Apa perasaan kau setiap kali ingin tidur, ada bisikan suara seakan suara nenek datang menjengah ke telinga kau. Bukan semalam tetapi tiap-tiap malam. Itulah yang dialami sendiri oleh Wawa.
Wawa, penuntut tahun dua di sebuah universiti tempatan di utara tanah air. Dia beruntung kerana namanya tersenarai untuk tinggal di asrama. Jadi, dia bakal ditemani oleh adik junior untuk satu semester pengajian kali ini.
Bulan pertama, kedua dan ketiga, semuanya berjalan dengan lancar. Wawa sibuk dengan kuliah dan tugasan manakala Ayu, roommatenya pun sama mengikuti kelas dan menyiapkan tugasan. Mereka hanya sempat berbual pada waktu malam, itu pun tidak lama sebab masing-masing mengantuk dan esok ada kelas pagi.
Suatu hari, Wawa tidur agak lewat. Dia tidak dapat melelapkan mata. Puas di pusing kiri dan kanan tetap tidak mahu tidur. Dia lihat Ayu agak lena di buai mimpi. Entah macam mana, ketika dia tidur-tidur ayam, tiba-tiba Wawa terdengar suara seperti seorang nenek, sayup-sayup memanggilnya.
Bila namanya dipanggil, terus Wawa bingkas bangun dan tengok sekeliling. Sunyi sepi. Dia baring dan sekali lagi bila ingin terlelap, terdengar namanya…Wawa!..wawa!…dipanggil. Diperhatikan keadaan sekeliling masih sama, sunyi.
Tidak mahu namanya dipanggil berterusan, Wawa terus menekap bantal di telinga. Tetapi suara itu terus panggil namanya… Wawa! Wawa!. Wawa buat tak tahu. Setiap jam 4 am suara itu berhenti. Barulah, dia dapat tidur. Tiap-tiap malam nenek itu akan ganggu Wawa dan pembelajaran Wawa semakin merosot. Wawa tidak mahu Ayu tahu apa yang berlaku. Biarlah dia sorang je yang rasa.
Satu malam, Wawa baru lepas sembahyang. Malam ini Ayu tak boleh sembahyang kerana datang bulan. Selepas sembahyang, mereka berborak-borak. Dah lama mereka tak lepak bersama. Mereka berborak sehingga terlupa jam sudah tunjuk pukul 1am.
Tiba-tiba Wawa terdengar namanya dipanggil. Dia terdiam. Ayu perhati wajah Wawa yang berubah, muka dia pucat seperti dalam ketakutan. Ayu mula risau. Sebenarnya Wawa seorang sahaja yang dapat dengar suara nenek tu. Wawa tanya, “kau dengar suara tu?” Ayu jawab, “suara apa?” Wawa senyum dah suruh Ayu ignore kan sahaja persoalan tadi.
Suara nenek tu makin kuat. Wawa!… Wawa!. Sekali pintas, dia ternampak kelibat nenek tua lalu belakang Ayu. Perasaannya bertambah takut. Ayu pusing kepalanya dan bertanya apa yang Wawa nampak. Wawa masih cuba berselindung dari Ayu tapi kali ini nenek itu bukan sahaja berbisik malah munculkan dirinya. “Wawa!… Wawa!…”Â
Ayu bertanya, “suara siapa tu?” Terkejut Wawa apabila Ayu bertanya begitu. “Kau dengar ke?” “Ya aku dengar. Suara siapa tu?” Meremang bulu roma Ayu. Mereka berpura-pura tidur bersebelahan. Mereka harap nenek itu tak ganggu mereka.
‘Wawa!… Wawa!…’ suara nenek itu. ‘sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek tu masuk ke dalam biliik mereka. Bajunya putih. Rambutnya serabai. Panjang ke kaki. Bongkok. ‘Wawa!… Wawa!… Sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek itu datang dekat dengan mereka. Ketakutan menyelubungi mereka. Nenek itu menghampiri telinga. Dia berbisik, ‘Ingat lagi nenek?’ Nenek pun hilang.
Wawa pelik. Siapa nenek ini. Dia pusing dan pandang ke arah Ayu. Ayu buka mata. Matanya memandang atas seperti di sawan. Wawa cuba kejutkan Ayu tapi dia tak respon. Ayu bangun berdiri, pandang kat Wawa dan nyanyi, “cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang juga nenek ku cari, siapa kena dia yang menjadi.”
Ayu jatuh lalu pengsan.
Keesokannya Ayu sedar. Dia sudah berada di hospital. Dia mencari Wawa. Kawan-kawan lain kata Wawa hilang. Mereka tak tahu Wawa kat mana. Ceritanya “pagi tadi kami nak sembahyang, nak ajak korang. Tapi apa yang kami nampak Ayu dah terbaring pengsan dan Wawa tak tahu ke mana.
Sampai sekarang, Wawa masih hilang. Keluarganya juga tidak tahu apa terjadi dengan dia. Ada khabar angin mengatakan dia terlalu stres sampai lari diri. Tapi Ayu rasa dia tahu. Nenek itu orang bunian. Dia datang untuk merisik Wawa kahwin dengan cucunya. Mungkin Wawa berjanji sesuatu yang dia tak dapat elakkan. Ayu rindu kawan dia. Semoga satu hari dia dapat jumpa dengan kawannya semula.
Kisah seram romantik ini mengisahkan tentang Kodi, seorang lelaki yang pernah dikecewakan cinta. Hampir setahun dia tidak ada wanita istimewa dalam hidupnya, selain ibunya. Kali terakhir bercinta, dia hampir berkahwin, namun pertunangan itu berakhir dengan kekecewaan apabila tunangnya jatuh hati pada lelaki lain. Sejak itu, Kodi tawar hati untuk bercinta semula.Pertemuan Pertama di Perhentian Bas
Suatu malam sekitar jam 9, Kodi menunggu bas. Seorang perempuan comel berambut pendek dengan cermin mata jatuh ke hujung hidung turut menunggu bas. Dia memberi Kodi senyuman kecil, dan Kodi membalas. Mereka akhirnya duduk bersebelahan di dalam bas dan mula berbual. Nama perempuan itu Maya. Mereka terkejut kerana mempunyai banyak persamaan.
Maya memberi hint untuk Kodi mengambil nombornya, namun Kodi hanya tersenyum. Sampai di hentian, Maya sekali lagi memberi hint, tetapi Kodi tetap tidak berbuat apa-apa. Sejak itu Kodi menyesal dan berulang kali menunggu di tempat sama, berharap dapat bertemu semula.
Penantian dan Pertemuan Misteri
Selepas dua minggu menunggu, akhirnya Kodi bertemu Maya semula. Maya memakai baju serba putih, harum dengan wangi bunga melati. Mereka berbual mesra di perhentian bas. Namun tiba-tiba sebuah kereta polis berhenti, memberi amaran bahawa kawasan itu keras dan pernah berlaku kes ragut hingga meragut nyawa seorang perempuan.
Kodi kemudian menghantar Maya ke rumahnya. Sampai di sana, suasana majlis penuh orang berbaju melayu. Maya meminta Kodi masuk. Kodi pelik, tetapi menurut sahaja. Seorang lelaki menyapa Kodi, memperkenalkan diri sebagai abang Maya.
Rahsia Disebalik Maya
Kodi bertanya tentang Maya. Abangnya lalu membawa Kodi bertemu ibu bapa Maya. Saat itu rahsia terbongkar: Maya sebenarnya sudah meninggal dunia tengah hari tadi setelah koma dua minggu akibat diseret perompak ketika diragut. Kodi terkejut besar kerana menyedari Maya yang bersama dengannya hanyalah roh.
Penutup Kisah Seram Romantik Kodi
Selepas kejadian mengejutkan itu, Kodi akhirnya menerima cadangan ibunya untuk berkenalan dengan anak sahabat ibunya. Walaupun trauma, kisah pertemuan bersama Maya menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.
Inilah sebuah kisah seram romantik yang mencampurkan elemen cinta, misteri, dan pengajaran tentang jodoh serta takdir yang tidak dapat diduga.
Aku dapat berita yang atuk aku dah nazak. Kami di minta berkumpul di kampung. Kebanyakan orang tua dah sampai kampung petang tadi. Ada juga beberapa saudara aku dah balik kampung. Aku dan Din antara yang belum gerak lagi, jadi kami di minta ambil sorang lagi saudara kami, Aina. Dia duduk di salah sebuah asrama di Melaka.
Din ni mulut dia agak celupar sikit, sebelum berjalan tu aku pesan dengan Din untuk jaga mulut dia. Setiap kali kami bersama, Aina akan cerita seram tentang asrama dia.
Oleh kerana last minit, kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 11. Tunggu Din habis kerja. Orang tua pulak tak habis-habis telefon aku. Ain pun dah Bengkek. Apabila aku ambil Din, dia boleh kata relax, sampai nya kita. “Bukan masalah sampai, atuk dah nazak” aku jawab.
Kami tiba area asrama tu lebih kurang pukul 12. Semasa masuk dalam kawasan asrama tu, agak sedikit kabus. Mungkin baru lepas hujan. Kabus tu membuat asrama tu seram. Aku tengok sebelah, Din sedang tidur. Geram pulak aku dengan Din. Aku kejut dia dengan mamai dia melihat kawasan asrama tu. “Kita dah sampai. Aina tunggu kat Block E.” aku beritahu Din.
Semasa kami dalam perjalanan ke Block E, aku terperasan ada seorang budak lelaki sedang berdiri di belakang vending machine. Aku tak nak tegur, ya lah, lelaki tu berdiri tak buat apa-apa kat belakang vending lepas tu pulak, jam dah tunjuk pukul 12 lebih. Tak pelik ke. Din dengan mulut celupar dia tegur, “apasal budak tu Bersiri belakang vending machine”. Bongoknya Din. Kenapa la pergi tegur. Aku buat-buat tak dengar.
Kami pun tiba Block E. Batang hidung Aina tak nampak. Aku pun call dia marah-marah. Dia marah aku balik. Ingat dia nak tunggu bawah sorang-sorang lewat malam macam ni. Betul juga Aina cakap tu. Kami pun tunggu Aina depan Block E.
Tak lama kemudian kami dengan bunyi kucing. Tapi Bunyinya pelik. Macam bayi menangis. Susah nak explain, tapi itulah bunyi yang kami dengar. Kami tak berani keluar dari kereta.
Bunyi tu berhenti di ganti pulak dengan Bunyi seorang perempuan mengilai. Seekor kucing hitam berlari depan kereta kami. Tak tahu lah apa yang ia nampak. Din pun tak berani nak tegur.
Tiba-tiba kami dengar Bunyi seperti sesuatu sedang memanjat kereta. Aku tak berani nak tengok tapi Din intai melalui cermin tengah. “aku nampak kaki orang panjat kereta kita” kata Din.
“Mulut kau tak boleh tutup ke!” aku mengamuk.
Din terdiam. Keadaan berubah senyap. Terlalu senyap. Bunyi yang kami dengar atas bumbung kereta juga berhenti. Aku tak suka keadaan begini. Mata aku mula pandang kiri kanan.
Tiba-tiba kami dengar bunyi yang kuat belah pintu Din. Apabila Din pusing, dia nampak muka seorang perempuan sedang melekat di dinding. Din menjerit macam perempuan. Aku pun pandang, rupanya Aina sedang takut kan kami. Dia gelak tak berhenti. Din marah. Aku join gelak.
Aina masuk kereta sambil sambung gelak. “Dah la tu.” Din bengkek.
Kami pun gerak balik ke kampung. Dalam perjalanan keluar, kami pun lalu vending machine yang sama tapi kali ini lelaki itu dah tak ada. Entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati. Apabila aku pandang cermin tengah, aku nampak seorang lelaki sedang duduk sebelah Aina.
Cerita ini berlaku 10 tahun lepas. Sehingga hari ini aku tak pernah beritahu Aina atau Din ada hantu tumpang kita balik kampung.
Tuan rumah baru beli rumah ini. Sudah hampir 5 tahun rumah ini tidak ada penghuni. Mungkin sebab harga tu murah, dia beli. Rumah tu memang memerlukan kerja baik pulih yang banyak. Alhamdulillah, rezeki aku, dia pilih syarikat aku untuk projek rumah dia.
Sudah hampir sebulan kami kerja baik pulih rumah itu. Pekerja aku ada lapor rumah tu berhantu. Mereka kata ada dengar orang sedang main piano, suara budak berlari-lari. Kadang-kadang hantu tu baling barang mereka.
Pada mulanya aku tak percaya sebab aku sendiri tak pernah lalui. Ingat kan alasan mereka nak poteng kerja. Tapi dah dua pekerja aku berhenti, mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mereka.
Kami terpaksa bekerja overtime. Kalau tak siap pasang tile malam ni, aku tak dapat siap pada masa yang ditetapkan. Banyak akan tertangguh.
Semasa menyiapkan tiles, salah seorang dari pekerja aku dengar bunyi ketukan. Dia mula panik. Dia merayu untuk kita sambung esok je, tapi aku tak nak. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pecah.
Rupanya dua biji tiles aku pecah. “Siapa buat?” tanya aku. Seorang pun tak mengaku. Aku suruh mereka sambung kerja.
Tak lama kemudian aku dengar bunyi piano. Merdu tapi menyeramkan, eh jap…. mana ada piano dalam rumah ini. Aku mula berasa lain macam. Lagu itu makin kuat. Seperti seseorang sedang membawa piano sambil berlari ke arah aku. Tiba-tiba lagu piano itu berhenti. Aku baru nak rasa lega, datang sebuah jeritan mengilai yang kuat.
Semua perkerja aku lari tinggalkan rumah itu. Tinggal aku seorang. Aku tengok tiles yang hampir siap. Nak lari ke nak siapkan tiles.
Lampu pulak tiba-tiba mati. Black out. Aduh. Memang kena balik la. Aku keluarkan handphone aku dan buka lampu suluh dari apps. Aku terus menghala ke pintu masuk.
Sebelum sempat aku nak keluar, aku di halang oleh sebuah lembaga. Apabila aku suluh muka dia, aku nampak lembaga itu rupa seperti aku. Apa lagi, lari lingkang pukang aku ke pintu keluar.
Keesokkan hari ni aku menelefon tuan rumah. Aku beritahu dia aku tak dapat sambung kerja rumah dia. Aku juga beritahu rumah dia berhantu.