
Pembunuh bersiri apabila di kaji adalah subjek yang menarik kerana cara mereka berfikir lain dari kita yang normal. Infografik di bawah menunjukkan beberapa pembunuh bersiri terkenal dan kajian yang telah di buat untuk memahami cara mereka berfikir.

https://www.criminaljusticedegreehub.com/serial-killers/
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
7 Nyawa, 7 Peluru, 1 Pilihan. Bunuh Atau Dibunuh

Demi menyempurnakan ritual penyucian jiwa, seorang psikotik bergelar Azazel telah memerangkap dan memaksa Suhaimi melakukan pembunuhan terhadap 7 orang yang melambangkan 7 sifat keburukan yang sering dikaitkan dengan manusia.
Ketujuh-tujuh sifat keburukan itu adalah Gelojoh, Cemburu, Berahi, Malas, Amarah, Tamak dan Riak.
—————————————————————————————————
Suhaimi seorang peguam yang berjaya menyelamatkan seorang tua bernama Mokhtar dari dihukum gantung di atas tuduhan membunuh ahli keluarganya.
Suhaimi menyambut kemenangan kesnya dengan bersuka ria bersama rakannya bernama Joe di sebuah restoran mewah. Mereka makan dengan banyak sekali sehingga berlaku pembaziran.
Suhaimi pulang semula ke pejabat dan mendapat sorakan dari beberapa rakan kerja diatas kejayaannya, namun peguam kanan bernama Siva telah menampakkan rasa tidak puas hati kerana khuatir kejayaan Suhaimi bakal mengundang padah terhadap kerjayanya. Pada masa yang sama, Suhaimi bermain mata dengan salah seorang rakan kerjanya, Lisa.
Sebelah petang, Suhaimi singgah di sebuah hotel murah dan berasmara dengan Lisa. Selesai saja, Suhaimi mendapat panggilan dari adiknya, Amar, yang telah ditangkap samseng kerana berhutang dengan mereka. Suhaimi menjumpai Amar di satu lorong sunyi dan menyelesaikan hutangnya. Suhaimi juga memarahi Amar kerana malas bekerja dan hanya tahu menyusahkan orang lain.
Tiba-tiba Suhaimi mendapat panggilan pula dari isterinya Ainul. Ainul yang sudah sarat mengandung mengadu air ketumbannya sudah pecah dan kini dia dalam perjalanan ke hospital. Suhaimi bergegas ke sana.
Sampainya di hospital, Ainul sudahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Ainul memarahi Suhaimi kerana terlalu taksub dengan kerjaya sehingga langsung tidak memperdulikan dirinya. Suhaimi yang bengang dengan leteran Ainul terus meninggalkan hospital.
Malam menjelang tiba. Suhaimi singgah ke rumah emaknya Rafidah setelah meninggalkan hospital. Di rumah Rafidah, Suhaimi melihat Rafidah sedang sibuk berurusan dengan seorang peniaga barang kemas. Rafidah meminta Suhaimi membelikan barang kemas yang dia minat. Suhaimi bising kepada Rafidah kerana tamak sedangkan sudah banyak barang kemas yang dia miliki.
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah Rafidah, tiba-tiba Suhaimi telah dilanggar oleh sebuah kereta. Dia jatuh pengsan di atas jalanraya.
Suhaimi membuka matanya sebaik terdengar suara memanggil namanya. Suhaimi terkejut melihat dirinya yang diikat pada sebuah kerusi di dalam sebuah bilik gelap. Suara yang memanggil nama Suhaimi datangnya dari seseorang yang duduk di depannya. Lelaki itu memanggil dirinya Azazel dan menunjukkan sekeping foto anak kecilnya yang diperangkap dalam sebuah kotak besi. Azazel memberitahu Suhaimi untuk melakukan satu ritual “penyucian jiwa” jika mahu anaknya dilepaskan.
Ritual itu melibatkan 7 orang yang terperangkap di dalam bangunan ini dan mesti dibunuh Suhaimi dalam masa 24 jam. Jika Suhaimi enggan atau gagal dalam masa yang diberikan, anaknya akan mati. Suhaimi cuba memberontak tetapi dipukul oleh Azazel sehingga pengsan.
Keesokan pagi, Suhaimi menyedarkan diri. Tangannya sudah tidak lagi diikat. Di atas meja berdekatan, terdapat sepucuk pistol yang diisi 7 butir peluru, earpiece, foto anak kecilnya di dalam kotak besi dan sekeping nota yang menyuruh Suhaimi memakai earpiece sebagai alat komunikasi. Sebaik dipakai, kedengaran suara Azazel memberi arahan kepada Suhaimi untuk mencari mangsa pertama.
Suhaimi berjalan di sekitar bangunan usang itu sehingga menjumpai sebuah bilik. Di dalam bilik itu kelihatan Joe dalam ketakutan dengan keadaan dirinya yang diikat. Suara Azazel menyuruh Suhaimi membunuh Joe kerana itulah mangsa pertamanya.
Setelah membunuh Joe, Suhaimi berjalan lagi dan bertemu Siva pula di bilik lain. Seperti Joe, Suhaimi terpaksa membunuh Siva. Seterusnya Suhaimi menjumpai Lisa dan membunuhnya juga.
Di bilik yang keempat, Suhaimi bertemu Amar. Biarpun ketiga-tiga mangsa pertama berjaya dibunuh Suhaimi walaupun dalam keadaan terpaksa, kali ini dia keberatan kerana melibatkan ahli keluarga. Suhaimi merayu kepada Azazel untuk melepaskan anak kecilnya. Azazel enggan sebaliknya menceritakan tujuan sebenar ritual “penyucian jiwa” ini. Menurut Azazel, manusia semakin lalai kepada Tuhan kerana sudah sebati dengan 7 sifat keburukan dalam diri mereka. Untuk menyuci jiwa mereka semula, mereka mestilah menghapuskan diri mereka yang membawa sifat ini. Dan ketiga-ketiga mangsa pertama itu melambangkan sifat Gelojoh, Cemburu dan Berahi. Amar pula melambangkan sifat Malas.
Tiada pilihan lain, Suhaimi membunuh Amar. Jiwa Suhaimi semakin tertekan. Perasaannya semakin bergelodak. Dia sudah kabur diantara nyata dan palsu, kebenaran dan kebatilan.
Suhaimi meneruskan ritual Azazel dan berjumpa pula dengan Lisa, lambang Amarah. Jiwa Suhaimi bertambah resah. Dia enggan membunuh Lisa. Azazel memberi amaran tentang anak kecilnya. Di samping itu, Azazel mengugut Suhaimi tentang 3 mangsa lain yang tetap akan dibunuh Azazel jika dia tidak melakukannya. Tangan Suhaimi bergetar menghalakan pistol ke dahi Lisa. Dia menarik nafas lalu melepaskan tembakan. Kini tinggal lagi 2 mangsa sebelum ritual Azazel berakhir.
Suhaimi berjalan mencari mangsa keenam dan berhenti di sebuah bilik yang berselerakan dengan barang kemas. Rafidah duduk di tengah-tengah bilik dalam keadaan terikat. Rafidah adalah lambang Tamak. Rafidah yang dalam keadaan takut merayu kepada Suhaimi untuk melepaskannya. Suhaimi memekakkan telinganya dan menembak Rafidah. Dia jatuh terduduk dan menangis sekuat hati. Tinggal 1 lagi mangsa sebelum azabnya berakhir.
Suhaimi menguatkan diri dan sambung pencarian mangsa ke 7. Dia berhenti di sebuah pintu bilik yang diconteng angka 7. Suhaimi membuka pintu dan masuk ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi cermin. Tidak siapa di dalam bilik itu melainkan dirinya. Rupa-rupanya Suhaimi adalah mangsa ketujuh, lambang kepada sifat Riak.
Melalui earpiece, Azazel memberitahu sifat riak adalah sifat buruk tertinggi berbanding sifat-sifat yang lain. Dengan adanya Riak, akan wujud sifat Gelojoh, Cemburu, Berahi, Malas, Amarah dan Tamak. Dan Suhaimi mestilah membunuh dirinya sendiri bagi melengkapkan ritual “penyucian jiwa”.
Sebelum menunaikan permintaan terakhir Azazel, Suhaimi ingin tahu siapa sebenarnya Azazel. Azazel membongkar rahsia dirinya yang sebenar. Namanya adalah Azlan, anak kepada Mokhtar. Pembunuhan yang dilakukan Mokhtar sebelum ini adalah angkara Azlan dan Mokhtar sepatutnya mati sebagai pelengkap ritualnya. Namun disebabkan Suhaimi berjaya menyelamatkan Mokhtar dari tali gantung, kini dia yang terpaksa mengambil alih tempat Mokhtar bagi menyempurnakan ritual ini. Rupa-rupanya tanpa disedari Suhaimi, Azlan berada di semua tempat di mana Suhaimi telah menjumpai keenam-enam mangsa sebelum ini. Azlan juga mengucapkan tahniah kepada Suhaimi kerana menyertai ritual ini bagi menyelamatkan anak kecilnya yang melambangkan jiwa yang suci. 7 jiwa kotor berjaya dihapuskan demi menyelamatkan 1 jiwa suci.
Suhaimi menutup mata dan menarik nafas. Pistol dihalakan ke dalam mulutnya. Fade to black dan kedengaran satu das tembakan…
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
Joker 2019: Lakonan Joaquin Phoenix yang Menggegarkan & Psikologi Gelap Joker

Lakonan Joaquin Phoenix dalam Joker 2019
Lakonan Joaquin Phoenix sebagai Arthur Fleck dalam Joker 2019 sangat berkesan. Transformasi fizikalnya yang ketara serta emosi yang dilakonkan menjadikan penonton merasai simpati mendalam terhadap Arthur. Joaquin Phoenix benar-benar menghidupkan watak itu sehingga kita dapat melihat sisi manusia dalam Joker.
Joker Sebelum Joaquin Phoenix
Joaquin bukanlah orang pertama yang membawa watak Joker ke layar perak. Pada tahun 1989, dalam filem Batman arahan Tim Burton, Jack Nicholson memegang watak Joker dengan gaya yang lebih kartun dan teatrikal. Sebelum itu, beliau sudah terkenal dengan watak psiko dalam The Shining, menjadikannya pilihan tepat pada era tersebut.
Semua penonton pasti masih mengingati lakonan Heath Ledger dalam The Dark Knight. Joker versi ini penuh misteri tanpa asal-usul yang jelas. Ada teori mengatakan dia seorang bekas tentera, namun ia tidak pernah disahkan dalam filem. Walaupun begitu, kehadiran Joker lakonan Heath Ledger dalam setiap adegan membuatkan penonton terhanyut dengan kegilaan dan kekejamannya. Lakonannya dianggap antara Joker terbaik sepanjang zaman.

Falsafah Joker dan Teori Carl Jung
Ketiga-tiga versi Joker – Jack Nicholson, Heath Ledger, dan Joaquin Phoenix – mempunyai gaya berbeza tetapi berkongsi persamaan: mereka ingin memporak-perandakan sistem yang rosak. Mereka adalah ‘Agent of Chaos’.
Menurut teori Carl Jung, setiap manusia mempunyai sisi gelap dan kita mesti mengiktiraf impuls negatif untuk mengekalkan kesihatan mental. Joker dalam Joker 2019 adalah bukti bagaimana seseorang yang gagal mengawal sisi gelapnya akhirnya terjerumus dalam kegilaan.
Ideologi Joker vs Batman
Bagi Joker, norma sosial adalah jenaka. Dia percaya manusia hanyalah beruk dalam sangkar yang mudah dimusnahkan dengan sedikit kekacauan. Batman pula sebaliknya – walaupun hidup di luar norma sosial, dia masih berpegang pada undang-undang dan keadilan. Inilah yang membuatkan Joker terpesona dengan Batman. Mereka adalah Yin dan Yang – dua sisi bertentangan yang saling melengkapi. Tanpa Batman, Joker tidak akan wujud.
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!
Hari-hari Terakhir Seorang Banduan

“Maka dengan ini di jatuhkan hukuman gantung sampai mati, yang akan di laksanakan hari jumaat ini antara jam 6 pagi dan jam 7 pagi,” seorang hakim menjatuhkan hukuman kepada Faizal.
Terduduk Faizal dengar berita itu. Walaupun dia sudah tahu satu hari dia akan dapat hukuman gantung sampai mati, tapi selama 5 tahun dalam penjara, Faizal sudah beraubat. Dia menyesal dengan perbuatannya. Dia juga sudah mula mendekatkan diri dengan tuhan. Satu lagi fakta yang mengubah kehidupan Faizal, kelahiran anak perempuannya, Salina.
Isterinya tidak menderhaka dengan Faizal. Walaupun sudah ramai orang nasihat Sophia untuk bercerai dengan Faizal, tapi dia tetap setia dengan suaminya. Sampaikan Faizal sendiri ingin lepaskannya tapi dia menolak. “Selagi abang bernyawa, saya isteri abang.” kata Sophia kepada Faizal.
Setiap kali berpeluang untuk berjumpa dengan Faizal, Sophia akan bawa Salina. Dia mahu Salina kenal siapa ayahnya. Faizal bersyukur dapat melihat anaknya membesar. Dia tak sangka berapa bertuah dirinya sehingga dia berada di dalam penjara.
Sebelum masuk penjara, Faizal seorang yang senang mengamuk. Apabila dia dalam keadaan yang marah, dia tidak boleh berfikir dengan rasional. Sophia selalu menjadi mangsa kemarahannya. Mata lebam, bibir pecah, kepala berdarah. Itu sudah menjadi kebiasaan kesan-kesan yang di tinggalkan di badan Sophia apabila Faizal melepaskan kemarahannya.
Satu hari, Faizal dapat tahu kawan sekerja Sophia telah di nasihatkan untuk tinggalkan Faizal. Yang menegurnya adalah seorang lelaki bernama Lokman. Ini telah membuatkan Faizal mengamuk. Dia menuduh Sophia berskandal dengan Lokman. Faizal mengekori Lokman pulang dan telah membunuh dia dan 4 lagi ahli keluarganya.
Faizal tunggu sehingga jam 12. Selepas semua keluargannya masuk bilik. Dia memanjat gate rumah Lokman. Faizal kemudian mengcungkil lubang kunci sehingga pintu terbuka. Selepas berjaya, dia naik tangga perlahan-lahan dan membuka pintu bilik tidur Lokman. Lokman dan keluarganya sedang tidur. Dengan sebiah pedang di tangannya, Faizal mengejut lokman, isterinya dan dua anak kembar perempuan yang baru berumur 3 tahun.
Kedua-dua anak perempuannya tak berhenti menangis. Isterinya dalam ketakutan. Lokman telah merayu untuk melepaskan mereka. Dia akan beri semua harta dalam rumah ini jika di bebaskan.
“Kau ingat aku nak wang kau ke? Kenapa perlu kau masuk campur dalam urusan keluarga aku?” kata Faizal.
Lokman konfius. “Apa awak cakap ni?”
Faizal jawab, “Sopia. Isteri aku. Kau ada skandal dengan dia kan?”
Lokman baru faham, “Oh, kau ni suami Sophia. Dia kawan aku. Tak pernah ada skandal dengan dia.”
Faizal tak percaya, dengan satu libas, dia telah membunuh isteri Lokman. Kedua-dua anak kembar Lokman makin menangis. Lokman merayu untuk melepaskan anak-anaknya.
“Mengaku sekarang kau ada skandal dengan isteri aku?” paksa Faizal.
“Tak ada. Aku tak ada skandal. Tolong…” merayu Lokman.
Sekali lagi dia libas. Salah seorang anak Lokman di bunuh. Lokman memeluk anaknya yang masih hidup.
“Kau dah kenapa? Aku bersumpah dengan nama Allah aku tak pernah sentuh isteri kau, setan” lokman menjerit.
Faizal menikam Lokman dan anaknya. Kedua-dua mereka meninggal dunia.
Faizal pulang ke rumah. Sophia sendiri tidak tahu kejadian itu, sehingga polis datang ke rumah mereka dan menahan Faizal. Eviden dia yang bunuh amat kuat. Faizal mengaku bersalah.
Ini semua 5 tahun lepas. Sekarang dia hanya menunggu masa hukumannya. Kali terakhir Faizal jumpa dengan keluarganya, dia melafazkan kepada Sophia, “Selepas ini carilah suami yang lebih baik dari aku. Aku tidak sepadan menjadi suami kau. Jaga anak kita dengan baik. Terima kasih buat segalanya Sophia. Aku ceraikan kau dengan…”
Sophia menutup mulut Faizal sambil menangis. “Selagi abang bernyawa, saya isteri abang.” lalu mencium tangan Faizal.
Faizal mencium kepala Sophia. Faizal menurunkan diri setinggi Salina. “Sayang. Ayah nak minta maaf tak dapat lihat sayang membesar. Sayang tak kan faham sekarang, satu hari ibu akan ceritakan segalanya kepada sayang. Jaga ibu baik-baik. Ayah sayang awak.”
Salina konfius, “Ina sayang ayah juga. Minggu depan Ina tak dapat jumpa ayah. Ina ada lawatan ke Zoo. Nanti Ina datang melawat lagi. Ina janji.”
“Baiklah” sambil memeluk Ina. Mereka pun meninggalkan Faizal.
Pagi yang di tunggu tiba. Faizal sembahyang subuh. “Ya Allah. Jagalah keluargaku. Lindungi dia dari orang seperti aku. Aku terima hukuman aku di dunia dan di akhirat.”
Seorang pengawai memanggil Lokman. Dia bangun dan berjalan menghala ke tempat hukuman.
Kepalannya di tutup. Lehernya di ikat dengan tali. Lantai terbuka. Tali tegang. Faizal mencapai-capai untuk bernafas… Tak lama kemudian dia di sahkan mati.
Meremang sangat kat SEENI doo!
Download
sekarang!




