Zeti memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelan dia untuk masuk asrama tercapai apabila dia mendapat tawaran ke salah satu asrama di Negeri Sembilan.
Minggu pertama asrama, mereka semua akan melalui orientasi. Malam itu mereka membuat satu aktiviti bersama pelajar senior.
Sebelum memulakan aktiviti, salah seorang senior menceritakan sebuah kisah tragis yang terjadi di asrama ini.
‘Beberapa tahun lepas, ada seorang pelajar perempuan putus cinta bersama kekasihnya. Mereka putus kerana kekasihnya jatuh cinta dengan perempuan lain. Pelajar ini di katakan menangis sepanjang hari di dalam tandas kerana terlalu sedih. Oleh kerana esok peperiksaan, tiada seorang pun kawannya yang cuba pujuknya. Keesokkan harinya, dia di jumpai mati di dalam tandas itu. Mulutnya berbuih. Matanya merah. Mukanya pucat. Mengikut cerita, pelajar itu bunuh diri dengan makan racun tikus kerana tak boleh kawal kesedihannya.’
Tiada siapa yang tahu antara cerita itu betul-betul terjadi atau tidak tapi ia telah menjadi cerita lagenda di asrama itu. Setiap tahun, senior akan menceritakan kepada pelajar-pelajar baru untuk menakut-nakutkan mereka.
Selepas itu, setiap pelajar baru akan di tutupkan matanya dengan kain dan di pimpin oleh pelajar senior ke satu tempat rahsia. Mereka di paksa senyap selama sejam. Pelajar yang gagal bertahan akan menjadi boneka untuk pelajar senior selama sebulan. Walaupun kasar permainan senior, tapi mereka tak pernah letak pelajar baru ke dalam tandas berhantu. Mereka sendiri takut dengan cerita tragis itu.
Zeti di letakkan berdekatan dengan tandas yang di katakan di mana pelajar perempuan itu bunuh diri. Kerana matanya di tutup dengan kain, dia tidak tahu lokasinya. Walaupun takut, Zeti hanya mampu berdiam diri dan menunggu permainan ini berakhir.
Dengan mata tertutup, Zeti hanya dapat mengunakan deria pendengarannya sahaja. Bunyi yang pertama dia fokus adalah bunyi cengkerik. Di sambut dengan bunyi cicak. Sekali sekala Zeti dapat dengar bunyi tapak kaki. Zeti tahu itu bunyi senior sedang buat check up mereka.
Selepas lebih kurang 20 minit matanya tertutup, tiba-tiba Zeti dengar suara tangisan seorang perempuan. Pada awalnya sayup-sayup. Semakin lama, semakin kuat, semakin dekat. Seperti dia sedang menghampiri Zeti.
Ini mesti taktik senior untuk menakut-nakutkan pelajar baru, fikiran Zeti. Suara tangisan itu berhenti di depan muka Zeti. Dia merasakan ada orang sedang memerhatinya dari dekat.
Tak lama kemudian Zeti merasakan dia di paksa bangun dan di bawa ke tempat lain. Zeti ikut sahaja. Tapi ada sesuatu yang pelik, senior yang pimpin dia tu, tidak kedengaran bunyi tapak kaki.
Tak lama kemudian, bunyi pintu di buka. Mereka masuk ke dalam bilik itu dan dengar pintu tertutup. Zeti di letakkan di dalam bilik itu. Dia tidak tahu di mana dia berada tapi dia boleh dengar bunyi air mengalir melalui paip. Macam dalam tandas. Tiba-tiba otak Zeti terfikir tentang cerita tragis tadi. Sebaik sahaja, Zeti dengar bunyi tangisan. Naik bulu romanya. Zeti rasa macam nak mengaku kalah. Dia dah tak tahan. “Tolong saya boleh?” suara seorang perempuan.
“Saya give up. Tak boleh. Tak boleh.” kata Zeti sambil buka kain ikatan di matanya.
Alangkah terkejut apabila dia nampak seorang pelajar perempuan, mulutnya berbuih, matanya merah dan kulitnya pucat sedang duduk di kerusi tandas sambil menangis. “Tolong saya. Kenapa tak ada orang tolong saya.” perempuan itu bertanya.
Dalam otak Zeti, ini mesti hantu yang mereka katakan. Zeti berlari keluar dari tandas. Makin jauh dia lari, makin hilang suara tangisan itu.
Dia terserempak dengan dua senior seperti mencari sesuatu. “Kau pergi mana? Satu sekolah kami cari kau.” salah seorang dari mereka bertanya.
“Dalam tandas berhantu kak! Ada orang letak saya dalam tandas itu!” kata Zeti.
Kedua-dua mereka terkejut. Zeti di bawa berjumpa dengan senior-senior yang lain.
Zeti ceritakan kesemuanya kepada senior. Apabila di tanya, tiada seorang dari mereka yang mengaku membawa Zeti ke dalam tandas itu.
Sophia baru memulakan sesi persekolahan di asrama. Dia baru tingkatan 1. Oleh kerana belum serasi, Sophia tersedar dari tidur dalam pukul 2 pagi. Bila dah tersedar tu, susah pula nak tidur semula.
Tak tahu kenapa, tiba-tiba Sophia berani. Dia bangun dari tempat tidue dan berjalan keluar dari dorm. Dia pandang ke bawah, pastu pandang blok lain. Lalu aku masuk balik ke dalam dorm. Dia baring sambil berfikir.
Waktu itu, semua kawan-kawan Sophia sudah lena dibuai mimpi. Sophia keluar masuk dorm pun tiada siapa yang sedar. Suasana sangat sunyi, yang ada hanya bunyi kipas buruk yang cukup untuk menyejukkan udara di dalam dorm itu.
Apabila Sophia mahu lelapkan mata, dia terdengar bunyi seperti ada orang tengah berjalan di koridor. Dia buka mata, tapi tidak nampak apa-apa pun. Ngantuk, Sophia sambung tidur.
Sekali lagi Sophia terdengar bunyi orang berjalan dan sekali lagi apabila dia muka mata, dia tidak nampak sesiapa. Dalam beberapa minit kemudian, bunyi itu datang semula. Kali ini, bukan sahaja bunyi kaki, tapi dengar sekali dengan bunyi nafas. Bunyi nafas itu seolah-olah kedengaran tidak berapa jauh dari Sophia, dan ia bergerak semakin dekat dan dekat. Kali ini badan Sophia terkaku. Sehingga matanya tak berani buka.
Lepas tu, terasa katilnya digoyangkan sambil nafasnya terdengar kuat. Mulut Sophia terus terkumat-kamit membaca doa dan surah-surah yang dia ingat. Masa tu, badan Sophia sudah mula terketar-ketar. Selimut pula dia genggam erat sebab takut hantu itu main tarik selimut dan sergah. Ketika itu, bunyi nafasnya jelas kedengaran di sebelah kaki katilnya. Meremang bulu roma Sophia.
Lama juga katil goyang. Tiba-tiba terhenti. Sophia rasa bersyukur.
Oleh kerana katilnya sudah tidak bergegar lagi, Sophia berani buka mata. Dia nampak siling asrama. Dia pusing ke kiri, kawan-kawannya yang sedang tidur. Dia pusing ke kanan. Sama. Tiada apa-apa yang menakutkan. Sophia pelik, sorang pun tak sedar akan kehadiran hantu itu. Dia sambung semula masuk tidur.
Sophia terasa di kejut kan oleh seseorang. Dia dengan mamai-mamai membuka mata. Apabila dia buka, terkejutnya dia, apabila yang kejut dia seorang hantu perempuan tidak berwajah. Hantu itu tidak bergerak. Hanya memerhati Sophia. Badan Sophia tidak bergerak. Dia tidak tahu nak buat apa.
Hantu tidak bermuka itu bangun dan meninggalkan dorm keluar ke koridor. Sophia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa dia seorang je yang di ganggu. Tak lama kemudian azan subuh. Sophia bangun dan ambil air sembahyang.
Hari berikutnya hantu itu tidak lagi menakutkan Sophia. Tapi Sophia dengar cerita tentang asal usul hantu tidak bermuka itu daripada senior. Rupanya hantu itu adalah bekas pelajar sekolah itu yang kononnya di pukul sehingga rupanya tidak boleh di cam.
Justina berkerja mengunakan perkhimatan KTM berdekatan rumahnya. Ke KTM dari rumah dia, ada dua jalan, satu jalan track melalui taman, lampu kiri kanan di mana ia mengambil masa 10 minit manakala satu jalan yang melalui kebun sebelah taman hanya mengambil masa 3 minit. Masalah jalan tu tidak berlampu.
Setiap pagi, apabila pergi kerja, Justina akan mengunakan jalan pendek, iaitu melalui kebun, tapi apabila malam, Justina akan mengunakan jalan track.
Satu hari Justina balik kerja seperti biasa. Dia sampai ke stesennya dalam pukul 8.15 pm. Justina sedang rushing balik rumah nak tengok Impiana pukul 9 kat Astro Ria. Apabila keluar dari stesen keretaapi, dia nampak seorang perempuan sedang berjalan mengunakan jalan shortcut. Oleh kerana ada orang lain guna jalan tu, Justina ikut perempuan itu. Kalau ada teman, berani je guna jalan tu.
Beberapa langkah berjalan, tiba-tiba perempuan yang Justina ikut itu hilang. Justina memandang belakang, tak kan dia nak patah balik. Justina memandang ke depan. Dia pun mula berjalan.
Justina lalu di tepi pokok pisang. Justina nampak sebuah kain putih kat pokok pisang itu. Kain itu bergerak ke atas seperti disiJustina tidak sengaja mendongak. Justin memerhati dari hujung kain hingga ke badan seekor pontianak yang sedang bertengkek di atas pokok pisang. Pontianak itu sedang memerhati kan Justina. Betambah seram apabila pontianak itu gerakkan kepalanya dan senyum memerhatikan Justina.
Justina terus pandang ke bawah. Dia berjalan dengan laju. Di atas kepalannya, dia dapat rasa pontianak itu sedang terbang mengekori dia. Di tambah pula, kadang kala pontianak itu mengilai.
Justina rasa sangat jauh untuk sampai ke kawasan rumah pangsapurinya. Dia berhenti. Tercunggap. Dia dapat rasa pontianak itu masih di atas.
Tiba-tiba dia merasakan pontianak itu dah tak ada. Dia mengintai, betul, pontianak itu sudah hilang. Justina mengambil keputusan untuk berlari ke rumahnya.
Dia berlari sehingga sampai kawasan rumah pangsapurinya. Rasa lega yang teramat. Gembiranya dia melihat rumahnya. Dia pun berjalan ke rumahnya.
Sampainya depan rumahnya, dia memerhati ke belakang, tiada sesiapa. Dia pun masuk ke dalam rumah, kunci pintu, buka tv dan siap sedia nak mandi. Di pintu bilik mandi, Justina nampak kain putih berjuntai. Justina tak sedap hati. Apbila dia pandang atas, sangkaan dia betul, pontianak itu ikut dia balik.
Ini berlaku 10 tahun dahulu. Syam dan isterinya, Ira, tinggal di kampung. Semasa itu Ira berbadan dua. Sudah 7 bulan dia mengandung.
Kejadian ini berlaku semasa perjalanan mereka pulang dari rumah saudara. Rumah kami tak jauh. Dalam 10 minit kalau berjalan kaki. Syam ada motor. Malangnya malam itu motor Syam buat hal. Sebenarnya tak cadang pun lepak lama tapi sebab syok bercerita, mereka lupa jam dah hampir pukul 11 malam. Saudara Syam menawarkan diri untuk hantar tapi mereka tolak. Katanya bukan jauh sangat rumah.
Dalam perjalanan ke rumah, Ira menegur, “Bang, kat belakang tu ada cahaya”. Saya tanya cahaya apa. Ira terangkan bahawa sejak masuk jalan besar tadi, ada cahaya putih mengikuti mereka. Lalu Syam pusing kepala. Memang ada. Cahaya itu sedang bertebangan di atas sebuah pohon. Ira semakin takut. Dia dah lah mengandung. Takut ada apa-apa terjadi dengan bayi dalam perut. Syam beritahu isterinya untuk tunggu di sini. Ira tak mahu. Syam suruh Ira percaya dia. Ira pun ikut arahan.
Kata orang kalau nak lihat benda-benda ghaib, kita mesti berjalan tiga langkah, lalu pusing dan kangkang kaki. Selepas itu bongkokkan badan dan lihat dari celah kaki. Lalu, Syam melangkah… Satu…. Dua… Tiga… kemudian dia pusing dan kangkang kakinya. Dia bongkok dan melihat cahaya itu dari celah kaki. Terkejut dia apabila dapat tahu bahawa cahaya itu sebenarnya hantu penanggal. Dengan lidah yang panjang, hampir terkena bumi, matanya terbeliak, Ususnya tergantung dekat atas pohon sambil pandang tajam ke arah Ira.
Syam dengan perlahan-lahan menuju ke Ira, peluk dia dan memaksa Ira untuk berlari. Sambil lari baca ayat kursi. Ira mula panik. Syam cuba tenangkan Ira. Syam mengingatkan Ira untuk baca ayat kursi.
Kedua-dua mereka lari. Sambil lari sambil baca ayat kursi. Syam kesian dengan isterinya tapi dia terpaksa lari. Akhirnya mereka sampai ke rumah. Syam menoleh ke kiri ke kanan, cahaya itu dah hilang. Alhamdulillah, syukur. Syam lihat isterinya. Dia bawa isterinya masuk ke rumah dan berikan dia air kosong. Syam menelefon ustaz untuk bantu kuatkan semangat isterinya. Tak lama kemudian ustaz pun sampai. Dia beri air tangkal kepada Syam dan Ira.
Dua bulan kemudian, Ira melahirkan cahaya mata pertama mereka. Seorang budak lelaki. Syam tidak dapat menahan kegembiraannya. Dia menangis melihat anaknya itu. Syam sudah bergelar ayah.