Baru-baru ni kami pergi melancong kat Penang. Kami pergi tiga orang sahaja, Aku, Vee dan Maya. Nak lepas stress. Hotel kami dekat Batu Ferringhi. Kami tiba Penang lebih kurang pukul 4 petang. Selepas check in kami makan malam. Entah apa yang Maya salah makan, dia sakit perut. Kata dia sakit macam nak beranak. Aku tak tahulah bila masa dia beranak, tapi aku tahu dia belum kahwin lagi. Dia merayu untuk bawa ke klinik.
Aku dan Vee dan bingung dah. Kami dah pelan malam ni nak keluar, kalau macam ni memang tak jadi lah pelan kita. Kami pun bawa dia ke klinik. Selepas doktor buat check up, Maya memang di sahkan keracunan makanan.
Setiba di bilik kami, jam dah tunjuk 10.30 malam. Vee tak puas hati, “Kau memang potong stim.” Maya balas, “Benda nak jadi. Apa aku boleh buat. Esok kan ada.” Selepas makan ubat, Maya selubung dalam selimut, “korang nak kuar, kuar la. Apa-apa aku call.”
Apa lagi, orang dah bagi green light. Dengan sepantas kilat aku dan Vee bersiap untuk keluar. “Jaga diri Maya. Apa-apa call. Love you,” kata Vee. “Tak guna punya kawan,” sambil tutup lampu.
Selepas menghiburkan diri, kami pulang ke bilik, Vee kejutkan Maya. Maya terjaga dengan muka mamai. Kata Vee, “Nah. Aku belikan mee goreng. Camana perut kau?” Dengan muka mamai, “Ok dah. Perghhh… dah pukul 3.00 pagi.” Maya ambil mee tu dan makan. Dia sangat lapar. “So… Apa terjadi?” Vee pandang ke aku sambil gelak, “ada orang happy malam ni.” Siut la Vee bocor rahsia. “ceritalah!” sambung Maya.
Tiba-tiba Vee terasa seseorang pegang bahu dia. Dia pun pusing ke belakang. Tiada orang. Aku tengok pelik kat Vee. “kau ada pegang bahu aku?” Aku jawab, “bila masa pulak.” Tak lama kemudian aku terasa seseorang pegang bahu aku. “Aku rasa macam ada orang sentuh bahu akulah.” Maya macam tak hirau. Dia sambung makan.
Tiba-tiba bau busuk. Busuk yang amat busuk. Bau dia seperti bau benda mati. “Apa bau ni?” Maya cakap. “Jangan tegur!” Vee jawab. Ketiga-tiga mereka diam.
Cawan kat bilik mereka tiba-tiba jatuh ke lantai. Kami menjerit terkejut. “Wei. Aku tak sedap hatilah.” kata Vee. Maya yang masih sedang duduk atas katil merasakan katilnya tiba-tiba bergegar. Rasa macam ada orang mengoncang katil. Maya terus bangun dari katil sambil memandang Vee. “Bukan aku goncang. Aku tak bergerak,” jawab Vee.
“Korang pergi mana tadi?” Maya cakap.
“Pergi minum lah.” aku jawab.
“Lepas tu Ayu jalan tepi pantai dengan mamat ni.” Vee sambung.
“Kau ada kutip apa-apa tak kat tepi pantai?” tanya Maya kat aku.
“Ada.” aku jawab sambil tunjuk kulit kerang.
“Kau kena pulang benda tu tempat yang mana kau jumpa.” kata Maya.
“Buat hal betul,” kata Vee.
“Kenapa pulak?” aku tanya. Tiba-tiba cawan hotel di baling ke dinding.
“Ok. Ok. Aku pulang balik.” aku jawab.
Kami pun pergi pulang kulit kerang itu di tempat aku jumpa. Selepas itu kami balik ke hotel. Ketiga-tiga kami baring tak bercakap.
“Aku tak boleh tidur,” Vee beritahu.
“Aku pun,” Maya balas.
“Aku pun,” aku juga balas.
Kami baru pindah ke sebuah rumah flat di Selayang. Rumah ini kami beli lebih kurang RM 150 000. Alhamdulillah selepas 3 tahun duduk dengan rumah mertua, kami mempunyai rumah sendiri. Selepas kahwin, kami dah mula kumpul duit. Maklumlah, bila duduk dengan mertua, kena sopan santun. Macam tak bebas.
Aku bekerja sebagai pemandu bas. Isteri aku seorang jururawat. Kami jatuh cinta semasa aku eksiden Rina, semasa tu belum jadi isteri lagi, adalah salah seorang jururawat yang jaga saya. Cinta kami berputik di Hospital Selayang.
Kami belum di kurniakan cahaya mata lagi. Keluarga Rina sangat baik. Secara jujur memang tak ada masalah tinggal kat rumah mereka, tapi kami memang nak kediaman sendiri.
Ada satu masalah rumah itu. Setiap malam kami dengar jiran yang duduk atas rumah kami mengetuk. Tak tahu apa yang dia ketuk tapi ia menganggu tidur aku. Dah la aku kena bangun pagi buta, malam tak boleh tidur.
Setiap malam dia ketuk sehingga satu malam aku dah tak boleh tahan aku nak naik atas. Isteri aku menahanku. Aku pun cuba tenangkan fikiran tapi telinga aku masih dengar bunyi ketukan itu.
Aku buka tv dan tonton bola. Isteri aku samubung tidur. Jam menunjukkan jam 12.30 tengahmalam. Bunyi dari atas dah berhenti. Aku pun fokus kat tv. Tibq-tiba kedengaran bunyi bising kat luar. Siapa lagi tak tidur ni?
Aku pun buka pintu dan intai luar, terkejut apabila aku nampak seorang perempuan bermabut kusut, sedang mengcangkung di atas tembok sambil menghulur tangan. Di depannya ada seorang budak sedang terkapai-kapai nak naik tembok. Mereka tak perasan aku. Aku tutup pintu perlahan-lahan tapi berbunyi juga. Kedua-dua makhluk itu pusing kepala dan memerhati aku.
Aku terus tutup pintu dan cuba menonton perlawanan bola semula. Sampai habis bola aku tak habis fikirkan apa terjadi tadi. Aku kuatkan semangat dan buka pintu. Kali ini aku tak nampak apa-apa. Aku kunci pintu dan nak masuk tidur.
Aku baring memeluk isteri aku. Dia terjaga, tiba-tiba aku dengar bunyi orang sedang tukul. Aduh. Makin kuat pulak ketukan itu. Esok aku memang cadang nak beri teguran kat dia.
Keesokkan harinya, aku pulang lebih kurang pukul 9 malam. Selepas mandi dan makan, bunyi ketukan itu di dengar lagi. Aku terus naik atas. Aku ketuk rumah jiran atas aku. Tiada orang jawab. Aku ketuk kuat lagi. Masih tak ada orang jawab. Aku nampak seorang pakcik baru pulang dari kerja. Aku menahannya dan tanya dia. Pakcik itu beritahu aku yang rumah itu dah lama tak ada penghuni. Aku tak percaya. Aku beritahu setiap malam kami dengar ketukan. Pakcik itu beritahu orang yang duduk kat rumah tu dulu ada bela bermacam-macam. Kalau nampak seorang perempuan dan seorang budak berkeliaran di kawasan rumah itu, ia adalah hantu belaan penghuni rumah itu.
Aku pun turun. Isteri aku tanya apa terjadi. Aku beritahu beritahu isteri aku, tak sempat jumpa. Mungkin esok. Tak sanggup aku nak beritahu kebenaran.
Sudah dua tahun berkahwin, ini kali pertama aku balik raya ke kampung isteri aku di Tapah. Tahun lepas tak sempat beraya, isteri dalam pantang. Untuk mengelak jam, kami buat keputusan balik selepas berbuka puasa. Harapannya semua orang balik siang hari. Realiti, semua berfikir macam aku. Memang jam lah nak ke utara. 2 jam dalam kereta, exit Tanjung Malim pun tak sampai lagi. Anak aku dah mula ragam. Dah tak selesa. Eh ork Eh ork dah berbunyi. Biasalah, muka isteri pun mula stress. Bukan salah aku jalan nak jem. Tapi biasalah, aku juga kena salah oleh isteri. Patut gerak pagi la. itu la. ini la.
Selepas 30 minit mendengar dia membebel, kami pun tiba exit Tanjung Malim. Kami exit dan guna jalan dalam. Okla, moving sikit. Beza dengan highway. Anak pun dah tidur. Isteri main handphone. Aku boleh pandu dengan tenang. Buka lagu raya, baru nak nyanyi, isteri tak bagi, katanya anak tidur. Aku slow balik lagu.
Tak lama kemudian, mata aku mula ngantuk. Tengok di sebelah, isteri aku dah lama tidur. Aku cari tempat rehat. Kena kopi pun cantik. Segarkan mata. Aku jumpa kedai minum. Aku biarkan isteri dan anak dalam kereta. Aku keluar seorang. Kedai ni macam kedai makan kampung biasa, ala… lampu lip lap kat luar kedai. Aku tengok kiri kanan, rupanya aku seorang je kat kedai tu. Kat kaunter seorang lelaki pandang je aku. Aku tunggu dia ambil order, tapi tak beranjak pun dari kaunter. Sekejap lagi seorang anak dara keluar dari belakang. Perghh, cun juga. Perempuan cantik kampung, cun dia lain macam. Tak perlu make up, baju pun biasa-biasa je. Kalau kau tanya aku, compare dengan isteri aku, mestilah isteri aku lagi cun. Jangan salah faham, aku sayang isteri aku. Perempuan ni jadilah time mata ngatuk. ‘Order apa bang’…. Ya Allah. Sejuk hati aku sambil jawab, ‘Kopi’. Dia tanya lagi, ‘Makan?’. Sebenarnya aku dah kenyang, tapi sebab dia, aku order mee goreng. Dia senyum dan masuk dalam. Lelaki kat kaunter tu masuk sekali dalam.
Aku lihat sekeliling, tak ada rumah yang berdekatan. Lain macam kedai ni sebenarnya kalau di fikirkan. Tak lama kemudian perempuan tu bawa keluar kopi dan mee goreng aku. Laju gak. Ya lah, aku seorang sahaja di sini. Perempuan tu tanya aku asal mana. Aku jawab aku orang KL. Tak pasal-pasal dia nak berborak sambil duduk depan aku. Terkejut aku. Mungkin tak ada orang nak borak kot. Aku pandang ke kereta, isteri aku masih tidur. Aku fikir aku bukan buat apa pun borak je. Kami terus borak kosong.
Tak lama kemudian aku minta secawan kopi lagi. Macam berat je nak tinggalkan kedai ni. Aku keep on order tak berhenti. Macam syok borak dengan perempuan tu. Tiba-tiba aku dengar hon kuat. Aku pandang belakang isteri aku dalam kereta hon tak berhenti. Selepas selesai bayar aku terus ke kereta. Isteri aku tak berhenti hon. Aku masuk kereta dan lihat anak aku menangis. Aku pandu sambil marah kat dia sebab tak berhenti hon. Kali ini dia tak melawan. Selalu ada je, nak balas. Dia senyap sepanjang perjalanan.
Kami pun tiba kat kampung. Isteri masih senyap. Dia merajuk kot dengan aku. Aku cuba minta maaf. Tapi dia tak layan.
Keesokkan hari isteri aku duduk sebelah aku. Dengan lemah lembut, dia beritahu semasa dia terjaga dari tidur, dia nampak aku sedang mengcungkil-cungkil sesuatu sambil di perhati oleh seekor mahluk berpakaian putih. Dia takut nak keluar. So, dia terus hon sampai aku sedar. Muka dia lega. Agaknya dia takut nak cakap.
Aku tak tahu nak percaya ke tidak. Rasanya ada kebenaran dalam kata-kata isteri aku. Tapi… entahlah. Sepanjang raya aku terfikir tentang apa terjadi.
Semasa kami nak pulang ke KL, aku nekad untuk lalu jalan sama. Aku berharap sangat kedai makan yang aku singgah itu wujud. Tibanya di kawasan tu memang tak ada langsung kedai makan, malah, hutan belukar kiri kanan. Aku tak tahu apa sebenarnya terjadi tapi itulah kisah yang aku lalui sehari sebelum raya.
Kisah ini berlaku lebih dari 20 tahun. Munirah baru berpindah ke Temerloh. Dapat kerja di sini. Dia membawa ibunya berpindah sekali. Ibu Munirah, mengidap penyakit Dimentia. Banyak benda dia lupa.
Satu malam ibu mengetuk bilik Munirah. Dia jawab tak bertanya:
Munirah: Ada apa ibu?
Ibu: Ibu nak ke tandas
Munirah: Pergilah. ibu kan tahuÂ
Ibu: tapi, kat dapur ada orang.
Munirah: Mengarutlah mak. Jom mak.
Munirah buka lampu dapur. Dia pun bawa mak ke bilik air. Ibu bejalan di belakang Munirah. Ibu pun masuk ke dalam bilik air, dia pesan kat:-
Munirah: Muni tunggu jap ia. Teman ibu minum air.
Munirah pun tunggu Ibunya. Selepas buang air kecil, ibu ambil air dan minum. Matanya memandang kiri kanan. Selepas selesai dia ke Munirah dan berbisik, jangan padam lampu dapur. Munirah pun angguk. Dia bawa mak tidur semula ke biliknya.
Ia sering berlaku. Tiap malam ibu akan kejutkan Munirah dan memberitahu ada orang di dapur. Pada mulanya Munirah ingat ia sebab penyakit Dimentia.
Sehingga satu hari, apabila Munirah sedang menonton tv dengan ibunya di ruang tamu, Munirah tertoleh sesaat ke dapur, seperti nampak lembaga putih, tapi apabila toleh semula ia tak ada. Munirah cuba proses apa yang terjadi.
Ibu: Muni nampak apa?
Munirah: Tak ada apa-apa.
Ibu: Jangan bohong. Mak nampak dia sedang tengok dan Munirah tertoleh kan?
Munirah: Ish… Jangan mengarut. Dah-dah la tu ibu.
Ibu: Tapi…
Munirah: Dah!
Selepas habis cerita, mereka masuk tidur. Malam itu Munirah dengar ibunya memanggil nama dia sambil ketuk pintu.
Ibu: Munirah…
Munirah: Kejap ibu…
Dia pun buka pintu tapi tiada sesiapa. Apabila dia toleh ke dapur dia seperti nampak kelibat ibunya.
Munirah: Ibu! Kenapa masuk dapur tak buka lampu!
Munirah buka lampu tapi ibunya tak ada. Tiada siapa kat dapur. Ibunya keluar dari bilik. Terkejut Munirah.
Munirah: Bila ibu…
Ibu: Nampak kan?
Munirah: nampak
Sebaik sahaja Munirah cakap dia nampak, lembaga itu muncul. Dia sedang cangkung di atas meja memerhatikan Munirah dan ibunya. Lembaga itu merangkak ke hujung meja. Dengan mata tajam, lembaga itu memandang Munirah. Munirah pengsan.
Munirah sedar dah pukul 7 pagi. Ibunya telah angkat Munirah masuk ke dalam bilik. Dia baring sebelah Munirah. Dia rasa kesal kerana tak percayakan ibunya. Munirah meminta bantuan bomoh untuk menghalaunya.