Nazri bekerja sebagai seorang cikgu. Dia di pindahkan ke Baling, Kedah. Nazri telah berkahwin dan di kurniakan dua orang cahaya mata. Ain, isterinya seorang suri rumah, manakala anaknya Alisya (5 tahun) dan Alina (4 tahun).
Nazri menyewa sebuah rumah teres yang sesuai dengan bajet dan citarasanya. Penyewa itu memberitahu bahawa sejak ayah dan ibunya meninggal dunia, rumah itu terbiar. Tambahan pula dia bekerja dan tinggal di Pulau Pinang, jadi dia tidak dapat jaga rumah itu.
Rumah sewa itu taklah besar mana, ada tiga bilik tapi mempunyai kawasan rumput yang luas. Cuma peliknya, ada bilik yang paling kecil terletak dihujung rumah dan di sudut penjurunya ada sebuah almari klasik yang kelihatan usang. Nazri tak tahu nak buat apa lagi dengan bilik tu jadi dibiarkan dulu bersama perabot di dalamnya termasuk almari itu. Dalam fikirannya, bilik tu mungkin di jadikan stor atau tempat tetamu tidur, Nazri tak pasti lagi.
Nazri sedang mengemas rumah manakala Ain sedang masak. Kedua-dua anak mereka sedang bermain ‘hide & seek’. Ain memanggil semua untuk makan petang. Nazri duduk sambil minum air teh, dituruti pula Alisya. Ain tanya mana Alina. Alisya beritahu dia masih sembunyi. Ibunya paksa Alisya untuk mencari adiknya.
Dengan muka tak puas hati, Alisya cari adik, “Adik! Jom Makan!”. Alisya cari dan cari tapi tak jumpa. Dia memberitahu ibunya. Ain bising. Dia suruh Nazri cari anaknya. Nazri dan Alisya mencari Alina. “Alina. Jom makan. Dah, dah sembunyi tu.” Tapi tak ada jawapan. “Alinaaaaa!” makin kuat Nazri panggil. Ain cari suaminya dan bertanya, “masih tak jumpa lagi?” Nazri geleng. Mereka ke bilik belakang. Dia dengar suara Alina sedang berborak,”Ssssshhhh. Senyap nanti Alisya jumpa kita”. Ain buka almari nampak Alina sedang sembunyi di dalamnya. “Ibu dah sedia makan petang. Jom”. Nazri dukung Alina. Alisya tanya, “Adik cakap dengan siapa?” Alina jawab, “kawan kita”. Nazri dan Ain buat tak dengar. Banyak lagi hal lain mereka nak fikir.
Ads
Malam itu Nazri tidurkan kedua-dua anaknya di bilik baru mereka. Alisya nak tidur bersama ayah dan ibunya tapi Nazri paksa mereka tidur di bilik mereka sendiri. Setiap malam Nazri akan bacakan buku untuk mereka. Selepas selesai, Nazri biarkan mereka tidur sendiri.
Semasa semua sedang tidur, Alina terjaga. Dia seperti di kejut. Alina seolah tengah perhatikan sesuatu lalu jawab, “ok”. Alina bangun buka pintu biliknya dan berjalan menuju masuk ke bilik belakang. Alina sedang perhatikan almari usang itu. Pintu almari itu terbuka sendiri. Alina memanjat masuk ke dalam almari itu dan bertanya “kita nak main apa?”. Pintu almari itu tertutup sendiri.
Ads
Keesokkan hari Ain masuk ke bilik anaknya dan melihat kedua-dua anaknya sedang tidur. “Bangun. Dah siang buta ni.” Nazri dah bertolak ke tempat kerja. Tinggal Ain dan 2 cahaya matanya sahaja di rumah. Alina dan Alisya mandi bersama. Selepas selesai Ain siapkan mereka, Ain sambung masak.
Alina ajak Alisya iku dia. Alisya ikut. Mereka ke bilik belakang. Pintu almari terbuka sendiri. Kelihatan seorang lelaki di dalam almari. Dia memanggil-manggil Alisya. Alisya kaku di depan pintu. Lelaki itu merangkak keluar dari almari. Badanya kurus, kulitnya pucat. Dia senyum sambil hulur tangannya. “Jom lah kakak,” kata Alina.
Ads
Alisya lari ke ibunya. Dia beritahu apa dia nampak. Ibunya anggap dia mengarut. Dia halau Alisya keluar dari dapur.
Malam itu Alisya cuba beritahu ayahnya tapi sama juga. Ayah anggap anaknya mengarut. Selepas membaca dia suruh anaknya tidur. Alisya tak boleh tidur. Dia rasa gelisah. Tiba dia lihat Alina bangun dari tidur dan berjalan ke bilik belakang. Alisya kejut ibu ayahnya. Mereka terjaga dan mencari anaknya. Alisya bawanya ke bilik belakang. Terkejut dia lihat anaknya sedang main dengan lembaga itu. Nazri baca beberapa surah, Ain tarik anaknya keluar dari almari. Alina menangis sambil berulangkali berkata,”kenapa?” Malam itu mereka semua tidur di bilik utama.
Keesokan harinya, Nazri dengan bantuan beberapa kawannya telah buang almari usang itu. Dia harap rumah dia selepas ini akan tidak akan di ganggu lagi. Sebenarnya itu adalah langkah yang salah…..
Hati Haris dan Sofea gembira bukan main apabila akhirnya mereka mampu memiliki rumah sendiri. Maklumlah usia perkahwinan telah menjangkau tiga tahun dan telah miliki seorang cahaya mata. Sudah tentu, mereka sekeluarga inginkan sebuah rumah sendiri biar pun kecil tetapi bermakna buat keluarga ini.
Selesai urusan pindah hak milik rumah, Haris dan Sofea merancang untuk berpindah ke rumah baru pada bulan Disember. Tambahan pula ketika itu cuti panjang, dapatlah mereka uruskan mengemas secepat mungkin. Aulia, anak mereka seperti gembira dengan persekitaran barunya lebih-lebih lagi ada playground dan swimming pool.
Tambah beruntung ada pengasuh di sebelah rumah yang sudi menjaga Aulia ketika pasangan ini keluar bekerja. Apabila setiap kali menghantar Aulia ke sana, pasti Aulia asyik tersenyum dan ceria malahan dia juga tidak berkira apabila Haris dan Sofea pulang lewat malam, disuruh pula pasangan ini pulang bersihkan diri dahulu barulah ambil Sofea.
Segala-galanya tampak indah sehinggalah suatu hari ketika Haris dan Sofea ingin menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Malam itu mereka tinggalkan Aulia bersama pengasuh kerana ingin keluar makan malam dan menonton wayang larut malam bagi meraikan hari istimewa. Mujurlah pengasuh faham. Dia juga beritahu biar saja Aulia tidur di rumahnya jika dah lewat malam sangat.
Setiap saat yang dilalui malam itu berlaku dengan pantas, setelah menonton wayang pasangan ini bergegas pulang ke rumah. Teringat anak kecil yang ditinggalkan bersama pengasuh. Akibat pulang lewat malam, parkir kereta di ambil orang dan terpaksalah mereka parking agak jauh dari rumah mereka. Menurut penghuni apartment, kawasan tersebut agak keras oleh sebab itu jarang-jarang ada penghuni parkir kereta di situ. Tetapi akibat rasa mengantuk dan letih, Haris letakkan juga kereta di kawasan tersebut.
Setelah memastikan kereta berkunci, mereka jalan beriringan ke kawasan apartmen. Baru tiga langkah, tiba-tiba hon sebuah kereta lama berbunyi. Pasangan ini terkejut lalu serentak berpaling ke arah kereta itu. Kelihatan kereta itu seperti telah lama ditinggalkan tetapi dari jauh sayup kedengaran suara wanita dan anak kecil memohon pertolongan. Biar pun tidak sedap hati, Haris memimpin tangan Sofea untuk melihat keadaan kereta tersebut. Haris mengelilingi kereta tersebut tetapi seakan-akan tiada orang.
Haris cuba menjerit seraya bertanya, “Ada seseiapa di dalam tak?”. Kereta yang pada mulanya diam kaku, mula bergoncang seperti ada seseorang di dalam melepaskan diri. Terperangkap barangkali, getus Haris di dalam hati. Sofea pula mula merayu suaminya agar pulang sahaja dan abaikan apa yang berlaku tetapi Haris langsung tidak mengendahkan.
Haris cuba membuka pintu kereta tetapi berkunci, Haris tekad untuk mengambil batu dan pecahkan cermin kereta. Setelah cermin dipecahkan, suara tadi seakan sepi. Tiada lagi suara jeritan tadi, tiba-tiba angin sepoi bertukar menjadi kuat disertai ngilaian suara yang cukup nyaring.
Haris dan Sofea berlari seakan tidak bernafas. Mereka langsung pulang ke rumah tanpa mengambil Aulia. Keesokkan paginya barulah Aulia diambil dan Haris menceritakan segalanya pada pengasuh mereka. Pengasuh tersebut meminta Sofea dibawa berjumpa ustaz kerana dia demam panas sejak peristiwa itu.
Setelah berjumpa ustaz dan diberi air doa untuk memulihkan semangat, Sofea makin pulih. Jelas ustaz, Sofea terkena gangguan jin apatah lagi ketika itu Sofea datang bulan, sudah tentu badannya sangat lemah. Menurut jiran tetangga, kereta lama tersebut dipercayai telah ditinggalkan penjenayah yang telah membunuh beberapa orang wanita dan itu sebabnya kereta berhantu.
Orang kata kalau kita puja sesuatu tu, benda yang kita puja tu boleh di kurniakan nyawa.
Sesuatu seperti ini berlaku dekat keluarga aku. Anak aku suka patung. Setiap kali keluar, mesti Zaza mahu patung baru. Kami cuba strict tapi apabila part anak, kita jadi lemah. Kadang-kadang dia buat muka cute dia. Kadang-kadang dia menjerit, satu shopping mall boleh dengar. Yang aku tak puas hati tu, dua tiga hari je dia main, lepas tu minta yang baru.
Walaupun Zaza dah ada berpuluh-puluh anak patung, tapi dia ada satu patung kegemarannya. Apa sahaja dia buat, patung itu mesti ada. Bila makan, dia suap patung tu. Bila nak tidur, dia bagi patung itu minum susu. Sampai dia namakan patung itu, Vicky.
Zaza akan borak dengan Vicky seperti kawan baiknya. Ia menakutkan isteri aku tapi aku cuba tenangkan dia.
Satu hari aku kena balik lambat. Jam dah tunjuk pukul 12. Selalunya masa begini kami dah tidur. Tak mahu kejutkan mereka, aku cuba masuk bilik tidur perlahan-lahan. Terkejut aku apabila nampak Zaza masih bangun dan sedang bercakap dengan Vicky. Apabila aku perhatikan Vicky, dalam sekelip imbas itu, aku seperti perasan matanya berkelip.
Tak mungkin. Mungkin mainan otak aku je, Aku suruh Zaza tidur. Dia pun meletakkan Vicky di tepi katil di bahagain aku tidur.
Beberapa jam kemudian aku merasakan ada orang kejutkan aku. Bila aku terjaga, Benda yang pertama aku nampak adalah Vicky. Aku hampir menjerit. Aku pusingkan badan, kedua-dua anak dan isteri aku sedang tidur. Siapa pulak kejut aku, dalam otak aku berfikir. Aku pusing semula kepala, Vicky, yang sepatutnya ada di sebelah aku, dah tak ada. Vicky lenyap.
Aku cuba mencarinya di bawah lantai, mungkin aku tertolak dia, tapi dia tak ada.
Aku perasan Vicky sedang duduk di meja make up. Bula roma aku meremang. Kepala Vicky pusing perlahan-lahan menghadap aku, tangan kanannya angkat seperti sambut aku, mulutnya senyum, lalu dia kata, “Hi ayah.”
Aku cepat-cepat buka surah ruqyah di handphone. Aku ambil Vicky dan cuba buangnya dalam tong sampah, “Ayah nak bawa Vicky ke mana?” dia tanya.
Sebaik sahaja aku buka tong sampah, Vicky bersuara semula, “cuba fikir apa Zaza akan cakap.” Aku ragu-ragu tapi apabila Vicky pusing kepalanya ke arah aku dan senyum, aku terus lepaskan dia masuk terus ke dalam tong sampah.
Aku ingat cerita ini berakhir di sini. Aku amat salah…
Ini berlaku 10 tahun dahulu. Syam dan isterinya, Ira, tinggal di kampung. Semasa itu Ira berbadan dua. Sudah 7 bulan dia mengandung.
Kejadian ini berlaku semasa perjalanan mereka pulang dari rumah saudara. Rumah kami tak jauh. Dalam 10 minit kalau berjalan kaki. Syam ada motor. Malangnya malam itu motor Syam buat hal. Sebenarnya tak cadang pun lepak lama tapi sebab syok bercerita, mereka lupa jam dah hampir pukul 11 malam. Saudara Syam menawarkan diri untuk hantar tapi mereka tolak. Katanya bukan jauh sangat rumah.
Dalam perjalanan ke rumah, Ira menegur, “Bang, kat belakang tu ada cahaya”. Saya tanya cahaya apa. Ira terangkan bahawa sejak masuk jalan besar tadi, ada cahaya putih mengikuti mereka. Lalu Syam pusing kepala. Memang ada. Cahaya itu sedang bertebangan di atas sebuah pohon. Ira semakin takut. Dia dah lah mengandung. Takut ada apa-apa terjadi dengan bayi dalam perut. Syam beritahu isterinya untuk tunggu di sini. Ira tak mahu. Syam suruh Ira percaya dia. Ira pun ikut arahan.
Kata orang kalau nak lihat benda-benda ghaib, kita mesti berjalan tiga langkah, lalu pusing dan kangkang kaki. Selepas itu bongkokkan badan dan lihat dari celah kaki. Lalu, Syam melangkah… Satu…. Dua… Tiga… kemudian dia pusing dan kangkang kakinya. Dia bongkok dan melihat cahaya itu dari celah kaki. Terkejut dia apabila dapat tahu bahawa cahaya itu sebenarnya hantu penanggal. Dengan lidah yang panjang, hampir terkena bumi, matanya terbeliak, Ususnya tergantung dekat atas pohon sambil pandang tajam ke arah Ira.
Syam dengan perlahan-lahan menuju ke Ira, peluk dia dan memaksa Ira untuk berlari. Sambil lari baca ayat kursi. Ira mula panik. Syam cuba tenangkan Ira. Syam mengingatkan Ira untuk baca ayat kursi.
Kedua-dua mereka lari. Sambil lari sambil baca ayat kursi. Syam kesian dengan isterinya tapi dia terpaksa lari. Akhirnya mereka sampai ke rumah. Syam menoleh ke kiri ke kanan, cahaya itu dah hilang. Alhamdulillah, syukur. Syam lihat isterinya. Dia bawa isterinya masuk ke rumah dan berikan dia air kosong. Syam menelefon ustaz untuk bantu kuatkan semangat isterinya. Tak lama kemudian ustaz pun sampai. Dia beri air tangkal kepada Syam dan Ira.
Dua bulan kemudian, Ira melahirkan cahaya mata pertama mereka. Seorang budak lelaki. Syam tidak dapat menahan kegembiraannya. Dia menangis melihat anaknya itu. Syam sudah bergelar ayah.