Tuntutan kerja membuatkan aku sering dihantar ‘out station’. Aku terpaksa meninggalkan isteri aku berhari-hari. Kadang-kala berminggu. Itu lumrah hidup. Sudah banyak hotel yang aku menginap. Kecil, besar, 5 star, 1 star. Pelbagai peristiwa juga pernah aku lalui tetapi apa terjadi kepada aku di sebuah hotel di Vietnam akan sentiasa menghantui diriku.
Aku di hantar kursus di Vietnam bersama seorang lagi rakan setugasku, Kamal. Kursus itu mengambil masa 4 hari. Di Vietnam, kami menginap di sebuah hotel bertaraf tiga bintang. Hotel itu cukup selesa dan cantik. Ada bathtub lagi. Kali ini kami di beri bilik seorang satu. Maklumlah office baru score big.
Malam pertama, tidak ada apa yang pelik berlaku. Mungkin terlalu penat, aku terus masuk tidur. Sampaikan terlupa nak telefon isteriku. Terbangun dari tidur aku melihat ada 32 miss call. Siapa lagi kalau bukan isteri aku. Aku terus menelefonnya. Mengamuk dia. Sampai dia tuduh aku keluar dengan perempuan Vietnam. Aku menafikan dan meminta maaf berkali-kali. Akhirnya, isteri aku maafkan aku.
Isteri aku beritahu ada sekali tu rasanya dalam pukul 12 lebih, dia dapat hubungi aku. Tapi katanya suara seperti budak angkat. Dia tak faham kerana suara itu dalam bahasa Vietnam. Aku beritahu dia, mungkin itu pengumuman “nombor yang anda dial tidak dapat di hubungi” tapi dalam bahasa Vietnam. Kami sambung borak sehingga aku kena bersiap ke kursus.
Seperti biasa kursus berjalan lancar. Aku dan Kamal pulang ke hotel selepas dinner. Dia masuk bilik dia, aku masuk bilik aku. Sebelum kejadian semalam berulang, aku menelefon isteri aku. Selepas selesai check in dengan isteri, aku buka air di bathtub. Aku dah target nak berendam dari semalam lagi. Malam ini aku berpeluang merehatkan diri aku di dalam bathtub hotel dengan bertemankan lagu Siti Nurhaliza.
Selepas puas berendam, aku barguling di atas katil sambil menonton tv. Cerita Ju On sedang bermain di salah satu channel mereka. Aku ni bukanlah berani sangat. Tapi paksa diri untuk tengok. Sebaik sahaja hantu Ju On tu keluar aku tukar ke channel sukan. Aku mula ngantuk. Aku whats app isteri aku dan beritahu aku nak masuk tidur. Badan dah letih, mata pun dah mengantuk, lalu aku terus di buai mimpi.
Tepat pukul 12, aku terjaga apabila terdengar jeritan mengilai. Rupanya di kejutkan oleh hantu dalam cerita Ju On. Aku rasa pelik. Tak silap aku, aku dah ubah channel. Aku ubah balik ke channel sukan. Aku mengambil phone aku sambil bawa ke tandas. Aku melihat isteri aku balas mesej aku. Aku tersenyum sambil buang air kecil. Apabila aku ke katil, aku lihat tv itu ubah semula ke cerita Ju On. Sekali lagi aku ubah ke channel sukan. Tapi kali ini tv itu ubah sendiri di depan mataku. Aku terperanjat!. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Dengan lajunya aku menutup tv. Buka ayat ruqyah dan paksa diri tidur.
Sebaik sahaja mata aku nak lelap, aku dengar suara budak bermain di bilik sebelah. Terbeliak balik mata aku. Bulu roma aku meremang. Sudah jam 12 lebih, budak mana yang tak tidur lagi. Tiba-tiba aku dengar budak itu mengilai. Aku kuatkan ayat ruqyah. Aku pun ikut melafazkan juga. Tak sedap betul rasa badan seperti di selubungi ketakutan. Tidak lama kemudian suara budak itu berhenti. Aku pun paksa diri untuk tidur.
Esoknya aku cerita dekat Kamal apa yang berlaku. Aku tanya jika Kamal dengar suara budak menjerit. Kamal kata dia tidak dengar apa-apa. Kamal beritahu itu mungkin mainan otak aku sahaja. Mungkin aku penat sangat. Aku ajak Kamal tidur sebilik. Dia gelak sahaja kat aku.
Malam ini malam terakhir kami di hotel itu. Selepas dinner dan telefon isteri, aku terus buka ayat ruqyah di handphone. Aku paksa diriku tidur.
Tepat pukul 12, aku terjaga dengan jeritan budak. Perasaan takut tu muncul semula. Dah lah ayat ruqyah kat handphone dah berhenti. Aku tak berani buka mata. Aku cuba capai-capai handphone. Aku ambil handphone dan selimutkan diri aku.
First, aku buat adalah telefon Kamal. Tapi dia tak angkat. Aku cuba buka surah ayat ruqyah semula tapi handphone aku mati. Nasib badan. Suara budak itu makin kuat. Tapi kali ini suara itu seperti dalam bilik. Hanya tuhan sahaja tahu apa perasaan aku. Nak buka selimut tak berani. Nak berdiam diri pun tak berani. Akhirnya aku kuatkan semangat dan berlari ke pintu. Alamak, terlupa pulak access card. Berlari semula ke katil, grab access card dan buka pintu. Plan aku nak pindah ke bilik Kamal.
Sebaik sahaja pintu aku terbuka, ada seorang budak sedang main di luar bilik. Aku terfikr “Anak siapa tu?” aku sambung berfikir, “Bodohnya soalan aku. Itu bukan budak biasa. Itu hantu la bodoh.” Tiba-tiba aku sedar bahawa aku terkedu depan pintu. Budak itu berhenti main dan menoleh kat aku. Dalam bahasa Vietnam, budak itu bercakap. Dia seperti mengajak aku main. Luruh jantung aku dibuatnya. Tak tahu nak ke mana, aku cepat-cepat tutup pintu. Terduduk. Aku fikir apa celakalah nasib aku ni.
Tiba-tiba pintu bilik aku di ketuk. Di sambung dengan suara budak itu. Merangkak aku jauh dari pintu. Terperangkap dalam bilik, aku hanya ada satu option. Aku telefon front office. Minta tolong dia hantar seseorang ke bilik aku. Aku explain apa terjadi. Orang hotel seperti faham. Suara budak itu semakin kuat. Semakin memanggil-manggil. Aku tutup mata dan baca surah ayat ruqyah.
Aku rasa di perhatikan. Tak selesa di buatnya. Mata yang memerhati itu berada sangat dekat dengan aku. Bulu roma ditengkuk aku meremang. Tak tahu apa bodohnya, aku buka mata perlahan-lahan… Tiada siapa di depan aku. Aku toleh ke kiri. Kosong.
Tapi apabila aku toleh ke kanan, budak itu betul-betul sebelah aku. Dia mengilai. Aku tergolek jatuh dari katil. Dia hulur tangannya seperti ajak aku bermain dengannya. Aku bangun dan lari keluar bilik.
Alhamdulillah budak hotel tiba tepat pada masanya. Aku terus meniarap sambil memegang kaki budak dalam keadaan mengigil. Kamal pun keluar dari bilik. Dia hairan apa yang kecoh sampai terganggu tidurnya. Dia lihat aku terbaring ketakutan. Aku beritahu apa aku lalui. Kamal masuk bilik aku dan ambil barang-barang penting. Kamal kata budak itu dah tak ada. Dia seperti memperli aku. Kamal ajak aku tidur di biliknya. Dia tahu aku dalam keadaan shock. Tanpa jawab apa-apa, aku bangun dan ikut dia.
Keesokkan harinya kami bersiap sedia untuk pulang. Aku tak sabar nak balik dan tinggalkan hotel yang ngeri ini. Kamal masih tidak percaya dengan cerita aku. Dia sambung perli aku. Selepas kami check out, budak hotel semalam datang jumpa kami. Dia beritahu bahawa khabarnya sebelum hotel ni dibina, untuk kukuhkan struktur bangunan, mereka telah tanam janin bayi di bawah tapak hotel. Terkejut Kamal dengar cerita itu.
Budak hotel itu sambung ceritanya, ramai staf hotel pernah nampak budak itu bermain-main di ruang hotel. Tapi dia sendiri tak pernah nampak apa-apa. Staf hotel percaya budak yang mereka nampak itu adalah roh janin bayi itu sendiri.
Roh ke tak roh, aku nekad tak mahu pulang ke hotel itu lagi…
∞
Suatu malam sekitar jam 9, Kodi menunggu bas. Seorang perempuan comel berambut pendek dengan cermin mata jatuh ke hujung hidung turut menunggu bas. Dia memberi Kodi senyuman kecil, dan Kodi membalas. Mereka akhirnya duduk bersebelahan di dalam bas dan mula berbual. Nama perempuan itu Maya. Mereka terkejut kerana mempunyai banyak persamaan.
Maya memberi hint untuk Kodi mengambil nombornya, namun Kodi hanya tersenyum. Sampai di hentian, Maya sekali lagi memberi hint, tetapi Kodi tetap tidak berbuat apa-apa. Sejak itu Kodi menyesal dan berulang kali menunggu di tempat sama, berharap dapat bertemu semula.
Selepas dua minggu menunggu, akhirnya Kodi bertemu Maya semula. Maya memakai baju serba putih, harum dengan wangi bunga melati. Mereka berbual mesra di perhentian bas. Namun tiba-tiba sebuah kereta polis berhenti, memberi amaran bahawa kawasan itu keras dan pernah berlaku kes ragut hingga meragut nyawa seorang perempuan.
Kodi kemudian menghantar Maya ke rumahnya. Sampai di sana, suasana majlis penuh orang berbaju melayu. Maya meminta Kodi masuk. Kodi pelik, tetapi menurut sahaja. Seorang lelaki menyapa Kodi, memperkenalkan diri sebagai abang Maya.
Kodi bertanya tentang Maya. Abangnya lalu membawa Kodi bertemu ibu bapa Maya. Saat itu rahsia terbongkar: Maya sebenarnya sudah meninggal dunia tengah hari tadi setelah koma dua minggu akibat diseret perompak ketika diragut. Kodi terkejut besar kerana menyedari Maya yang bersama dengannya hanyalah roh.
Selepas kejadian mengejutkan itu, Kodi akhirnya menerima cadangan ibunya untuk berkenalan dengan anak sahabat ibunya. Walaupun trauma, kisah pertemuan bersama Maya menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.
Inilah sebuah kisah seram romantik yang mencampurkan elemen cinta, misteri, dan pengajaran tentang jodoh serta takdir yang tidak dapat diduga.
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
∞
Kami baru pindah ke sebuah rumah flat di Selayang. Rumah ini kami beli lebih kurang RM 150 000. Alhamdulillah selepas 3 tahun duduk dengan rumah mertua, kami mempunyai rumah sendiri. Selepas kahwin, kami dah mula kumpul duit. Maklumlah, bila duduk dengan mertua, kena sopan santun. Macam tak bebas.
Aku bekerja sebagai pemandu bas. Isteri aku seorang jururawat. Kami jatuh cinta semasa aku eksiden Rina, semasa tu belum jadi isteri lagi, adalah salah seorang jururawat yang jaga saya. Cinta kami berputik di Hospital Selayang.
Kami belum di kurniakan cahaya mata lagi. Keluarga Rina sangat baik. Secara jujur memang tak ada masalah tinggal kat rumah mereka, tapi kami memang nak kediaman sendiri.
Ada satu masalah rumah itu. Setiap malam kami dengar jiran yang duduk atas rumah kami mengetuk. Tak tahu apa yang dia ketuk tapi ia menganggu tidur aku. Dah la aku kena bangun pagi buta, malam tak boleh tidur.
Setiap malam dia ketuk sehingga satu malam aku dah tak boleh tahan aku nak naik atas. Isteri aku menahanku. Aku pun cuba tenangkan fikiran tapi telinga aku masih dengar bunyi ketukan itu.
Aku buka tv dan tonton bola. Isteri aku samubung tidur. Jam menunjukkan jam 12.30 tengahmalam. Bunyi dari atas dah berhenti. Aku pun fokus kat tv. Tibq-tiba kedengaran bunyi bising kat luar. Siapa lagi tak tidur ni?
Aku pun buka pintu dan intai luar, terkejut apabila aku nampak seorang perempuan bermabut kusut, sedang mengcangkung di atas tembok sambil menghulur tangan. Di depannya ada seorang budak sedang terkapai-kapai nak naik tembok. Mereka tak perasan aku. Aku tutup pintu perlahan-lahan tapi berbunyi juga. Kedua-dua makhluk itu pusing kepala dan memerhati aku.
Aku terus tutup pintu dan cuba menonton perlawanan bola semula. Sampai habis bola aku tak habis fikirkan apa terjadi tadi. Aku kuatkan semangat dan buka pintu. Kali ini aku tak nampak apa-apa. Aku kunci pintu dan nak masuk tidur.
Aku baring memeluk isteri aku. Dia terjaga, tiba-tiba aku dengar bunyi orang sedang tukul. Aduh. Makin kuat pulak ketukan itu. Esok aku memang cadang nak beri teguran kat dia.
Keesokkan harinya, aku pulang lebih kurang pukul 9 malam. Selepas mandi dan makan, bunyi ketukan itu di dengar lagi. Aku terus naik atas. Aku ketuk rumah jiran atas aku. Tiada orang jawab. Aku ketuk kuat lagi. Masih tak ada orang jawab. Aku nampak seorang pakcik baru pulang dari kerja. Aku menahannya dan tanya dia. Pakcik itu beritahu aku yang rumah itu dah lama tak ada penghuni. Aku tak percaya. Aku beritahu setiap malam kami dengar ketukan. Pakcik itu beritahu orang yang duduk kat rumah tu dulu ada bela bermacam-macam. Kalau nampak seorang perempuan dan seorang budak berkeliaran di kawasan rumah itu, ia adalah hantu belaan penghuni rumah itu.
Aku pun turun. Isteri aku tanya apa terjadi. Aku beritahu beritahu isteri aku, tak sempat jumpa. Mungkin esok. Tak sanggup aku nak beritahu kebenaran.
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
∞
Malangnya, pada tarikh itu Malaysia dilanda jerebu yang teruk. Rakyat dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan seboleh-bolehnya tidak keluar rumah. Ajit agak kecewa kerana dia sudah banyak berbelanja membeli peralatan baru, malah cutinya juga telah diluluskan. Melihat kekecewaan itu, Cikang mencadangkan supaya mereka teruskan rancangan walaupun jerebu masih tebal. Apie dan Juma pada awalnya ragu-ragu, tetapi akhirnya bersetuju.
Mereka pun berlayar menggunakan bot milik pakcik Juma. Suasana jerebu amat pekat, kiri kanan sukar dilihat. Namun semangat mereka lebih kuat daripada kebimbangan.
Selepas 20 minit, Juma menghentikan enjin bot dan mengajak memulakan aktiviti. Hampir dua jam berlalu tanpa seekor ikan pun yang tersangkut. Apie pula terasa mengantuk. Dia membentangkan tilam nipis lalu cuba tidur. Saat dia hampir lelap, dia terasa seperti ada orang berjalan di tepi kakinya, namun apabila membuka mata, tiada siapa. Dia cuba tidur semula tetapi kali ini terasa tilamnya dipijak. Walaupun pelik, dia cuba tidak mempedulikannya. Tidak lama kemudian, bunyi ketukan dinding kapal kedengaran. Apie mula merasa takut lalu bangun mencari kawan-kawannya.
Ketika itu, Ajit tiba-tiba ternampak sesuatu seperti cahaya laser terbang. Cikang menegurnya kerana menganggap ia bukan laser biasa. Suasana semakin tegang apabila mereka semua terdengar suara tangisan dari dalam kapal. Juma cepat mengingatkan agar jangan ditegur. Tangisan itu bersambung dengan bunyi ketukan dinding kapal, malah sebuah cawan jatuh bergolek sendiri ke arah mereka.
Ajit segera membaca ayat suci untuk menenangkan diri. Apie pula cuba memancing kembali bagi mengalih perhatian. Walau cuba berlagak tenang, mereka semua dapat merasakan suasana yang amat menyeramkan.
Tiba-tiba rod Ajit bergerak menandakan ikan pertama berjaya dipancing. Mereka seketika melupakan ketakutan. Namun, Ajit terkejut kerana menyedari sesuatu aneh. Dalam bot itu sepatutnya hanya ada empat orang, tetapi dia ternampak lima orang. Lebih mengejutkan, salah seorang daripadanya menyerupai Juma. Wajah itu terus hilang sambil mengilai dengan kuat. Keadaan bertambah seram dan Cikang mencadangkan agar mereka segera pulang kerana jerebu juga semakin tebal.
Belum sempat mereka pulang, tiba-tiba bunyi siren kedengaran. Sebuah kapal besar muncul dari jerebu dan hampir melanggar bot mereka. Mujurlah mereka terselamat. Dengan situasi penuh bahaya, gangguan hantu, dan hasil pancingan yang hampir tiada, mereka akhirnya sepakat untuk kembali ke darat.
Itulah pengalaman seram memancing di laut ketika jerebu yang tidak akan dilupakan oleh mereka berempat. Apa yang mereka lalui menjadi pengajaran bahawa kadang kala keselamatan lebih utama daripada hobi.
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
∞