Pak Dogol adalah salah satu watak dalam persembahan seni tradisional wayang kulit. Watak manusia biasa, hidup dalam serba sederhana dan menghabiskan usia menghambakan diri sebagai pembantu kepada Raja Seri Rama. Seorang yang digambarkan sebagai berperut buncit dan berkulit hitam dan bercakap dengan bahasa pelatnya. Dia dianggap badut dan seorang pelawak di kerajaan Kuala Dua Derdap Muda. Pak Dogol memang setia dengan Rajanya. Kesetiannya membuta. Itulah kekuatan dan kelemahannya. Kehinaan dan kecantikannya. Warna hitam menandakan dia sentiasa di belakang bayang-bayang raja. Perut buncit melambangkan dia mempunyai kehidupan yang senang.
Tetapi di sebalik watak yang sinikal, Pak Dogol merupakan satu-satunya watak yang dijaga oleh Dalang. Watak Seri Rama sendiri tidak di beri kehormat tertinggi seperti Pak Dogol. Di mana Seri Rama dan lain-lain di ikat di dalam bungkusan biasa, Pak Dogol akan di asingkan dan simpan di atas dinding. Dalang akan berasap batu kemenyan ke arah Pok Dogol sebelum di simpan.
Kenapa Pak Dogol begitu di hormati?
Ads
Di katakan Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal, dia merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak Dogol. Ada juga menganggap Pok Dogol jelmaan Syaitan. Tugasnya untuk menghasut Raja Seri Rama.
Ads
Ada Pak Dogol yang di warisi dari turun-kemurun. Satu kerhormatan menjaganya. Pak Dogol ini perlu di ikut pantang larangnya. Jika tidak, malang akan timpa kepada tuannya.
Ulek Mayang berasal dari Terengganu, satu tarian yang terkenal kerana kaitannya dengan alam mistik. Ulek Mayang di katakan bermula ratusan tahun dahulu. Ia sebenarnya sebuah mentera yang di nyanyikan untuk menghalau roh laut yang jahat. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah keluar ke laut. Di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka.
Selepas reda laut, kesemua nelayan di hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya seorang sahaja yang tak terjaga. Mereka percaya bahawa jasadnya ada d sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan kawan mereka. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Seorang puteri bunian ingin menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh itu cuba mengembalikan nelayan itu ke dunia nyata tetapi di halang oleh puteri bunian. Pertarungan menjadi senget apabila seorang demi seorang adik beradik puteri bunian (hingga 6 orang) datang membantunya.
Akhirnya Puteri Sulung muncul, puter ke-7, muncul. Paling cantik, bijak dan kuat antara mereka. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat”. – kata Puteri sulung. Tanda terima kasih, bomoh itu menyerahkan nasi berwarna kepada puteri-puteri bunian. Nelayan itu sedar tidak lama kemudian.
Dahulu, lagu Ulek Mayang akan disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di kawasan tepi pantai yang digunakan sebagai kaedah untuk merawat penyakit seseorang. Biasanya penyakit-penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan lain-lain.
Namun zaman sudah berubah, tarian dan lagu Ulek Mayang kini dijadikan sebagai persembahan budaya ketika majlis-majlis tertentu.
Lirik lagu Ulek Mayang
mayang ku ulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ulek mayang diulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading Puteri empat berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong Puteri tujuh bersanggol sendeng Puteri tujuh bersubang gading Puteri tujuh berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu Yang laut balik ke laut Yang darat balik ke darat Nasi berwarna hamba sembahkan Umbok mayang ku umbok Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala
Wak Bakar adalah pengasas Kuda Kepang. Dia dan Kumpulan Warisan Kuda Kepang Parit Ponorogo di upah untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Wak Bakar telah membawa kumpulannya dua hari sebelum untuk menyiapkan diri mereka. Dia di beri sebuah dewan serbaguna untuk berlatih.
Apabila melakukan latihan mereka di dewan itu, Wak Bakar perasan ada sesuatu yang tak kena. Setiap kali kumpulannya nak ‘menurun’ je, tiba-tiba budak dia tersedar. Masalahnya, jika dia tidak turun dengan sepenuhnya, Wak Bakar tidak dapat menyebat mereka, dan budak-budaknya tidak dapat makan kaca. Ia boleh melukakan mereka. Wak Bakar rasa pelik.
Mereka cuba dan cuba, pekara sama berlaku. Selalunya apabila seseorang dah menurun, dia tidak akan bersuara, tapi kali ini ada beberapa dari mereka boleh berkata.
Wak Bakar tak puas hati. Dia tanya kepada bomohnya, Wak Mus, apa sebenarnya berlaku. Wak Mus beritahu ada sesuatu atau seseorang sedang menghalang mereka dari menurun. Di antara dia tak puas hati dengan kumpulan kita atau dia sahaja nak ‘test power’. Wak Bakar membuat keputusan untuk hentikan latihan mereka buat hari ini. Esok sambung. Sementara itu, Wak Bakar dan Wak Mus cuba mencari puncanya.
Mereka keluar dari dewan itu dan menyalakan rokok. Sambil hisap rokok sambil memerhatikan sekeliling mereka. Wak Mus mendapati ada seorang lelaki berdiri di tingkat 5, di pangsapuri berdekatan, sedang memerhatikan dewan sambil mulutnya berkomat-kamit. Dia tak perasan Wak Bakar dan Wak Mus di luar dewan.
Wak Bakar mengangguk dan Wak Mus terus bersiap untuk melakukan sesuatu. Wak Bakar mengambil bertih (yang sepatutnya di beri kepada kuda kepang) dan memberi kepada Wak Mus.
Dengan bertih di tangan , Wak Mus mula membaca sesuatu. Lepas habis baca, dia rejam bertih di tanah dan tunjuk dengan jari telunjuk ke lelaki itu. Lelaki itu jatuh pengsan. Kecoh keadaan jadinya apabila isterinya menjerit melihat suaminya terbaring di berandar rumah mereka.
Mereka belum selesai lagi. Dengan bertih yang di rejam itu, Wak Mus menghantar santau angin kepada lelaki itu.
Keesokkan harinya, latihan berjalan lancar. Budak-budak Wak Bakar menurun dengan baiknya.
Wak Bakar mendapat berita bahawa lelaki itu namanya Pak Manan. Di kawasan sini, dia terkenal dengan ilmu mistiknya. Boleh di katakan bomoh di kawasan sini. Wak Bakar tak kisah siapa dia atau motifnya, tapi apabila dia ganggu kumpulannya, dia perlu di jatuhkan.
Dalam kepercayaan dunia nusantara, Langsuir atau Langsuyar adalah mahkluk halus penghisap darah. Vampire versi kita. Di percayai bahawa Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Di situ dia akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal semasa menghisap darah mangsanya.
Langsuir digambarkan berpakaian serba putih, berlumuran darah, berambut panjang, bermata merah dan bertaring tajam. Antara ciri-ciri lain Langsuir adalah kegemarannya suka ketawa dan mengilai.
Pada tahun 1909, seorang lelaki bernama Sir Richard Olaf Winstedt telah mencatat sebuah jurnal yang tak pernah di terbitkan, cara memanggil Langsuir.
Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British. Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.
Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.
Sir Richard Olaf Winstedt
Di salin dariada tulisan Dato’ Amarabangsa Wiraja/Wijaya, seorang pawang yang amat terkenal di zaman itu. Dia berasal dari Temenggor
Manuskrip lama mentera memanggil Langsuir, 1909.
Kalau berani cubalah…
Langsuir suka pandang muka kita, jadi beranikan diri dan tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah, insya Allah Langsuir akan lari. Ada satu lagi cara menghalau Langsuir, dengan menunjukkan cermin muka ke muka dia. Tunjuk cermin muka itu dekat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.