenti menangis. “Mana Vicky? Mana mainan Zaza yang lain? Help me ayah.” tanya Zaza.
Isteri aku pandang aku lama. Dia tahu aku telah buat sesuatu dengan patung mainan Zaza. Isteri aku bagi phone dia untuk Zaza main. Tapi Zaza tak nak. Dia baling handphone ibunya. “I wan Vicky!” kata Zaza.
Aku peluk Zaza dan kata, “Ayah bawa main playground nak?”
Zaza jawab, “No ayah. Zaza nak Vicky!”
Zaza sambung menangis. Isteri aku tanya aku apa terjadi semalam. Aku terangkan Vicky hidup. Patung mainan Zaza bergerak sendiri. Semakin pelik isteri aku pandang aku. Aku beritahu cuba terangkan sekali lagi. Tak tahu la dia percaya ke tak tapi dia suruh aku pujuk Zaza.
Aku cuba tawar macam-macam dekat Zaza tapi semua dia tolak. Sehingga aku tawar kucing. Dia setuju. Tengahari itu, aku bawa Zaza ke kedai haiwan dan beli seekor kucing. Zaza balik gembira.
Malam itu Zaza bermain dengan kucing yang dia namakan Maui. Aku duduk memerhatikan Zaza main dengan Maui, isteri aku datang kat aku dan beritahu dia gembira patung-patung Zaza dah di buang. “Jadi awak percaya saya?” aku tanya.
“Tak.” jawab isteri aku.
Pukul 2 pagi. Aku terjaga dari tidur. Dengan mamai-mamai aku pergi buang air kecil. Semasa aku sedang buang air kecil, aku dengar nama aku di panggil, “Ayah”. Zaza bangun ke? Aku kembali ke katil. Zaza dan isteri sedang tidur nyenyak. Sekali lagi aku terdengar suara memanggil nama aku, “Ayah”.
Tak lama pintu bilik terbuka. Ada sesuatu sedang berjalan masuk ke dalam bilik. Vicky muncul berjalan perlahan-lahan. “Ayah. Kenapa ayah buang Vicky.”
Vicky? Bagaimana dia boleh pulang ke rumah? Zaza terjaga dari tidur. Dia terpandang Vicky dan menjerit keriangan, “Vicky!” Zaza terus melompat memeluk Vicky. Isteri aku pun terbangun.
Vicky pusing kepala dan berkata, “Hi Zaza.” Terkejut Zaza baling Vicky dan terbaling dia. “Ayah, Im scared.”
“Sekarang awak percaya dia hidup?” aku tanya isteri aku. Dia bagi aku satu pandangan tajam. Aku suruh keluarga aku berlari ke kereta. Zaza sempat ambil Maui. Ketiga kami masuk kereta dan pecut.
Di dalam kereta isteri aku tanya bermacam-macam. Aku uba jawab sebaik mungkin. Tiba-tiba aku merasakan sesuatu sedang memanjat seluar aku. Apabila aku pandang bawah, aku nampak Vicky yang sedang memanjat seluar. Vicky donggak memandang aku.
Aku terkejut. Kereta yang aku bawa berpusing dan terlanggar kereta di lane sebelah.
Aku terjaga dan melihat diriku sedang terbaring di atas katil hospital. Aku tanya mana isteri dan anak aku? Mereka beritahu isteri dan anak aku dah meninggal dunia di tempat kejadian di selamatkan. Apabila aku dengar perkataan itu aku boleh tahan menangis.
Aku tanya soalan terakhir, “Ada nampak patung mainan anak aku?”
Jururawat jawab, “Tak ada. Hanya yang ni je yang boleh di selamatkan,” sambil menyerahkan Maui ke aku.
Setiap hari ke kerja aku akan mengunakan perkhimatan lrt. Jarak rumah ke lrt tidak jauh. Di sebabkan itu aku jarang mengunakan motor ke kerja. Ya la, masuk KL jam. Walaupun guna motor. Lebih selamat guna lrt.
Satu hari aku terpaksa balik lambat. Tidak pernah selambat ini. Aku terpaksa mengambil tren terakhir untuk balik. Dari KLCC ke Kelana Jaya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit dalam tren.
Tak ramai dalam tren. Aku rasa ada 4 orang termasuk aku.
Seorang-seorang penumpang tinggalkan tren. Sehinggalah aku seorang. Perhentian berikutnya, Dang Wangi, ada seorang perempuan masuk ke dalam tren. Dia berpakaian serba merah. Rambutnya hitam panjang. Aku tak nampak sangat mukanya. Tapi aku boleh nampak mulutnya. Dia seperti memandang aku dan memberi sedikit senyuman.
Pada awalnya aku tak mahu fikir apa-apa pelik. Aku pura-pura sambung tengok handphone aku. Tapi biasalah, apabila perangai lelaki dah keluar, aku nak cuba ngorat perempuan itu. Mana lagi aku dapat peluang macam ni. Sorang-sorang dengan perempuan, macam jodoh. Lagi bila dia senyum kat aku, mesti dia minat.
Aku pun mula langkah aku. Aku bangun dari tempat duduk sambil main handphone. Aku dekati dia. “Hi” sambil duduk sebelah dia. Sekali lagi dia senyum kat aku. Kali ini aku nampak lebih jelas sikit mulutnya. Bibir dia merah.
Aku pun terus tanya, “Awak nak ke mana?” Dia tak jawab. “Bahaya jalan seorang-seorang.” Dia masih senyap. Dalam otak aku fikir main susah nak dapat pulak minah ni.
Aku sambung main handphone. “Awak…” akhirnya dia berkata.
“Nama saya Fuad.” aku balas. “Siapa nama awak?”
“Sudi tak awak teman ke rumah saya?” dia tanya.
Perempuan dah ajak balik, aku sudilah. Jangan lepaskan peluang keemasan. “Boleh je. Awak tinggal kat mana?”
“Tu.” dia jawab. Stesen berikutnya Abdullah Hukum. Alamak, jauh pulak dari rumah aku. Takpela. Ada grab. Aku pun angguk.
Sampai lrt Abdullah Hukum dia tak bangun. “Kata ni stesen awak?” Dia terus diam. Lrt tu mula jalan. Aku jadi pelik. Sebaik dia jalan, perempuan tu bangun. Aku tengok je dia. Dia berjalan ke pintu keluar dan toleh ke arah aku. Dia senyum. Aku terkedu. Tak lama kemudian dia lalu tembus pintu itu dan ghaib.
Satu badan aku meremang. Apa yang aku baru lalui.
Keesokkan harinya aku demam. Sejak hari itu aku trauma naik lrt.
Pengurus hotel mendapat aduan bahawa air di dalam tandas kelat. Apabila dia hantar orang untuk periksa, mereka dapati ada mayat perempuan dalam tangki air. Di
sebabkan ketangkasan Pengurus hotel, berita ini dapat di sembunyikadari media. Tapi sejak itu, hotel diganggu hantu perempuan bermuka pucat seperti lemas.
Anak sedang tidur dalam buai. Aku di tugaskan untuk jaga anak sambil tunggu isteri mandi. Tiba-tiba dia sedar sambil menangis. Tangan tunjuk ke arah belakang aku. Macam dia nampak sesuatu. Apabila toleh, aku taknampak apa-apa. Bulu roma aku naik.
Agaknya, apa dia nampak.
Aku duduk di sebuah hotel terpencil yang di kelilingi hutan. Waktu malam aku boleh bau udara yang segar, bunyi cengkerik yang jelas dan pemandangan bulan yang indah.
Tiba-tiba, jam 2 pagi, segalanya berubah. Bau bertukar hanyir, bunyi bertukar seram dan pemandangan..Aku tak berani nak buka mata.
Aku terlepas bas ke KL dari Pagoh. Ada hamba Allah ni yang baik hati, benarkan aku tumpang dia ke KL. Sebenarnya aku tak kenal dia sangat,dia kawan aku punya kawan. Sesuatu pelik berlaku sepanjang per jalanan,aku tak tahu antara imiginasi aku, tapi aku terdengar suara budak bercakap kat belakang, padahal dalam kereta tu ada kami berdua saha ja. Sampainya dirumah aku, dia minta maaf. Dia beritahu aku, dulu, kereta ni pernah
eksiden dan anaknya mati. Oleh kerana itu, dia dan bekas isterinya bercerai. Dia tak sanggup jual kereta ni kerana jasad anaknya masih boleh di dengar.
Selepas 1O tahun tak pulang, akhirnya Amir mencari keluarganya di kampung. Ibunya menyambut Amir dengan riang. Dia tak berhenti peluk, tak berhenti mengalirkan air matanya. Petang itu ayahnya pulang. Dia terkejut melihat Amir dan tanya bagaimana dia masuk rumah. Amir beritahu ibu yang buka pintu. Kata ayahnya, “Mir, ibu kau dah lama meninggal.”
Kami sedang lepak kedai kopi member aku. Dah tak ada pelangan. Tinggal kami je dalam kedai kopi ni. Sedang berborak, tiba-tiba kami buka cerita tentang hantu. Sedang syok bercerita, aku perasan ada hantu bertengkek di atas pokok. Apa lagi, kami cabut.
Aku hampir jatuh dalam tandas kerana lantainya licin. Dah banyak kali pesan kepada keluarga aku, kalau mandi tu jangan sampai lantai basah. Selesai mandi aku baru nak capai tuala, di sebabkan licin, aku terjatuh. Apabila aku sedar, aku perasan aku di dalam keranda, badan ku di balut dengan kain kafan dan sayup-sayup aku dengar suara sebut… Man Rabbuka?
Sedang syok main world wide web, tiba-tiba ada link ‘tekan sini kalau nak tengok awek cun’. Apa lagi, aku tekanla. Link itu menipu. Dia sebenarnya bawa aku ke dunia Dark Web. Sekali masuk, susah otak kita nak keluar dari dunia tu.
Abam ada seorang kawan, dia dah kahwin tapi dia kaki wechat. Hari tu dia beritahu abam, dia wechat dengan seorang awek ni, cun gila, setuju keluar dengan dia. Kawan abam ni
pergi lah ambil dia kat rumahnya. Dia terkejut apabila gps bawa dia ke kawasan kubur. Rasa tertipu, dia call awek tu. Kata awek tu jadi siapa sebelah awak ni?” Apabila kawan abam pusing kepala, ada seorang perempuan duduk sebelah dia.
Aku dah berumahtangga lebih dari 5 tahun. Sedang aku kemas rumah, aku terjumpa album kahwin. Kami pun mengimbas kembali kenangan manis hari perkahwinan kami. Satu demi satu gambar kami hayati, sehingga gambar seluruh keluarga aku. Di tepi abang
aku, boleh lihat wajah ayah dalam gambar itu. Masalahnya, ayah aku dah meninggal dunia dua bulan sebelum majlis perkahwinan kami.
Isteri selalu marah aku sebab suka tunggu sampah penuh baru buang. Satu malam, anak terjaga sebab berak. Selepas kemas kan dia, aku ke dapur nak buang pampersnya. Aku
terkejut melihat satu lembaga hitam sedang mencari sesuatu dalam tong sampah aku.
Untuk cari duit lebih, aku dan kawan-kawan aku akan pasang bunting untuk mana-mana syarikat memerlukan perkhimatan kami. Satu malam ni, kami di tugaskan memasang
bunting untuk satu syarikat pemaju. Di satu tiang berdekatan dengan hospital, kami nampak seorang perempuan tua berambut panjang dan melambai-lambai tangannya
Tiang-tiang kawasan hospital itu kami biarkan.
Bila kerja di Singapura, pukul 4 pagi dah keluar rumah. Selalu kat border tu yang sangkut. Satu hari tu, aku keluar jam 3.30 pagi, betul-betul kat kastam, isteri aku kata dia nampak aku kat dapur. Dia ingat aku belum pergi kerja lagi. Tak mungkin. Dah sejam aku keluar rumah. Isteri aku takut, suruh aku balik. Patutkah aku balik?
Isteri aku mengandung. Dia menghidam buah pulasan. Malang ya, bukan musim. Dari kl ke Pinang kami cari. Tak jumpa. Sehinggalah kami jumpa gerai buah depan dewan terbiar
di Selama. Alhamdulillah, dapat isteri merasa buah pulasan. Keesokkan hari apabila kita pergi tempat sama, kami tak jumpa gerai itu. Hanya dewan terbiar je ada. Tak ada tanda langsung gerai itu pernah wujud.
Aku sedang belajar untuk ujian akhir tahun manakala roomate aku sedang sembahyang magrib di surau asrama. Tengah khusyuk belajar, tiba-tiba ada orang tegur melalui tingkap, tak pergi sembahyang ke?” Aku jawab, “jap lagi aku sembahyang. Celaki itu pun
tinggalkan aku. Jap…Bilik aku di tingkat 3.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.