Siapa yang tidak kenal dengan pulau lagenda Langkawi? Pulau yang penuh sejarah uniknya dan lokasi-lokasi menarik, menjadikan Langkawi destinasi pilihan untuk pelancong tidak kira sama ada dari dalam mahupun luar negara. Tapi tahukah anda, di sebalik reputasi Pulau Langkawi sebagai tumpuan pelancongan yang pesat, pulau lagenda itu turut mempunyai kisah misteri yang jarang dibualkan kepada orang luar. Selama seminggu team Meremang telah menjelajah ke seluruh Pulau Langkawi untuk membongkar kisah misteri yang tersembunyi di sebalik pulau lagenda itu.
Apabila google pulau Langkawi, bermacam-macam info tempat destinasi pelancongan, penginapan yang dapat ulasan tinggi, baran-barang ‘duty free’ dan macam-macam lagi maklumat menarik tentang pulau lagenda itu. Tapi apabila kita google tentang Langkawi mistik, Langkawi seram, Langkawi hantu atau apa-apa dunia ghaib berkait dengan Langkawi, tidak banyak maklumat akan keluar.
Mungkin ia di kaburi dengan dunia pelancongan yang pesat. Kami membuat keputusan untuk meneroka dan merasa sendiri alam ghaib yang ada di pulau itu.
Ads
Sebuah pulau yang penuh lagendanya, Langkawi mempunyai banyak kisah-kisah menarik. Mahsuri apabila di tikam dengan tombok, mengalir darah putih. Air terjun telaga tujuh pula di kait dengan 7 puteri yang suka tempat itu. Sejarah tamadun Langkasuka dan kaitan dengan negeri Patani. Dengan menjejak sejarah pulau itu sahaja, kita sudah dapat gambaran dunia yang misteri, yang penuh mistiknya. Alangkah terkejutnya apabila kami tiba di sana, bermacam-macam cerita yang kami dapat dari orang penduduk sana.
Ads
Langkawi telah membuka hati untuk menceritakan rahsianya kepada kami. Lalu ia menjadi tugas kami untuk menceritakan semula pengalaman kami di sana.
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno Ojo Tangi nggonmu guling awas jo ngetoro aku lagi bang wingo wingo jin setan kang tak utusi jin setan kang tak utusi dadyo sebarang Wojo lelayu sebet
Pernah dengar lirik ini? Ini adalah lirik dari lagu Jawa bernama Lingsir Wengi. Ia dikatakan sebuah mantera untuk menyeru pontianak. Lingsir Wengi tidak di benarkan di nyanyi pada waktu tertentu.
Lagu ini naik populariti semenjak lagu ini dijadikan background music atau lagu latar untuk sebuah filem seram dari Indonesia,berjudul Kuntilanak, di mana apabila scene memuja atau memanggil pontianak lagu itu boleh kedengaran.
Banyak orang yang percaya bahawa lagu tersebut dijadikan lagu untuk memanggil makhluk halus. Hal itu semakin kukuh apabila ada khabar angin dari sebagaian orang yang didatangi pontianak setelah menyanyikan lagu itu.
Tapi adakah lagu ini benar-benar boleh memanggil Pontianak?
Lagu ini awalnya diciptakan oleh Sunan Kalijaga. Beliau yang lahir sekitar tahun 1450M dengan nama kecil Raden Said merupakan salah seorang dari 9 Wali Songo yang menyerbarkan ajaran Agama Islam melalui media kebudayaan jawa seperti wayang kulit, seni ukir , gamelan dan lain-lain.
Beliau juga mempunyai nama-nama panggilan lain seperti Lokajaya, Sheikh Malaya, Pangeran Tuban dan Raden Abdurrahman.
Beliau asalnya mencipta gending “Linsir Wengi ” untuk menolak godaan makhluk halus dan menghalau gangguan yang tidak diingini. Selain itu juga Lingsir Wengi turut didengangkan oleh ibu-ibu tidurkan anaknya yang tak mahu tidur.
Lingsir Wengi ini juga digunakan oleh Sunan Kalijaga setelah melakukan solat malam yang berfungsi untuk menolak bala. Selain itu makna lagu tersebut menyelitkan sebuah doa kepada Tuhan.
Merupakan salah satu lagu gending jawa, Lingsir wengi menggunakan pakem macapat.
Pakem macapat terdiri dari 11 pakem salah satunya pakem durma yang dipakai dalam lagu Lingsir Wengi.
Rupanya dalam filem Kuntilanak, liriknya sudah di ubah untuk menjadikan ia lebih seram. Mungkin di sebabkan itu, ramai percaya Lingsir Wengi boleh menyeru Pontianak.
Ini terjemahan lagu asli Lingsir Wengi oleh Sunan Kalijaga
Lingsir Wengi
Lingsir wengi Sepi durung biso nendro Kagodho mring wewayang Kang ngreridhu ati
Kawitane Mung sembrono njur kulino Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane aku dewe kang nemahi Nandang bronto Kadung loro Sambat-sambat sopo
Rino wengi Sing tak puji ojo lali Janjine mugo biso tak ugemi
Terjemahan dalam bahasa Melayu
Menjelang Tengah Malam
saat menjelang tengah malam
sepi tidak bisa tidur
tergoda bayanganmu
di dalam hatiku
permulaanya
hanya bercanda kemudian terjadi
tidak mengira akan jadi cinta
kalau sudah saatnya akan terjadi pada diriku
menderita sakit cinta(jatuh cinta)
aku harus mengeluh kepada siapa
siang dan malam
yang saya cinta jangan lupakan ku
janjinya kuharap tak diingkari
Ini pulak lirik lagu Lingsir Wengi dalam filem Kuntilanak
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno Ojo Tangi nggonmu guling awas jo ngetoro aku lagi bang wingo wingo jin setan kang tak utusi jin setan kang tak utusi dadyo sebarang Wojo lelayu sebet
Terjemahan dalam Bahasa Melayu
Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna ( lenyap )
Jangan terbangun dari tidurmu
Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)
Aku sedang dalam kemarahan besar
Jin setan ku perintahkan
Jadilah apapun juga,
Namun jangan membawa maut
Bagi masyarakat Toraja, Indonesia, kematian bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti dan dihindari, tetapi sebahagian daripada kehidupan yang melibatkan penghormatan kepada si mati dengan penuh perhatian untuk membantu laluan mereka ke puya (akhirat).
Pengkebumian adalah satu perayaan besar-besaran yang mengambil tahun untuk bersiap. Sementara itu, mayat akan berada di rumah bersama keluarga mereka. Mereka akan menukarkan pakaian sambil memberi makanan dan minuman seperti masih bernyawa.
Mereka akan simpan mayat itu sehingga mereka mampu untuk memberi sebuah pengkebumian yang mewah.
Siapakah Masyarakat Toraja?
Masyarakat Toraja adalah orang asli di wilayah selatan Sulawesi. Kawasan bergunung dan tropika, mengalami suhu yang tinggi dan hujan lebat hampir setiap hari. Sehingga kedatangan Belanda, masyarakat Toraja tidak ada hubungan dengan masyarakat luar.
Walaupun kebanyakan mereka sudah menganut agama kristian, kepercayaan bahawa entiti bukan manusia, seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan benda-benda yang mati mempunyai intipati rohani. Lebih penting lagi, mereka berpegang pada kepercayaan bahawa nenek moyang mereka turun ke bumi dari syurga. Di sebabkan itu, mereka mempunyai cara pengebumian yang unik dan kompleks dan masih diamalkan sehingga hari ini.
Menjaga Si Mati
Sehingga mereka bersedia untuk mengkebumikan si mati, mayat itu akan di dijaga di rumah keluarganya, dan dianggap sebagai Makula (orang sakit). Untuk mengelakkan tubuh daripada membusuk dan musnah, mayat itu dibalut dengan selimut dan dipelihara dengan cecair herba dan api membara. Walaupun cara ini sudah tidak di praktiskan lagi, badan si mati masih di pelihara dengan suntikan formalin.
Tubuh disimpan di dalam sebuah bilik di belakang rumah keluarga, menghadap ke selatan di mana masyarakat Toraja percaya syurga terletak. Masyarakat Toraja melakukan hal ini dengan penuh rasa hormat terhadap si mati.
Pengkebumian Toraja
Rambu Solo (pengkebumian) adalah peristiwa besar yang melibatkan seluruh kampung, dan biasanya berlaku pada bulan Ogos atau September setiap tahun. Ia boleh mengambil masa dari beberapa hari hingga beberapa minggu bergantung pada kepentingan individu itu.
Rambu Solo akan melibatkan doa, menari, menyanyi, berkabung,pergaduhan kerbau dan mengorbankan kerbau. Dipercayai bahawa lebih banyak kerbau yang disembelih untuk menghormati si mati, semakin cepat orang mati akan dapat bergerak ke puya.
Makam di Tebing
Mayatnya akan di bawa ke makam di tebing. Makam ini boleh pergi setinggi 100 kaki di atas tanah dan dibina oleh pakar mendaki tanpa sebarang peralatan keselamatan. Lebih tinggi makam seseorang, lebih tinggi statusnya.
Tau Tau adalah ukiran kayu atau bambu yang berupa si mati, akan di letakkan di hadapan kubur si mati.
Sementara itu, jika si mati adalah bayi , mereka akan di dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam batang pokok berongga dan kemudian ditutup dengan pintu gentian sawit. Mereka percaya semangat anak itu akan di serap bersama alam.
Ma’nane: Pengebumian Kedua
Si Mati yang dah lama mati akan dikeluarkan dari kubur mereka, dibersihkan dari sebarang serangga, memakai set pakaian baru dan dibersihkan dari kepala ke kaki. Ini memberi peluang kepada Toraja untuk melihat mayat si mati di perlihara dengan baik atau tidak.
Lebih penting lagi, “pengebumian kedua” ini memberi peluang kepada generasi muda untuk berhubung dengan nenek moyang mereka dan ikatan dengan keturunan keluarganya. Mereka akan berkongsi rokok atau swafoto dengan nenek moyang mereka.
Amalan ini membantu untuk mengingatkan masyarakat Toraja bahawa mereka adalah sebahagian daripada komuniti yang berhubung dari bertahun-tahun dahulu.
Ramai yang kenal dengan cerita Mahsuri yang di perturunkan sejak beberapa generasi di Langkawi. Sehinggakan makam Mahsuri menjadi tempat tumpuan pelancong. Tetapi ada satu cerita yang tidak di ketahui orang ramai termasuk penduduk Langkawi sendiri. Kewujudan seekor haiwan raksasa di Langkawi, pada zaman silam.
Sebelum kedatangan Islam ke Kedah, sebut sebuah kisah tentang seekor Ular Besar (saktimuna laut) yang menjaga perairan air Langkawi Kuno. Tempat sarangnya di Pulau Langkawi.
Seorang pegawai tentera British, Sherard Osborne, telah mencatatkan kisah pelik itu dan telah di muatnaik dalam buku Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society (Kerajaan Melayu di Kedah: Agama, Perdagangan dan Masyarakat).
Mengikut beliau, yang mendapat cerita ini dari orang tempatan sendiri, Raja baru akan mengorbankan seorang puteri daripada kalangan kerabat diraja kepada Ular Besar itu jika inign menaik takhta di negeri Kedah. Raja juga perlu melakukan pengorbanan yang sama jika berlaku peperangan di kerajaan itu.
Sebagai tanda balasan, Ular Besar akan menjaga keselamatan kerajaan Kedah daripada ancaman angkatan laut musuh. Ular Besar itu tidak akan menelan orang-orang Kedah. Ular Besar itu akan menjadikan rakyat Siam, Mergui dan haiwan-haiwan lain sebagai makanannya.
Apabila kedatangan Islam di Kedah, upacara pengorbanan itu di berhentikan. Ular Besar telah mengamuk. Baginya, kerajaan Kedah telah memungkiri janji. Rakyat Kedah telah menjadi mangsa kepada kemarahan Ular Besar itu. Ia menjadi huru-hara. Tiada siapa tahu cara untuk menghalang Ular Besar.
Seorang ulama dari negara Arab telah datang ke negeri Kedah. Dia beritahu Allah S.W.T. telah menghantar dia di sini untuk membantu penduduk tempatan dengan masalah ular itu. Ulama itu tanpa membuang masa, mengambil air sembahyang, memakai serban hijau, menjunjung Al Quran atas kepalanya, beliau ke tempat tinggal ular itu. Lalu dia sembahyang dan membaca doa supaya Ular Besar berkenaan mati atau diusir dari kawasan itu. Belum sempat apa-apa, Ular itu telah menelannya.
Sesuatu tidak di duga terjadi. Ular Besar mengalami kesakitan yang kuat sebaik sahaja dia menelen ulama itu. Badan ular merota-rota. Ekornya membidas dengan tidak tentu arah. Dalam keadaan sakit, Ular Besar itu pulang ke gunung-ganang, tempat kediamannya di Pulau Langkawi. Sejak itu, Ular Besar lesap dan tidak lagi menganggu penduduk di sana.
Kisah ular besar hilang dalam kemodenan pulau pelancongan itu. Mungkin salah satu sebab kisah Ular Besar ini tidak di perkatakan sekarang kerana kemasukkan Islam. Apabila penduduk tempatan, bukan sahaja di Langkawi, memeluk Islam, banyak kepercayaan khurafat mula di tolak termasuk cerita-ceritanya. Kisah mengorbankan seorang puteri mungkin di anggap tidak bertamadun dan di larang Islam, lalu untuk tidak mengaitkan diri dengannya adalah melupakan kisah itu.
Lubuk di sungai tersebut sememangnya tumpuan orang setempat sama ada untuk memancing atau sekadar menontok orang lain memancing. Matahari sudah terbenam dan lubuk tersebut...