Ali start enjin dan terus memandu. Tiada arah. Tiada tujuan. Matanya mengalir. Kenang apa dia dah lalui. Dia memandu dan terus memandu. Dia memandu sehingga matanya letih. Akhirnya dia berhenti di sebuah pekan kecil. Nama pekan itu, Sri Menanti.
Di tepi jalan Ali berhenti. Di sebelahnya sebuah hotel kecil. Hotel Menanti namanya. Mata Ali sudah ngantuk. Dia park kereta dan memasuki hotel dan dua star tu.
“Bos. Satu bilik.” kata Ali.
Tuan hotel tidak berkata apa. Hanya memerhati. Ali menuju ke biliknya. Di dalam biliknya tidak ada aircond. Hanya kipas kecil atas almari kecil. Cadar katilnya mempunyai kesan setompok cinta antara dua manusia. Ali dah penat. Semua itu tidak menjadi masalahnya. Dia baring atas katil sambil memerhati dinding. Di situ dia perhatikan seekor cicak yang tak berekor sedang berlegar-legar hilang arah seperti dia. Ali menangis memandang cicak itu.
“Nasib kau dan aku sama.” kata Ali. “Kita makhluk yang sesat dari ajaran Allah.”
Mata Ali hampir lelap tiba-tiba dia terdengar pintu bilik sebelahnya di buka. Dua suara. Seorang lelaki. Seorang perempuan. Mereka gelak gembira. Tiba-tiba bunyi yang mengersangkan kedengaran. Hotel murah. Dinding nipis.
10 minit dah berlaku. Mereka masih meluahkan cinta mereka. Ali tidak boleh tahan. Dia keluar dari bilik dan menuju luar hotel. Tuan hotel hanya memerhatikannya.
Ali menyalakan rokoknya. Dia memerhati suasana pekan itu. Suasananya seperti sebuah pekan lama yang tak di sentuh sejak 70an.
Jam menunjukkan pukul 2 malam. Ali memutuskan untuk berjalan di pekan itu. Hampir semua kedai sudah tutup pintunya. Hanya sebuah kelab malam buka. Ali memasuki kelab itu.
Tiada sesiapa hanya seorang pelayan yang sedang berkemas. “Kami dah nak tutup.”
Ads
“Oh maaf.” kata Ali. Baru sahaja dia ingin beredar, perempuan itu berkata, “Marilah. Saya temankan awak. Nak minum apa?”
Ali memerhatikan suasana kelab itu. Stage kecil dengan satu microphone. Warna dinding yang pelik, ungu. Tempat duduk pun guna kerusi plastik. Sekali lagi perempuan itu tanya, “Nak minum apa?”
“Air coke sahaja.” jawab Ali.
“Selamat datang ke Dansa Bulan. Nama saya Melur” kata Melur sambil serahkan air coke.
“Ali” jawabnya sambil memerhatikan Melur. Bibirnya merah berlipstik. Rambutnya bersanggul. Matanya menawan. Wajah kulit yang putih seperti salji. Memakai kebaya merah.
“Lamanya pandang.” Melur berkata sambil gelak. Mata Ali terus memandang tempat lain. Sambung Melur, “Awak bukan orang di sini. Jarang orang luar datang kampung ni.”
Ads
Ali senyap. Melur sambung, “Awak tahukan sepatutnya saya dah tutup kedai. Saya tangguhkan sebab awak.”
Ali berasa salah. “Maaf Melur… Sebenarnya saya lari dari sesuatu.” Ali berasa pelik. Tak tahu kenapa dia luahkan perasaan seperti itu.
“Biasa la tu. Orang bandar ada masalah sinilah tempat dia lari.” sambung Melur.
Ali tak faham apa yang Melur cuba sampaikan.
Melur berjalan ke stage dan memilih lagu. “Untuk awak…” dia menyanyi.
Malam itu Ali di hiburkan oleh Melur. Segala kesedihan terubat sedikit.
Ads
—————————————————————————————–
Keesokkan hari Ali terjaga. Dia tidak ingat apa terjadi selepas kelab itu. Badannya rasa berat. Seperti sebuah beban telah tengkek di bahunya. Ali keluar turun ke bawah. Orang lain, perempuan cina, berada di front desk. Dia memberi senyuman. Ali berlari ke Dansa Bulan. Tidak wujud. Kedai itu telah roboh. Hanya tapak sahaja yang tinggal. Tak mungkin. Ali pasti dia melawat tempat ini semalam.
Seorang lelaki tua melalui tepi, “Bang, apa terjadi dengan Dansa Bulan?”
“Dah lama dah tak ada. Sejak kejadian 40 tahun dulu.” kata abang itu.
“Apa abang merepek ni?” kata Ali. “Saya baru je lepak semalam”.
“Dik, Dansa Bulan terbakar. Seorang perempuan mati. Kononnya tauke nak dapat duit insurance tapi dia tidak perasan ada seorang pekerjanya yang masih di dalam.” kata abang itu. “Tak silap namanya… Melur”.
Terduduk Ali. Apa sebenarnya terjadi semalam. Dia mula memerhati suasana kampung. Lain. Tidak sama seperti yang dia nampak semalam. Lebih moden.
Mandela Effect adalah sesuatu yang kita percaya sesuatu tetapi sebenarnya tidak wujud dalam realiti ini. Ramai orang akan ingat secara jelas contoh satu kejadian dengan fakta-faktanya tetapi berlainan dengan apa yang tercatat di dalam buku sejarah, suratkhabar dan lain-lain. Contoh: Karakter Pikachu yang ramai ingat kat hujung ekornya mempunyai belang hitam tetapi dalam realiti ini, Pikachu tidak pernah ada belang hitam itu.
Beberapa orang menyifatkan ini sebagai ‘false memory (memori palsu)’ bahawa ia adalah memori yang kita cipta sendiri atau gabungan memori menjadi satu memori. Tetapi jika ia ‘memori palsu, kenapa ramai orang yang ingat fakta itu?
Ada juga yang menyatakan bahawa ‘parallel realities exist (realiti selari wujud)’ dan kita hanyut di antara realiti-realiti itu tanpa kita mengtahuinya. Apa-apa Mandela Effect adalah satu subject yang menarik.
Mandela Effect bermula dengan tarikh kematian Nelson Mandela. Ramai yang pasti bahawa Mandela mati di dalam penjara pada tahun 1980. Padahal dalam realiti dia mati pada tahun 2013. Dan pada tahu 1994 hingga 1999 dia menjadi presiden untuk Afrika Selatan.
Beberapa contoh lagi dari Mendela Effect
Star Wars ada dua. Satu di Star Wars: Empire Strike Back. Semasa Luke bertemu dengan Darth Vader, ramai yang ingat ‘Luke, i am your father’ tetapi dalam realiti ‘No, i am your father’. Satu lagi dalam original trilogy, di mana kesemua badan C3PO di salut emas tetapi dalam realiti, kakinya ada warna silver.
Dalam filem Snow White, semasa Queen panggil cerminnya, ramai yang ingat ‘Mirror, Mirror on the wall’, tetapi dalam realiti ‘Magic mirror on the wall’.
Ramai yang ingat ejaan ‘Looney Toons’ tetapi dalam realiti ‘Looney Tunes’.
Banyak lagi contoh Mendela Effect di luar sana. Percaya ke tidak wujudnya Mendela Effect adalah berdasarkan apa yang kita percaya sebagai memori. Walau camana pun ia telah menjadi isu hangat untuk di borakkan.
Mokele-Mbembe adalah nama yang diberikan kepada makhluk yang dipercayai mendiami bahagian atas lembah Sungai Congo, iaitu Congo, Zambia dan Cameroon, serta di Lake Tele (di Republik Congo) dan kawasan sekitarnya. Nama ini berasal dari bahasa Lingala, dan biasanya diterjemahkan sebagai ‘Ia yang menahan arus sungai’.
Identiti Mokele-Mbembe
Selama bertahun-tahun, banyak huraian fizikal mengenai Mokele-Mbembe telah digambarkan. Umumnya semua bersetuju bahawa makhluk ini sangat besar, mempunyai leher dan ekor yang panjang serta berkepala kecil.
Mokele-Mbembe juga dikatakan sebagai dinosaur herbivor yang hidup di gua dan di tepi sungai serta dapat mencari makanan kegemarannya. Walaupun vegetarian, ia dianggap bahawa Mokele-Mbembe akan bertindak agresif jika didekati oleh orang. Ada kajian mengatakan bahawa binatang itu mempunyai tanduk tunggal, mungkin seperti badak, yang mana ia akan digunakan untuk membunuh gajah. Terdapat juga tuntutan bahawa Mokele-Mbembe adalah roh semangat sungai Congo.
Apa sebenarnya Mokele-Mbembe? Selagi tiada bukti yang kukuh, ia hanya cerita buah mulut penduduk tempatan.
Ring… Ring… Ring… Bunyi telefonku berbunyi. Aku terjaga dari tidur dan melihat nama ayahku di skrin telefon. Apa kejadah orang tua ni call time-time ni. Aku angkat.
Aku: Nak apa ayah?
Ayah: Assalamualaikum
Aku: Ayah tahu kan sekarang dah pukul 3 pagi. Kenapa ayah call?
Ayah: Sahaja. Nak call anak ayah. Bila kau nak lawat ibu kau tu? Dah lama dia tak jumpa kau.
Aku: Entah. Busy sikit. Duit pun bukan ada sangat pun.
Ayah: Balik lah akhir bulan ni. Jenguk-jenguk ibu kau.
Aku: Ayah ke ibu yang rindu?
Ayah: Balik je.
Aku: Ya la. Ya la.
Ayah: Din. Ayah dah habis bayar semua kos majlis perkahwinan kau. Duit hantaran pun ayah dah sediakan.
Aku: Eh tak perlulah. Din kan sedang kumpul duit ni.
Ayah: Takpe. Duit hantaran pun kau tak cukup lagi. Ni nak bayar duit majlis. Jangan bimbang lah. Ayah dah settlekan semua. Ada extra lagi dekat ibu kalau perlu apa-apa penambahan.
Aku: Terima kasih ayah. Ayah dapat duit dari mana ni?
Ayah: Duit pencen. Dan duit tanah pusaka.
Aku: Tanah tu banyak ke dapat?
Ayah: Bolehlah. Bahagi lima.
Aku: Ayah.
Ayah: Ya?
Aku: Apa sebenarnya sebab ayah call?
Ayah: Din. Jadi suami ni tak mudah. Banyak dugaan kau akan lalui seorang diri tanpa isteri kau tau. Time tu kau senyum sahaja. Jangan sesekali kau tunjuk kesusahan kau depan mereka.
Aku: Ayah?
Ayah: Apabila kau dapat anak tu, bantulah isteri kau. Kau akan dengar dia komplain penat. Dia komplain kita tak bantu, tapi kau senyum sahaja. Jangan tunjuk perasaan marah kau.
Aku: Ayah!
Ayah: Dan jagalah anak kau sebaik mungkin. Dia lah nyawa kau.
Aku: Apa ni ayah?
Ayah: Ayah tak dapat hadir ke majlis perkahwinan kau. Dan ayah minta maaf sangat. Dan percayalah, ayah bangga dengan kau.
Aku: Ayah cakap apa ni? Jangan karut la. Ish malas Din nak dengar benda-benda merepek ni. Ibu mana?
Tiba-tiba phone mati. Ish orang tua ni. Buat panggilan dramatik pulak pagi-pagi macam ni. Aku lihat phone aku, rupanya ada 5 miss call sebelum telefon ayah. Semuanya telefon dari ibu. Aku menelefonnya balik.
Aku: Hello
Ibu: Kau kat mana? Ibu cuba telefon kau dari tadi.
Aku: Rumah. Kenapa Ibu?
Ibu: Ayah kau. Dia eksiden pukul 1 tadi. Ayah… Dah meninggal dunia.
Aku: Eh… tak mungkin. Ayah baru call saya tadi.
Ibu: Din. Ayah dah tak ada. Kau balik kampung.
Aku siap-siap terus pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan aku berfikir, bagaimana dia sempat call aku tapi aku bersyukur dapat borak dengan dia. Maafkan aku ayah.