Kuchisake-onna adalah salah satu kisah hantu paling terkenal di Jepun yang mampu meremangkan bulu roma sesiapa sahaja. Legenda ini mengisahkan roh seorang wanita yang penuh dendam, dan kisahnya terus hidup hingga ke zaman moden.
Asal Usul Kuchisake-onna
Kisah asal Kuchisake-onna dipercayai bermula kira-kira 1200–800 tahun dahulu. Diceritakan seorang wanita cantik berkahwin dengan seorang samurai, namun kecantikannya membawa padah. Apabila suaminya mengetahui kecurangannya, dia menghiris mulut wanita itu dari hujung ke hujung hingga ke telinga sambil berkata: “Siapa yang akan menganggap engkau cantik sekarang?” Tragedi inilah yang melahirkan roh pendendam yang dikenali sebagai Kuchisake-onna.
Kisah Moden di Jepun
Pada akhir tahun 1970-an, lagenda Kuchisake-onna kembali menjadi bualan hangat di Nagasaki. Ramai saksi mendakwa melihat hantu ini berkeliaran mencari mangsa, lalu berita itu pantas merebak ke bandar-bandar lain di Jepun. Malah, seorang koroner pada tahun 2007 mendapati rekod seorang wanita dengan mulut koyak yang mati dilanggar kereta ketika mengejar budak. Penemuan ini menambah kepercayaan bahawa kisah Kuchisake-onna mungkin berpunca daripada peristiwa sebenar.
Ads
Cara Hantu Ini Menghantui Mangsa
Kebanyakan mangsa Kuchisake-onna adalah kanak-kanak. Hantu ini sering digambarkan berjalan di lorong sempit dengan topeng pembedahan menutupi wajahnya. Dia akan berhenti dan bertanya, “Cantik ke saya? (Watashi wa kawaī desu ka?)”.
Ads
Jika mangsa menjawab tidak, mereka akan dibunuh menggunakan gunting besar.
Jika mangsa menjawab ya, Kuchisake-onna akan menanggalkan topengnya, lalu menunjukkan mulut yang terbelah hingga ke telinga.
Walau apa pun jawapan, mangsa akhirnya tetap menjadi buruan dan tiada jalan keluar selain menemui ajal. Inilah yang menjadikan kisah ini antara legenda paling menakutkan di Jepun.
Ads
Kuchisake-onna dalam Budaya Popular
Selain kekal sebagai lagenda bandar, Kuchisake-onna turut menjadi inspirasi dalam budaya popular Jepun. Kisahnya diadaptasi dalam anime, manga, dan filem seram. Bahkan, legenda ini juga tersebar ke Korea Selatan, menjadikan Kuchisake-onna simbol seram Asia Timur yang ikonik.
Ilustrasi Kuchisake-onna, simbol legenda hantu Jepun.
Legenda Kuchisake-onna mengingatkan kita bahawa kisah seram bukan sekadar hiburan, tetapi juga cerminan ketakutan masyarakat pada zamannya. Hingga kini, ia kekal menjadi cerita hantu Jepun yang paling menyeramkan.
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, menjadi penghuni surga. Kekallah mereka di dalamnya,” Al-Baqarah : 82.
Syurga (Al-Jannah) di cipta sempurna untuk hamba-hamba Allah S.W.T. yang bertaqwa kepadaNya. Tempat di alam akhirat yang penuh dengan keselamatan, kesejahteraan, kesenangan, kenikmatan, kebahagiaan, serta kemuliaan. Penghuni syurga kekal abadi di dalamnya.
Syurga di gambarkan
Seluas langit dan Bumi. (Al-Hadid : 21), Di dalamnya terdapat pohon-pohon dan buah-buahan. (Ar-Rahman : 54,68, dan Al Waqi’ah : 28,29,32-33), Terdapat istana-istana dan mengalir sungai-sungai di bawahnya. (Al-Furqan : 10), Tahta-tahta kebesaran dan ranjang-ranjang emas/permata (Ash Safaat : 44 dan Al Waqi’ah : 15), Serta di temani bidadari-bidadari.” (Ar-Rahman : 72 dan Ad Dukhan : 54).
Menurut hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., syurga memiliki 8 pintu dari emas yang ditaburi mutiara.
1. Pintu untuk para Nabi, Rasul, syuhada, dan dermawan.
2. Pintu bagi orang-orang yang mendirikan syolat dengan menyempurnakan syarar rukunnya dan wudhunya.
3. Pintu buat orang-orang yang mengeluarkan zakat dengan kebersihan jiwa.
4. Pintu untuk orang-orang yang memerintah kebaikan dan melarang kemungkaran.
5. Pintu orang-orang yang mencegah hawa nafsu dan kesyahwatan.
6. Pintu buat orang-orang yang menunaikan ibadah Haji dan umrah.
7. Pintu bagi para ahli Jihad (berjuang menegakkan agama Allah)
8. Pintu bagi orang-orang yang bertakwa, berbakti kepada orangtua, dan menyambung tali persaudaraan.
D’Coconut Hill Resort terletak di atas Gunung Raya, Langkawi. Di kenali dengan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter paras laut dan hutan simpan menempatkan banyak hidupan liar seperti monyet, rubah terbang, kera, tupai, helang, burung hantu dan macam-macam lagi. Puncak gunung raya adalah pembentukan granit besar yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari persekitaran lereng-lereng bukit, pulau-pulau jiran dan Laut Andaman. Pengunjung dapat melihat pada sudut 360 darjah tanah Langkawi.
Tambahan pula ada ‘jungle trekking’ di mana pengunjung dapat melihat burung-burung eksotik dan untuk mencabar diri, mendaki gunung raya mengunakan ‘trek tangga helang’.
Sekarang ia terbiar. Tiada pengunjung. Hanya seorang pengawal keselamatan menjaga resort itu di waktu malam.
Sejarah Gunung Raya
Gunung Raya dapat namanya dengan satu peristiwa di antara pahlawan Mat Raya dan pahlawan Mat Cincang. Kedua-dua mereka mempunyai anak remaja yang bercinta antara satu sama lain. Kedua-dua ibubapa mereka setuju untuk mengahwinkan mereka.
Pada hari perkahwinan anak mereka, Mat Raya dan Mat Cincang telah berselisih faham. Oleh kerana ego, di mana dua-dua tak mahu mengaku kalah, berlakulah pergaduhan antara Mat Raya dan Mat Cincang.
Mereka tidak menghiraukan orang ramai yang hadir ke majlis itu. Berbagai-bagai alatan, hiasan, apa sahaja yang menghalang pergerakkan mereka akan di sepak, di tendang atau di langgar. Satu belanga terpelanting jauh di situ. Tempat itu dinamakan Belanga Pecah. Kuah gulainya pula terabur di satu kawasan lain. Tempat itu di namakan Pekan Kuah.
Akhirnya mereka sedar dan malu apa yang mereka telah lakukan. Mat Raya dan Mat Cincang lari bertapa ke dua buah gua berasingan. Mereka mati di sana. Tempat bertapa Mat Raya adalah di Gunung tertinggi di Langkawi. Lalu nama gunung itu di panggil Gunung Raya.
Apa Terjadi?
Apabila kita tanya apa terjadi dengan orang tempatan, jawapan mereka sama, Gunung Raya berhantu. Pada awal pembinaan jalan ke atas gunung itu, ada satu peristiwa yang misteri. Sebuah bajak yang sedang membuat jalan ke atas gunung itu, terjatuh. Mayat pemandu itu tidak temui. Sejak itu penduduk Langkawi percaya Gunung Raya itu berpuaka atau berhantu.
Selepas siap pembinaan resort itu, pengunjung yang sempat menginap di sana juga sentiasa akan merasa tidak sedap hati. Mereka merasa diri mereka di perhati. Ada juga yang katakan mereka di ganggu. Kadang-kadang dengar bunyi perempuan mengilai, dinding di ketuk dan sebagainya. Malam di sana akan berkabus, ini menambahkan suasana seram di resort itu.
Tidak pasti bila ia tutup, tapi jangkaan kami akhir 2017 awal 2018. Kawasan itu masih mempunyai pengawal keselamatan yang menjaga resort itu. Mungkin pemiliknya masih ada hajat untuk hidupkan semula. Tapi sebenarnya ia menjadi tempat skodeng untuk budak-budak remaja. Jika tidak ada pengawal, mungkin bilik dalam resort itu telah di gunakan untuk kepuasan mereka.
Orang tempatan memberitahu kami bahawa di situ hantu yang mereka selalu nampak adalah hantu langsuir. Kadang-kala mereka nampak seorang perempuan berjalan sendirian.
Suasana Puncak Gunung Raya
Dalam perjalanan naik ke gunung raya, jam 1 pagi, perasaan terbelah bagi. Takut, teruja, semua ada. Jalannya dah rosak, lampu tidak berfungsi. Kami terpaksa mengunakan highbeam sepanjang perjalanan ke atas. Keadaan menjadi seram apabila jalan berkabus. Salah seorang kami kata dia ternampak sesuatu terbang tepi kereta tapi tak pasti ia burung atau lebih dari itu. Setibanya di situ, kami lihat resort itu telah di tutup jalan masuknya.
Walau bagaimana pun lami cuba memasuki resort itu tapi di halang pengawal keselamatan yang menjaga tempat itu. Dengan kabus tebal menyelubungi pemandangan kami, agak seram juga berada di luar resort itu. Oleh kerana hanya dapat berlegar di luarnya, kami tak dapat pengalaman yang kami harap. Dengan keadaan hampa, kami turun.
Semasa perjalanan turun dari resort itu, kami masih boleh lihat beberapa kereta naik ke atas. Ada juga motor. Kami berpeluang untuk menahan pemandu kereta di tengah-tengah jalan dan sempat bertanya tujuannya naik ke atas. Jawab mereka “ingin merasa sendiri seram sejuk suasana di atas gunung itu.” Kami sambung bertanya tak takut ke dengan hantu? “Mereka tak ganggu kami, kalau kami tak ganggu mereka,” kata salah seorang lelaki dalam kereta itu. “Kalau berani cabar mereka, gerenti mereka munculkan diri.”
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno Ojo Tangi nggonmu guling awas jo ngetoro aku lagi bang wingo wingo jin setan kang tak utusi jin setan kang tak utusi dadyo sebarang Wojo lelayu sebet
Pernah dengar lirik ini? Ini adalah lirik dari lagu Jawa bernama Lingsir Wengi. Ia dikatakan sebuah mantera untuk menyeru pontianak. Lingsir Wengi tidak di benarkan di nyanyi pada waktu tertentu.
Lagu ini naik populariti semenjak lagu ini dijadikan background music atau lagu latar untuk sebuah filem seram dari Indonesia,berjudul Kuntilanak, di mana apabila scene memuja atau memanggil pontianak lagu itu boleh kedengaran.
Banyak orang yang percaya bahawa lagu tersebut dijadikan lagu untuk memanggil makhluk halus. Hal itu semakin kukuh apabila ada khabar angin dari sebagaian orang yang didatangi pontianak setelah menyanyikan lagu itu.
Tapi adakah lagu ini benar-benar boleh memanggil Pontianak?
Lagu ini awalnya diciptakan oleh Sunan Kalijaga. Beliau yang lahir sekitar tahun 1450M dengan nama kecil Raden Said merupakan salah seorang dari 9 Wali Songo yang menyerbarkan ajaran Agama Islam melalui media kebudayaan jawa seperti wayang kulit, seni ukir , gamelan dan lain-lain.
Pengalaman sebenar cerita seram universiti yang berlaku di fakulti perubatan. Kisah pelajar yang terperangkap dalam bilik mayat waktu malam – pengalaman ngeri yang tak dapat dilupakan.