Kisah ini daripada kawan saya. Kak Shida. Dia cerita pengalaman lahirkan anak pertama. Sekarang dia sudah mempunyai 5 orang anak.

Kak Shida tidak percaya dengan kepercayaan nenek moyang kita.  Lagi-lagi yang melanggar ajaran Islam. Satu hari dia baru balik dari hospital, selepas beranakkan anak pertamanya, dia ternampak di tingkap biliknya ada paku panjang, ada besi berani dan pokok lidah jin. Kak Shida mengamuk. Ibunya memberitahu yang Kak Shida, “Kau ni baru bersalin. Anak kau yang pertama darah manis. Kau tahukah kawasan rumah kita ni banyak penanggal. Ia sebagai pendinding diri.” Kak Shida dan keluarganya masih tinggal bersama ibunya. Maklumlah, rumah sekarang mahal.

‘Penanggal? Mengarutlah,’ Kak Shida berkata dalam hatinya. Ibunya sambung, “Dulu ada seorang dukun duduk tak jauh dari sini. Dia dah meninggal. Masalahnya dia tidak tinggalkan pewaris. Harta pusakanya terbiar.”

Anak Kak Shida menangis. Dia menyusukan anaknya sambil dengar cerita mak dia. “Dulu kawsan ni banyak di ganggu makhluk halus. Ini semua sebab dukun tu tak ada pewaris.” Kak Shida malas nak lawan dengan ibunya. Dia biarkan sahaja barang-barang itu di situ.

Dua tiga hari berlalu. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Satu hari Kak Shida dah tak boleh tahan lihat barang-barang yang ibunya buat pendinding lalu dia simpan barang-barang itu dalam laci. Kak Shida masuk tidur.

Sedang dia nyenyak tidur, anak pertamanya menangis tak berhenti-henti. Malam itu suaminya bertugas malam manakala ibunya sedang tidur di bilik sebelah. Kak Shida cuba tidurkan dia semula tapi dia tidak nak tidur. Bagi susu tak nak. Ibunya masuk ke bilik, “Kenapa tu Shida?”.

Ibunya pandang ke dinding dan lihat barang-barang pendinding sudah hilang. Ibunya mengamuk, “Mana barang-barang yang aku letak dekat tingkap?” Shida tunjuk di dalam laci.

Ibunya sambung bercakap sambil memasang semula barang itu, “Itu kenapa anak kau menangis… Kau tahu tak depan tingkat tu ada penanggal.” Kak Shida tengok kat tingkat, tak ada apa-apa pun. Malas nak gaduh dengan ibunya dia senyap je. Anak dia pun berhenti menangis. Kak Shida tidurkan anak dia dan ibunya tinggalkan Kak Shida. Dia pesan jangan usik barang kat tingkap itu.

Apabila Kak Shida baru nak lelap, dia dengar bunyi ketukan. Dia bertanya kepada dirinya siapa pulak yang ketuk pintu. Tapi itu bukan bunyi ketuk pintu, tapi tingkap bilik. Kak Shida pusing dan hilang penaggal. Rambutnya panjang, lidahnya terkeluar dan tali perut terurai-urai. Terkejut Kak Shida. Dia terkaku. Itulah kali pertama dia nampak makhluk halus.

Anak dia sambung menangis. Ibunya segera ke bilik. Kak Shida masih tak bergerak. Ibunya angkat anaknya dan menarik Shida keluar dari bilik. Penanggal itu masih mengetuk-getuk tingkap.

Selepas Shida sedar, ibunya suruh Shida menyusukan anaknya. “Itu ibu cakap. Kau tak percaya.” Malam itu Shida tidur dengan ibunya.

Keesokkan malam suami Kak Shida cuti. Dia bersyukur sangat. Suaminya tak tahu apa yang berlaku semalam. Dia tak nak beritahu. Kak Shida masih dalam keadaan trauma. Kak Shida tak berani masuk bilik seorang diri. Malam itu anaknya sudah tidur. Suaminya ingin hisap rokok. Dia tak benarkan suaminya hisap rokok. Suaminya berasa pelik sambil tinggalkan isterinya. Baru sahaja nak ke laman luar, Kak Shida angkat anak dia ikut suaminya. Makin konfius suami Kak Shida.

Suaminya hisap rokok, Shida melihat dari dalam rumah. Mata Kak Shida hanya fokus ke suaminya. Selepas selesai hisap rokok, suaminya mengunci pintu dan mengajak Kak Shida masuk tidur. Tiba-tiba dia dengar ketukan dari pintu. Suaminya ingin buka pintu tapi di larang oleh Kak Shida. Walau bagaimana pun dia masih buka pintu. Tiada siapa di luar. Bulu roma Kak Shida mula meremang. Suaminya berasa pelik. Pintu di tutup semula. Mereka masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja masuk bilik, penaggal itu sudah ada dalam bilik. Terkejut suaminya.

Penanggal itu seperti mahu menikam anak mereka. Kak Shida menjerit dan berlari keluar dari bilik. Ibunya juga keluar dari bilik. Penanggal itu cuba menikam semula anak mereka. Ibunya membaca ayat Ruqyah. Penanggal itu seperti tidak tenteram. Dia mahu keluar dari rumah. Suaminya membuka pintu dan Penanggal itu keluar dari rumah.

Keesokkan harinya dia meminta bantuan ustaz.

 

Seram ke idok?

Seram Meter: 2.5 / 5. Meremangmers: 2

Tiada lagi Seram Meter

Kalau cerita ni best...

Follow kami di media social!