Semenjak balik dari mengerjakan ibadah haji, Pak Malik menghabiskan sisa hidupnya dengan beribadah kepada Allah. Suatu ketika dulu, Pak Malik terkenal dengan ilmu bomohnya.
Walaupun begitu masih ada lagi yang mencari dia untuk berubat. Pak Malik reject semua yang datang untuk meminta pertolongannya. Bukan kerana dia tidak berhati perut tetapi semasa di Mekah, dia sudah nekad untuk berhenti sebagai seorang bomoh.
Satu hari kawan baiknya, Abu meminta bantuannya. Pak Malik tidak dapat menolak permintaan teman lamanya kerana pernah terhutang budi dengan Abu. Dia yang bantu Pak Malik ke Mekah dan rasa berbelah bahagi dengan janjinya atau perlu menolong seorang kawan.
Jalil anak kedua Abu sedang memancing bersama kawannya. Menurut kawannya, Jalil seperti di tarik dalam sungai. Habis satu sungai telah diselami tapi kelibat Jalil tidak ditemui.
Pak Malik sedar, sungai di kampung mereka itu telah meragut ramai nyawa yang tidak berdosa. Sungai itu banyak buaya dan ruang tersembunyi di dasarnya.
Memang benar apa orang kampung katakan tentang sungai itu. Ia ada penunggu dan penunggu ini tidak suka di ganggu. Biasalah, budak muda. Mana nak percaya dengan benda karut seperti itu.
Pernah Pak Malik beberapa kali terlibat dalam usaha mencari mayat mangsa lemas. Itu sebelum dia ‘bersara’. Namun, demi sahabat karibnya itu, Pak Malik terpaksa turun padang.
Solat Hajat
Seperti biasa, sebelum melakukan proses mencari, Pak Malik akan melihat di mana lokasi yang telah dicari oleh pasukan penyelamat. Selepas itu Pak Malik akan mengelilingi sungai mencari kawasan yang sesuai untuk dia melakukan proses mencari.
Selepas selesai setiap proses tersebut, Pak Malik menyuruh Abu berdoa dan bersolat hajat pada Allah agar anaknya dijumpai. Tiada apa pun yang mustahil dengan izin-Nya. Itu pesan Pak Malik.
Sebaik Abu dan Pak Malik menunaikan solat hajat, mereka berdoa agar usaha mencari itu berjaya. Terus Pak Malik menukar pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika menyelam.
Pak Malik melaungkan azan dan mulutnya tidak berhenti membaca ayat suci Al-Quran. Beberapa minit kemudian Pak Malik pun terus terjun ke dalam sungai.
Lama juga Pak Malik menyelam. Mereka menunggu kemunculan Pak Malik. Selepas beberapa minit, Pak Malik muncul. Dia memberitahu bahawa anak Abu telah mengambil sesuatu yang bukan kepunyaan dia beberapa hari sebelum kejadian itu. Penunggu itu ingin benda itu kembali.
Abu bergegas ke rumahnya dan mencari objek yang di katakan. Selepas beberapa minit mencari, Abu jumpa benda itu. Ia adalah sebuah keris kecil. Abu dengan cepatnya kembali ke sungai dan Pak Malik membawa keris itu lalu terjun semula ke dalam air.
Tidak beberapa lama kemudian, Pak Malik timbul sambil menarik sesuatu. Salah seorang budak kampung yang ada di situ terus membantu Pak Malik.
Reda
Alhamdulillah mayat anak Abu telah ditemui. Tidak ada kata yang dapat mengungkapkan perasaan syukur dalam hati Abu. Sudah puas Abu menangis. Dia reda dengan takdir Allah. Tidak lagi dia tertanya-tanya.
Salah seorang budak kampung tanya apa ilmu yang Pak Malik guna. Pak Malik menceritakan ilmu mencari orang lemas itu diperoleh secara tidak sengaja. Dia pernah bermimpi dan dalam mimpi itu ada orang alim telah mengajarnya cara-cara mencari orang yang hilang tidak kiralah di darat, air mahu pun alam lain.
Selama tiga hari berturut-turut Pak Malik bermimpi perkara yang sama. Selama itu juga ilmu itu telah dipelajarinya. Cuma pesan orang alim itu dia hanya pilih Pak Malik untuk menerimanya. Ilmu itu tidak boleh diajar dengan sewenang-wenangnya. Sebab itu Pak Malik tidak boleh bercerita lebih lanjut.
Pak Dogol adalah salah satu watak dalam persembahan seni tradisional wayang kulit. Watak manusia biasa, hidup dalam serba sederhana dan menghabiskan usia menghambakan diri sebagai pembantu kepada Raja Seri Rama. Seorang yang digambarkan sebagai berperut buncit dan berkulit hitam dan bercakap dengan bahasa pelatnya. Dia dianggap badut dan seorang pelawak di kerajaan Kuala Dua Derdap Muda. Pak Dogol memang setia dengan Rajanya. Kesetiannya membuta. Itulah kekuatan dan kelemahannya. Kehinaan dan kecantikannya. Warna hitam menandakan dia sentiasa di belakang bayang-bayang raja. Perut buncit melambangkan dia mempunyai kehidupan yang senang.
Tetapi di sebalik watak yang sinikal, Pak Dogol merupakan satu-satunya watak yang dijaga oleh Dalang. Watak Seri Rama sendiri tidak di beri kehormat tertinggi seperti Pak Dogol. Di mana Seri Rama dan lain-lain di ikat di dalam bungkusan biasa, Pak Dogol akan di asingkan dan simpan di atas dinding. Dalang akan berasap batu kemenyan ke arah Pok Dogol sebelum di simpan.
Kenapa Pak Dogol begitu di hormati?
Di katakan Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal, dia merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak Dogol. Ada juga menganggap Pok Dogol jelmaan Syaitan. Tugasnya untuk menghasut Raja Seri Rama.
Ada Pak Dogol yang di warisi dari turun-kemurun. Satu kerhormatan menjaganya. Pak Dogol ini perlu di ikut pantang larangnya. Jika tidak, malang akan timpa kepada tuannya.
Kasyaf adalah kebolehan seseorang untuk melihat makhluk ghaib dan dunia. Alam yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Kita juga sebut ia sebagai terbuka hijab.
Kasyaf juga bermaksud terbuka (tabir pemisahan antara hamba dengan penciptanya). Dengan izin Allah S.W.T. seseorang itu mampu melihat perkara yang tidak dapat lihat dari manusia biasa.
Rasulullah bertanya kepada Jibril, “Wahai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Pandangan kita terdiri dengan beberapa lapisan hijab. Apabila hijab paling luar terbuka, maka kita upaya melihat alam jin. Alam roh, malaikat, syurga neraka dan seterusnya.
Dikatakan ada 70 000 hijab yang menutup di antara kita dengan Allah manakala hijab yang menutup antara Allah dengan kita adalah tiada.
Kasyaf Haq adalah pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang dengan membuka tabir untuk melihat atau mengetahu perkara yang ghaib. Kasyaf Haq tidak melibatkan bantuan jin. Kasyaf terbahagi kepada dua jenis, Kasyaf tanpa di minta dan Kasyaf yang di minta.
Kasyaf tanpa di minta merupakan pemberian dari Allah. Allah telah membuka tabir baginya untuk melihat atau mengetahui alam ghaib.
Kasyaf yang di minta adalah apabila di anugerahkan kasyaf kepada seseorang yang meminta dari Allah. Kebiasaannya para mukasyafah (orang-orang yang kasyaf) yang telah di ajar oleh guru mereka melalui jalan tarekat atau tassawuf. Para Mukasyafah telah melalui riadah-riadah kerohanian. Kebiasaannya juga, mereka tidaklah bertujuan untuk mencari kehebatan dan kelebihan dunia tetapi ingin Ma’rifatullah (mengenal Allah), dan mencapai tahap keimanan yang paling unggul.
Tahap-tahap keimanan adalah Ilmu Yakin, keyakinan terhadap ilmu, Ainul Yakin, keyakinan berdasarkan penglihatan, Haqqul Yakin, keyakinan yang Haq dan tidak bergoyah dan Haqqul Yakin, keyakinan sebenar yang hakiki.
Sesiapa yang mendapat kurniaan kasyaf perlu menjaganya sebagai satu anugerah dan ujian di mana jangan riak dan sombong dengan kasyaf.
Sumber: http://nan-salleh.blogspot.com/2012/04/jenis-kasyaf-dan-tingkatannya.html?m=1
Sumber: http://www.afzalsukasuki.com/2011/10/hijab-pandangan-satu-anugerah-atau.html?m=1
Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/3151-al-afkar-45-hakikat-kasyaf
Nasi Kangkang atau Nasi Tangkas tergolong adalah amalan khurafat di gunakan oleh perempuan kepada pasangan lelakinya untuk turut perintah. Ia juga di gunakan untuk membuat lelaki itu bertambah sayang kepadanya.
Banyak sebab seseorang itu mengunakan Nasi Kangkang. Mungkin kerana cemburu atau kekurangan kasih sayang, seseorang itu terdorong untuk melakukan sihir kepada pasangannya. Nasi Kangkang juga boleh porak perandakan hubungan rumahtangga orang lain, mungkin dia minat kat suami orang. Kerana terlalu cintakan lelaki itu tetapi tidak di balas, dia sanggup beralih ke sihir. Kadang-kadang semudah kerana dia tak boleh tengok orang lain bahagia.
Walaupun ia bertentangan ajaran Islam tapi ia masih di praktis sehingga sekarang.
Selalunya yang masih mengamalkan sihir ini datang dari turun-temurun. Ia diwarisi. Walaupun begitu, Nasi Kangkang amat mudah untuk di lakukan kerana resepinya tidak berubah. Antara sihir yang berbahaya kerana mengunakan bahan-bahan kotor dari badan pengsihir.
Nasi Kangkang memerlukan najis, daki daki di badan dan di campurkan dalam makanan. Lagi kotor lagi berkesan. Kalau dapat darah haid, lagi kuat sihirnya. Dengan tidak memakai apa-apa hanya kain sarung, pengsihir kemudian mengangkang diatas periuk nasi yang masih lagi hangat. Di baca pula mentera untuk menyeru makhluk halus membantu menyempurnakan sihir yang tengah di lakukan (bacaan mentera kami tidak sediakan). Akan mengalir wap-wap air nasi yang hangat itu di celah kemaluan pengsihir dan jatuh semula ke dalam nasi. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit. Selepas selesai, nasi itu di gaul semula dan di sajikan kepada pemangsa. Mudah bukan?
Sebenarnya, nasi kangkang tidak membuatkan seseorang itu bertambah sayang tapi ia membuatkan mereka bertambah bodoh. Mereka akan ikut cakap sahaja. Apabila di minta, pasangan itu akan tunaikan. Angguk-angguk, geleng-geleng. Satu lagi efek kepada pemangsa, setiap masa dia akan berfikir tentang pengsihir. Kalau boleh nak berkepit 24 jam. Seperti perpatah: Tidur tak lena, makan tak kenang, mandi tak basah.
Kesan masa panjang pemangsa akan mula rasa sakit badan. Makhluk yang diseru sebenarnya sedang makan mental dan fizikal pemangsa untuk mengawalnya. Justeru, sampai masanya, pemangsa boleh kesan sebenarnya dia sedang di sihir.
sumber: http://adamvai.blogspot.com/2012/11/nasi-kangkang-resipi-turun-temurun.html
sumber: http://www.lekatlekit.com/2013/10/bahaya-nasi-kangkangbukan-hanya-untuk.html