Sudah hampir setahun Kodi tidak ada wanita istimewa dalam hatinya (selain ibunya :P). Kodi sudah tawar hati selepas kali terakhir dia ada pasangan, dia hampir kahwin, malah dah bertunang. Pendekkan cerita, orang kata bertunang ni darah manis, memang betul. Sebulan sebelum nikah, Kodi dan tunangnya asyik gaduh. Ada pulak seorang mamat ni, tempat kerja tunangnya, yang selalu bagi ‘moral support’ (kononnya). Tapi secara tak langsung, dia telah menghasut tunang Kodi. Akhirnya mereka berpisah kerana tunangnya dah jatuh cinta dengan mamat tu. Kesian Kodi.

Berbulan sudah berlalu. Kodi takut untuk melalui peristiwa yang sama. Takut untuk bercinta. Kodi bukannya tak ada orang yang minatnya, malah mukanya boleh tahan. Ada je wanita-wanita yang suka dengannya. Termasuk seorang perempuan ni, kawan anak ibunya. Cantik. Beradab dan berakhlak. Pilihan setiap suami. Tapi Kodi masih tidak bersedia.

IKLAN

Satu hari Kodi sedang menunggu bas. Semasa tu jam menunjukkan pukul 9 malam. Datang seorang perempuan ni menunggu bas yang sama. Perempuan ini comel. Rambut pendek. Cermin mata jatuh ke hujung hidung. Perempuan itu terpandang Kodi, dia memegang beg tangannya dengan erat tapi sempat bagi senyuman takut-takut kat Kodi. Dia membalas senyuman perempuan itu.

Bas pun tiba. Kodi memberi perempuan itu naik dulu. Hari ini penumpang penuh. Tempat duduk yang ada pun tinggal dua. Kodi berpeluang duduk dengan perempuan itu. Pada awalnya dia tidak bercakap tapi apabila bas itu terlanggar lubang, beberapa orang terlompat dari seat mereka termasuk perempuan itu. Dia terlompat ke arah Kodi. Ala, bayangkan cerita romantik korea. Macam tu la terjadi. Dia meminta maaf. Kodi maafkan dia. Mereka mula borak dan terkejutnya banyak pulak persamaan mereka. Nama perempuan itu, Maya.

IKLAN

Maya memberitahu depan ni stop dia (hint untuk Kodi mengambil nombornya). Tapi Kodo hanya senyum. Sampainya di bas stop, Maya bangun. Sekali lagi dia ulang dekat Kodi, ini stopnya (hint sekali lagi dekat Kodi). Tapi Kodi hanya senyum dan biarkan Maya pergi tanpa mengambil nombornya.

Setiap hari yang berlalu, Kodi berasa menyesal tidak mengambil nombornya. Kodi mengambil keputusan untuk tunggu tempat yang sama pada jam yang sama. Harapannya dia dapat jumpa dengan Maya. Selama seminggu Kodi melakukan rutin ini tapi Maya tidak muncul.

Selepas dua minggu mencari cinta, Maya masih tidak muncul. Malam ini cadangan Kodi dia akan buat kali terakhir dan berserah pada jodoh. Dia pun tunggu dan tunggu. Sehingga muncul Maya. Tersenyum lebar Kodi. Maya duduk di sebelah Kodi. Dengan bajunya serba putih dan minyak wangi harum bunga melati. Kodi jatuh cinta.

Mereka duduk di perhentian bus itu berborak. Sebuah kereta polis berhenti depan mereka. Dia tanya kat Kodi kenapa duduk di perhentian bus? Sesat ke? Kodi jawab sahaja menikmati malam. Polis pesan sini tempat keras. Kadang-kada ada hantu nak ikut pulang. Kadang-kala ada penyamun mencuri orang. Polis itu sambung, bulan lepas berlaku satu kejadian ragut. Seorang perempuan tu sedang tunggu bus dan begnya di ragut. Dia di seret jauh juga. Selepas menceritakan kisah itu. polis pun beredar.

Kodi dan Maya beredar dari tempat itu. Kodi menawarkan untuk hantar Maya ke rumahnya. Maya setuju. Kodi tiba di sebuah rumah penuh orang bersongkok dan berbaju melayu. Maya suruh Kodi parkingkan keretanya dan masuk ke dalam sementara dia bersiap sedia. Kodi tak faham apa yang Maya maksudkan tapi dia ikut je. Dia park kat tepi dan masuk ke dalam majlis itu. Terpingga-pingga menunggu Maya.

Tidak lama kemudian ada seorang lelaki tegur Kodi. Dia beritahu dia sedang menunggu Maya. Maksudnya kawan Maya? tanya lelaki itu. Kodi angguk sahaja. Lelaki itu peluk Kodi. Dia makin pening. Rupanya lelaki itu abang Maya. Dia bawa jumpa ibubapa Maya. Kodi tanya mana Maya, ibu bapanya jawab, dia telah di kebumikan tengahari tadi. Kodi makin pening. Ibu bapanya beritahu yang Maya mati sebab di seret oleh penyamun. Dia sudah dua minggu koma dan pagi tadi dia baru sah mati. Kodi terkejut mendengar kisah itu. Perempuan yang dia berborak tadi, dia gelak bersama dan dia bawa tumpang sebeanrnya roh yang telah meninggal.

Selang beberapa hari, Kodi terima tawaran ibu untuk menyatukan dia dan anak kawan ibunya.

Seram ke idok?

Seram Meter: 4.5 / 5. Meremangmers: 6

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!