Esah telah nekad untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Dia ingin memulakan hidup baru. Dia tak kenal sesiapa di KL kecuali kakak saudara dia, Tasha. Esah dan Tasha agak rapat. Dari kecil lagi mereka akan buat apa-apa bersama. Itu kenapa Esah nak sangat pindah ke sana.
Tasha tinggal bersama dua lagi rakan serumah di rumah yang mempunyai 4 bilik. Memang ada satu lagi bilik kosong, sudah di sediakan untuk Esah. Malam itu, Tasha sangat teruja dan tak sabar untuk berjumpa semula dengan saudaranya.
Dari Temerloh ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja. Jadi selepas makan malam, Tasha mula bertolak dengan motosikalnya. Dia sampai area Cheras lebih kurang pukul 12 malam. “Tasha, aku rasa aku hampir. Aku kat sebelah plaza pheonix.” kata Esah.
“Oh dah dekat tu. Depan plaza ada simpang ke kiri…” Tasha terangkan bagaimana nak sampai. Arahan Tasha sangat jelas, Sukar untuk tak faham.
Esah pun ikut arahan dan sampai ke kawasan perumahan Tasha. Semasa tu jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Dia menelefon semula Tasha “Wei. aku hampir sampai. Tunggu kat luar.” Tasha setuju.
Tasha sambung tunggang motosikalnya. Tak lama lepas tu dia nampak Tasha yang sedang menunggu di luar rumah. Esah angkat tangan, Tasha pun balas angkat tangan. Tasha pusing dan masuk ke dalam rumah. Esah pun ikut. Dia parking motosikalnya depan rumah. Esah buka pintu rumah. “Tasha,” Esah panggil. “Tasha. Mana kau pergi?”
Esah duduk di sofa sambil menunggu Tasha. 5 minit berlalu. Tasha tak muncul-muncul. “Tasha! Kau buat apa tu? Tak kan kau nak biarkan aku macam ni. Kenalkan aku dengan rumah kita ni.” Tiada jawapan. Esah menjadi lebih bingung. Dia bangun dan mencari Tasha. Dia pergi ke dapur. Tasha tak ada. Dia buka pintu tandas, Tasha tak ada. Setiap bilik dia dah buka, Tasha tak ada. Esah menelefon Tasha, “Wei, kau pergi mana? Aku duduk lama kat sofa ni?”
Tasha pelik, “Apa yang kau merepek ni. Aku tunggu lama kat luar rumah. Kau sesat ke?”
Esah jawab, “Aku kan dah sampai rumah.”
Tasha makin pelik, “Rumah siapa pulak kau masuk tu?”
Soalan tu mencetuskan persoalan kepada Esah. Dia keluar dari rumah. Tiba-tiba dia dengar bunyi hon sambil disuluh dengan lampu. Rupanya pegawal keselamatan menegur Esah, “Apa awak buat kat sini?”
Esah jawab, “Ni rumah saudara aku,” sambil tunjuk rumah di saudara dia.
Pengawal itu balas, “Rumah ni kosong. Mana ada orang tinggal.”
Pada mulanya Esah memang tak nampak apa-apa yang pelik, tapi apabila di tegur baru dia perasan, rumah yang dia masuk ini terbiar. Lampu tak bernyala. Dinding penuh conteng. Lalang depan rumah panjang. Jadi siapa yang dia nampak depan rumah tadi? Bulu roma Esah naik. “Mana satu rumah ini,” sambil tunjuk alamat rumah.
“Simpang satu lagi. Meh ikut saya,” kata pengawal itu.
Esah pun ikut. Tasha sudah tunggu di luar. “Kenapa bang?” tanya Tasha.
“Saudara kau ni masuk rumah terbiar tu.” kata pengawal.
“Oh. Rumah berhantu tu?” tanya Tasha. Esah dengar sahaja.
Pengawal tak jawab, dia terus beredar.
“Tasha. Aku betul-betul nampak kau tadi,” Esah jelaskan.
“Rumah tu memang keras sikit. Dah jom. Aku kenalkan housemate kau.” kata Tasha.
Mereka masuk ke dalam rumah.
Abang Salem penjual ayam halal di pasar Chow Kit. Ayam yang dia jual tu tak la mahal tapi cukuplah untuk mencari rezeki di kota. Kebanyakan orang yang datang pasar Chow Kit adalah orang Kuala Lumpur sendiri. Mereka yang duduk Kampung Bharu dan area dekat situ.
Satu malam, seorang lelaki tua masuk ke kedai Abang Salem. Badannya bongkok, berkopiah, janggut dan rambutnya berwarna coklat merah. Mungkin rambutnya dan campur dengan inai. Sebenarnya wajahnya tak ada pelik sebab Abang Salem telah jumpa lebih banyak lagi orang lagi pelik. Apa yang pelik adalah permintaannya.
Lelaki itu ingin dua ekor ayam dan sekilo darah ayam. Abang Salem bukan jenis orang yang masuk campur tentang hal orang, walaupun dia rasa pelik tapi cuba tunaikan hajat lelaki tua itu.
Berapa kau nak jual darah ayam? Rm 10 sekilo? Rm 20 sekilo? Ia membuat Abang Salem menjadi bingung untuk charge. Akhirnya dia buat keputusan, RM 5 untuk sekilo darah ayam.
Selepas membuat pembayaran, lelaki tua itu beredar.
Sejak itu, lelaki tua akan datang setiap hari khamis malam jumaat. Dia akan minta benda yang sama, Dua ekor ayam dan sekilo darah ayam. Sehinggakan Abang Salem telah siap bungkuskan untuk lelaki tua itu.
Satu malam, Asri, adik saudara Abang Salem datang membeli barang basah di pasar Chow Kit. Asri ni sebenarnya belajar silat di Kampung Bharu. Dia juga di anugerahkan untuk dapat lihat makhluk-makhluk ghaib. Malam Asri datang adalah malam lelaki tua itu datang. Asri minta seekor ayam dan sekilo bontot ayam. Kesukaan isteri Asri. Sementara menunggu ayamnya di potong, datang lelaki tua itu. Asri yang sedang bergelak bersama Abang Salem tiba-tiba ubah menjadi serius. Dia memerhatikan sahaja lelaki itu. Seperti biasa lelaki itu minta seekor ayam dan sekilo darah ayam.
Selepas lelaki itu beredar, Asri terus jumpa dengan Abang Salem. “Abang. Abang Salem. Abang kenal ke lelaki tua tu?”
Abang Salem jawab, “Tak kenal. Tapi setiap minggu pada waktu yang sama, malam yang sama, masa yang sama, permintaan yang sama. Dua ekor ayam dan sekilo darah.”
Asri memberitahu Salem, “Abang perasan tak dia jalan bagaimana?”
Salem jawab, “membongkok?”
Asri sambung, “Satu tangannya sedang mempimpin polong di belakangnya.”
Terkejut Abang Salem. Asri cakap, “Sejak minggu depan tak payah la jual kat lelaku itu lagi.” Abang Salem setuju.
Minggu depan lelaki itu datang. Abang Salem dengan budi bahasa yang baik, tidak mahu menjual darah ayam kepada lelaki itu lagi. Lelaki itu beredar. Harap dia tak marah, kata Abang Salem dalam hatinya.
Beberapa jam kemudian, selepas Abang Salem tutup kedai, angin kuat meniup ke arah Abang Salem. Abang Salem tak ada fikir bukan-bukan. Dia terus memandu vannya balik ke rumah. Dalam perjalanan, Abang Salem terbau sesuatu hanyir. Di sebuah corner, semasa Abang Salem sedang memecut laju sebelum lampu merah, Polong itu muncul depan Abang Salem. Dia terkejut lalu hilang kawalan. Abang Salem meninggal dunia selepas van yang dia pandu itu terlanggar dengan sebuah lori simen.
Tuan rumah baru beli rumah ini. Sudah hampir 5 tahun rumah ini tidak ada penghuni. Mungkin sebab harga tu murah, dia beli. Rumah tu memang memerlukan kerja baik pulih yang banyak. Alhamdulillah, rezeki aku, dia pilih syarikat aku untuk projek rumah dia.
Sudah hampir sebulan kami kerja baik pulih rumah itu. Pekerja aku ada lapor rumah tu berhantu. Mereka kata ada dengar orang sedang main piano, suara budak berlari-lari. Kadang-kadang hantu tu baling barang mereka.
Pada mulanya aku tak percaya sebab aku sendiri tak pernah lalui. Ingat kan alasan mereka nak poteng kerja. Tapi dah dua pekerja aku berhenti, mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mereka.
Kami terpaksa bekerja overtime. Kalau tak siap pasang tile malam ni, aku tak dapat siap pada masa yang ditetapkan. Banyak akan tertangguh.
Semasa menyiapkan tiles, salah seorang dari pekerja aku dengar bunyi ketukan. Dia mula panik. Dia merayu untuk kita sambung esok je, tapi aku tak nak. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pecah.
Rupanya dua biji tiles aku pecah. “Siapa buat?” tanya aku. Seorang pun tak mengaku. Aku suruh mereka sambung kerja.
Tak lama kemudian aku dengar bunyi piano. Merdu tapi menyeramkan, eh jap…. mana ada piano dalam rumah ini. Aku mula berasa lain macam. Lagu itu makin kuat. Seperti seseorang sedang membawa piano sambil berlari ke arah aku. Tiba-tiba lagu piano itu berhenti. Aku baru nak rasa lega, datang sebuah jeritan mengilai yang kuat.
Semua perkerja aku lari tinggalkan rumah itu. Tinggal aku seorang. Aku tengok tiles yang hampir siap. Nak lari ke nak siapkan tiles.
Lampu pulak tiba-tiba mati. Black out. Aduh. Memang kena balik la. Aku keluarkan handphone aku dan buka lampu suluh dari apps. Aku terus menghala ke pintu masuk.
Sebelum sempat aku nak keluar, aku di halang oleh sebuah lembaga. Apabila aku suluh muka dia, aku nampak lembaga itu rupa seperti aku. Apa lagi, lari lingkang pukang aku ke pintu keluar.
Keesokkan hari ni aku menelefon tuan rumah. Aku beritahu dia aku tak dapat sambung kerja rumah dia. Aku juga beritahu rumah dia berhantu.
Apa perasaan kau setiap kali ingin tidur, ada bisikan suara seakan suara nenek datang menjengah ke telinga kau. Bukan semalam tetapi tiap-tiap malam. Itulah yang dialami sendiri oleh Wawa.
Wawa, penuntut tahun dua di sebuah universiti tempatan di utara tanah air. Dia beruntung kerana namanya tersenarai untuk tinggal di asrama. Jadi, dia bakal ditemani oleh adik junior untuk satu semester pengajian kali ini.
Bulan pertama, kedua dan ketiga, semuanya berjalan dengan lancar. Wawa sibuk dengan kuliah dan tugasan manakala Ayu, roommatenya pun sama mengikuti kelas dan menyiapkan tugasan. Mereka hanya sempat berbual pada waktu malam, itu pun tidak lama sebab masing-masing mengantuk dan esok ada kelas pagi.
Suatu hari, Wawa tidur agak lewat. Dia tidak dapat melelapkan mata. Puas di pusing kiri dan kanan tetap tidak mahu tidur. Dia lihat Ayu agak lena di buai mimpi. Entah macam mana, ketika dia tidur-tidur ayam, tiba-tiba Wawa terdengar suara seperti seorang nenek, sayup-sayup memanggilnya.
Bila namanya dipanggil, terus Wawa bingkas bangun dan tengok sekeliling. Sunyi sepi. Dia baring dan sekali lagi bila ingin terlelap, terdengar namanya…Wawa!..wawa!…dipanggil. Diperhatikan keadaan sekeliling masih sama, sunyi.
Tidak mahu namanya dipanggil berterusan, Wawa terus menekap bantal di telinga. Tetapi suara itu terus panggil namanya… Wawa! Wawa!. Wawa buat tak tahu. Setiap jam 4 am suara itu berhenti. Barulah, dia dapat tidur. Tiap-tiap malam nenek itu akan ganggu Wawa dan pembelajaran Wawa semakin merosot. Wawa tidak mahu Ayu tahu apa yang berlaku. Biarlah dia sorang je yang rasa.
Satu malam, Wawa baru lepas sembahyang. Malam ini Ayu tak boleh sembahyang kerana datang bulan. Selepas sembahyang, mereka berborak-borak. Dah lama mereka tak lepak bersama. Mereka berborak sehingga terlupa jam sudah tunjuk pukul 1am.
Tiba-tiba Wawa terdengar namanya dipanggil. Dia terdiam. Ayu perhati wajah Wawa yang berubah, muka dia pucat seperti dalam ketakutan. Ayu mula risau. Sebenarnya Wawa seorang sahaja yang dapat dengar suara nenek tu. Wawa tanya, “kau dengar suara tu?” Ayu jawab, “suara apa?” Wawa senyum dah suruh Ayu ignore kan sahaja persoalan tadi.
Suara nenek tu makin kuat. Wawa!… Wawa!. Sekali pintas, dia ternampak kelibat nenek tua lalu belakang Ayu. Perasaannya bertambah takut. Ayu pusing kepalanya dan bertanya apa yang Wawa nampak. Wawa masih cuba berselindung dari Ayu tapi kali ini nenek itu bukan sahaja berbisik malah munculkan dirinya. “Wawa!… Wawa!…”
Ayu bertanya, “suara siapa tu?” Terkejut Wawa apabila Ayu bertanya begitu. “Kau dengar ke?” “Ya aku dengar. Suara siapa tu?” Meremang bulu roma Ayu. Mereka berpura-pura tidur bersebelahan. Mereka harap nenek itu tak ganggu mereka.
‘Wawa!… Wawa!…’ suara nenek itu. ‘sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek tu masuk ke dalam biliik mereka. Bajunya putih. Rambutnya serabai. Panjang ke kaki. Bongkok. ‘Wawa!… Wawa!… Sudah lama nenek bisik. Wawa kenapa diam!’ Nenek itu datang dekat dengan mereka. Ketakutan menyelubungi mereka. Nenek itu menghampiri telinga. Dia berbisik, ‘Ingat lagi nenek?’ Nenek pun hilang.
Wawa pelik. Siapa nenek ini. Dia pusing dan pandang ke arah Ayu. Ayu buka mata. Matanya memandang atas seperti di sawan. Wawa cuba kejutkan Ayu tapi dia tak respon. Ayu bangun berdiri, pandang kat Wawa dan nyanyi, “cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang juga nenek ku cari, siapa kena dia yang menjadi.”
Ayu jatuh lalu pengsan.
Keesokannya Ayu sedar. Dia sudah berada di hospital. Dia mencari Wawa. Kawan-kawan lain kata Wawa hilang. Mereka tak tahu Wawa kat mana. Ceritanya “pagi tadi kami nak sembahyang, nak ajak korang. Tapi apa yang kami nampak Ayu dah terbaring pengsan dan Wawa tak tahu ke mana.
Sampai sekarang, Wawa masih hilang. Keluarganya juga tidak tahu apa terjadi dengan dia. Ada khabar angin mengatakan dia terlalu stres sampai lari diri. Tapi Ayu rasa dia tahu. Nenek itu orang bunian. Dia datang untuk merisik Wawa kahwin dengan cucunya. Mungkin Wawa berjanji sesuatu yang dia tak dapat elakkan. Ayu rindu kawan dia. Semoga satu hari dia dapat jumpa dengan kawannya semula.