Hi, Team Seram Kat seeNI. Aku M, nak share cerita seram universiti zaman aku study. Zaman ni tengah muda, so perangai gila-gila tu tebal sikit. Aku jenis suka explore tempat orang tak pergi dalam universiti. Saja suka-suka, bukan nak cari hantu pun.

Dekat universiti aku ni ada fakulti perubatan. Aku ajak beberapa geng aku yang sama kepala ikut sekali, sebab pishang juga kalau sorang-sorang. Bangunan fakulti perubatan ni ada dua wing — kiri untuk student, kanan untuk staff.

Permulaan Cerita Seram Universiti

Kami bukan budak perubatan, jadi mana tahu apa ada kat wing kanan tu. Jadi kami pun terjah ke wing kanan. Aku sempat berseloroh, “Ikut kanan lebih afdhal~”. Rupanya betul-betul afdhal aku dapat malam tu.

Tempat staff biasanya lebih ketat kawalan keselamatan, semua pintu ada passcode. Tapi peliknya malam tu, ada satu je pintu yang terbuka. Kami ingat pintu tu rosak, jadi terus je masuk sebab curious. Aku yang tolak pintu tu dulu.

Ads

Ruang Gelap dan Sejuk

Dalam tu malap gila. Cuma ada cahaya dari sign EXIT. Aku cakap, “Takpa, guna lampu handphone je.” Dengan cahaya tu, kami nampak banyak kabinet dan rak fail, tapi tak banyak meja. Ruang ni sejuk pelik walaupun dah tengah malam. Tapi aku diam je, malas nak tegur benda pelik.

Penemuan Mengejutkan

Dalam ruang tu ada empat pintu lain. Aku berkenan satu pintu besar yang berat macam pintu besi. Aku fikir mungkin bilik simpan dokumen penting. Silap besar. Bila tolak je pintu tu — kami nampak peti besi simpan mayat!

Cerita Seram Universiti: Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Bilik Mayat Fakulti Perubatan

Ads

Semua orang terus senyap. Aku jalan perlahan ke depan. Betul-betul depan mata, ada tiga peti besi bertulis “OCCUPIED”. Aku sempat baca nama — semuanya warga asing. Masa tu, bulu roma naik satu badan. Kawan-kawan dah mula ajak keluar cepat-cepat.

Terperangkap Dalam Fakulti Perubatan

Bila kami keluar ke pintu asal, tiba-tiba pintu tu dah terkunci. Tak boleh buka langsung. Kad student pun tak berfungsi sebab kawasan staff. Kami cuba hampir sejam cari jalan keluar, tapi semua tingkap bergrill, tak boleh panjat atau selit.

Ads

Dalam kepala aku cuma terbayang bilik mayat tadi sebab tingkap dia nampak macam tak ada grill. Tapi nak masuk balik memang tak lah. Rasa sejuk makin kuat, macam ada sesuatu yang perhati kami.

Akhirnya Diselamatkan

Nasib baik ada yang telefon polis bantuan (PB). Bila PB sampai, kami semua kena ceramah panjang. Tapi lega sebab tak kena tindakan disiplin. Cuma pengalaman tu memang takkan aku lupa sampai bila-bila. Cerita seram universiti ni betul-betul buat aku serik nak “explore” waktu malam lagi.

Terima kasih sebab sudi baca. Kadang-kadang benda misteri ni tak perlu kita cabar, sebab ada sebab kenapa tempat tu ditutup.