Selepas Nazri buang almari klasik itu, dia harap keadaan di rumah itu akan berubah pulih. Salah sangkaannya.
Malam itu Nazri masuk tidur anaknya seperti biasa. Dia akan bacakan buku untuk mereka. Malam itu Alina terjaga. Dia mencari kawannya di bilik belakang. Tapi dia tak jumpa. Dia pulang semula ke biliknya. Lembaga itu sedang menunggu Alina di biliknya. Tapi kali ini dia seperti marah sambil perhati Alisya. Alina tanya, “awak ok?” Lembaga itu tidak berkata. Dia hanya memerhatikan Alisya. Alina, “Jom main.” Tiba-tiba Alisya terbangun. Sebaik sahaja dia buka mata, dia nampak lembaga itu depan mukanya. Dia menjerit.
Nazri dan Ain dengar jeritan itu. Dia berlari ke dalam bilik anak mereka. Alisya sudah di rasuk oleh lembaga itu. Alina pulak sedang menangis, “itu kakak saya! itu kakak saya!” Ain terus memeluk Alina. Alina sambung, “ibu. tolong kakak, ibu. Ayah.” Nazri memerhatikan Alisya. Dia sedang mencangkung tepi katil sambil memerhati kakinya. Nazri berkata, “Alisya… sayang… Alisya sini.”
Alina memberitahu, “itu bukan kakak ayah.” Alisya angkat kepalanya. Matanya berkeliaran. tiba-tiba matanya memandang tegak ke Nazri. Alisya bersuara, tapi suaranya kasar, “Siapa kau untuk halau aku dari tempat ini? Aku dah menetap di sini lebih lama dari keluarga kau. Aku tak pernah usik kau.” Suara Alisya telah meremangkan bulu roma Nazri. Dia suruh ain dan Alina keluar. Dia juga suruh Ain menelefon ustaz.
“Alisya… sayang… Ini ayah. Mari kat ayah nak.” kata Nazri sambil mata air mengalir.
Alisya melompat-lompat atas katil. Dia tidak layan suara Nazri.
“Ayah tak boleh tengok cinta ayah begini… Ayah sayang anak ayah”. Walaupun takut dia kuatkan semangat untuk anaknya.
Alisya tiba-tiba berhenti. Dia memerhatikan Nazri, lalu sambung lompat.
Semasa Ain menelefon seorang ustaz, Alina mengintai biliknya dari luar pintu. Alisya nampak dan terus berlari menghala ke Alina. Dia seperti mengajak Alisya bermain sekali dengannya. Alina berlari balik ke ibunya, Nazri sempat tutup pintu. Nazri marah isterinya, “Janganlah bagi Alina ke sini”.
Alisya memerhati Nazri seperti marah tidak benarkan dia keluar main. Tak lama kemudian dia mula menari. Gerak langkah tariannya seperti persembahan tradisional. Air mata Nazri tak berhenti mengalir.
Tidak lama kemudian Ustaz Idrus sampai. Dia masuk bilik itu meminta Nazri pegang anaknya di katil. Ustaz Idrus mencubit hujung ibu jari Alisya. “Sakitkan? Kenapa kau rasuk budak ini?” tanya ustaz Idrus. “Sakitla bodoh! Dia yang langgar pantang larang. Dia buang tempat tinggal aku. Ustaz Idrus tanya apa yang di buangnya. Nazri jawb, “Almari”.
Dengan bacaan ayat Ruqyah dan cubitan itu, Alisya mula meronta.”Lepaskan aku! Lepaskan aku!” Dia cuba menolak Nazri tapi Nazri pegang badan Alisya sekuat yang boleh. Ustaz sambung baca. Alisya tetap meronta. Kata Ustaz Idrus, “aku akan sediakan tempat baru untuk kau. Dia meminta Nazri keluar dan biarkan dia dan lembaga berbincang.
Nazri pun keluar dari bilik. Dia melihat Ain sedang menangis. Alina sedang pujukkan ibunya. Aku tak boleh tahan lagi aku pun terus menangis.
Nazri kata, “Saya tak sanggup, saya tak sanggup lihat Alisya begitu. Saya lemah” Ain memeluk Nazri. Alina juga peluk ayahnya, “Ayah, jangan menangis. Alina ok. Alisya pun akan ok”. Terharu Nazri sambil memeluk Alina.
Tak lama kemudian Ustaz Idrus keluar. Kami semua bangun. Ustaz memberitahu Alisya sedang tidur kepenatan. Makhluk itu dah setuju untuk keluar dari badan Alisya. Dengan restu tak ada makhluk halus ganggu lagi.
Walaupun dah dapat jaminan, tapi Nazri dan keluarga masih tak dapat duduk di rumah itu. Teringat-ingat tentang peristiwa yang berlaku. Nazri mencari rumah baru. Kecil dan mahal sikit tak apa.
Inilah pengalaman Pak Jaafar, seorang lelaki yang berumur 48 tahun ni telah menjadikan penggali kubur sebagai kerjayanya selama 31 tahun. Katanya, kerja mengorek lubang kubur perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengeluh.
Bermula semasa kecil, Pak Jaafar tidak kenal ayahnya. Ibu tinggal bersama atuk sejak kematian ayahnya. Ramai yang pelawa untuk di jadikan suaminya tapi dia menolak pelawaan yang datang.
Rumah keluarga Pak Jaafar tinggal bersebelahan kubur dan dia mula rapat dengan penggali kubur sebelumnya dan dari situ dia belajar dan menjadi kerjayanya.
Ia berlaku 5 tahun lepas. Suatu pagi, seseorang lelaki jumpa saya dan beritahu mungkin ada jenazah nak dikebumikan petang nanti dan minta saya siap sedia. Jarang orang tempah perkhimatan Pak Jaafar sebelum orang yang di kebumikan itu meninggal. Tidak mahu berjanji apa-apa, saya beritahunya, jika betul ada jenazah yang nak disemadikan petang nanti, hubungi saya semula.
Tengahari itu Pak Jaafar pergi lepak di warong kegemarannya. Kawan-kawannya sedang syok bermain dam. Pak Jaafar pesan air kopi dan sertai kawan-kawannya yang lain.
“Petang tu, memang betul ada kematian dan mereka perlukan perkhimatan Pak Jaafar. Tapi dia tidak ada di rumahnya. Mereka menelefon Pak Jaafar untuk siap sedia apa yang patut. Pak Jaafar meninggalkan kawannya dan terus ke kubur.
Seperti biasa, Pak Jaafar gali lubang sementara tunggu van jenazah sampai. Bila jenazah dah sampai, terkejut Pak Jaafar. Lelaki yang jumpa dia pagi adalah jenazah yang nak di tanam. Dua tiga kali juga Pak Jaafar menggosok-gosok matanya.
Oleh kerana tak puas hati, Pak Jaafar mencari keluarga arwah. Dia beritahu dengan paling hermat sekali tentang apa terjadi. Anak ipar arwah memberitahu pada sebelah pagi hari, bapanya sedang terlantar tenat di hospital. Dia berada di sebelah sambil membaca surah Yassin. Bagi dia apa Pak Jaafar cerita ini tak mungkin berlaku dan dia minta Pak Jaafar untuk tidak merumitkan keadaan. Pak Jaafar faham dan meminta maaf.
Pak Jaafar pasti apa dia nampak itu benar. Walau bagaimana pun Pak Jaafar tidak mahu ia menjadi halangan kerjanya. Dia tahu sukar untuk orang terima apa dia nampak, tapi baginya ia tak mustahil. Allah S.W.T. maha berkuasa, dengan izin-Nya, apa-apa boleh berlaku.
Sam dan Vee sudah berkahwin lebih 5 tahun. Mereka bertemu di sebuah setsen bas. Kedua-dua mereka sedang menghala ke tempat yang sama dan menaiki bas yang sama. Sam kuatkan semangat dan menegur Vee. Orang putih kata, “The rest is history”.
Selama 5 tahun itu, mereka masih belum lagi mempunyai cahaya mata. Mereka memutuskan untuk membeli rumah baru. Selama ini mereka tinggal di rumah ayah Vee, tapi di rumah itu, banyak pantang-larang perlu di ikuti. Sam tak selesa walaupun sudah bertahun-tahun di situ. Akhirnya tahun ni, selepas lulus pinjaman semua, mereka berjaya beli rumah.
Rumah ini tak la baru. Malah sudah dua kali tukar pemilik. Tapi rumah ini murah, dua bilik satu bilik air. Harganya baru RM 240 000. Murah dan lokasi dekat dengan Kuala Lumpur. Apabila mereka periksa rumah di sekeliling, harganya cecah RM 350 000 ke Rm 400 000. Mungkin tuan lama mahu lepaskan secepat mungkin. Apa-apa pun mereka bersyukur.
Hari pertama kami masuk, di sebabkan barang-barang sudah ada terkumpul selama lima tahun dan ada juga barang-barang baru beli, rumah itu tidak kosong. Seperti rumah dah lama mereka miliki.
Keesokkan harinya ada seorang makcik, jiran dengan mereka, datang melawat dengan membawa karipap. Vee menjemput dia masuk. Mereka berborak seperti biasa dan menawarkan diri jika perlu apa-apa bantuan. Sebelum makcik itu tinggalkan Vee, dia berkata sesuatu yang membuatkan Vee duduk tak senang. “Maaflah kalau makcik nak beritahu ni. Vee jangan marah pulak. Rumah ini bekas rumah bomoh. Selepas kematiannya, anak-anaknya mahu menjauhkan diri dari bapanya dan menjual rumah ini dengan harga murah. Kalau boleh buatlah sembahyang hajat atau minta ustaz datang tengok-tengok rumah ni. Bukan makcik nak takutkan tapi entah apa si Bakar simpan semasa dia hidup. Jangan ambil hati ya nak.” Vee angguk sebagai tanda tidak ambil hati.
Rumah Bomoh. Rumah Bomoh. Rumah Bomoh. Itu sahaja yang bermain di minda Vee. Apabila Sam balik, dia beritahu apa yang berlaku. Sam menolak dan tak percaya apa yang si Makcik itu beritahu.
Malam itu semasa mereka sedang nyenyak tidur, terdengar bunyi tapak kaki berjalan atas bumbung. Vee terjaga. Dia kejut Sam tapi dia tidur liat. Susah nak bangun. Bunyi itu kedengaran setiap 2 minit. Seperti budak sedang bermain dan berlari. Tiba-tiba sahaja bunyi itu berhenti.
Vee cuba tidur tetapi dia dengar bunyi orang bercakap kat ruang rumah. Bulu roma Vee naik. Dia cuba kejutkan sekali lagi suaminya tapi Sam tidak sedar. Sehinggakan frame di ruang tamu terjatuh. Ia mengeluarkan bunyi yang kuat. Sam terbangun dari tidur. Vee beritahu ada sesuatu di ruang tamu.
Dengan mengunakan cahaya phone, mereka pergi ke ruang tamu. Mereka tak nampak apa-apa. Bayang-bayang hantu pun tak nampak. Tapi frame gambar perkahwinan mereka memang terjatuh. Sam memunggut frame yang jatuh itu.
Sam membawa frame itu ke dapur untuk buang, alangkah terkejutnya apabila Sam nampak seorang budak sedang bertenggek di atas lubang basuh periuk sambil tersenyum. Sam tinggal kan frame itu dan mengajak isterinya masuk tidur.
Keesokkan hari, Sam memanggil budak-budak tafiz dan ustaznya untuk baca sedikit sebanyak di rumahnya. Sejak itu mereka rasa selamat sedikit. Tapi pada hari ke 26, hantu itu muncul menakutkan mereka semula.
Ghaffar, 49 tahun, seorang penoreh getah. Sejak muda itu sahaja dia tahu. Sekarang, dia sudah mempunyai 5 orang anak dan yang sulung telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. Dua dari anaknya belajar Tahfiz Ghaffar bangga dengan anak-anaknya.
Pukul 4 pagi Ghaffar sudah bangun untuk bersiap sedia menoreh. Dengan basikal buruknya, Ghaffar mengayuh ke kebun getahnya.
Ghaffar telah mengunakan jalan sama. Tak pernah ubah. Peliknya, pagi ini, dalam perjalanan ke kebunnya, Ghaffar sesat. Dia tak tahu apa terjadi, camana dia boleh sesat. Adakah dia mula nyanyuk? Atau dia termasuk ke dunia bunian?
Gahffar meneruskan perjalanannya, harapan dia akan jumpa jalan yang dia kenal. Ketika itulah dia nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Ghaffar terus kejar. “Assalamualaikum bang…” jerit Ghaffar sambil mengayuh ke lelaki itu.
Semakin dekat, Gahffar nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Dari belakang nampak macam seorang penoreh juga. Ghaffar panggil sekali lagi, “Assalamualaikum bang…”
Lelaki itu berhentikan basikalnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Ghaffar. Terkejut Ghaffar apabila melihat mukanya. Lelaki itu mempunyai lubang di bahagian matanya. Dia memakai uniform tentera jepun. Dia juga ada sebilah pedang dan sepucuk senapang bersamanya. “Dōshite watashi o tomeru no?” tanya lelaki itu sambil mengacu senapangnya ke arah Ghaffar.
Ghaffar mengangkat tangannya. Sekali lagi lelaki itu tanya, “Dōshite watashi o tomeru no?”
Tak lama kemudia dua lagi hantu jepun muncul. Seorang tidak mempunyai kepala dan seorang lagi tidak mempunyai kaki sebelah. “Nani ga okimashita ka?” tanya hantu yang tak ada kaki sebelah.
Askar Jepun yang pertama menerangkan apa terjadi kepada kawannya. Ketiga-tiga mereka mengacu senapang mereka ke “Anatahadare? Supai?” Jepun yang tak ada kaki itu tanya kepada Ghaffar. “Anatahadare? Supai?”
Ghaffar tak faham. Jepun tu marah. Dia hentak bucu bawah senapangnya ke kepala Ghaffar.
Ghaffar pengsan.
Tak lama kemudian, Ghaffar mula sedar. Hantu-hantu jepun itu dah tak ada. Ghaffar dengar azan subuh. Dia bangun dan melihat keadaan sekeliling. Sekarang dia tahu di mana dia berada. Ghaffar tak tahu apa terjadi, di antara dia bermimpi atau dia benar-benar nampak hantu jepun tapi di kepalanya ada kesan lebam hentakan bucu senapang tadi.