Huzaimi baru lepas lepak dengan membernya di kedai mamak. Mereka borak sampai jam 4 pagi.
Huzaimi berhenti di sebuah simpang yang ada lampu isyarat. Di depan lampu isyarat, ada sebuah petrol pum.. Di situ dia perasan seorang makcik tidak berkasut sedang berpusing-pusing macam hilang arah.
Pada mulanya Huzaimi takut untuk bantu. Tapi apabila perhatikan kelakuan makcik tu, dia rasa bersalah kalau tak bantu. Dia pun pusing ke petrol pum dan parking tepi makcik. “Assalamualaikum Makcik,” tanya Hzaimi.
Makcik tu terus berpusing-pusing mencari sesuau.
“Makcik… Makcik…” tanya Huzaimi.”Makcik cari apa?”
Makcik tu toleh ke Huzaimi, “Makcik dari anak makcik.”
“Dia kerja di petrol pum tu?” tanya Huzaimi.
Makcik itu kata, “Anak boleh tolong cari anak makcik?”
Tanya lagi Huzaimi, “Makcik dari mana?”
Makcik itu jawab, “Tak tahu. Makcik tak tahu.”
Makcik tu berjalan ke belakang bangunan, Huzaimi tak tahu nak halang, dia ikut sahaja.
“Makcik… Makcik… Sabar makcik.” kata Huzaimi.
Makcik itu pun berhenti. “Makcik cari anak makcik. Anak boleh tolong?”
Huzaimi menyuruh Makcik itu tunggu. Dia keluarkan handphone dan menelefon polis. “Assalamualaikum. Bang. Saya di petrol pum Jalan Jupiter. Saya terjumpa seorang makcik yang sesat. Boleh hantar sesiapa tak ke sini?”
Polis agak konfius apa terjadi, jadi satu soalan demi satu soalan Huzaimi terpaksa jawab. Akhirnya dia setuju nak hantar polis ke situ. “Makcik. Jap lagi ada polis datang. Tunggu sini ya.” kata Huzaimi.
Huzaimi memusing kepala selepas dengar sebuah motosikal memecut depan jalan besar. Apabila Huzaimi pusing balik ke arah makcik itu, dia dah hilang. Huzaimi menoleh ke kiri, ke kanan. “Makcik… Makcik…” jerit Huzaimi.
Huzaimi merasa pelik. Tak kan dalam sesaat Makcik itu boleh hilang. Dia berpusing satu petrol pum tak jumpa. Polis tiba. Mereka keluar dari kereta dan mendekati Huzaimi. “Salam bang.” kata Huzaimi.
“Mana makcik tu?” tanya salah seorang polis.
“Saya pun tak tahu. Tadi ada sebelah saya, tiba-tiba hilang.” kata Huzaimi.
“Kau ingat ini main-main ke?” kata polis itu.
“Saya tak main-main. Memang ada makcik tadi.” kata Huzaimi.
“Jom kita ke balai.” kata polis itu.
“Eh… Saya tak tipu…” Huzaimi cuba terangkan.
Tiba-tiba mereka dengar sesuatu berjalan atas petrol pum. Salah seorang polis periksa dan mendapati seorang makcik berada di atas bangunan. “Sini jap” dia panggil Huzaimi. “Itu ke makcik?”
“Ya bang.” kata Huzaimi.
Makcik itu pandang bawah. “Anak boleh tolong makcik? Makcik cari anak makcik.”
“Aku tak rasa itu manusia. Kau balik je la.” kata polis itu kepada Huzaimi.
Mereka pun meninggalkan petrol pum itu.
Dalam perjalanan balik, motosikalnya berasa berat semacam. Dia bau sesuatu pelik. Apabila dia pusing belakang motonya, makcik tadi sedang tumpang dia. “Nak, kata nak bantu makcik.”
Terkejut, Huzami tidak dapat kawal motonya dan eksiden.
∞
Siti memulakan kehidupan di asrama selepas mendapat keputusan baik dalam PMR. Dia di tempatkan bersama dua orang lain, Tuty dan Aina. Siti gembira mendapat tempat di asrama. Dia tidak mahu sia-siakan masanya di sana.
Di hari orentasi, mereka di nasihatkan untuk tidak keluar dari bilik mereka terutama sekali ke bilik air. Bilik air di asrama terpaksa di kongsi bersama dan ia terletak di hujung bangunan. Jika terpaksa untuk buang air, senior menasihatkan mereka untuk pergi bersama teman.
Selang beberapa bulan, ujian pertama mereka hampir tiba. Ketiga-tiga mereka sedang belajar untuk ujian akan datang. Tuty berasa mengantuk. Dia memberitahu dia akan sambung belajar esok dan dia ingin ke bilik air sebelum tidur. Itulah rutin mereka tiap-tiap malam. Ketiga-tiga mereka akan ke bilik air bersama sebelum tidur. Aina setuju untuk sambung belajar esok. Siti masih tidak merasa ngantuk. Dia memberitahu kepada roomatenya untuk pergi ke tandas tanpa dia. Tuty dan Aina meninggalkan dia seorang diri.
Tidak lama kemudian mereka ke bilik. Siti masih membaca. Aina dan Tuty masuk tidur dan pesan kepada Siti untuk tutup lampu selepas selesai. Siti senyum dan sambung belajar.
Jam menunjukkan 1.30 pagi. Tiba-tiba Siti terasa buang air kecil. Dia cuba kejut salah seorang kawannya tetapi kedua-dua mereka tidur mati. Siti dah tak boleh tahan dan terus berlari ke bilik air. Dia memilih tandas paling hujung kerana tandas yang lain kotor.
Semasa membuang air kecil, Siti rasa tak sedap hati. Oleh kerana takut, dia hanya pandang ke bawah. Tiba-tiba dia dengar bunyi pintu di buka. Bulu roma dia meremang. “Siapa tu?” tanya Siti. Tiada orang jawab. Siti sambung, “wei, jangan main-main. Siapa tu?”. Masih tidak ada jawapan. Makin seram perasaan Siti.
Tiba-tiba Siti dengar suara orang mengilai. Bunyi itu menakutkan Siti. Dia hanya mampu tutup mata. “Siapa dalam bilik aku?” Suaranya seperti seorang perempuan bersuara serak dan susah nafas. “Jawab! Aku tak suka diganggu.”
Siti menangis ketakutan. Mulutnya berdoa. Bunyi pintu tandas di tolak. “Bilik pertama tak ada orang.” Sekali lagi pintu di tolak. “Bilik kedua tak ada orang.” Dia tolak lagi pintu lagi. “Bilik ketiga tak ada orang”.
Mahluk itu mengilai sekali lagi. Siti merasakan dia di depan pintu bilik air Siti. Segala badan Siti bergetar. Dia terkedu di jamban bilik air.”Aku tahu kau di bilik air keempat”. Siti berdoa. Tapi tak ada apa-apa berlaku. Ingatkan mahluk itu dah balik. Siti baru nak rasa lega tiba-tiba, “Satu, dua, tiga. Saya nampak awak!” Siti pandang atas dan nampak seekor mahluk berambut panjang. Mukanya pucat. Siti menjerit dan berlari terus ke bilik tidurnya. Dia kejutkan kawannya. Tuty dan Ain terjaga. Mereka bertiga tidak tidur malam tu.
Keesokkan harinya, senior mereka dengar apa terjadi dengan Siti. Dia datang berjumpa Siti dan beritahu memang ada penunggu di bilik air. Selalunya penunggu itu tak ganggu kalau ramai sangat di dalam bilik. Itu sebab mereka sentiasa di pesan untuk pergi berdua ke tandas.
∞
Kemurungan selepas kehilangan anak adalah sesuatu yang sangat berat untuk dihadapi. Ia bukan sahaja menguji kesihatan mental seorang ibu, malah boleh meretakkan hubungan suami isteri. Jangan pernah anggap remeh. Sokongan, kasih sayang, dan rawatan profesional sangat diperlukan agar tragedi seperti ini tidak berulang.Lima tahun dahulu, saat paling indah untuk Daud dan Wawa berubah menjadi tragedi selepas anak yang lahir itu meninggal dunia. Segala persediaan sudah dibuat – dari membeli barang-barang bayi, mengecat bilik bayi dengan warna ceria dan macam-macam lagi – semuanya akhirnya menguji kekuatan kami sebagai suami isteri. Kami insan yang lemah.Perubahan Selepas Kehilangan Anak
Sejak kejadian itu, hubungan aku dan Fifi mula renggang. Kami jarang bercakap, dia menjauhkan diri dari aku. Dia sering duduk berjam-jam dalam bilik bayi sambil memegang baju bayi. Bila aku cuba berborak, dia hanya abai. Aku fikir dengan memberi ruang, dia akan pulih dari kemurungan selepas kehilangan anak, tetapi keadaan jadi semakin buruk.
Dia semakin suka duduk dalam bilik, enggan mandi, enggan makan, dan lebih banyak tidur. Aku cuba menegurnya, namun akhirnya kami bergaduh besar. Kata-kata kesal terluah, dia menyalahkan aku kerana tidak memberi kasih sayang secukupnya. Aku juga tidak pandai menjaga isteri pada saat paling memerlukan.
Usaha Untuk Memulihkan Keadaan
Dua hari aku biarkan dia seorang diri dalam bilik itu. Namun pagi itu aku rasa kesal. Aku sedar banyak kesilapan telah aku lakukan. Aku nekad untuk menyokong apa sahaja keputusannya selepas ini.
Aku masuk ke bilik bayi dan melihat Fifi memandang ke arah katil bayi. Aku memohon maaf dengan air mata yang mengalir. Aku berjanji akan sentiasa menyokongnya. Namun, dia hanya meletakkan jari telunjuk di mulutnya, menyuruh aku diam: “Shhh. Anak kita sedang tidur.”
Aku mendekati katil, melihat apa yang dipandangnya. Rupanya hanya patung mainan yang disalinkan dengan baju bayi. Aku terbelah hati – perlu ke aku menegur atau biarkan sahaja. Akhirnya aku memilih untuk melayankan perasaannya. “Maaf sayang. Anak tidur tu, jom kita makan,” aku ajak perlahan.
Sinar Kecil Dalam Gelap
Untuk pertama kali dia ikut aku makan nasi kukus. Dia mula menjawab soalan, malah tersenyum. Sejak itu, aku layankan sahaja apa yang dia mahukan. Dia mula tidur kembali di sisiku. Namun aku tahu kami sudah jauh daripada normal.
Kemuncak Tragedi
Satu malam aku dikejutkan oleh bunyi guruh. Isteriku tiada di sebelah. Patung yang dianggap bayi itu berada di katil. Aku mencari ke seluruh rumah. Akhirnya, aku menemui Fifi di ruang tamu, basah kuyup sambil memeluk sesuatu.
Bila aku dekat, aku terkejut besar. Dia sedang menyusukan mayat anak kami. Dengan wajah tenang dia berkata, “Jangan bising. I tengah susukan anak kita.”
Keesokan harinya, aku terpaksa memanggil hospital jiwa. Mayat itu dikebumikan semula. Dan kesilapan terakhir aku – aku tidak menjaga isteriku di hospital. Aku biarkan keluarganya menguruskan. Aku menjual rumah dan berhijrah ke Melbourne, Australia untuk memulakan hidup baru.
Penutup & Pengajaran
Sekarang aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Aku tidak tahu apa nasib Fifi selepas itu. Namun aku sedar, pengalaman ini meninggalkan parut yang kekal.
∞
Setiap hari ke kerja aku akan mengunakan perkhimatan lrt. Jarak rumah ke lrt tidak jauh. Di sebabkan itu aku jarang mengunakan motor ke kerja. Ya la, masuk KL jam. Walaupun guna motor. Lebih selamat guna lrt.
Satu hari aku terpaksa balik lambat. Tidak pernah selambat ini. Aku terpaksa mengambil tren terakhir untuk balik. Dari KLCC ke Kelana Jaya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit dalam tren.
Tak ramai dalam tren. Aku rasa ada 4 orang termasuk aku.
Seorang-seorang penumpang tinggalkan tren. Sehinggalah aku seorang. Perhentian berikutnya, Dang Wangi, ada seorang perempuan masuk ke dalam tren. Dia berpakaian serba merah. Rambutnya hitam panjang. Aku tak nampak sangat mukanya. Tapi aku boleh nampak mulutnya. Dia seperti memandang aku dan memberi sedikit senyuman.
Pada awalnya aku tak mahu fikir apa-apa pelik. Aku pura-pura sambung tengok handphone aku. Tapi biasalah, apabila perangai lelaki dah keluar, aku nak cuba ngorat perempuan itu. Mana lagi aku dapat peluang macam ni. Sorang-sorang dengan perempuan, macam jodoh. Lagi bila dia senyum kat aku, mesti dia minat.
Aku pun mula langkah aku. Aku bangun dari tempat duduk sambil main handphone. Aku dekati dia. “Hi” sambil duduk sebelah dia. Sekali lagi dia senyum kat aku. Kali ini aku nampak lebih jelas sikit mulutnya. Bibir dia merah.
Aku pun terus tanya, “Awak nak ke mana?” Dia tak jawab. “Bahaya jalan seorang-seorang.” Dia masih senyap. Dalam otak aku fikir main susah nak dapat pulak minah ni.
Aku sambung main handphone. “Awak…” akhirnya dia berkata.
“Nama saya Fuad.” aku balas. “Siapa nama awak?”
“Sudi tak awak teman ke rumah saya?” dia tanya.
Perempuan dah ajak balik, aku sudilah. Jangan lepaskan peluang keemasan. “Boleh je. Awak tinggal kat mana?”
“Tu.” dia jawab. Stesen berikutnya Abdullah Hukum. Alamak, jauh pulak dari rumah aku. Takpela. Ada grab. Aku pun angguk.
Sampai lrt Abdullah Hukum dia tak bangun. “Kata ni stesen awak?” Dia terus diam. Lrt tu mula jalan. Aku jadi pelik. Sebaik dia jalan, perempuan tu bangun. Aku tengok je dia. Dia berjalan ke pintu keluar dan toleh ke arah aku. Dia senyum. Aku terkedu. Tak lama kemudian dia lalu tembus pintu itu dan ghaib.
Satu badan aku meremang. Apa yang aku baru lalui.
Keesokkan harinya aku demam. Sejak hari itu aku trauma naik lrt.
∞