Huzaimi baru lepas lepak dengan membernya di kedai mamak. Mereka borak sampai jam 4 pagi.
Huzaimi berhenti di sebuah simpang yang ada lampu isyarat. Di depan lampu isyarat, ada sebuah petrol pum.. Di situ dia perasan seorang makcik tidak berkasut sedang berpusing-pusing macam hilang arah.
Pada mulanya Huzaimi takut untuk bantu. Tapi apabila perhatikan kelakuan makcik tu, dia rasa bersalah kalau tak bantu. Dia pun pusing ke petrol pum dan parking tepi makcik. “Assalamualaikum Makcik,” tanya Hzaimi.
Makcik tu terus berpusing-pusing mencari sesuau.
“Makcik… Makcik…” tanya Huzaimi.”Makcik cari apa?”
Makcik tu toleh ke Huzaimi, “Makcik dari anak makcik.”
“Dia kerja di petrol pum tu?” tanya Huzaimi.
Makcik itu kata, “Anak boleh tolong cari anak makcik?”
Tanya lagi Huzaimi, “Makcik dari mana?”
Makcik itu jawab, “Tak tahu. Makcik tak tahu.”
Makcik tu berjalan ke belakang bangunan, Huzaimi tak tahu nak halang, dia ikut sahaja.
“Makcik… Makcik… Sabar makcik.” kata Huzaimi.
Makcik itu pun berhenti. “Makcik cari anak makcik. Anak boleh tolong?”
Huzaimi menyuruh Makcik itu tunggu. Dia keluarkan handphone dan menelefon polis. “Assalamualaikum. Bang. Saya di petrol pum Jalan Jupiter. Saya terjumpa seorang makcik yang sesat. Boleh hantar sesiapa tak ke sini?”
Polis agak konfius apa terjadi, jadi satu soalan demi satu soalan Huzaimi terpaksa jawab. Akhirnya dia setuju nak hantar polis ke situ. “Makcik. Jap lagi ada polis datang. Tunggu sini ya.” kata Huzaimi.
Huzaimi memusing kepala selepas dengar sebuah motosikal memecut depan jalan besar. Apabila Huzaimi pusing balik ke arah makcik itu, dia dah hilang. Huzaimi menoleh ke kiri, ke kanan. “Makcik… Makcik…” jerit Huzaimi.
Huzaimi merasa pelik. Tak kan dalam sesaat Makcik itu boleh hilang. Dia berpusing satu petrol pum tak jumpa. Polis tiba. Mereka keluar dari kereta dan mendekati Huzaimi. “Salam bang.” kata Huzaimi.
“Mana makcik tu?” tanya salah seorang polis.
“Saya pun tak tahu. Tadi ada sebelah saya, tiba-tiba hilang.” kata Huzaimi.
“Kau ingat ini main-main ke?” kata polis itu.
“Saya tak main-main. Memang ada makcik tadi.” kata Huzaimi.
“Jom kita ke balai.” kata polis itu.
“Eh… Saya tak tipu…” Huzaimi cuba terangkan.
Tiba-tiba mereka dengar sesuatu berjalan atas petrol pum. Salah seorang polis periksa dan mendapati seorang makcik berada di atas bangunan. “Sini jap” dia panggil Huzaimi. “Itu ke makcik?”
“Ya bang.” kata Huzaimi.
Makcik itu pandang bawah. “Anak boleh tolong makcik? Makcik cari anak makcik.”
“Aku tak rasa itu manusia. Kau balik je la.” kata polis itu kepada Huzaimi.
Mereka pun meninggalkan petrol pum itu.
Dalam perjalanan balik, motosikalnya berasa berat semacam. Dia bau sesuatu pelik. Apabila dia pusing belakang motonya, makcik tadi sedang tumpang dia. “Nak, kata nak bantu makcik.”
Terkejut, Huzami tidak dapat kawal motonya dan eksiden.
Sudah hampir setahun Kodi tidak ada wanita istimewa dalam hatinya (selain ibunya :P). Kodi sudah tawar hati selepas kali terakhir dia ada pasangan, dia hampir kahwin, malah dah bertunang. Pendekkan cerita, orang kata bertunang ni darah manis, memang betul. Sebulan sebelum nikah, Kodi dan tunangnya asyik gaduh. Ada pulak seorang mamat ni, tempat kerja tunangnya, yang selalu bagi ‘moral support’ (kononnya). Tapi secara tak langsung, dia telah menghasut tunang Kodi. Akhirnya mereka berpisah kerana tunangnya dah jatuh cinta dengan mamat tu. Kesian Kodi.
Berbulan sudah berlalu. Kodi takut untuk melalui peristiwa yang sama. Takut untuk bercinta. Kodi bukannya tak ada orang yang minatnya, malah mukanya boleh tahan. Ada je wanita-wanita yang suka dengannya. Termasuk seorang perempuan ni, kawan anak ibunya. Cantik. Beradab dan berakhlak. Pilihan setiap suami. Tapi Kodi masih tidak bersedia.
Satu hari Kodi sedang menunggu bas. Semasa tu jam menunjukkan pukul 9 malam. Datang seorang perempuan ni menunggu bas yang sama. Perempuan ini comel. Rambut pendek. Cermin mata jatuh ke hujung hidung. Perempuan itu terpandang Kodi, dia memegang beg tangannya dengan erat tapi sempat bagi senyuman takut-takut kat Kodi. Dia membalas senyuman perempuan itu.
Bas pun tiba. Kodi memberi perempuan itu naik dulu. Hari ini penumpang penuh. Tempat duduk yang ada pun tinggal dua. Kodi berpeluang duduk dengan perempuan itu. Pada awalnya dia tidak bercakap tapi apabila bas itu terlanggar lubang, beberapa orang terlompat dari seat mereka termasuk perempuan itu. Dia terlompat ke arah Kodi. Ala, bayangkan cerita romantik korea. Macam tu la terjadi. Dia meminta maaf. Kodi maafkan dia. Mereka mula borak dan terkejutnya banyak pulak persamaan mereka. Nama perempuan itu, Maya.
Maya memberitahu depan ni stop dia (hint untuk Kodi mengambil nombornya). Tapi Kodo hanya senyum. Sampainya di bas stop, Maya bangun. Sekali lagi dia ulang dekat Kodi, ini stopnya (hint sekali lagi dekat Kodi). Tapi Kodi hanya senyum dan biarkan Maya pergi tanpa mengambil nombornya.
Setiap hari yang berlalu, Kodi berasa menyesal tidak mengambil nombornya. Kodi mengambil keputusan untuk tunggu tempat yang sama pada jam yang sama. Harapannya dia dapat jumpa dengan Maya. Selama seminggu Kodi melakukan rutin ini tapi Maya tidak muncul.
Selepas dua minggu mencari cinta, Maya masih tidak muncul. Malam ini cadangan Kodi dia akan buat kali terakhir dan berserah pada jodoh. Dia pun tunggu dan tunggu. Sehingga muncul Maya. Tersenyum lebar Kodi. Maya duduk di sebelah Kodi. Dengan bajunya serba putih dan minyak wangi harum bunga melati. Kodi jatuh cinta.
Mereka duduk di perhentian bus itu berborak. Sebuah kereta polis berhenti depan mereka. Dia tanya kat Kodi kenapa duduk di perhentian bus? Sesat ke? Kodi jawab sahaja menikmati malam. Polis pesan sini tempat keras. Kadang-kada ada hantu nak ikut pulang. Kadang-kala ada penyamun mencuri orang. Polis itu sambung, bulan lepas berlaku satu kejadian ragut. Seorang perempuan tu sedang tunggu bus dan begnya di ragut. Dia di seret jauh juga. Selepas menceritakan kisah itu. polis pun beredar.
Kodi dan Maya beredar dari tempat itu. Kodi menawarkan untuk hantar Maya ke rumahnya. Maya setuju. Kodi tiba di sebuah rumah penuh orang bersongkok dan berbaju melayu. Maya suruh Kodi parkingkan keretanya dan masuk ke dalam sementara dia bersiap sedia. Kodi tak faham apa yang Maya maksudkan tapi dia ikut je. Dia park kat tepi dan masuk ke dalam majlis itu. Terpingga-pingga menunggu Maya.
Tidak lama kemudian ada seorang lelaki tegur Kodi. Dia beritahu dia sedang menunggu Maya. Maksudnya kawan Maya? tanya lelaki itu. Kodi angguk sahaja. Lelaki itu peluk Kodi. Dia makin pening. Rupanya lelaki itu abang Maya. Dia bawa jumpa ibubapa Maya. Kodi tanya mana Maya, ibu bapanya jawab, dia telah di kebumikan tengahari tadi. Kodi makin pening. Ibu bapanya beritahu yang Maya mati sebab di seret oleh penyamun. Dia sudah dua minggu koma dan pagi tadi dia baru sah mati. Kodi terkejut mendengar kisah itu. Perempuan yang dia berborak tadi, dia gelak bersama dan dia bawa tumpang sebeanrnya roh yang telah meninggal.
Selang beberapa hari, Kodi terima tawaran ibu untuk menyatukan dia dan anak kawan ibunya.
Sabtu malam. Memandangkan tiada program, Jaja mengajak Kim ke rumah mak saudaranya di Nilai untuk makan malam. Kim setuju.
Mereka sampai di rumah mak saudaranya dalam pukul 7 petang. Mereka sembahyang magrib sebelum menjamu selera.
Tanpa di sedari, jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Mak saudara Jaja ajak mereka untuk tidur sahaja di rumahnya tapi Kim malu. Lagi pun mereka tak ada bawa apa-apa.
Oleh kerana Jaja tak biasa jalan Nilai, dia mengunakan GPSnya dan taip Puncak Alam. GPS kata ia ambil sekurang-kurangnya 50 minit. Mereka pun mulakan perjalanan. GPS tidak bawa mereka ke highway, mereka di bawa lalu jalan dalam.
Tak lama kemudian, mereka melalui satu kawasan di mana kiri dan kanannya penuh kelapa sawit. Kerana percaya dengan GPS, kedua-dua mereka ikut sahaja arahan yang di beri. GPS memberitahu mereka untuk belok kiri 600 meter dari sekarang. Apabila sampai ke simpang yang patut belok, mereka perhatikan jalan tu agak seram. Tak ada lampu pulak tu.
Kim: Betul ke ni?
Jaja: Mana la aku tahu.
Kim: ikut je la.
Mereka pun lalu jalan tu. Kedua-dua mereka tak bercakap. Jalan dah la sunyi, gelap pulak tu. Hanya lampu highbeam menjadi teman mereka. Kim buka surah ruqyah.
Kim: Aku rasa tak sedap hati lah
Jaja: Jangan fikir bukan-bukan
Mereka meneruskan perjalanan. Nak jadikan cerita, minyak kereta tinggal satu bar.
Kim: Kenapa tak isi tadi?
Jaja: Mana lah aku tahu kita akan jalan di kawasan ni
Beberapa kilometer GPS suruh mereka ke kanan. Jaja ikut je. Tiba-tiba mereka lalu di sebuah rumah lama terbiar. Rumah itu besar. Seperti rumah orang kaya. Tapi peliknya kenapa rumah ini terletak di tengah-tengah kawasan hutan.
Selang beberapa minit pandu, mereka lalu pula di sebelah tanah perkuburan. Kim kuatkan surah ruqyah. Tiba-tiba sesuatu lalu depan kereta mereka. Jaja berhenti mengejut. Kim hampir terlanggar ke dashboard.
Kim: Wei. Apa kau buat?
Jaja: Aku terkejut.
Kim: Aku hampir terpelanting
Jaja: Kau pun satu. Apasal tak pakai tali pinggang.
Kim terlihat sesuatu putih di tepi matanya.
Kim: Gerak wei (sambil memakai tali pinggang).
Baru sahaja mereka nak meninggalkan kubur itu, lembaga putih yang Kim nampak berjalan menghampiri mereka.
Kim: Apa lagi kau tunggu? Gerak la!
Jaja pun tekan minyak dengan kuatnya. Kim lihat dari side mirror, lembaga putih itu makin lama makin jauh dari pandangan. Meremang bulu roma Kim.
Akhirnya, selepas 30 minit melalui jalan seram, mereka bersyukur nampak kawasan bandar. Beberapa motor dan kereta lalu sebelah mereka. Beberapa minit lepas itu mereka nampak sebuah stesen minyak. Jaja berhenti dan mengisi minyaknya. Dia juga sempat tanya jalan ke puncak alam. Pekerja di stesen minyak memberi arahan ke highway sambil pandang ke dalam kereta tersenyum.
Jaja dan Kim tiba di rumahnya di Puncak Alam pada pukul 1 malam. Akhirnya mereka boleh gelak dengan perjalanan yang mereka lalui tadi.
Tapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah membawa balik seorang penumpang tambahan.
Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.
Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.
Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?
Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.
Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”
Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.
Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”
Tak lama kemudia dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.
Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”
Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.
Ghaffar pengsan.
Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.