Orang kata kalau kita puja sesuatu tu, benda yang kita puja tu boleh di kurniakan nyawa.
Sesuatu seperti ini berlaku dekat keluarga aku. Anak aku suka patung. Setiap kali keluar, mesti Zaza mahu patung baru. Kami cuba strict tapi apabila part anak, kita jadi lemah. Kadang-kadang dia buat muka cute dia. Kadang-kadang dia menjerit, satu shopping mall boleh dengar. Yang aku tak puas hati tu, dua tiga hari je dia main, lepas tu minta yang baru.
Walaupun Zaza dah ada berpuluh-puluh anak patung, tapi dia ada satu patung kegemarannya. Apa sahaja dia buat, patung itu mesti ada. Bila makan, dia suap patung tu. Bila nak tidur, dia bagi patung itu minum susu. Sampai dia namakan patung itu, Vicky.
Zaza akan borak dengan Vicky seperti kawan baiknya. Ia menakutkan isteri aku tapi aku cuba tenangkan dia.
Satu hari aku kena balik lambat. Jam dah tunjuk pukul 12. Selalunya masa begini kami dah tidur. Tak mahu kejutkan mereka, aku cuba masuk bilik tidur perlahan-lahan. Terkejut aku apabila nampak Zaza masih bangun dan sedang bercakap dengan Vicky. Apabila aku perhatikan Vicky, dalam sekelip imbas itu, aku seperti perasan matanya berkelip.
Ads
Tak mungkin. Mungkin mainan otak aku je, Aku suruh Zaza tidur. Dia pun meletakkan Vicky di tepi katil di bahagain aku tidur.
Beberapa jam kemudian aku merasakan ada orang kejutkan aku. Bila aku terjaga, Benda yang pertama aku nampak adalah Vicky. Aku hampir menjerit. Aku pusingkan badan, kedua-dua anak dan isteri aku sedang tidur. Siapa pulak kejut aku, dalam otak aku berfikir. Aku pusing semula kepala, Vicky, yang sepatutnya ada di sebelah aku, dah tak ada. Vicky lenyap.
Ads
Aku cuba mencarinya di bawah lantai, mungkin aku tertolak dia, tapi dia tak ada.
Aku perasan Vicky sedang duduk di meja make up. Bula roma aku meremang. Kepala Vicky pusing perlahan-lahan menghadap aku, tangan kanannya angkat seperti sambut aku, mulutnya senyum, lalu dia kata, “Hi ayah.”
Ads
Aku cepat-cepat buka surah ruqyah di handphone. Aku ambil Vicky dan cuba buangnya dalam tong sampah, “Ayah nak bawa Vicky ke mana?” dia tanya.
Sebaik sahaja aku buka tong sampah, Vicky bersuara semula, “cuba fikir apa Zaza akan cakap.” Aku ragu-ragu tapi apabila Vicky pusing kepalanya ke arah aku dan senyum, aku terus lepaskan dia masuk terus ke dalam tong sampah.
Aku ingat cerita ini berakhir di sini. Aku amat salah…
Ketika menjelang perayaan Deepavali, walaupun bukan majoriti diraikan oleh orang Kelantan, ramai juga mengambil kesempatan untuk pulang. Aku membuat keputusan untuk balik dua hari awal dan pada waktu malam. Kiraan aku tepat, waktu itu kereta masih minima di highway.
Aku bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam bersama isteri dan dua anak aku. Saya memandu kereta Proton Gen 2, dan cuaca malam itu baik tanpa kabus atau hujan. Tak lama kemudian, anak-anak aku mula tidur lena di kerusi belakang.
Namun, apabila memasuki kawasan Bentong, suasana mula berubah. Jalan menjadi sunyi. Isteri aku juga tertidur, meninggalkan aku seorang diri melawan rasa mengantuk. Lengang terlalu lama. Tidak ada kereta selama lebih 15 minit. Hanya lori-lori besar yang berhenti di tepi jalan menemani perjalanan aku. Hati mula rasa menyesal kerana memilih untuk pulang waktu malam.
Akhirnya aku sampai ke Gua Musang dan berhenti di RnR untuk merehatkan badan. Isteri terjaga dan ke tandas, sementara aku menjaga anak-anak. Setelah itu, kami kembali meneruskan perjalanan. Namun suasana semakin mencabar.
Di kawasan Felda Paloh, bulu roma aku tiba-tiba meremang. Jalan yang lurus naik turun bukit kini diselubungi kabus tebal, memaksa aku memandu perlahan. Ketika itu aku mula terasa kereta seperti berat. Aku menoleh ke cermin pandang belakang dan terlihat kaki terjuntai melayang-layang di bonet kereta. Jelas kelihatan kaki itu terhoyong-hayang, membuatkan aku benar-benar terkejut.
Aku terus memasang CD bacaan Al-Quran dan membacanya dengan suara perlahan. Mulut tidak berhenti berzikir, berharap gangguan itu segera hilang. Namun, kelibat itu muncul kembali. Kali ini di tepi jalan raya. Sosok berkain putih dengan mata merah memandang tajam ke arah aku. Jantung berdegup kencang, tangan mula berpeluh.
Aku hilang kawalan emosi. Aku tekan minyak dan memecut walaupun kabus menebal. Isteri aku terjaga dan memarahi aku kerana memecut laju. Jika sahaja dia tahu apa yang aku nampak sebentar tadi. Sepanjang jalan, aku hanya mampu berdoa agar selamat sampai ke kampung halaman.
Alhamdulillah, akhirnya aku tiba di rumah jam 6 pagi dengan selamat. Namun, itulah kali terakhir aku memandu waktu malam melalui jalan Bentong Gua Musang. Pengalaman seram itu benar-benar meninggalkan kesan yang tidak akan aku lupakan.
Cerita seram sering menjadi bahan bualan kerana ia penuh dengan misteri dan pengalaman menakutkan. Berikut adalah kompilasi kisah seram yang dikongsi oleh pelbagai individu. Ada yang berlaku di hotel, di jalan raya, malah ketika bersiar-siar di tempat percutian.
Oleh kerana jerebu teruk, aku membuat keputusan untuk keringkan baju kat dobi. Aku sampai dobi jam 11 malam. Masa tu dobi kosong. Aku pun masukkan baju aku dalam mesin pengering. 32 minit nak kena tunggu mesin siap. Di samar-samar jerebu aku nampak seorang wanita sedang berjalan masuk ke dalam kedai dobi. Dia duduk seperti menunggu bajunya kering. Tapi dalam kedai tu mesin yang aku guna saja beroperasi. Apabila aku tengok dia, wanita itu bagi satu senyuman yang menakutkan. Selepas selesai, aku pun tinggalkan dobi, wanita tu masih duduk di situ.
Aku duduk di sebuah boutique hotel di Langkawi. Banyak patung-patung dijadikan deco di hotel itu. Aku pulang ke hotel dan melihat hotel dah gelap. Ialah dah pukul 2 pagi. Aku pun berjalan ke bilik aku. Tak tahu perasaan ke apa, tapi aku rasa patung-patung tu sedang memerhati aku. Belakang leherku meremang. Sebaik sahaja aku masuk bilik, aku dengar orang sedang bercakap di luar bilik. Sepanjang aku berjalan ke bilik, aku tak nampak sesiapa pun berlegar di hotel.
Aku sampai ke Langkawi sudah malam. Aku tunjuk kat pemandu teksi lokasi penginapan aku. Dia tanya, macam ragu-ragu, betul ke hotel aku kat situ. Aku jawab “Ya”. Selepas check in semua, aku pun masuk tidur. Lawa tempat ni. Bilik aku menghadap pantai lagi. Tapi pelik, sunyi sungguh suasananya. Macam aku seorang tetamunya. Keesokkan hari selepas bangun, terkejut aku melihat penginapan aku sebenarnya hotel terbiar. Soalannya, siapa check in aku semalam?
Sedang buat Facebook live jual flavor untuk vape, tiba-tiba di belakang langsir aku dengar perempuan menangis. Masalahnya aku duduk di tingkat 21.
Aku kerja sebagai kaunter Hotel di Langkawi. Sedang buat kerja, aku nampak kelibat orang masuk dalam kedai cenderamata. Aku pun tinggalkan kerja aku dan masuk dalam kedai cenderamata, nak layan pelanggan tu. Seramnya, tak ada orang dalam kedai.
Nak elak jam kat highway plus, aku lalu jalan lama. Jalan tu sunyi. Tak berlampu. Kabus pulak tu. Tiba-tiba aku nampak seorang budak tengah berdiri di tengah jalan. Aku tunggu pergerakkan darinya, tapi budak tu hanya berdiri membelakangkan aku. Tak nak ambil risiko, aku pusing kereta cari jalan lain.
Pernah sampai Belum? Lawa tempatnya. Kiri kanan hijau. Sunyi. Tenang. Memang tempat wajib bercuti. Satu malam tu aku sedang lepak memandang kehijauan Alam sekitar. Tiba-tiba member aku tegur, “Ada orang main laser la.” Aku balas, “Oi. Kat hutan mana ada orang main laser!” Selepas berfikir segenap, kami sedar benda yang bergerak seperti laser tu mungkin makhluk halus. Kami masuk bilik, tak keluar sampai pagi.
Sebaik sahaja di parkir apartment, aku tidur dalam kereta. Penat sangat. Aku terjaga lebih kurang pukul 2 pagi. Aku pun matikan enjin dan berjalan ke lif apartment aku. Apabila aku dalam lif, ada seorang lelaki tua masuk sekali. Aku tekan tingkat 7. Aku tanya pakcik tu nak gi tingkat berapa. Dia senyum je. Di antara tingkat 3A dan 5, dia berjalan dan terus tembus pintu lif.
Kami tinggalkan rumah sebab isteri sedang pantang kat rumah ibunya. Selepas habis pantang, kami balik. Rasanya dah lebih 40 hari kami tinggalkan rumah tu kosong. Sejak balik anak tal berhenti menangis. Satu malam tu, kami di kejutkan dengan tangisan anak. Di belakang badannya ada tiga garis cakar. Keesokkan hari aku panggil ustaz.
Aku di tugaskan menjaga kostum di Nights of Fright. Setiap malam aku akan sediakan 4 kostum pontianak, 5 kostum toyol dan 7 kostum pocong. Malam ni, selepas semua bermake up, aku buat pengiraan semula… 4 pontianak, 5 toyol dan 8 pocong. Mana datang pulak extra 1 pocong ni?
Dalam perjalanan pulang, Aku nampak dua ekor makhluk ghaib berwajah anjing tapi cara dia berlari seperti monyet. Mereka sedang mengekori kereta aku. Makhluk itu mengilai membuatkan aku lebih takut. Tak nak fikir banyak, aku tekan minyak sekuat yang boleh.
Setengah dari hidup aku sebagai nelayan adalah di laut. Itulah rezeki aku. Malam ini seperti malam-malam sebelumnya, kami ke laut. Tepat pukul 12, sesuatu pelik berlaku. Di belakang bot kami, kelihatan seperti seorang perempuan sedang berdiri memandang ke laut. Kami semua tak berani tegur, biarkan ia berdiri tanpa di ganggu.
Aku sedang tunggu teksi di sebuah bas stesen. Time tu pukul 11 malam. Datang seorang pakcik ni. Dia duduk sebelah aku. Dia sedang hisap rokok. Dia tegur aku, aku pun pandang muka dia. Tiba-tiba dia hembus asap kat muka aku. Tahu-tahu je pakcik itu dah hilang. Dompet, handphone dan duit aku hilang sekali.
Ini cerita semasa zaman semua orang main pokemon go. Member aku sorang gila game tu. Setiap malam dia akan keluar dan tangkap pokemon. Satu malam tu, dia jalan-jalam kawasan cheras dan jumpa satu pokestop kat sebatang pokok pisang. Tak tahu kenapa pokok tu istimewa sangat tapi dia bukan sahaja jumpa pokemon, dia jumpa pontianak juga. Nak tangkap ke nak lari?
Hari ni selasa, maksudnya malam ni ada perlawanan Champions League. Pukul 3 pagi aku bangun. Aku pun turun ke bawah nak buka tv, terkejut apabila nampak satu lembaga hitam sedang duduk di sofa. Terus tak jadi nak tengok. Aku patah balik masuk bilik, kunci pintu, buka surah yasin dan paksa tidur.
Setiap cerita seram ini mengingatkan kita bahawa dunia penuh dengan misteri yang tidak dapat dijelaskan. Adakah ia benar atau sekadar ilusi, hanya mereka yang mengalaminya tahu jawapannya.
Bulan April dan Mei adalah bulan terbaik untuk mengumpul madu tualang. Sebuah madu yang amat mahal tapi sangat berkhasiat. Satu kg madu tualang asli boleh cecah sampai rm100.
Pokok tualang sejenis pokok hutan yang amat tinggi setinggi 100-150 meter.
Sudah 21 tahun Mazlan menjadi pengutip madu tualang. Dia, saudaranya, Atan, dan dua anaknya, Mus dan Manaf telah siap sedia untuk mengumpul madu malam ini.
Di bawah pokok tualang yang di pilih, mereka membaca doa untuk meminta keberkatan. Selalunya Mazlan sendiri akan naik, tapi kali ini dia telah memberi kepercayaan dekat anak sulungnya, Mus untuk memanjat. Dia akan panjat bersama pakciknya Atan.
Mus dan Atan memanjat pokok itu. Selangkah demi selangkah mereka naik.
Sudah hampir dua jam mereka berada di situ. Banyak juga sarang mereka dah kumpul. Di bawah Manaf rasa tak sedap hati. Ada sesuatu tak kena. Dari jauh Manaf perasan seekor pocong sedang mengintai mereka. “Ayah” kata Manaf.
“Hmmm” kata Mazlan. Dia menarik tali untuk signal kepada orang atas masa untuk balik. Atan dan Mus tidak perasan signal dari Mazlan. Mereka teruskan mencari sarang.
Sementara itu, keadaan di bawah agak tegang, pocong yang mengintai, mendekati mereka. Mazlan buat tak tahu tapi Manaf mengelabah. “Mereka tak turun lagi ke?” tanya Manaf sambil mengemas di bawah.
Sudah 15 minit berlalu. Mus dan Atan tak turun-turun lagi. “Kau tunggu sini. Ayah naik sekejap” kata Mazlan
“Tunggu sorang-sorang?” kata Manaf. Ayah dia panjat pokok tualang tu. Dia pandang ayahnya, pandang pocong dan pandang ayahnya balik.
Tiba-tiba pocong itu muncul depan Manaf. Terkejut Manaf. Kerana terlalu takut, Manaf memanjat pokok tualang tu.
Mazlan akhirnya jumpa mereka. “Atan. Mus. Masa untuk balik” kata Mazlan.
“Kenapa tak hantar signal je?” tanya Mus.
“Aku dah hantar, kau tak perasan.” jawab Mazlan.
Jap lagi Manaf pun tiba. “Mengapa kau panjat” kata Mazlan.
“Pocong tu depan muka saya” kata Manaf.
“Dah. Turun.” kata Mazlan kepada Manaf.
Mereka berempat turun perlahan-perlahan. Semasa Manaf turun, seekor burung hantu lalu depannya. Manaf mengelabah. Dia tersilap langkah dan jatuh dari atas pokok.
Sampainya di bawah, Mazlan tidak pandang langsung kat anaknya. Dia tahu anaknya dah meninggal. “Dah malam. Esok sahaja kita bawa Manaf keluar.” kata Mazlan.
Mazlan tahu jika dia angkat sekarang, dengan keadaan gelap, lebih bahaya kepada orang hidup dari orang mati.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.